Wednesday, 30 May 2012

objek baru dlm rumahku

semalam muncul 3 objek baru kat rumah.


 almari besar utk isi baju mak ayah..dan satu almari kecik kat bwh ni..utk isi baju anak2..


 almari kat dapur. terbeli almari ni sbb terbekenan dgn laci ni. mcm menarik je utk isi botol rempah.


 cawan dan gelas yg sebenarnya org hadiahkan masa kawin dulu..hahhahaha. 6 tahun kemudian br buka dr kotak. kagum betul.



along dan SARAH

baru ni along balik..sbb demam campak. dpt laaaaaa mcm 2 minggu. ronggeng kat yan separuh...separuh lagi ronggeng kat kelantan.

bila masa tah zulaikha ambik gmbr ni...kat rumah tok depa.

ini gmbr yg elok sikit. sikit je. hhahahah. sarah yg gedebab. sakit tgn ni dukung dia. gedebab betul.

zulaikha - rambut pendek

ini versi terbaru zulaikha yg dah berambut pendek. senang sikit diuruskan. dia pun suka je rambut pendek mcm ni. katanya sama mcm rambut Ai Wan (kawan cina dia).


tp ada iras2 lelaki kan...hahahhaha. teringat depa 2 masa baby dolu2 tu. masa duduk kat kondo. selalu kalau naik lif dgn org ramai..kalau time bawa yusuf..mesti ada yg bertanya..baby girl ke? hahahhaha. pompuan ke? ada ke tanya yusuf tu girl ke? tp kalau time bawa zulaikha..org tak tanya pulak boy ke girl..org cuma tegur...mak ai! badan...semangat. hahahhahahha. terbukti sampai skrg. yusuf lembut...zulaikha kasar..mcm lelaki. tgk sikit gmbr depa dolu2 tu...

zulaikha... semangatnya kan??

yusuf...ada ke mcm pompuan? hahhahahahahha.

Wednesday, 23 May 2012

mengantuknya...

teringat mlm td zulaikha pegang kad ABC dan jadi cikgu. siap ckp...what is this? this is...... wah! hahhahahahha. apa perasaan mak dia? nak tergelak tgk. tp buat2 tak nampak saja laaaaaa.

Tuesday, 22 May 2012

sekolah rendah cina atau melayu

cik kiah br sembang2 dgn kawan kat ofis pasal hantar anak ke sekolah rendah cina. agak menarik. dah dpt byk info. menarik kalau hantar yusuf dan zulaikha ke sekolah cina. so misi cik kiah lepas ni adalah:
1. sembang2 dgn cikgu tadika yusuf dan zulaikha pasai prestasi mandarin depa skrg ni mcmana...kalau ok br nak go on hantar ke sekolah cina
2. survey sekolah...ermmm...sekolah mana yaaaaaaaaaaaa yg paling dekat dgn rumahku. rasanya kat bm mesti byk sekolah rendah cina. kena cari yg dekat dan ok. :) menarik ni.

berniaga di ofis

teringat masa cik kiah bekerja sebelum masuk U dolu2 tu. cik kiah dan kakak cik kiah rajin berniaga. kami jual mcm2 barang. baju batik...kasut dr katelog..apa jenama tah..tak ingat dah. hahahhahahah. jamu nona roguy....masa tu yg jenis serbuk tu..skrg ni katanya dah dlm bentuk tablet. yg paling seronok sekali adalah jual produk tupperware. ahahahahha.

kisahnya..mak cik kiah mmg peminat tegar tupperware. masa dolu2 tu tupperware ni kira mcm brg mahal laaaa bg org kampung. hanya org2 tertentu je yg ada produk tupperware ni kat rumah. siap display lagi...brg tayang2 kat lemari. hahhahahhaha. so..bila cik kiah kerja..ada sorang kakak ni jual tupperware dan cik kiah pun beli laaaaaa sekotak besar...yg set tu...tupperware..bawa balik rumah. mak pun kagum + terharu sbb dpt sekotak besar tupperware. hahahahhaha. lepas tu ada sorang kakak ni nasihat kat cik kiah...apa kata cik kiah jd dealer je. dpt murah sikit. ermmm...fikir2..dan jd laaaaa dealer. masa tu menggila dgn produk tupperware. pantang nampak yg promosi...naknya lagi..yg kalau dealer capai sales sampai level2 tertentu tu. bleh dpt beli brg2 yg cantik2 yg org lain tak bleh beli. menggila betul. jenuh nak bg cukup sale. saja2 ni beli juga apa2 brg utk cukupkan sale. hahahhaha. buruk perangai betul. itu kisah bila ye?? kira2 17 tahun yg lepas. siap bawa balik barang2 tupperware isi dlm plastik sampah hitam yg besar tu...bawa naik bas MARA kat jalan batas paip kat yan tu. hahahahahaha. lawak bila dikenangkan. tp skrg ni dah tak terpengaruh dah dgn tupperware. jemu. dan brg2 tupperware yg dah terbeli dulu2 tu separuhnya ada lagi kat rumah mak cik kiah kat yan..tak pun kat rumah kakak2 cik kiah...tak pun dah hanyut ke mana2 tah. ramai sedara mara yg berminat...tp kedekut duit nak membeli. tunggu nak..ngap je barang org punya. buruk betul.
skrg ni cik kiah tgk je kawan2 cik kiah menggila beli produk tupperware. mmg cantik2. kaler lawa2...menyerlah. tp harga pun menyerlah laa jugak. sama mcm dulu2 jugak. ttp brg yg agak mahal bg org2 yg tak berpendapatan tinggi. cik kiah cuma jd pemerhati je. tgk je. dlm hati kdg2 terdetik juga berkenan nak beli. tp tahan nafsu sbb fikir...kalau nak beli...bg serius...jd dealer terus. boleh dpt diskaun lagi. buat koleksi kat rumah.
ckp pasai berniaga kat ofis. dolu2 tu masa cik kiah keja kat ofis tu...pernah gak timbul isu org berniaga kat ofis. ermmm..kalau diikutkan etikanya salah laaaa kan. tp kan..logiknya selagi tak mengganggu tugas kita...tak salah kot. pandai2 laaaaa kan. hahahhahaha. sbb masa tu cik kiah tgk...org yg mensensasikan isu berniaga kat ofis tu pun sebenarnya tak laaa alim..rajin buat kerja sgt. curi2 cik kiah penah nampak gak dia baca majalah kat meja dia. tu pun ngelat jugak namanya. ermmm...

Monday, 21 May 2012

bila si 4 tahun dpt kamera

tgk sikit...
 rambut kerinting abg yg dah tak kerinting sgt...

 kereta mainan kesayangan depa..


contoh hasil seni depa kat dinding. tu br sikit. ada bykkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk lagi hasil nukilan depa kat dinding tu.

 kaki sapa tah laaaaa..abg kot

 kipas angin kesayangan dia...selalu tu hala terus ke muka dia sorang je.


 ayah yg asyik kena buli dgn anak2 dan bini dia. hahahhahahahha. ampuunnnnnnnnnn..

 gmbr tak senonoh mak dia yg terkelepek lepas adegan jatuh kat dapur tghari tu...


ada byk lagi.....18sx pun ada. hahahahhaha. suka2 hati je snap..

tak risau

knp boleh bercerita pasal cik kiah jatuh semalam kat rumah? tak risau ke kalau2 org baca dan salah faham? hahahhaha. hari tu masa org salah faham pasal cyst cik kiah...cik kiah marah jugak sbb tak pasai2 pi call kat family cik kiah kat kampung dan tanya betul ke cik kiah masuk hospital utk buang cyst. sampai sepupu cik kiah kat jitra risau ni nak balik tgk cik kiah yg katanya masuk hospital. ermm..kali ni boleh je bercerita sbb awal2 lagi family cik kiah kat kampung dah tahu pun cik kiah jatuh kat dapur. so..tak yah risau kalau nak disensasikan pun. bahkan..penyakit hypo ni...mak cik kiah pun alaminya. dan kami faham risiko hypo ni mcmana. utk org2 yg suka mensensasikan cerita tu...tak yah laa penat2 buat cerita bkn2 pasal cik kiah. :) buang masa je.

cerita gula

semalam jd adegan mengejutkan kat rumah. cik kiah jd Hypoglycaemia. Masa tu tgh nak masak gulai. lapar...panas sgt. peluh2. rasa lapar sgt lepas tu minum air utk cover sat. rupa2nya tak berkesan jugak. makin peluh2...dan rasa lembut lutut. terus terkelepek jatuh kat dapur. panik suamiku tgk. kalut dia. hahhahahhah. lawak bila diingatkan balik. basah badan cik kiah dgn peluh masa tu. rasa panas gila. masalah sebenarnya cuma hypo gula. dah selalu rasa tp boleh bertahan sbb selalunya kalau minum milo ke segelas ok laa lepas tu. tp semalam tu cuma minum air kosong je...lepas tu makin peluh dan jatuh terus. lembek. hahhahahha. apa nak jd tah. la ni pun dok rasa letih lagi. rasa nak mc pg ni..tp ada benda nak kena buat pg ni. :(
td try cari info pasai hypo gula nak terjumpa benda yg agak menarik. rupa2nya dlm keadaan hypo gula...kita boleh jugak mimpi yg karut2. nak cerita ni. 2 3 menjak ni selalu mimpi yg karut2. dan mimpi tu berulang2 benda yg sama. cik kiah tak laa rasa takut sgt..tp pelik. sbbnya selalunya mimpi akan melibatkan satu objek yg gelap..dtg kat cik kiah dok kat sebelah. dan cik kiah halau dia. pulun2 halau ni...tp benda tu boleh ckp...aku nak dok kat sini jugak. lepas tu terus jaga. istifar byk2 dan try lena semula. lepas tu mimpi lagi...mimpi yg sama. objek tu akan ckp..aku nak dok sini. lepas tu terus jaga...peluh2. terus pindah tempat pi kat tempat lain. dan mimpi tu hilang. peliknya. rupanya sbb hypo...otak akan fikir benda2 karut. dan diikuti dgn rasa panas sgt. peluh2. basah bantal. tekak rasa perit dan dahaga sgt. sebenarnya cik kiah tak suka layan mimpi yg karut2. mengarut saja kalau mimpi hantu ke apa. semua tu mainan tidur. sbb tu boleh lagi bgn dan pindah tempat. malas layan.tp kalau rasa takut sgt..ada laa org cari ketiak suami nak tidur suruh peluk. hahhahahahha.

Thursday, 17 May 2012

tak ada idea lagi

hahahhahah. masih tak ada idea. tp teringat ptg semalam balik rumah buat garlic bread. dah teringin sgt nak mkn. so..cari laaaaa resepi kat dlm internet. tak daya dah duit nak pi pizza je kalau teringin. kali ni nak buat sendiri. tgk resepi dlm internet mcm byk songeh. teringat cerita bekas teman serumah dolu2 tu. tak leh sebut nama. glamer sgt makcik tu. rasanya kalau sebut ramai org poli kenal dia. well!! hahahahhahah. dolu2 cik kiah pernah ada teman serumah yg agak glamer. dia pernah belajar kat oversea. dia ckp...alaaaaaa senang je buat garlic bread. cincang2 bawang putih...gaul dgn butter. sapu kat roti dan bakar. hahahahhaha. senangkan. tak yah daun sup ke apa. buat mcm tu je. so ptg semalam beli roti potong tu...seketul butter. balik rumah cincang2 bawang putih. buat laaaaaaa mcm teman serumah cik kiah dolu2 tu ckp. ada laa rupa garlic bread. ada bau. sedap gak. tp tak sempat dah nak buat mushroom soup. lapar gila dah. bedal je dgn masak cuka ikan tenggiri kakak cik kiah masak. sedap gak. hahahhahah. dah lapar kan. semua jd sedap. byk keping gak mkn. peduli apa dgn bsp. dah lapar sgt. ahahhahahaahha.
hari ni cik kiah beli kek seketul kat anak2. lorat sgt nak kek. tgk laaaaa...kalau ditakdirkan tuhan ada rezeki lebih..nak je ada oven kat rumah tu. buat kek..yg bodoh2 pun takpa. letak hiasan sikit2..sure anak2 kagum...tak lorat dah suruh beli. mak pun boleh buat sendiri. hahahhahah. ya ka..nak buat?? tgk2 kalau ada oven pun jd tukun je kat rumah tu. hahahhahahha. selalu tu mcm tak nampak sgt kegunaan oven sbb tu tak laaaaaa sgt terketar2 nak ada oven kat rumah. nak masak apa...la ni pun asyik dok buat taik mata je kat rumah. tak brp nak bleh buka mata. rasa sedap je nak lena. hahahhaha. pemalas betul.

nak cerita apa?

hari ni tak ada idea nak type apa kat dlm ni. bsp semalam tu ok je semua. tghari 4.2 dan ptg 3.9. ok laaaaaa kan. tak tinggi mana pun. hari ni pulak hari cik kiah rasa letih. nak landing2 je rasa. semalam jenuh dah jln2 menghilangkan gula dlm bdn. ahhahahahhahaha. menda tah kan...kena jln2 baru laaa gula turun. nak cerita apa lagi...tak ada cerita dah kot.

Wednesday, 16 May 2012

BSP

pg ni cik kiah start buat bsp. ermm..utk pg ni 4.2 saja. tgk tghari, ptg dan mlm nanti pula. skrg ni cik kiah dah kena sentiasa buat check up kat klinik prai. dah tak boleh buat kat kg pertama dah. ermmm...terpaksa laa ke sana selalu. alasannya sbb kandungan gula tinggi dan perlu dipantau oleh doktor selalu. ok gak kan mcm tu. terjaga. chewah!! terjaga. sbr saja laaaaaa...umur dah dkt 40 tp tak reti lagi nak jaga gula dlm darah. hahahahahhaha. nak buat mcmana...kali ni suka betul burger mcd..suka betul minum coke. suka betul dgn aiskrim sundae...suka betul dgn garlic bread...kalau time tak lalu mkn...mesti teringat benda tu semua. hahahahah. alasan belaka....
sedap ni....
dpt ini pun jd laaaaaaaaaa...


dah tu...mcmana gula tak naik dlm darah...
hahahhahahahhahah

Tuesday, 15 May 2012

bahagia??

bahagiakah kita sekarang ni? kalau tanya cik kiah..ermmm..bahagia laa jugak. knp ada jugak kat blkg tu? hahahahhahah. ye laaaaaaaa...sbb dok tgk org lain...ada rumah besar..keta besar..ada suami keja besar..gaji besar...duit byk..keta byk..anak byk..pokok banyak..pinggan mangkuk byk...makanan byk..semua byk laaaaaaaa..harta byk..tak laa sekangkang kera. hahahahha. well..bahagia bila nak dibandingkan dgn org lain tu...mmg laa kita akan sentiasa rasa tak bahagia. hahahhahah. tp peliknya kadang2 kita tgk org tu lawa..cantik...ada suami hensem..kaya...semua serba lengkap...tp tetap jugak tak bahagia. ermmm...mungkin bahagia tu agak subjektif utk dickp laa kan. pernah tak dalam kehidupan kita sehari2 ni kita tanya kat pasangan kita...contoh laaaaa kan...kita tanya mcm ni...abg..selama ni abg bahagia tak? ermm..rasanya jarang org nak tanya mcm tu kan. tambah lagi si suami nak tanya kat isteri dia..eh!! u bahagia tak hidup dgn i selama ni? ada org tanya tak?? hahahhahahah. balik rumah tgk isteri ok...senyum tu..maksudnya bahagia ke? entah laaaaaa kan. cik kiah dah mls nak masuk cmpur dlm hidup org. bahagia ke tak...lantak org laa kan. hidup cik kiah pun belum tentu lagi bahagia ke tak kalau org tgk. betul tak. agaknya betul jugak apa yg kawan cik kiah tulis kat blog dia. ckp2 org luar tu umpama langau yg boleh memusnahkan kehidupan kita. so..utk elakkan langau...sentiasa laaaaaa 'jaga' kebersihan rumah kita. tak pun..pi saja buat rumah atas bukit sana nun...jauh dr org lain. dan jgn laaa sentiasa berbuat baik dgn langau2 yg ada ni. ish!! langau...lalat...semua tu suka betul dgn benda kotor. dan benda kotor tu selalunya manusia yg menciptanya. hahhahahahhaha.

saat ini..


kelopak matasak amnionkaki

seindah pelangi

gmbr pelangi yg cik kiah ambik masa dlm perjalanan hantar anak2 ke tadika. kat alma. cantik. masa ni terbaring dlm kereta sbb lembek. time2 ngandung ni selalu jd lembek gila babas. tolong laaaaaaaaaaa. hahahhahahaha. baring2 tu ternampak pelangi. cantik laa pulak. ngandung kali ni sama mcm masa yusuf dulu. ada kandungan gula yg tinggi dlm darah. kali ni 9.4 lepas minum air gula. mak ai!! agak tinggi tu. dah kena pi dgr ceramah pemakanan...lepas ni kena pi buat bsp pulak. ermm...pasrah saja laaaa kan. bkn selalu pun. time ngandung saja laaa. bkn selalu pun ngandung. hahahhahahha.

Monday, 14 May 2012

HARTA SEKANGKANG KERA

weekend baru ni balik kampung. tgk mak cik kiah kan tak brp sihat skrg ni. tp tgk baru ni dah bersemangat bangun dah ada hati nak keluar dari rumah. sebelum ni terbaring je tak larat. ermm..warga tua kan. sikit hari lagi..kita jugak akan jd mcm tu. cik kiah sedih betul bila dgr satu kisah...kisah anak2. seorang bapa dan ibu yg telah mempunyai ramai anak...yg telah berusaha membesarkan anak2 menjd seorang manusia...tiba2 time dah TUA..anak pakat dok bertelagah..siapa yg nak jaga mak dan bapa mereka. pelik betul. siap bertelagah dan keluarkan ayat..eh! knp aku yg nak kena jaga. aku ni anak pompuan..knp tak anak lelaki je yg jaga. pelik betul. adik beradik cik kiah semuanya pompuan. so kalau nak harap anak lelaki yg jaga mak pak cik kiah..mana nak mainya kan. dah kami semua pompuan. cuma bleh harapkan menantu lelaki saja la. dan nasib baik...menantu2 lelaki mak cik kiah..tak pulak keluarkan ayat..EH! kan ada org lain lagi..knp pulak kami yg nak kena jaga. bygkan...kalau laaaaaaaa cik kiah yg ditempat ibu atau bapa itu..mesti sedih...sayu je dgr. bygkan...penat ooooooooooooooooooooooooooooooooooooo buat projek nak dptkan anak...penat ooooooooooooooooooooooooooooo time ngandungkan anak...sakit oooooooooooooooooooooooooooooooooo time melahirkan anak. seksa oooooooooooooooooooooooooooooo time membesarkan anak2. mesti berlinang air mata kalau dgr anak2 ckp mcm tu..masing2 bertolak2 siapa yg jaga kita time dah tua nanti. minta simpang laaaaaaaaa kan. tak mau laa jd mcm tu. :(
naknya lagi...masa tua nanti..kita ni tak ada harta walaupun sekangkang kera. lagi laaaaaaaaaaaaaaaaaa ada apanya anak2 nak pandang. yg cik kiah ckp tu anak2 bertolak2 nak jaga mak pak depa tu..org tua tu ada gak harta tu. kalau nak dibandingkan dgn mak pak cik kiah. ermmm..kami ni ada harta apa sgt la kan. harta kat kampung tu...kalau dijurai2kan...tak ada pun hak kami. maklumlaa kami semua 5 beradik pompuan. nak dpt apa. hahhahahhaha. dah laaa yg ada pun kecik lagi daripada sekangkang kera. hahahhahahha. melainkan usaha laa cari sendiri. tanah yg mak pak cik kiah duduk skrg pun kalau nak diikutkan milik org lain separuh. tp kakak dan bapa cik kiah usaha beli sendiri. buat pinjaman. kalau tak...jgn harap laaa adik beradik cik kiah yg 2 rumah lagi tu dpt buat rumah kat situ. itu sbb BELI SENDIRI TAU. tak kuasa laa kami nak berebut2 dgn org lain. apa hal kan. usaha dan beli sendiri lagi baik. br laa harta dlm erti kata sendiri. sbb sedar diri..kami ni semuanya POMPUAN.

hari IBU


tak pernah lagi dpt kad hari IBU dari anak2. ini pertama kali. perasaannya..tak tau laa nak ckp mcmana sbb masa dpt tu cik kiah tgh tak larat. letih. terkelepek. so..mcm tak ada perasaan pun ya laa jugak kot. hahhaha. tp agak kagum laa tgk sbb cikgu depa siap buat drawing..then budak2 ni cuma buh kaler saja la. buat bunga. siap ada adegan bergambar kat dpn tadika. hahahaha. tp sbb suamiku yg pi ambik..bukan IBU. so tak ada gmbr laa. tu ckp kat suamiku...nanti tunggu hari bapa pulak..tgk mcmana. selasa ni...hari guru pula. cikgu pesan..do something for their teachers pulak. do what ha? hahahhahaha. kad jugak laa kot kan. OPS! lupa nak wish..selamat hari JURURAWAT..KHAS UTK ALONG. moga dpt jadi jururawat yg tulus..mulus..fuyooooooooooooo...hahhahahahha.

Friday, 11 May 2012

BM JUGAK NI

ini lagi contoh BM yg ada kat dunia ni.

rasanya kawan cik kiah yg sorang ni kat ofis ni pun tak arif sgt bahasa ni. hahahhahahahha. ini adalah tulisan dalam BAHASA MALAYALAM. BM gak ni. KUANG.....KUANG...GHAUM!! BUNYI RIMAU. hahhahahahah. cik kiah tak reti laaa kalau nak ajar org bahasa ni. cik kiah ni sebenarnya tak reti pun nak ajar org lain tentang apa2pun hatta math sekali pun. sbbnya org zaman skrg ni kadang2 tu lahir..lahir je terus jd pandai dah semulajadi. kan???? pandai serba serbi dah. tak yah org tunjuk ajar dah. dah pandai dah. cerdik semulajadi dah. hahahahhahahha. tak mcm cik kiah yg bodoh kayu ni.

CER TGK





hahhahahah..cer teka adegan dirakam kat mana? siap peluk2 bantal lagi. ni bukan kat KAMPUNG...hahahahhahaha...bukan kat SOPING COMPLEX....kuang...kuang. hahahhahahahah. tp kat dlm cik merah pukul 7 pagi td dlm hujan lebat. lepak king kat dlm cik merah. wah!!! sodap weh!!! sejuk je. dah laa sunyi. tak ada org lagi masa tu kat parking poli.

jgħallmu jew parir

ahhahahaha. itu adalah BAHASA MALTESE. short formnya mungkin BM jugak kot...ada byk lagi BM kat dunia ni.

Thursday, 10 May 2012

* Minggu 15

Bayi Anda
Tulang rangka bayi anda sedang giat berkembang. Kini kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Bayi anda pada ketika ini sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda. Bayi anda sekarang sudah sepanjang 12 sm dan beratnya kira-kira 100 gm.
Tubuh anda
Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Dalam masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya. Hasil daripada pertambahan kuantiti darah dalam badan, anda kini jadi lebih bertenaga berbanding sebelumnya. Dalam erti kata lain, inilah waktu yang paling sesuai untuk anda dan keluarga pergi bercuti sebelum melahirkan.

faham dan memahami

td cik kiah balik rumah. ermm..buat apa? sbb dah cerewet sgt nak mkn apa...beli mesti tak habis dimakan. terutamanya nasi dan lauk. so..td balik rumah. kononnya nak mkn je apa ada kat rumah tu. sedap gak. pdhal td tu masak sayur sawi saja. letak tanghun. anak2 suka...mak pun suka. hahahhahaha. pdhal kan...belambak org jual sayur sawi yg siap dimasak. td sempat laaaaa tgk zulaikha buat homework dgn ayah dia. siap ckp kat ayah dia...cikgu kata kena circle yg ni laaaaa ayah..bkn yg ni. FAHAM TAK?? ahahahahhaha. nak tergelak dgr. CIRCLE. fuyooooooooooo...tah tau ke tak apa makna circle tu. dah tu siap ckp kat abg dia...lain kali kalau nak pemadam..ckp eraser ya. tau dak abg?? hahahhahaha. kartun betul. ahhahahahah.
ckp pasal faham dan memahami ni..sebenarnya cik kiah nak cerita ni..agak bahaya jugak kalau kita dok syok sendiri dan cerita mcm2 kat blog kita..ulang ya...blog kita..sendiri punya ni...cerita ceriti..cerita laa kan ikut sedap hati kita. apa yg kita fikir. kdg2 kan..kita fikir tak sama dgn apa yg org fikir lepas baca apa yg kita tulis kat blog tu. eh!! cik kiah dah pernah sekali. ingat tak...dulu tu cik kiah cerita pasal cyst...dah habis satu donia kata cik kiah kena masuk wad operate cyst. ha...kan. ada jugak org tak faham apa yg cik kiah tulis. lain yg cik kiah nak sampaikan lain pula yg diterima. hahhahaha. kartun betul. so...nasihat cik kiah...kalau jalan2 masuk tgk blog org tu...kena ingat..apa yg tuan punya blog tu tulis tu adalah apa yg dia berminat nak kongsi dgn org lain..apa yg terlintas dihati dia. think positive. baca dgn nilai2 positif. jgn sempitkan pemikiran dan baca dgn hati2. jgn langkau2...ambik point yg kita rasa berminat saja. pdhal kadang2 point tu tak betul pun sekerat jln je. hahhahahah. ish!! tak sangka ada gak org yg lemah pemahamannya sampai begitu teruk sekali. hhahahahhaa. tah laaa bahasa melayu org tu dpt berapa kan. pelik betul. hahahhahahaha. lawak.

Tuesday, 8 May 2012

PAYUNG EMAS

nak yg mcmana? yang ini??
atau yg ini??


atau yg ini??


atau yg lagi byk mcm ni???


hahahhahahha. saja ja buat lawak petang yang tak menarik. knp payung? ya laaaaaaaa kan..knp payung...tambah lagi payung emas?? ermmm...

projek sains

baru2 ni yusuf bawa balik ni..



biji benih pokok. cikgu kata kena tanam..nanti ada daun..ada buah. entah laaa pokok apa. so..ini laaa projek terbaru dia. tanam pokok.

jalan-jalan tgk anak2 m.nasir

kisahnya weekend br ni tgk konsert m.nasir kat astro. dah lama tak layan tgk persembahan m.nasir. dulu2 tu cik kiah minat dgn lagu2 m.nasir. tp 2 3 menjak ni dah tak mengikuti sgt. sbb sibuk dgn benda lain. dulu2 tu boleh hafal gak lagu2 dia. agak menarik lagu2 dia. dan ini lagi menarik...cerita pasal anak2 m.nasir yg juga dah jd ahli muzik mcm dia juga.

Kumpulan Pitahati & 3 Orang Anak M Nasir

Kumpulan Pitahati sebuah kumpulan Rock yang masih baru, mungkin tak berapa dikenali lagi, rupanya kumpulan Pitahati ni ditubuhkan oleh 3 orang anak M Nasir. Kumpulan ni bernaug di bawah Luncai Emas Sdn Bhd dan sudah menerbitkan album mini bertajuk  Bintang Biru Kristal Salju. Pitahati dianggotai oleh Ilham 26, sebagai vokalis, Yasin 24, pemain drum dan Hidayat 20, pemain gitar.
Dua orang lagi rakan mereka ialah Masrin, 26 yang bermain gitar bass dan Zahar, pemain gitar.
Pitahati mahu berada dalam kumpulan dunia muzik mereka sendiri dan tidak mahu dikaitkan dengan bapa mereka atau bukan meneruskan corak muzik M Nasir.
Semasa ditemubual pihak media, mereka membahasakan nama bapa mereka sebagai Datuk M Nasir dan tidak menyebut sebagai bapa atau ayah.
apa komen Ilham anak sulung M Nasir apabila muzik mereka ada kedengaran seperti muzik ciptaan M Nasir..
“Mungkin ia disebabkan kita dari rantau yang sama, jadi bunyi Nusantara itu tidak dapat dielakkan.
Tidak dinafikan, sokongan Datuk M Nasir itu memang ada, tapi untuk bergerak di arus perdana ini kami berusaha dan berdiri atas azam sendiri,”
Petikan dari Berita Harian
Berpeluang melihat persembahan gig pertama Pitahati di Galeri Annexe, Pasar Seni, baru-baru ini, tidak dinafikan naskhah yang dibawakan lima pemuzik kreatif ini kedengaran agak berbeza daripada kumpulan sedia ada.
Persembahan mereka turut disaksikan oleh M Nasir dan isterinya, Datin Marlia Musa. Ilham, Yasin dan Hidayat adalah anak perkahwinan M Nasir dengan Allahyarham Junainah Johari. Dalam setiap mempersembahkan setiap lagu dalam album Pitahati, diperhati dengan teliti dan ada perasaan puas pada wajah M Nasir yang tentu bangga tiga anaknya mewarisi darah seninya.
Persembahan itu juga bertujuan memperkenalkan mereka kepada dunia muzik arus perdana sekali gus memperdengarkan dengan lebih luas muzik avant-garde rock eksperimental yang belum pernah wujud dalam industri hiburan tempatan. Keunikan Pitahati juga dapat dilihat dalam pende-katan persembahan yang dinamakan sempena single pertama iaitu Bintang Biru Kristal Salju.
Antara lagu yang disampaikan ialah Hati-Hati Ahmad! Olivia, Dengarlah Jika Kau Ingin, Revolusioner: Jilid 1, dan Bintang Biru Kristal Salju. Lagu single, Bintang Biru Kristal Salju sedang diterima baik di arena muzik indie, malah kini dimainkan di stesen radio tempatan dan Singapura.
Video persembahan Pitahati lagu Bintang Biru Kristal salju
Ilham selaku vokalis, pemain piano dan gitar. Yasin ( dram, perkusi dan synth) dan Masrin(bass dan efek bunyi) serta Hidayat(gitar dan synth).
Pitahati bermula apabila Ilham dan Yasin (yang merupakan pemain asal) bergabung dengan Zahar dan Masrin yang pada asalnya band Ilustrasi dan kemudian telah dilengkapkan oleh Hidayat. Lantas perjuangan mereka pun dimulakan.



http://www.facebook.com/pitahati
Iham
Ilham M Nasir
Yasin
Yasin M Nasir
Hidayat
Hidayat M Nasir

Berbakat semua anak anak M Nasir ni..di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi..