Showing posts with label MEMASAK DAN MAKANAN. Show all posts
Showing posts with label MEMASAK DAN MAKANAN. Show all posts

Wednesday, 25 January 2012

lunch hari ni

time kj tak ada ni..tak terasa pulak nak berkeliaran kemana2. hahahah. pelik ni. sampaikan nak pi beli makanan pun mls. perut terasa tak selesa saja hari ni. suamiku selalu ckp..ni bkn pantang mkn ni..tp pantang nampak makanan. mcm jeruk maman hari tu...pantang ni...takut nak makan. tp sbr dan kot sehari. isnin ptg tu bedal gak sikit. terleleh betul tgk. hahahahhaha. kesannya..mlm tu menggigil sejuk. tergetar2. padan muka cik kiah.
ok..ini laa lunch cik kiah hari ni...
 ini pun patutnya tak yah laa dok gatai pi makan lagi..tp terasa teringin sgt nak makan. tu yg 'masak' td kat ofis. hahahahhahahha...beserta dgn radix...adeh!! pun sama gak..org kata kurangkan laaa kafein...tp pesakit tegar ni...payah. hahhahahah.

erkkk! buaya berjalan dalam kekeyangan...erkkkk! alhamdulillah. keratan lagu 3 ekor buaya. hahahhahhahahah.

Sunday, 22 January 2012

jeruk maman

ish! ish! lazat ni. pada sesiapa yg pernah makan dan suka dgn rasa daun ni mmg akan terleleh sikit tgk gmbr ni. sedap ni kalau letak bawang dan cabai melaka. menyambar. mau laa berpinggan2 mkn nasi. kegemaran cik kiah ni..tp kali ni tak brp nak berani mkn. daun ni sejuk. org kata kalau bdn tak brp nak sihat tu baik tak yah dok mkn laaa...ok..ni cik kiah ckp ye..bdn cik kiah yg tak brp nak ok. bkn bdn org lain. mls laa nak bercerita pasal org lain. bkn dpt untung apa pun. buat sakit hati saja. org kata kalau org masih lagi ambik tau pasal kita tu maksudnya masih ada yg prihatin dan syg kat kita. kadang2 laa..kdg2 org akan bertindak tanpa fikir logik..buat tu atas sbb apa..buat ni atas sbb apa. mcm jeruk maman ni laa..mesti masa dok buat tu..mak cik kiah fikir nak bagi family mkn. eh!! apa melalut ni pulak. hahahahha. teringat zaman sekolah dulu. cikgu kata nak jawab soalan paper pengajian am ke..paper sastera ke..paper BM ke..kalau time soalan esei tu..setiap perenggan kena ada satu isi penting, huraian dan contoh yg dpt menyokong isi kita tu. mcm tu  jugak laa dgn apa benda yg kita nak buat skrg ni...kita nak buat apa..contoh..nak buat baju..tu isi penting kita..apa tujuan nak buat baju tu...nak guna utk apa..semua kena fikir. rasanya hanya org gila dan tak waras saja yg tak pernah fikir apa tujuan setiap tindakan yg dia buat. mcm cik kiah..boleh dikatakan hobi cik kiah adalah melayari internet...jalan2..dan tgk..dan baca. sbb tu laa byk benda juga yg cik kiah tau lepas baca tu. tp cik kiah akan pastikan kalau cerita tu cik kiah minat sgt nak baca..akan ku tilok dan baca puas2. lepas tu br laa puas hati kalau nak buat ulasan dan sampaikan kat org lain pun. br ada fakta, huraian dan contoh yg betul. ada faham??

Tuesday, 10 January 2012

serunai

hahahhahah. td cik kiah jln2 ke blog kakak cik kiah. semalam dia ada cerita pasal serunai..usman buat serunai. td terkejut tgk..mak ai..besarnya serunai. hahahahhahahahah.
 ini laa usman...

serunai tu dibuat daripada daun kelapa. besar la pulak. kagum ni. cik kiah tak ada masa tu. balik tg piandang. hahhahaha. teringin nak dgr bunyi serunai tu. dia jual tu. satu rm0.50. hahahhaha. siap bleh buat bisnes. sbr saja laaa.

Monday, 9 January 2012

layan memasak..

apa lagi aktiviti yg cik kiah suka selain memasak? lena...yey...wajib. hahhahahhaha. baru2 ni cik kiah masak gulai. kari. asyik2 gulai. nak buat mcmana..dah selera ke situ. hahhahahah...

 ikan sembilang...siap dgn telur...sedap...

 rempah..yg dlm proses pecah minyak. bg garing. nak tau bhn2 utk rempah tu?
segengam cili kering
satu sudu besar rempah biji (ketumbar)
satu sudu kecil penuh jintan kecik
secubit jintan besar
10 biji lada hitam
segengam kecil asam jawa (buat jus)
3 gengam kelapa
bwg putihseulas + 3 ulas bwg merah (diblend lumat sekali dgn cili, jintan dan lada hitam + sedikit minyak dan air secukupnya)
sikit serbuk kunyit

3 ulas bwg merah + seulas bwg putih + daun kari + helba campur utk tumis....buat laaa mcm buat gulai selalu....tumis bawang...masukkan rempah..biar kering dan pecah minyak...masukkan ikan..

 santan...
 dan aksesori...
 biar mendidih sikit...masukkan telur ikan supaya telur tu tak hancur...


ok dah siap...gulai style mak salmah. hahhahahahhahah...mengiurkan?? mmg sedap pun...

Monday, 12 December 2011

actual sembilang...

toing! toing! skrg ni agak kerap buat gulai ikan sembilang. dah hampir2 jemu dah. hahahahahhaha. sikit hari lagi mesti jemu. tak tau laa dpt bertahan sampai bila...hish!! tak leh pulak nak masukkan gmbr. sgr saja laaaaaaaaaaaaa...


ni haa..sembilang yg telah selamat dipotong2. kejam betul manusiakan???
hahhahahhahahah. mmg sengaja tak potong janggut ikan tu. sedap tu janggut tu. bila dah masak janggut tu jd len sikit. mengerekot. lemak2 mcmana tah. :)

Thursday, 8 December 2011

IKAN SEMBILANG

ikan sembilang ke?? semilang ke?? ermm..mlm td suamiku bawa balik sekor je pun. tp yg besar. siap ada telur lagi. selamat dah dibuat gulai rempah buatan sendiri mcm selalu. sedap. masa dok masak tu..suamiku ckp laa..tgk laa kalau ada rezeki nanti bleh laa nak bg kat rumah kawan cik kiah yg jiran kami tu. hahahhahahahha...cer teka siapa?? hahhahaha. tp seingat cik kiah...kawan cik kiah tu mkn ikan semilang tu. suamiku siap suruh msg lagi tanya...mmg betul laa depa 1 family tak mkn semilang. tp keli..mkn pulak. pelikkan?? kawan cik kiah tu siap tanya...apa beza keli dan semilang??? so..hari ni cik kiah jln2 cari apa beza keli dan semilang...dan dpt ni...cer baca..
.......................................................................

Apa Perbezaan Ikan Keli dan Ikan Sembilang?

Salah satu makanan yang digemari di Malaysia ialah ikan keli dan ikan sembilang. Adakah ia ikan yang sama cuma panggilan sahaja yang berlainan? Jawapannya tidak. Ikan ni memang seakan-akan sama saja rupa kedua-duanya.
Antara resipi makanan yang biasa dimasak menggunakan ikan keli dan ikan sembilang ialah masak asam pedas, goreng cili atau sambal dan masak lemak cili padi. Semua makanan tu pedas-pedas belaka kan, ini adalah untuk menghilangkan baunya yang agak hanyir tapi masih menjadi makanan kegemaran orang-ramai.
Perbezaan di antara kedua-dua jenis makanan ini ialah:
  1. Ikan sembilang hidup di laut tapi ikan keli hidup dalam air tawar seperti sungai, kolam dan sawah.
  2. Ikan sembilang saiznya lebih besar dari ikan keli.
  3. Warna ikan keli lebih gelap berbanding dengan ikan sembilang.
  4. Ikan sembilang ada macam sirip atau duri kat belakang dia tapi ikan keli tak ada ni.
Ada apa-apa lagi yang anda tahu tentang perbezaan ikan keli dan ikan sembilang ni?
Betul ke ada orang kata ikan keli ni ada yang diternak dengan cara yang tak sesuai untuk dijadikan makanan? Ada 1 petua untuk mencari ikan keli yang bersih dan sesuai untuk dimakan iaitu belilah dari kampung-kampung atau pilihlah ikan keli yang kecil dan warnanya gelap. Ikan keli yang bersaiz besar ada banyak lemak kerana dibela dengan makanan yang kotor.
..........................................................................
pasal duri kat blkg tu...suamiku pun kata betul mcm tu..ikan semilang ada duri kat atas blkg bdn tu. bisa. tp ikan keli tak ada duri kat blkg tu. ermmm...cik kiah tak arif gak...cari lagi. tgk gmbr pulak...
.......................................................................

keli + sembilang = kembilang =..=

Salam ^^,
just nak inform , yang selama 2 hari berturut-turut mak AM masak lauk ikan keli !
tau ikan keli ? alaa ikan yang ada misai itu .. eh ?
keli ya anak-anak .. bukan sembilang ..

sedap tau . 
kakak AM cakap , rasa ikan ni rasa pasir =.=
dia pernah makan pasir kot

oh apa beza keli dengan sembilang ? nk tiok ? jum tiok .

 keli

keli jugak .. err .. sembilang ..


camne ni ? dua-dua dilahirkan dan dikurniakan misai masing2 .. 
bagaimana mahu bezakan ya ?

baiklah ! setakat yang AM google ya .. 
IKAN KELI - ikan air tawar
IKAN SEMBILANG - ikan air masin
..........................................................................................
lagi??
 
 yg atas tu ikan sembilang..kan ada duri kat blkg bdn dia tu....

yg ni ikan keli..
bg cik kiah...cik kiah suka laa ikan sembilang tu...sedap. buat gulai sdp..buat sambal pekat2 kering2 tu pun sedap...letak kuah lada pun sedap..letak kuah cabai melaka pun sedap. semua sdp..tp mesti yg segar laaa...dan berasal dr kawasan yg tak kotor. kalau berasal dr kawasan yg kotor contohnya dr kawasan berdekatan dgn pantai kat jambatan penang tu...ermmm..agak berbau laa...bau petrol. hahahahhaha. kesan pencemaran laaa kot.

Friday, 2 December 2011

kabsa ayam


hari ni masak kabsa ayam..ermm..awal2 pagi bgn masak kabsa ni..mata pun tak brp nak terbuka lagi. jd tu jd..tp tak brp nak memuaskan hati. nampak mcm berminyak sikit. terlajak tuang minyak. hahahhaha. dah nampak byk tp buat bodoh saja. mls nak ceduk letak kat tempat lain dah. redah je. hahahhahahha. mata pun tak brp nak terbuka lagi. 4.30 anak2 dah bgn dah. sbb tidur kat ruang tamu..utk teman mak masak. hahahhahahah. tau apa yusuf buat awal pg td?? geram betul. kencing tilam. sbr sj laaa. tp dia tak ngaku kata kencing tilam. siap ckp..air hujan turun kena kat seluar dia. hahhahahahha. pdhal..tidur kat bawah...kat dpn tv..mana laa mai air hujan tu. adik siap ckp...air hujan dr bumbung tu laa yg kena kat seluar abg. hahahhahaha. pakat2 menipu. sbr saja laa.

Monday, 21 November 2011

baby sarah

gambar terbaru wan nur maisarah. anak along. gmbr ni ada kat blog kakak cik kiah. http://noraininoriza-nora.blogspot.com/ . kat blog dia ada video yusuf menari. cik kiah mls nak upload kat sini. hari tu dah try..tp tak boleh..lepas tu terus jd malas. baluq liat. hahhahahha. tgk laa yusuf menari dgn jaya. atau bleh gak tgk kat youtube. taip yusuf menari. wah!!!. dahsat. hahahhahahah. anak sapa laa tu.

Wednesday, 9 November 2011

roti jala

weekend baru ni cik kiah ada sikit tahap kerajinan..buat roti jala amatur. hahahhaha. sbb ada byk daging kat rumah..buat gulai daging sikit dgn roti jala. penat ooooooooooooooo nak siapkan roti jala ni. adunan dia mudah saja. time nak menjalakan tu yg leceh sikit. bg sikit kat rumah jiran..mak dan bapa cik kiah mai ptg tu. mak ckp apa tau...GULAI TAK SEDAP. ROTI RASA MASIN.  sabar saja laa. sedih dgr. dah laa penat buat tu. mak tu mmg..suka komplen. tp ok gak komplen2 dia tu...menambahkan smgt nak try buat bg sedap lagi nanti. tgk laa nanti bila2 ada masa nak buat lagi. sbb suamiku suka sgt mkn roti jala ni. tak kisah laa terlajak masin ke apa...dia tak kisah. bedal saja. hahahahhahahah.

Friday, 21 October 2011

potluck

cik kiah ngantuk ni..pg td bgn awal masak nasi kabsa utk bawa pi ofis. ada potluck kat ofis. syok gak. tp ngantuk tahap max dah ni. hahahahahahaha. nasi kabsa kali ni tak menyengat sgt. kurang rempah. sbb yg buat hari tu ramai sgt tukang komplen..mcm tu laa mcm ni laa. pedas sgt laa..kanak2 tak leh mkn laa...byk halia sgt laa..so kali ni jd kurang pedas dan agak tak menarik kaler dia. kaler tu sbb mls nak pi beli saffron tu. tak daya laa nak menjelajah mencari saffron tu. letih. punya laa excited nak masak nasi tu sampai tak berapa nak lena mlm td. hahahahhahhaha. sbb takut tak menjadi. risau ni. tak brp nak yakin. ish! ish! otak tak brp nak bergerek ni. ngantuk. nampak bantal je ni. camne?

Tuesday, 18 October 2011

gambar terkini sarah


ini gambar terkini anak along. wan nur maisarah. masa kat hospital sg petani. byk hari gak kena stay kat hospital sg petani. kuning. sbb darah O mak dia kata. yg lawaknya mak dia pun tak perasan kata kuning anak dia dah tinggi. sampai kan kena marah dgn doktor kat hospital yan. doktor tu siap perli ni..JM apa ni tak tau kuning tinggi ke tak. hahahha. nangis laa along kena perli mcm tu. lawak. tp betul apa doktor tu kata. kalau kita yg bukan bidang tu tak kata laa kan..tak reti semua tu. tp dia mmg belajar pun. diberi kursus lagi ha...tp time anak sendiri tak reti laa pulak. hhahahhahahha. sbr ye cik long. hahhahahhaha.

Tuesday, 20 September 2011

cucur apa ye..

ptg semalam suamiku buat permintaan nak makan cucur masin ke cucur bawang ke..cucur kembung ke...ermmm cik kiah kata kat dia..dah lapar nanti br laa masak. tgk dlm peti ada ikan bilis. plan tu nak buat cucur ikan bilis laa kat depa. lepas tu tgk ada seketul je kentang dlm bakul. ok laaa potong dadu campur sekali. dulu2 masa kat itm shah alam tu..ptg2 kalau ada kawan2 mai rumah selalu laa masak cucur ikan bilis buh sikit kentang dadu. tp semalam tak nak buat dadu. hahahhahahah. nak guna idea kak min. rebus kentang dan blend..taruh dlm adunan. wah!! dpt pujian. suamiku kata sedap. lembut. cik kiah blend ikan bilis bg halus..blend kentang rebus. gaul. cucur tu jd lembut dan manis. rasa kentang. tp ada laa pulak adegan mengejut dlm kuali sbbnya tepung tu jd kembung. hahahhahaha. mcm cucur kembung. siap meletup dlm kuali. hahhahahahahha. tak kuat la. tp dah cukup kuat dah cik kiah melatah terkejut tgk. hahahahhahahha. apa2 pun..pujian tu yg penting. lenkali bleh laa nak buat lagi. adunan jd lembut. menarik. bulat2 mcm cucur kembung. tak sempat nak ambik gmbr. dah tu...masak je angkat dan mkn...pi buat lagi...pi dpn tgk2 dah clear dah dlm pinggan. angkat lagi..pi masak lagi..mai tgk dah clear lagi. hahahahhaha. laris.

Tuesday, 6 September 2011

nasi kabsa

lamanya tak update blog. sibuk raya sakan. tak jugak..sibuk membesarkan diri. mkn dan makan dan makan lagi. raya pertama tu cik kiah try buat nasi kabsa. sbb tergoda sgt dok baca blog ni..http://miszjanuary.blogspot.com/. dia ada cerita pasal nasi kabsa. katanya sedap sgt. nasi arab. mmg bau arab laa nasi tu. hahhahahah. ni ada org minta resepi nasi kabsa. nak buh kat dlm ni...senang. boleh buat rujukan utk diri sendiri juga nanti kalau nak masak lagi..resepi dpt kat blog org gak ni. masa buat tu jgn lupa tambah halia sikit. dlm ni dia ckp brp byk halia. tp buh laa dlm dua inci halia utk 3 pot beras tu. rempah tu bleh gak guna utk buat benda lain lagi. contohnya kalau nak bakar daging ke ayam ke. sedap gak. cik kiah dah try bakar daging kambing guna rempah kabsa. sedap. tp kena laa tambah bahan lain lagi masa nak perap daging tu. cik kiah ada tambah sikit tomato blend...tomato puree..halia...bawang2. mmg sedap laa rasa daging kambing tu. lazat. ermm..raya kedua tu pulak kami masak dalca...bleh gak tambah sikit rempah kabsa tu dlm rempah dalca. sedap. jd berbau arab laa pulak. hahahahhahah. ini resepi rempah yg cik kiah cedok dr blog org saja tau. tp amat2 sedap.

REMPAH KABSA

Bahan - bahan:1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit

Cara penyediaan:

1. Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.

Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.

** Didalam resepi asal, halia dicampurkan sekali. Saya tidak masukkan halia sebab rempah2 diatas adalah kering dan boleh disimpan lama. Masukkan halia semasa nak msk makanan.



NASI KABSA

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dibelah 2) @ 1 kg daging kambing + tulang
3 pot/cwn beras basmati ~ cuci dan rendam 30 mionit, toskan
4 1/2 pot/cwn @ secukupnya air panas
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar
2 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)
1 sudu besar rempah kabsa
1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya.
1 biji lada bengala merah (red capsicum) ~ dipotong dadu
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong
1/4 cawan kismis
Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)
***Klik pada rempah kabsa untuk resepi

Cara penyediaan:


1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi.
2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar.
3. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula.
4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.
5. Kacau/gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.

Sos:

~ Kisarkan tomato, cili besar hijau, batang ketumbar, gula, garam dan perahan lemon kuning.

cik kiah nak pesan ni...jgn lupa tambah halia..blend.

Thursday, 4 August 2011

masak memasak lagi


mcm gayat je kan nampak ikan tu. hahahhahah. sbb tak reti ambik gmbr makanan. cik kiah tak laa mcm mat gebu yg cantik2 je gmbr makanan dia. ikan tu menu berbuka mlm td. hhahahhaha. kan dok cerita nak masak ikan siakap stim. tp tak jd stim. jd goreng. lepas tu buat sos dia. 'sos'. hahahhha. cabai dia. main hentam je masak tu. sedap gak jdnya. berselera gak mkn mlm td. sat..nak pi kelas pulak ni..lepas ni sambung lagi...hahhahahhahah.

Tuesday, 2 August 2011

Berbuka

menu apa berbuka ptg semalam? cik kiah smgt je lebih semalam tu..siap pi beli ikan kat pasar kat jln nak kubang semang tu lagi..apa nama ya pasar tu...apa busuk? hahhahahha. kalau farid ada bleh laa jd tempat bertanya utk kawasan area BM ni. dia handal. ermmm...teringat kat farid pulak dah. pelik betul cik kiah ni. agaknya mcmana laa dia kat sana tu. harap2 OK. biasa laa kan kat tempat baru. mesti ada cabaran baru. hidup ni kalau tak ada cabaran tu...tak menarik gak. ingat dulu2 tu masa praktikal kat sini...masuk2 terus kat JKE. dpt subjek Object oriented. masa dpt tu tak terkata apa dah. balik rumah mlm tu masa dok iron baju...tgh sembang2 dgn lini, aza...tiba2 air mata meramu je keluar. siap ckp...aku nak ajar apa ni esok ni. hahhahahahha. nasib baik kawan2 ok. kakak2 kat JKE tu pun ok. tuan subjek pun OK..dah pindah pi PKB pun orgnya. lepas tu bila posting pula...masuk JMSK. tak rela hatinya masuk. hahhahahahhaha. nak ajar math ni...mana nak reti. lepas tu dok muncung saja laaa. rasa nak nangis semua ada. tp masa tu ada Kak N, rafizah..hanim yg dok tolong. ada farid..ada su..semua bersedia nak menolong kalau ada masalah nak ajar apa2. cabaran betul. hahhahahha. siang mlm dok study. siap pi rumah 'cikgu' lagi. belajar. lawak betul bila ingat semula. tu laa farid...kena ada cabaran...lepas tu br kita ingat sampai bila2 pun..ingat apa yg nak ajar..ingat jasa baik org yg dah tolong kita. ke..cik kiah pandai ckp saja ni??? hahhahahhahah.
ok laa...sambung bab berbuka mlm td. kat pasar tu ada ni.....


kuda! hahahhahah. ada byk ekor gak kat tepi parit tu. kalau tgk kuda tu..sekerat je..tak tgk kepala dia..mesti org kata lembu. sbb body dah jd rupa lembu saja gayanya. kuda padi kot ni. kalau bawa yusuf dgn zulaikha mesti depa suka. ermm..adegan kat pasar pulak...3 kali pusing2 kat tempat barang basah tu..tak tau nak beli apa. tak ada idea. last2 beli ikan cencaru 2 ekor kecik..ingat nak buat ikan belah blkg buh cabai sikit. lepas tu tgk ada udang kecik2..ingat nak goreng kotew...lepas tu beli ikan bawal putih yg kecik2 tu ingat nak buat sup kat anak2...jln2 lagi tgk...ada budak dlm darjah 3 atau 5 tgh jual ikan temenung...nampak mcm baru2 lagi..terus nak beli. tp nak 3 ekor je. ikan tu rm4 sekilo. so terus pilih2 3 ekor je. time nak byr...budak tu tak nak duit laa pulak. tah laa knp. mungkin sbb sikit sgt kot. hahahhahaha. terima saja laa. anggap laa rezeki bln posa. masa balik tu...kakak cik kiah tanya..nak masak apa..dia bg idea buat gulai. singgah kedai kat alma jaya pulak...beli rempah biji dgn nyiur sikit. balik tu terus buat gulai ikan temenung campur dgn ikan bawal putih kecik2 tu. dah tak jd sup dah. anak2 pulak makan moi. kakak cik kiah bawa balik moi free. kedai zammas kat perda tu bg free. katanya sepanjang bln posa ni depa akan bg moi free kat org ramai. utk hari bekerja saja laa. sedap jugak tgk yusuf dgn zulaikha makan. ermmm..so mlm td...menu kami cuma gulai dan ikan belah blkg saja. tak jd buat kotew goreng. tak ada tenaga dah nak buat. dah laa jem masa balik tu. hebat betul...krjn negeri p.pinang benarkan kakitangan awam balik awal 30 minit. sesak laa pulak jdnya. selalu 4.30 tu tak ramai org lagi. skrg ni yg biasanya balik 4.30 dah boleh balik pukul 4. yg 5 balik 4.30. tak ke jd karut dah tu. jem gila. nak keluar dr perda pun jem. tak menarik betul.

Sunday, 17 July 2011

buat donat lagi

sbb menjadi sgt2 donat tu..so hari ni balik yan..try buat pulak kat sini. hahahhahahha. kononnya nak tunjuk handal laa kan. bapa cik kiah suka makan rupanya. dia kata sedap. lembut. dia tanya...hang buh apa..rasa mcm kentang. hahhahahahahah. syok laa buat bila ada yg suka makan. kali cik kiah ikut resepi dia betul2. masukkan telur. ikut betul2. tak menyalahgunakan resepi dah. siap betul2 menjadi donat. tak ada sosej dah. hahhahahahha. sedap. cik kiah pun makan gak..tp cicah dgn gulai ikan tenggiri yg semalam punya. terleleh. sedap. sbb donat tu lembut. terima kasih laa kak min..resepi yg amat2 sedap

Thursday, 14 July 2011

resepi donat

teringat resepi yg kak min bg..br ptg td cik kiah berjaya buat. sebelum ni tak sempat nak buat. tp ptg td tu dah ubah suai sikit. sebenarnya sbb terlupa letak telur..sib baik menjadi jugak. lembut laaa. sedap di makan. cik kiah ubah suah..letak sosej kat tgh..then gulun2 dgn doh donat tu. sedap. anak2 suka. tp malangnya tgk2 td masing2 dah korek ambik sosej saja. hahahhahahah. betul laaa kak min kata...tepung tu lembut. sedap. suamiku siap ckp..ha boleh laa buat jual kalau sedap mcm ni. siap dok kira budget brp ni utk buat donat tu. ahhahahahahaha. sbb apa tau...sbb sebelum2 ni cik kiah buat donat asyik tak menjadi saja. mungkin kali ni dia rasa agak kagum kot dgn bini dia ni. hahahhahahha. kagum. pi raaaaaaaaaaah!!. hahahhahahahha. tp serius ckp...wlpun terlupa letak telur...tp tetap lembut. apakah sbbnya?? tah laa. ada gak cik kiah buat bulat2 saja..cadang tu..pagi esok nak bgn awal...nak masak sardin sikit. lepas tu belah donat bulat tu..letak sardin sbg inti kat tgh. wah! wah! bab makan ni mmg cik kiah sentiasa handal utk jdkan ia sedap. sentiasa handal utk jdkan perut ni makin buncit. ermmm...hari ni dah ok sikit dgn suamiku. dah berhari2 dah berangin saja dgn dia. dah laa kes tak nak pergi ziarah arwah mak tam..tp hari ni alhamdulillah...semakin ok. dia pun mau berlawak sakan dah. tak laa buat muka tin kemek saja. hahhahahahha. itu laa org ckp..suami isteri ni payah nak duga. kadang2 tgk..berkelahi pumpang..pumpang...tp mlm2 itu juga yg dipeluk. pelikkan. hahhahahhaha. sedangkan lidah lagi tergigit...

Friday, 17 June 2011

masak memasak

semalam cik kiah memasak sakan kat rumah. buat gulai ikan bawal tambak tak cukup inci. hahahahhahahha. dah byk hari teringin nak buat gulai ikan. jemu laaa asyik2 makan udang...sambal tumis udang, gulai udang, tomyam udang, cucur udang, masak kicap udang, udang goreng, masak sos udang, jemu gila dah. sbb tiap2 hari suamiku akan bawa balik udang. udang putih..kaki kaler merah. udang laut. kalau kat market taman selamat BM..udang yg dia selalu bawa balik tu harganya rm33 sekilo. sama spesis dan sama saiz. mahal gila. padahal harga yg ditolak oleh nelayan kat org tgh cuma rm18 atau rm20 sekilo. mahal kan? untung atas angin. ok laaa...cerita bab ikan bawal tambak tak cukup inci tu. semalam pi market dgn suamiku...tiba2 berkenan kat ikan tu. sekilo rm36. tp cik kiah beli 2 ekor je. rm36 tu kira murah laa utk bawal tambak yg tak cukup inci. knp kata tak cukup inci? hahahhahah. selalunya cina2 suka beli bawal tambak sbb depa suka masak stim bawal tambak. tau rupa bawal tambak? rupa seakan2 bawal putih..tp ada gelap sikit kat bdn dia. sat naaa..cik kiah ada gambar ikan yg beli semalam sebelum digulaikan.
tu ha..yg 2 ekor tu adalah bawal tambak. sedap ikan ni. tp agak mahal laa. kalau nak rasa...selalunya cik kiah beli kat market tmn selamat. selalu ada kat situ. apek jual ikan tu pernah bg resepi kat cik kiah utk stim ikan bawal tambak. dia kata kena letak halia byk. ok..knp kata tak cukup inci. suamiku laaa. dia kata kalau yg cukup inci tu...maksudnya yg besar sikit dari yg dlm gambar tu...yg berat tu agak2 dlm 800g atau 1kg. itu boleh dpt dlm rm60 sekilo. yg itu yg sedap..lagi cantik utk buat stim. sbb molek je kalau letak dlm pinggan bujur tu...selalunya apek2 kan letak ikan stim sekor2 time hidang. ermmm..yg 4 ekor ikan lagi tu yg dlm gmbr tu...ikan belanak. pegnen belaka ikan tu. hahahahhaha. bertelur. patut laa cik kiah tgk besar lain mcm je. siang2 tgk rupa2nya ada telur. suamiku kata patutnya bkn musim belanak pegnen lg ni...tp ni mesti kes kawin tak ikut musim. hahahhahahahha. mcm kita laaa kan...musim kawin tu...pakat kawin ramai2 lepas tu pakat ramai2 bersalin kat spital. hahahahhahahha. ok...tgk ni...

ni adalah adunan rempah yg akan digulaikan. cik kiah mmg sengaja letak lada hitam lebih sikit. ini laaa yg cik kiah selalu ckp..kami suka buat adunan rempah sendiri. lepas tu mesin hancur dan buat gulai mcm biasa.

bawang utk tumis dan utk mesin hancur sekali dgn rempah td.
ini time rempah dah masak...dah keluar minyak...terus masukkan ikan. comei kan kaler ikan tu. nampak lazat je...gambar lepas ni lg lazat...cuba tgk...hahahahhahahhaha.

dah siap...sengaja biarkan kepala ikan tu bg nampak mcm ikan tu tgh cari udara. hahahhahaha. lazat kan. masa ni cik kiah dah terketar2 tgn dah...dah lapar gila. rasa nak ngap terus je. masa dok masak2 ni juga..ada wanita ngandung kat putrajaya dok msg tanya resepi buat ikan belah belakang dgn ayam masak merah stail mak ngah dia. along laaa tu...berkali2 msg tanya resepi. jenuh cik kiah yg tak brp handal memasak ni dok bg resepi. dia tak pula call mak dia tanya resepi. hahahhahah. sbr saja laaa. nak tgk rupa masak merah dia? dia msg lepas dah siap masak. rupa tu agak menjd laaa..tak tau rasanya mcmana. hahhahahahha.

mak ngah dia selalu laa masak ayam mcm ni. dah jd kegemaran kami dah. along kata dia tiba2 rasa teringin sgt nak mkn masak ni..nak balik kg...jauh sgt. tu try buat sendiri. masak ni guna cabai idup. buh santan. sedap ni.


Sunday, 29 May 2011

resepi sendiri

kan..kakak cik kiah kat kampung ada buka gerai makanan. ermmm..kisahnya..org ada laa jugak dok mai makan. melayu, cina..dan ada jugak laaa yg prihatin dan suka memberi idea2 tentang bagaimana menyedapkan lagi rasa masakan. mcm2 idea yg org bg..yg menarik dan kami dah cuba buat adalah letak gula kabung atau gula gerek atau gula melaka tu dlm kuah sambal tumis. kuah sambal tu akan jd lebih berkilat dan menarik. selalukan kalau kami masak kat rumah..guna je gula biasa tu. ada gak yg cadangkan suruh buh serbuk ajinomoto..bg sedap masakan. sbb kami kat rumah mmg tak guna ajinomoto. kisahnya..mak dgn bapa cik kiah yg dah 70 an tu..dok tak lalu mkn dah skrg ni..khasnya masakan dr gerai tu. hahahahhahaha. sbb dah jemu. bapa cik kiah komplen kat kakak...knp hg masak laa ni dah tak sama rasa mcm hg dok masak kat rumah dulu2 tu. la ni kami dah tak lalu nak makan. hahahhahahah. pdhal kan org yg sama jugak yg masak kat rumah pun dia...kat gerai pun dia laa jugak yg masak. mak cik kiah keja dok ngadu kat cik kiah...aku tak lalu sgt mkn nasi laaa ni. ermm..fikir2 punya fikir...last2 cik kiah kata kat kakak...ikut saja laa ckp 2 org tua tu. tumpang depa dok ada lagi ni...depa tegur apa pun ikut saja laa. org tua2 mmg mcm tu. laaa ni..cik kiah ckp kat kakak..masak stail kita..masak mcm masak kat rumah. tak yah laa dok ikut sgt ckp2 org luar yg bg mcm2 idea. La ni kita kena jaga mak dan pak kita dulu. ermmmm...so pg ni..cik kiah bgn awal pg..ikut sekali kakak cik kiah masak kat gerai. guna stail dan resepi kami yg asal..tak ada nak guna gula kabung dah. janji pak dan mak kami suka mkn. org luar...ermmmm..mkn laa apa yg mak dan pak kami suka mkn. ye tak? ini masa depa tua..masa kita nak jd tua pun tak lama lagi juga..tak tau lg kita mcmana nanti. sedih gak kan bila fikir2. masa kecik2 dulu kita nak mkn apa...mak dan pak tunaikan...sebut saja. skrg ni time depa dah tua..dah tak larat dah...mesti laa dok harapkan kat anak2 saja. cuba kita dok senyap2 depan cermin..tgk kat kepala kita...tilik tgk..makin byk ke tak uban kat kepala kita tu. kita pun akan menyusul menjadi tua tak lama lagi. agak2 mcmana laaa pula perangai kita nanti bila kita dah tua. :)