Friday, 30 September 2011

kreatif

td jln2 tgk blog mazidul. lawak..cuba tgk betapa kreatipnya org arab jual spentot pompuan kat sini...http://jomlibur.blogspot.com/2011/02/koleksi-gambar-mesir.html

kerana wrestling cabuk tu

cabuk betul. cabuk tau tak? ermm...mlm td..suamiku ajak anak2 tidur awal. siap sekali laa dgn bini dia masuk landing sekali. tutup semua lampu lepas tu terlelap laa semua. tiba2 terjaga pukul 11 lebih..sbb zulaikha bergerak2 nak nenen. tgk2 suamiku tak ada kat sebelah yusuf. dok pelek laa pi mana laa mamat ni. rupa2nya turun bawah tgk wrestling. mmg kegemaran dia pun. lepas tu zulaikha pun bising nak ikut ayah tgk tv. sakitnya hati. dah laa minah kecik tu mmg jenis ganas...mcmana kalau ajar tgk wrestling. takut makin ganas je nanti. hahhahahah. so cik kiah pun turun bawah dan panggil ayah dia naik atas. apa lagi..muka jd tin kemek laa ayah dia. terus guna kuasa-kuasa yg ada..off tv..suruh naik juga. so..dok tin kemek tu laa sampai pagi td. hanya kerana wrestling cabuk tu. hahahhahahahhaha. sbr saja laaa.

serba tak kena

hari ni pakai tudung rasa serba tak kena. tudung ni dah laa mahal sikit dr selalu. tp jenis kain tu keras..lebar..panas ni. tak sedap langsung dipakai. :( sbr saja laa.

Thursday, 29 September 2011

pemberian suami

adakah suami kita jenis yg romantik yg suka bagi bunga...coklat dan sebagainya masa hari2 penting kita mcm hari ulangtahun perkahwinan ke...harijadi kita ke...apa2 laaa sempena tarikh penting kita tu. ahhahahhahah. ermm..en zul...suamiku tu...mmg bkn seorang yg romantik yg suka bagi serba mak nenek tu..like bunga ke..coklat ke apa. kadang2 tarikh2 penting tu pun dia tak ingat sgt pun. mula2 kawin dulu tu...cik kiah selalu gak ingatkan dia tarikh2 penting tu. tp lama2 bila dah ada anak 2 ni..cik kiah pun tak larat nak layan sgt tarikh2 tu...kecuali laa tarikh birthday anak2. kisahnya...semalam ada kawan cik kiah dpt ni...
bersempena tarikh penting dia. bunga tu siap dihantar kat ofis lagi. cantik. siap dgn teddy tu dgn coklat tu. wah!! teruja tgk. ermm..teruja. teringin ke? well..mesti laa tiap org terutamanya wanita teringin laa nak dpt mcm tu. tp mcm cik kiah ni..cuma bleh ckp teringin saja laa. sbb dah faham sgt dah mcmana perangai suamiku. dia bknnya jenis mcm tu. bunga2 tu. tolon laaaaaaaaaa. bkn dia laa kalau nak bg bunga tu. hahhahahahahhahahha. silap org. so..elok laa cik kiah tak yah berharap dari dia. kalau rasa teringin sgt lg ok pi beli sendiri. hahhahahahhahah. apa kejadahnya sampai nak pi beli sendiri kan. tp kan...cik kiah bersyukur sgt dpt suami mcm dia...tak romantik dr segi tu...tp ringan tulang tolong isteri dia uruskan rumahtangga. sayangkan family dia...tp tak diucapkan je..tak ditunjukkan dgn bunga2 bagai mcm tu. cukup laa apa yg dia bg kat cik kiah selama ni. ermmm..mmg biasa laa lelaki melayu yg tak romantik mcm suamiku tu. tp yg berbezanya adalah suamiku ni jenis suka tolong isteri. yg jarang jugak lelaki melayu lain sanggup buat. contohnya tolong basuh pungkok anak berak. kdg2 ada suami yg sanggup tunggu bini dia mai cuci..sampai laa taik anak tu kering kat pungkok. ada gak suami yg pantang sgt bg dia utk tolong bini sidai kain kat ampaian. malu nanti jiran2 nampak...dan ckp dia ikut telunjuk bini. sampai mcm tu. tp suamiku..mmg ringan tulang kalau pasal urusan rumah dan anak2. tak yah tunggu bini..dia akan uruskan. kena bersyukur gak tu. :) setiap orang ada kekurangan dan kelebihannya. dan sampai bila2 pun cik kiah akan faham..tak yah laa dok mengharapkan jambangan bunga cantik dari dia. hhahhahahahhahahahaha. faham dah.

Wednesday, 28 September 2011

teringat adegan along kawin

cik kiah dok try buat link kat atas utk tunjukkan gmbr persiapan along kawin semua tu...ermm..syok pulak belek2 gmbr kawin dia..kalau nak tgk bleh laa buka balik kat sini utk persiapan kawin dia...http://norkiahs.blogspot.com/2011/02/making.html. utk gmbr akad nikah kat sini...http://norkiahs.blogspot.com/2011/02/sambungan.html. gmbr kenduri kat sini...http://norkiahs.blogspot.com/2011/02/gambar-kenduri-along.html...gmbr rombongan lelaki pula....http://norkiahs.blogspot.com/2011/02/rombongan-pihak-lelaki.html..gmbr outdoor...http://norkiahs.blogspot.com/2011/02/pelamin-dan-outdoor..gmbr kenduri kat kelantan...http://norkiahs.blogspot.com/2011/02/kat-kelantan.html...semua gmbr...well...dgn angkuh ni..cik kiah yg ambik gmbr. hahhahahahahahhahahah.

waja dan exora

pg tadi ada kawan cik kiah tanya pasal exora...sedap tak bawa. ermmm..ikhlas dari hati ni...kalau nak dibandingkan waja dgn exora...waja lagi laaa sedap drive. enjin pun senyap je tak mcm exora ni. gear pun tak laa seganas exora ni. hahahhahahahha. gear exora mcm kartun sikit. tp sementara nak biasakan diri kot. tp menurut kawan cik kiah ni...mmg ada perbezaan antara enjin buatan jepun dan eropah. sbb waja dulu tu enjin mitsubishi...exora pula katanya ada kerjasama dgn Lotus. katanya laaa. cik kiah tak pernah pun buat kajian. ye ke ada kerjasama dgn Lotus? hahhahahahha. entah laa. dia kata enjin jepun senyap sikit. enjin eropah ni riuh sikit. ada bunyi. kasar sikit. kalau dibandingkan exora dgn waja mmg pun betul ckp kawan cik kiah tu. ermm..suamiku pun selalu dok komplen...enjin bunyi kuat. gear dia tak sedap. yo laaaaaa...tak sedap. sbr saja laa. :(

sale kat the store

dah lama dah dgr kata ada sale kat the store. tp mcm malas betul nak pi. sbb dok fikirkan parking dia yg tah apa2 tu. malasnya cik kiah. ptg semalam sembang2 dgn suamiku. dia kata jom pi tgk kot2 ada tangga. dia dah beli utk panjat tgk bumbung yg bocor tu. bila nak pi ke the store tu mcm adegan jd. terserempak dgn lori panjang yg terlanggar kat betul2 tgh pekan alma tu. berkecai cermin dpn dia. hahahhahaha. mana gmbrnya? tak rajin laa cik kiah nak ambil gmbr. knp ye..tah laa. dah tu pi laa the store. hebat betul. penuh parking. dah tu barang2 pun nak habis dah. hebat org membeli. masa kat bahagian barang2 mcm periuk semua tu..dgr bunyi mcm tiga abdul nak lelongkan barang pak mertua dia. agak murah laa. tp kena pandai pilih. kami yg nak pi beli tangga ni..dah terbeli benda lain. hahahahhahah. lawak betul. tiba2 suamiku ternampak benda ni. dia kata elok ni utk kenduri kat rumah mak nanti. mak suka buat kenduri. tau apa bendanya? hahahhahahhaha.
ni ha...bekas utk isi nasi. besar bekas ni. dpt laa harga dlm rm40 lebih. besar ni. pelikkan bleh pulak terbeli benda ni. hahahhahahha. suamiku kalau bab2 amik hati mak mertua ni..A la. A++. hahahhahahahahha.

Tuesday, 27 September 2011

mencari bahan gubahan

bahan gubahan??? hahahahhaha. sebenarnya cik kiah tgk dok layan internet mencari bahan2 utk mencantikkan sikit lagi cik merah tu. maklumlaa beli yg M line..bkn H line. so kena tambah2 sikit bg molek. perlu ke tambah?? membazir ye tak..ermmmm...ingat tu nak tambah lampu yg kat depan tu. waja dulu ada lampu tu. cik merah ni tak ada. rasa tak menarik. tp ratus2 gak tu katanya. lepas tu nak tambah spoiler kat blkg tu. org proton ckp..spoiler tu yg ori siap cat semua harga dalam rm200 ke rm250. adeh...duit belaka. hahhahahahah. sakit perut bila ingat duit. teruk betul. kedekut. kedekut ke? tak...cuma berkira duit. berkira ke? hahhahhahahhah. lebih kurang laa maksudnya kedekut dgn berkira duit tu. balik keja semalam..yusuf mai bisik kat cik kiah..mak..mak..kesian laa kat keta kita tu tinggal sorang2. hahahahhahahhahaha. dok ingat lagi kat waja tu. sbr saja laa.

Monday, 26 September 2011

tukar benda baru

pagi ni mai keja bawa objek baru. hahhahahhahahahha. happy ke? tak jugak. sedih gak ni sebenarnya. objek baru tu adalah ini....
dah tak ada dah waja. sayang betul dgn waja tu. cinta hati selama 7 tahun. sedap bawa waja tu. dulu kalau eksiden je waja tu..calar sikit pun..rasa mcm badan sendiri yg tercalar. sedih. berhari2 gak nak hilangkan perasaan tu. knp tukar yg ni? sebenarnya dok bayangkan nak tukar grand livina. hahahahhahah. tp apakan daya. cik kiah tak berkemampuan. cik merah ni saja yg mampu pun. sbb ingat nak bawa ramai utk kenduri kat pahang nanti. hari tu masa mak sedara sakit...cik kiah bawa mak dan pak cik kiah ke pahang naik waja. kesian betul tgk. bila keluar dari kereta..mak ckp sakit kaki. lenguh. kan sempit. dgn yusuf dgn zulaikha lagi. si yusuf pula kalau nak tidur...mesti nak lunjur kaki dia. sbr saja laaa. mcm terseksa sgt tgk mak dan pak cik kiah masa tu. harap2 exora yg besar ni nanti tak laa menyusahkan depa lagi utk perjalanan yg jauh. mcm kawan cik kiah kata..family car. betul gak. dah ramai kan. kena fikir gak keselesaan org lain. tp masa nak serahkan waja tu...terasa betul. siap yusuf bertanya ?????? tinggalkan waja kita kat situ. siap ckp ni...kesian laa kat waja tu. suruh pi ambik. hahhahahhahaha. mak dia pun sedih sebenarnya. dah 7 tahun berkhidmat. bkn pasal apa pun. tah laaa. dah buruk so ganti yg br. mcm tu ke?? hhahahahhaha.

lagu bangun pagi


video
ini zulaikha nyanyi...pelat teruk. hahhahahahha. nak tengok gambar penyanyinya??

ada iras mak dia tak? ainul kata sama kat mata. ye ke?? sama tang pipi kot. hahhahahahhaah. well...nama pun ada mak kan.

Thursday, 22 September 2011

validasi on oktober

dengar cerita proses validasi utk sesiapa yg memohon DH44 akan dijalankan pada bulan oktober ni. tak brp hari lagi laa kan. katanya sesiapa yg memohon tu boleh laa menyemak sama ada disenaraikan ke utk validasi tu nanti...bleh tgk kat esis. cik kiah tak terlibat. tp ptg semalam ada kawan cik kiah call ckp dia tak dpt..sbbnya tak cukup kursus wajib. CPCM. cik kiah dgr dan sedikit rasa nak menjuihkan mulut..juih tau? mencebek kot. sbbnya masa cik kiah dulu tu..ada gak yg tak cukup kursus wajib pun...tp dpt je DH44. apa kejadahnya kan. bengang ke? agak laa kan. mcm tak ada beza pun cukup kursus ke tak. yg penting...kita ni ada kable besar ke tak..yg penting...kita ni ada link kuat ke tak dgn org atasan. logik ke? tak kot...sebenarnya...tu semua bergantung kat rezeki masing2. dgr cerita gak..yg dpt DH44 tu hari ni dah dpt tunggakan gaji dah. lebat woooo...katanya..sampai ribuan laa jugak. hebatkan. tu laa namanya rezeki. ad yg dok idam gelang besar dah tu. betul tak sal??? hahahhahahhahahah.

Wednesday, 21 September 2011

ABC kakak kj bagi

tgh marking test td. tiba2 kakak kj bawa balik 2 bungkus ABC. suruh makan. bagai org ngantuk disurungkan bantal laa jwbnya. nampak mengiurkan betul ABC tu. hahahhahahahha. sbr saja laa. marking2 tgk2 ada seketul dpt 100%. kagum ni. mamat ni dpt 100%...tgk sikit mukanya....

Tuesday, 20 September 2011

cucur apa ye..

ptg semalam suamiku buat permintaan nak makan cucur masin ke cucur bawang ke..cucur kembung ke...ermmm cik kiah kata kat dia..dah lapar nanti br laa masak. tgk dlm peti ada ikan bilis. plan tu nak buat cucur ikan bilis laa kat depa. lepas tu tgk ada seketul je kentang dlm bakul. ok laaa potong dadu campur sekali. dulu2 masa kat itm shah alam tu..ptg2 kalau ada kawan2 mai rumah selalu laa masak cucur ikan bilis buh sikit kentang dadu. tp semalam tak nak buat dadu. hahahhahahah. nak guna idea kak min. rebus kentang dan blend..taruh dlm adunan. wah!! dpt pujian. suamiku kata sedap. lembut. cik kiah blend ikan bilis bg halus..blend kentang rebus. gaul. cucur tu jd lembut dan manis. rasa kentang. tp ada laa pulak adegan mengejut dlm kuali sbbnya tepung tu jd kembung. hahahhahaha. mcm cucur kembung. siap meletup dlm kuali. hahhahahahahha. tak kuat la. tp dah cukup kuat dah cik kiah melatah terkejut tgk. hahahahhahahha. apa2 pun..pujian tu yg penting. lenkali bleh laa nak buat lagi. adunan jd lembut. menarik. bulat2 mcm cucur kembung. tak sempat nak ambik gmbr. dah tu...masak je angkat dan mkn...pi buat lagi...pi dpn tgk2 dah clear dah dlm pinggan. angkat lagi..pi masak lagi..mai tgk dah clear lagi. hahahahhaha. laris.

Monday, 19 September 2011

Thursday, 15 September 2011

belit lagi...

nampak ayu je kan. hahahhahah. kononnya. ni pun beli kat dalila. bkn cik kiah yg beli. kekanda ku laa. dia tu rajin..kan dalila tu kat bwh ofis dia je. anak tudung tu dah habis dah kat kraf busana. bila tah laa nak sampai stok. farid kata kat giant kulim pun ada gak yg rm5 saja. tak kan laa nak pi kulim pulak semata2 nak dptkan anak tudung tu. tp kan...nice kalau gabung dgn anak tudung yg mcm2 kaler. naknya yg kaler terang sikit. menonjol tanduk kat dpn.

tgk muka org terkejut. hahahhahaha.

Tuesday, 13 September 2011

Ice-Ice Baby

Aku ada sorang kawan yang memang hardcore isap ice. Sibbaiklah dia anak orang kaya maka takdelah dia nak merompak atau meragut. Aku pulak budak kampung yang dah diterapkan dengan pemahaman bahawa orang isap ice atau yang jadi doktor tu is a no-no. Dan katanya sejak berjumpa dengan aku (kembang weyhh), dia nak cuba berenti dari ambik ice. Masalah yang dia selalu cerita kat aku ialah paranoianya semakin menjadi-jadi masa dia stop isap ice. Sampaikan ada sekali dia ingat aku ni nak bunuh dia.

Kepada yang jarang-jarang hisap, mereka weng masa isap dadah. Tetapi kepada mereka yang hardcore, mereka lebih tak betul masa tak menghisap. Mereka baran, berangin, dan pemalas masa takde stok. Kesan ini lebih dirasai jika mereka adalah penagih ice dan ketum di mana masa mereka bukan di bawah pengaruh dadah tersebut, paranoia
itu lebih menjadi-jadi. Rasa orang tak puas hati dengan kita, lah. Rasa macam ada konspirasi yang cuba memerangkap kita lah. Atau ada yang siap dengar atau lihat benda yang bukan-bukan. Ini semua sebab neuron dalam kepala mereka tadi dah rosak dek rasukan stimulan yang mereka ambil, mengakibat renjatan sinaps yang berlaku di neuron-neuron tadi tidak cukup ampere atau voltannya.

Bila elektriknya tak kuat, maka informasi yang dihasilkan juga tidak jelas. Inilah caranya bagaimana para penagih mendapat paranoia yang bukan-bukan sebab kepala hotak mereka dah takleh berfungsi dengan betul. Macam orang yang isap rokok. Patutnya bronkiol dalam peparu tu dapat menginjapkan 100 molekul oksigen dan mengkumuhkan 70 molekul Co2 dan 30 molekul wap air misalnya. Tapi sebab bronkiol dah terlindung dek candu tembakau, oksigen yang masuk dahlah kurang, Co2 dan wap air pulak tak dapat keluar dengan sepenuhnya. Tu yang jantung semakin berair dan asyik nak menguap masa sangap. Samalah macam orang penagih dadah. MAsa dia isap dia OK. Masa dia tak isap pulak dia cam cibai.
Ketahuilah bahawa dadah jenis syabu, ketum dan lain-lain itu membawa kepada kesan halusinasi. Menganggap wujud kepada perkara yang sebenarnya takde. Halusinasi pula digarispanduankan oleh paranoia. Paranoia ialah normal. Ia sejenis prasangka. Penyambungan untaian-untaian memori yang tersimpan dalam nodus neutron yang terdapat dalam kepala mereka.  Paranoia sangat berguna kepada think-tanker. Kepada para pemikir. Mereka bermula dengan paranoia, kemudian penjelasan kepada paranoia tersebut, kemudian hypothesis, dan kemudian kepada pembentukan eksperimen berkaitan dalam mengetahui kesahihan hypothesis mereka. Dan paranoia ini amat mudah diperolehi bila dalam keadaan separuh sedar. Nak separuh sedar ni ada macam-macam cara. Cara yang paling clean ialah melalui cara pengkristosan diri. Tetapi kepada mereka yang tak pernah dengar apa itu kristos, mereka akan gunakan stimulan. Arak dan dadah adalah medium pilihan kebiasaan. Mungkin inilah penjelasan kepada kenapa ramai budak U yang terjebak dengan dadah berbanding budak-budak yang tak berapa nak U.

cerita cik kiah pulak...ingat tak cik kiah pernah cerita pasal jiran yg jual air ketum kan kat kampung cik kiah. bisnes dia masih lagi berjalan seperti biasa. selalu ada keta..motor yg keluar masuk ke rumah dia mencari air ketum. segelas rm5. pemandangan yg merimaskan jiran2 sekeliling. ermmmm...lepas tu...ada cerita lagi ni. jiran blkg rumah mak cik kiah tu pulak selalu je ada org mai masuk ke rumah tu. dgn keta..motor. lelaki belaka. lepas tu lepak kat situ...sembang2 sampai laa jam 2 atau 3 pagi. kadang2 siap tidur kat situ. siang esok baru balik. one day...jiran yg jual ketum ni cerita kat kakak cik kiah. katanya...katanya...katanya laa kan jiran yg blkg rumah tu dok buat stok ice. entah betul entah tak kan. sbbnya yg bawa cerita tu pun penjual ketum. hahahhahahah. masa kakak cik kiah cerita semula kat kami tu...nak gelak pun ada dgr tu. hahahhahah. penjual air ketum cerita org bungkus ice kat rumah. lawak. sendiri dok buat aktiviti tak senonoh tu nampak. siap dok bawa cerita hal org pulak. maknanya semua otai2 belaka laa kat situ. ketum..ice. heibatnya. heibat betul. anak2 ku kalau hebat tu..depa selalu sebut heibat. kalau tgk keta lawa sikit je...jerit mak...mak...heibatnya keta tu mak. hahhahahahhaha. balik ke cerita cik kiah tu. cik kiah malas nak ambik apa2 tindakan. lantak laa nak jual ketum ke..nak bungkus ice ke...lantak laa. hal masing2. betul tak? jgn dok mai minum air ketum..bungkus ice kat rumah kami dah laa. jaga hal masing2 dah laa kan.

Monday, 12 September 2011

senyum

cik kiah mmg jenis tak brp reti sgt nak senyum kat org. dgn biji mata besar bulat mcm ni. selalu gak org dok ingatkan cik kiah ni jenis garang tak berani nak tegur. bahkan kawan2 baik cik kiah skrg ni pun...mula2 kenal dulu depa ingatkan cik kiah spesis garang dan sombong. tak mau kawan laa kan. tgk2 spesis gila babang gak rupanya. student pun sama gak. mula2 mesti ingatkan cik kiah garang cap ayam laa. tgk2 gila2 gak rupanya. mmg pun cik kiah jarang senyum kat org. tp kena gayanya bkn setakat senyum...terlebih2 laa pulak kan. tak kenal tak cinta laa kan. hahahhaha. sebenarnya nak cerita ni...pasal senyum. kalau laa tiba2 kita jumpa dgn org tu semasa dok jln2..dan kita kenal sgt org tu. kita pun senyum kat dia. dgn harapan apa? hahhahahahha. tentulaa dok harapkan org tu nampak senyuman kita tu kan. dan senyum balik kat kita. tak gitu?? tp mcmana kalau org tu tak balas senyum balik? ada rasa nak marah tak? atau buat bodoh je? hahahhahahahha. kalau cik kiah laa kan..no hal senyum balik ke tak. lantak hg laa. hahhahahahahha.

Friday, 9 September 2011

mami jarum

saja ni nak memamikan diri. tiba2 minggu ni rasa mcm nak melaram dgn barang kemas. time nak melaram tu. time tak nak..kosong je. mls. kdg2 pakai brg kemas ni rasa panas sgt. rimas. kdg2 rasa mcm cantik dipandang. kdg2 rasa dah jd mcm mona dlm ram milayi jodi. hahahhahahah. kalau mona tu dia pakai mcm ni..yg hujung tu letak yg emas..yg tgh tu..letak yg bkn emas. berderet. hujungnya letak pulak yg emas. cantik. mcm2 kaler. mcmana cik kiah tau??? hahahhahahah. sbb tiap2 mlm itu laa cerita yg wajib kami tgk. siap gaduh dgn anak2 ni tukar tak nak tgk kartun. mak yg buruk perangai. hahahhahahahha. ok laa. kalau kat kampung...pi kenduri selalunya org akan pakai byk barang kemas. lagi kaya org tu lagi byk laa brg kemas dia. selalunya yg kaya bendang kat yan tu..kan area dulang tu..fuyooo..tgk kau...kalu pi kenduri. mami jarum sudah mari. bkn kecik2 punya brg. gedabak. ngeri tgk. takut org cantas tgn tu. hahhahahahahha. itu imej semata2. pi tgk pulak rumah depa. kalah ram milayi jodi. besar. kalau yg rumah lama tu walaupun rumah kayu...besar2. pernah jd kebakaran tak lama dulu..masa tu lepas musim menuai padi. dikatanya salah satu rumah tu..tuan dia telah rugi rm20 ribu cash money. letak kat dlm rumah. mak ai!! rumah terbakar..ha ko..habis dgn duit2 tu terbakar. kayanya. duit byk tu simpan kat rumah je. kita ni cer tgk dlm handbag ada berapa rm? hahahhahahah. konon pensarah. gelak kat diri sendiri. kategori merepek org kenyang ni.

baru bgn tidur..

wah!!! sedapnya lena. tangkap leleh kat meja ofis. hahahhahaha. kenyang sgt lepas pi makan kat rumah kawan cik kiah td. kenyang gila. kalau anak2 mesti dah tegur...mak..cikgu kata jgn ckp gila..nanti tuhan marah..nanti tuhan potong lidah mak. hahahhahahahha. anak2. adeh! sengkaknya rasa. tak lama lagi rasanya akan muncul benda baru dlm hidup cik kiah. wah!!! tak sbrnya rasa. agak2 apa yaaaa benda tu. jeng...jeng!! ermmm...akan wujudkah bendanya??? mcm tak yakin saja. biar betul. tak leh excited sgt. takut tak menjadi pulak nanti. tunggu dan lihat saja. excited ke? ermmm...entah laa labu. kena genyeh mata byk kali ni. blur lagi. sbb br bgn. tidur buas sgt td. tgk2 tercabut dah belitan tudung. sbr saja laa.

belit lagi

hari ni belit fesyen lain pulak. tak yah guna keronsang kat dagu tu. hebat tak? hahahhahahahhaha. jd bulat laa pulak kat dada tu. menarik gak. syok gak pakai belit2 ni..bleh pelbagaikan. cumanya skrg ni cik kiah suka pakai yg seksi jarang ni. tak panas dan senang dibentuk. murah pulak tu. biasa2 pun bleh dpt dlm rm7.50 sehelai. kalau luar biasa bleh dpt dlm rm6 sehelai. 2 dpt rm10. masa dkt nak raya hari tu. tp tgk jenis kain jugak. utk suka2 pakai tukar2 tiap2 hari tu...elok laa cari yg murah2 mcm ni sj. yg ini kakak cik kiah beli kat kedai dalila kat perda. anak tudung tu pula beli kat kedai kraf busana kat dpn LHDN tu. rm5 je satu. sedap pakai. tak panas. meh laa pakat2 lilit. siok ooooooooooooooooooo. terperasan laa sat mcm cantik sikit. hahahahhahahhahah.

Thursday, 8 September 2011

natasya

beberapa hari lepas..kakak cik kiah ada bercerita pasal kes natasya ni. cik kiah tak berapa nak ambik tau sgt. tp tiba2 teringat cerita kakak tu terus cuba cari info pasal natasya ni...dahsatnya. no wonder laa  Dr Mashitah suruh tangkap je terus. sbr saja laa. minta simpang laa tak moo wujudnya unsur2 mcm natasya di sekeliling cik kiah. ini cerita yg cik kiah amik kat blog mazidul. cun ke natasya tu????

cun ke sampai lelaki ni tergoda kat dia. lelaki ni...


sanggup tu nak ikut si natasya ni juga walaupun dah pernah kena simbah asid. ada ke yg sanggup sampai mcm ni kalau mencintai wanita sejati?? adeh!!

Wednesday, 7 September 2011

tangkap kura

ptg semalam..mcm biasa cik kiah pi ambik anak2 kat sekolah. selalu tu mmg rasa agak gayat sikit time nak turun tangga kat bangunan mpsp tu. tinggi..dgn 2 org budak kecik tu..dgn 2 ketul beg depa tu. sbr saja laa. ptg semalam..lagi lawak..time sampai kat bawah..tiba2 kami 3 beranak terjatuh kat atas jln. cik kiah terduduk..kaki terkehel..sakit gila..anak2 pula pakat pegang kain mak masa berjalan...dah tu jatuh jugak laa. yg paling teruk..zulaikha. tersembab kat atas tar. berdarah mulut. menangis laa. semua org yg bertenggek kat tepi tangga...kat tepi parking tu terjerit2 tgk kami jatuh. yg sorang tu siap jln mai tgk..lepas tu kata takpa...takpa...sikit saja tu. nasib baik kaki ni ok..boleh berjalan dan drive keta lagi. tp terasa laa berdenyut2 gak. zulaikha pula senyap laa lepas pujuk2. tak tau laa mcmana bleh terjatuh. mungkin sbb kat situ jln tu mcm tak rata sgt. atau mungkin sbb kaki ni dah letih kot berjalan. skrg pun dok terasa sakit lagi. berdenyut2. takut bengkak je ni. dok tunggu gak kot2 bengkak..tp tak nampak sgt bengkak. cuma naik urat biru2 saja. sakit. sbr saja laaa. tertangkap kura kat mpsp laa pulak. malunya.

keronsang baru


ini keronsang baru utk raya hari tu. dpt 3 RM10. besar gabak. ada gak jenis jarum bleh cucuk kat kepala. tp masih lagu rambu2 mcm tu laa. tak selera sgt nak pakai. pakai sekali je pi raya kat parit buntar. lepas tu zulaikha suruh buka sbb dia nak sandar kat dada mak dia. asyik terlekat kat rambut panjang dia. tp mmg cik kiah pun tak selera gak nak pakai yg mcm ni. nampak besar sgt. tak menarik. td ada nampak student pakai. cantik laa plak. mungkin sesuai utk warga muda je kot. yg remaja. nampak manis je.

Tuesday, 6 September 2011

dinar

td cik kiah teman member dptkan dinar mas ni...wah!!

satu ketul dinar tu lebih kurang Rm800 lebih jugak laa. katanya..katanya..tak rugi kumpul dinar mas ni..kalau jual harganya bleh lebih lagi. mungkin dlm RM900 lebih. ye ke? tp cik kiah tak dpt nak pastikan laa mcmana proses nak jual semula tu. syok gak kan. tp perasan tak kaler emas dia mcm lain sikit. cuba bandingkan dgn kaler cincin cik kiah tu. lain kan??katanya itu bkn emas 916. emas apa tah. keluaran kerajaan kelantan tu. kelantan??? hahahhahahahahahhahaha. knp dgn kelantan???

nasi kabsa

lamanya tak update blog. sibuk raya sakan. tak jugak..sibuk membesarkan diri. mkn dan makan dan makan lagi. raya pertama tu cik kiah try buat nasi kabsa. sbb tergoda sgt dok baca blog ni..http://miszjanuary.blogspot.com/. dia ada cerita pasal nasi kabsa. katanya sedap sgt. nasi arab. mmg bau arab laa nasi tu. hahhahahah. ni ada org minta resepi nasi kabsa. nak buh kat dlm ni...senang. boleh buat rujukan utk diri sendiri juga nanti kalau nak masak lagi..resepi dpt kat blog org gak ni. masa buat tu jgn lupa tambah halia sikit. dlm ni dia ckp brp byk halia. tp buh laa dlm dua inci halia utk 3 pot beras tu. rempah tu bleh gak guna utk buat benda lain lagi. contohnya kalau nak bakar daging ke ayam ke. sedap gak. cik kiah dah try bakar daging kambing guna rempah kabsa. sedap. tp kena laa tambah bahan lain lagi masa nak perap daging tu. cik kiah ada tambah sikit tomato blend...tomato puree..halia...bawang2. mmg sedap laa rasa daging kambing tu. lazat. ermm..raya kedua tu pulak kami masak dalca...bleh gak tambah sikit rempah kabsa tu dlm rempah dalca. sedap. jd berbau arab laa pulak. hahahahhahah. ini resepi rempah yg cik kiah cedok dr blog org saja tau. tp amat2 sedap.

REMPAH KABSA

Bahan - bahan:1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit

Cara penyediaan:

1. Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.

Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.

** Didalam resepi asal, halia dicampurkan sekali. Saya tidak masukkan halia sebab rempah2 diatas adalah kering dan boleh disimpan lama. Masukkan halia semasa nak msk makanan.



NASI KABSA

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dibelah 2) @ 1 kg daging kambing + tulang
3 pot/cwn beras basmati ~ cuci dan rendam 30 mionit, toskan
4 1/2 pot/cwn @ secukupnya air panas
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar
2 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)
1 sudu besar rempah kabsa
1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya.
1 biji lada bengala merah (red capsicum) ~ dipotong dadu
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong
1/4 cawan kismis
Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)
***Klik pada rempah kabsa untuk resepi

Cara penyediaan:


1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi.
2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar.
3. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula.
4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.
5. Kacau/gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.

Sos:

~ Kisarkan tomato, cili besar hijau, batang ketumbar, gula, garam dan perahan lemon kuning.

cik kiah nak pesan ni...jgn lupa tambah halia..blend.