Monday, 28 February 2011

pic terbaru anak2...





utk yg nak tgk pic anak2 cik kiah...ni laa yg terkini..yusuf tak ada nampak sgt dah rambut kerinting dia..tp akan muncul lf tu kerinting2 tu...dah gunting hari tu...ada org ckp lepas tu rambut tak jd kerinting dah...menipu...bila panjang sikit je..terus jd kerinting gak tu..dah nampak kerinting kat telinga. tp skrg dia dah bleh buat rambut pacak dah. zulaikha pula dgn rambut panjang dia. payah gak nak jaga. kena rajin. budak2 ni kdg2 tak bg org sikat rambut depa. tu masalahnya..kdg2 dia jd gak rupa anak tarang yg rambut tak terurus. yg sorang lg tu adalah mashitah...adik kepada ali..kepada yg kenal ali...ali dah besar skrg ni. pemalu sikit. payah nak ada gambar dia...org bz skrg ni dok ada latihan pingpong.


tudung...

cik kiah dgn kakak ada juga jual tudung...ni ada sikit contoh
kami ambik kat kelantan...tinggal sikit lagi..hari tu ada laa bawa balik 19 helai...yg ni saja yg tinggal. tah laa bila dpt ambik tudung lagi utk jual..






kami jual harga antara rm25-35..

aktiviti hujung minggu...

hujung minggu br ni bawa balik kamera kat kampung...tujuannya nak ambik gambar pokok orkid kat rumah tu...kan bulan februari...ada pokok orkid namanya februari...pokok tu cuma berbunga pada bulan februari saja..bunganya keluar kat batang2 pokok yg dah tak berdaun masa bulan februari. tp kali ni tak jd panjang sgt..mungkin sbb cuaca panas kot sekarang ni...meh tgk gambar tu...jd terlebih cerah sbb tak pandai dan kontrol cahaya tu...pokok tu kat tgh panas pulak...bunga dia wangi..best.






 dari pandangan dekat sikit...

yg bawah ni pulak tah laa nama apa..tak cantik sgt tp besar...




yg ni pulak namanya orkid kasut. kalau nak beli tu cik kiah tgk masa pameran bunga orkid kat stadium alor setar..sepokok rm65. tp kami dpt ni dr gunung jerai.

terlanjur bercerita pasai gunung jerai...kat atas ni pulak gambar pokok kacip fatimah. abg ipar cik kiah dpt pokok ni dr gunung jerai jugak. renjer hutan tu kata ini laa pokok kacip fatimah...dia pun ambik laa bawa balik. kami...yg wanita2 kat rumah mak cik kiah selalu juga amalkan minum air rebusan daun ni. best. amat2 sesuai utk wanita. bagus sgt kesannya. bunganya pulak boleh dibuat ulam. ada kesan yg sama jugak dengan air rebusan daunnya. kisahnya...jiran cik kiah kat kampung kata ini bukan pokok kacip fatimah. dia pi cari pokok kacip fatimah kat kedai. org tunjuk yg lain. dia pun beli bawa balik. tanam kat rumah. tah laa apa tujuannya. lepas tu siap mai dok cerita kat kami kata yg ada kat rumah kami tu bknnya pokok kacip fatimah. ermmm...cik kiah pun cari2 jugak dlm internet. rupa2nya ada mcm2 jenis pokok kacip fatimah. yg kami ada ni salah satunya laa...ada satu tu cik kiah terjumpa kat internet..bunganya warna ungu. tu kacip fatimah yg ada kat indonesia. apa2 pun...kami lagi percaya cakap renjer hutan yg ada kat gunung jerai tu...hahhahahah..well...apa2 pun kesannya bagus sgt lepas minum air daun kacip fatimah ni...kalau tak caya...try laa tgk.

kat kelantan

ini pulak gambar along kat kelantan. br nak masukkan kat dlm ni...




 dah sampai kat rumah lelaki


 maktam yang sentiasa bersemangat...

keluarga kat minah..

 dgn 'mak' dia...




 sya yg suka bergaya...








 zulaikha dgn hasilnya...coklat laa apa lagi dlm beg tu...



Friday, 25 February 2011

kalender

teringat masa ngandung kat yusuf dulu...masa tu kak min br bersalin. ramai2 pi lawat dia kat rumah. masa tu kak min ada tunjuk kalender nak tentukan jantina anak. kalender cina. tak laa tepat pun ikut kalender tu. tp utk isi masa lapang tu ok laa jugak. meh tgk sama2 utk sesiapa yg tgh ngandung tu...

image Tentukan Jantina Anak Dengan Kalendar Cina

Thursday, 24 February 2011

mengira coklat

tgk video ni...mlm td yusuf main2 dgn coklat sebelum tidur...saja le ajak dia mengira coklat..masa awal tu ok lagi...makin lama makin karut pulak jdnya...

Tuesday, 22 February 2011

the making...

terfikir nak tunjuk gmbr the making of kenduri along...

kami start dgn buat pelamin dulu...kira-kira sebulan sebelum kenduri...idea nak buat lengkung kat atas tu dtg dr wan dia laa..dia tgk kat rumah kenduri...org tu sewa. masa org dok pasang2 tu dia tgk dan balik dok promosi pulak kat kami...dia kata senang saja laa utk buat kembung2 mcm tu..tp masalahnya kena ada alat utk gantung kain tu. tanya kat kedai pengantin..mahal laa pulak. kami nak besi tu saja. last2 timbul idea nak minta tolong dgn hamdi anak pak lang. dia ada peralatan utk bengkokkan besi tu. so dia buat 2. dia kata sbb tak pasti saiz apa yg kami nak. kebetulan dah ada 2..so 2 tempat laa kami letak besi tu. 1 kat pelamin...1 lagi kat bilik tidur...meh tgk lg...

 bunga tu cik kiah gubah...penat gak. sbb nak bg letak elok2 kat besi tu sebelum gantung besi tu kat atas.

wan dia siapkan pentas pulak. utk makluman pentas tu diguna semula je tu...dulu tu masa cik kiah kawin pun..pelamin guna pentas yg sama jugak. wan dia buat keja laju betul. mcm expert...hahahhaha. zulaikha dgn yusuf tukang sibuk je tu..


 sementara tunggu wan dia pasang besi tu kat atas...cik kiah gubah pula bunga nak letak kat tepi2 tu

 ok..dah siap 'kening' sebelah lg...kerusi tu mak jang dia beli kat sg petani..khas utk kenduri along. bunga kat tepi kerusi tu kami guna yg hiasan utk pelamin masa bertunang along dulu..jimat

 tok dgn wan dia...

 bleh dikatakan hampir siap masa ni..tp nampak mcm plain..tak de seri..putih je semua

cik ani testing dok...kami tgk2 pelamin tu mcm tak de seri. tak ceria..putih je semua..then cik ani terfikir nak pasang lampu pulak..dia pi beli lampu. lampu utk pelamin dan bilik tidur




 buat bilik tidur pulak...suamiku laa jd mangsa...panjat2 pasang apa2 yg patut


tu lampu utk bilik tidur

tu lampu utk pelamin pulak

kami tinggalkan pelamin dan bilik tidur tu sementara waktu sbb kena pi kenduri wani kat pahang. balik tu br laa dpt sambung buat keja pelik2 ni...




dah along balik dari kelantan...kami buat pulak hantaran dia...ini adalah bekas cincin utk lelaki..
terlupa pulak nak letak the making of pelamin akad nikah. pada awalnya tak plan pun tak ada pelamin akad nikah. tiba2 wan dia terfikir pulak nak buat majlis akad nikah sebelah mlm sebelum hari kenduri. so kami pun kalut2 laa siapkan pelamin tu.

 start dgn buat frame utk lekatkan kain kaler biru. lokasi ni kat rumah mak lang dia. dinding dia cat kaler kuning ala2 coklat sikit. so jd agak gelap. kami letak kaler biru kain tu sbb curtain rumah dia kaler biru. mcm nak jd senada laa kononnya.

 dua lelaki yg sedia memberikan tenaga

 mula tu cdg mcm lain tp last2 jd rupa lain pulak...sbb tgk mcm tak cantik kalau gold dgn biru tu..tak naik seri


 wan dia mai tgk dah...dia bising2 sbb buat keja last minute...

 baru masukkan kain kaler cerah sikit...masih tak dpt idea lg mcmana nak bentukkan kain tu...


 k.ija beli rama2 besar tu byk ekor gak. lekat je terus..

 ini laa hasilnya. tp terpaksa letak tikar tu dulu sbb tu laluan org lalu lalang..sbb betul2 depan pintu...