Wednesday, 30 October 2013

ngantuknya


memanjang ngantuk. hahhahahahhahaha. mau cari bantal la sat. 

Tuesday, 29 October 2013

si oren

ni ada gmbr terkini oren...kucing cik kiah. makin kembang bulu. bdn...makin besar sikit kot. masa beli hari tu kurus je bdn. harap bulu je kembang. ni adegan ptg semalam. sj cik kiah nak usik juga oren ni..ajak main. pdhal dia ngantuk rasanya tu...hahahhaha. jahat tuan dia kan...


gagah gak layan tuan dia..


tgk...terpejam dah mata...

 usik lagi...buka mata..


























tp akhirnya...terpejam gak mata. tak larat layan dah. hahahhahaha



penat

tak baik mengeluh...redha saja laa kan. cik kiah penat sbb pg ni ada temujanji dengan doktor pakar kanak2 kat hospital BM. awai2 pg td dah tercongok kat hospital BM. Ambik darah si aidil utk check hb dia. sbb doktor kata aidil ada mild anemia. ermm..lepas ambik darah..terus ke unit patologi...check sampel. tgk2 hb dia 11.9. sepatutnya hb yg normal adalah 12. masa dia sakit hari tu...hb dia 10.6. rendah. tu yg kena buat temujanji susulan td tu. ramai gila manusia nak jumpa doktor pakar kanak2 td. penat gila tunggu. aidil pula 11.6kg td..nak lasak. tak nak org dukung..tak nak org pegang. sbr sj laa. lenguh sendi2 semua. hahhahahah. kan dah kata tak baik merungut. hahhahaha.
so..td hb dia 11.9...doktor tu mcm konpius sj muka...11.9. nak suruh mai lg ke tak. lama dia fikir. lepas tu ckp..ok laa puan. 11.9 ni agak rendah lg. normal 12 sepatutnya. tp takpa la..puan tak yah dtg lg nanti. mungkin hari tu dia sakit itu yg hb dia rendah. kalau puan nampak dia mcm sesak nafas ke demam ke...cepat2 bawa dia ke hospital. i tgk...bdn dia pun ok....cik kiah senyum sj. bdn ok chubby mcm aidil ni tak semestinya sihat tau. hahahhahahah. dah habis semua tu...balik rumah...sampai rumah dah dkt pukul 12 dah. sbr sj laa...buat maggi makan...sbb kalut nak mai ofis pulak. ish!! bznya cik kiah. ayat suamiku...mentang2 dah 44...makin bz nampak. hahhahahahha. ya laa tu. tak ada beza tang mana pun 44 ke 41 ke. sbb bz sgt td tu sbb ptg ni kena jaga exam pulak. tu kena mai ofis cepat...bg ada ruang masa tarik nafas sikit. hhahahahha. rehat2...layan blog ke sat. tanda kertas ke sat. kan....


Monday, 21 October 2013

gelagat budak gumuk

aidil dgn mamaknya..

 nakai!


nak ke klinik alma esok pagi. utk timbang dan cucuk setahun. 24 oktober ni cukup laa umur dia setahun. yes! dah membesar dgn jayanya. semalam dia terseksa sikit sbb terkena semut tonggek (org tanjung piandang panggil semut tonggek) atau charlie (org perda panggil). hahhahaha. mak cik kiah panggil semut tu...'wahid'. tgk sikit rupa wahid tu...

bahaya semut ni.
cik kiah pun tak sedar masa bila tah si wahid ni masuk dlm pampers aidil. ptg tu masa nak cuci punggung aidil sbb berak..nampak merah2 panjang kat punggung dia. hah! tu dia...si wahid dah kiss punggung aidil dah. kesian betul tgk. semut tu mmg byk kat rumah family suamiku kat tanjung piandang. balik dr sana ptg semalam terus pi farmasi cari ubat utk aidil. padan laa dia tak happy saja kat sana tu. monyok sj. kesian aidil.

kucing


memperkenalkan member rumah yg baru. oren. 

 umur 4 bulan lebih.



 ada kawan cik kiah tanya...terjebak ke? jawapannya. hahhahahahha. YES! kes terjebak la ni. yusuf nangis2 nak sgt kucing ni. maka...jd laa kucing ni member rumah yg baru. comei? ermm..tak laa comei sgt. si oren baru ni mls betul nak cuci hidung dia. tiap2 hari kita kena lap hidung dan mata dia. tp kucing ni jenis mesra dan suka main. lompat sana lompat sini.


ada gak kawan yg tanya...knp letak dlm sangkar?? ermm...jawapannya...sbb kami 1 family dah fobia amat dgn kematian oren yg dulu tu. br beberapa minggu oren yg dulu tu mati. kesian betul. si oren dulu tu biasanya kami akan biar dia keluar dr rumah. sbb dia mesti balik makan dan tidur. bila bgn sj mesti pi kat pintu dan minta nak kluar.
bila dah minta sgt2 tu terpaksa laa bg juga. dia bknnya pergi jauh pun. kat kawasan rumah tu sj. ptg sblm mlm atau pagi2 sblm cik kiah pi keja tu dia akan bunyi dpn rumah minta nak masuk rumah. hhahaha. tp satu ptg tu dia balik...nak manja kat kaki...mcm slalu. mkn dan minum. lepas tu naik tidok kat atas. pg tu sblm cik kiah mai ofis...dia muntah dgn jayanya. balik ofis ptg tu..time magrib dia mati. tak sempat buat apa pun. terkedu tgk. so..ambik sbg pengajaran...kali ni...semua kena disangkarkan. termasuk laa si hitam ni..


banjir kat jalan nak ke rumah cik kiah

br bleh nak bercerita..jumaat br ni cik kiah cuti kecemasan sbb banjir...


pemandangan biasa kalau banjir kat rumah cik kiah. air akan menenggelamkan jalan masuk ke rumah cik kiah. cik kiah boleh tgk pemandangan banjir dgn jayanya. hujan pada mlm jumaat tu..pukul 5 pagi cik kiah bgn tgk air dah penuh dah kat jln tu. kakak cik kiah kluar tinjau jln kaki kat luar tu...balik rumah dan ckp...dah tak bleh lalu dah dgn keta. terpaksa laa kami cuti saja hari tu. pukul 8 pg mcm tu dah surut dah air tu. dah bleh lalu dah keta. hujan tu mcm banjir kilat saja. tp kesian laa rumah teres setingkat kat dpn tu. terseksa laa jugakan. rupanya kisah banjir tu tak tamat hari tu saja. esoknya..sabtu 19 oktober..hujan lagi. start hujan ptg dan banjir lagi mlm tu. kali ni lagi teruk.


air dah naik sampai penuh kat jln besar dpn rumah cik kiah. nampak tak rumah besar kat dpn tu. katanya itu rumah bos jkr. katanya. cik kiah pun tak pasti juga. masa banjir hari jumaat tu nampak la ada YB dah dtg melawat. siap ada jentolak dok tolak lumpur tanah merah kat lorong dpn tu.


ngeri betul banjir mlm tu sbb siap ada anggota bomba dan penyelamat mai bawa sampan. entah laa ada aktiviti menyelamat kat mana. dok lepak tunggu kat dpn rumah cik kiah ni. betul2 kat dpn rumah. org kat taman pakat keluar tgk..ye laa...objek pelik kat dpn rumah kan. hahhahaha. tp alhamdulillah laa rumah cik kiah tak naik air. cuma bleh tgk pemandangan ngeri mlm tu. takut juga kalau tiba2 banjir tu melarat. sbb rumah cik kiah dah jd mcm pulau. kami tak dpt nak ke mana pun. lepak dlm rumah. air tu surut dlm pukul 3 pagi. ngeri betul.


Thursday, 10 October 2013

ini lagi geram tgk


hahhahahaha. sbr saja laa

geram tgk...

eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...geram tgk!!!

halfmoon

hari ni cik kiah pakai tudung halfmoon. test....kalau ok dan sedap dipakai br laa boleh dibeli dgn jayanya. cer tgk sikit...
ok tak? boleh laaa kan. sbb dah jemu dok pakai bawai sj. teringin nak tukar2 juga. cumanya cik kiah tak brp nak suka pakai anak tudung ni
 rasa mcm rimas sgt pakai anak tudung ni. tak tau la nak tunggu sampai ptg nanti. sure panas. hahahha. dah laa hari ni ada kativiti luaran. camne? hahhaha. kena fikir betul2 la sblm buat koleksi tudung halfmoon ni. sbb tudung halfmoon rasanya kena pakai dgn anak ni saja. kalau tak...nanti nampak batang leher. seksi la pulak kan. aurat. hahhahah. pdahal kan...tudung halfmoon ni pun kalau silap2 belit...bleh jd seksi gak sbb nampak dade...nasib baik laa dade cik kiah ni tak menonjolkan sgt walaupun dah anak 3. sedari remaja lagi mmg jenis berdade tak menonjol. ermm...teringat satu kisah..
ada kawan cik kiah penah cerita...time ngandung ni...suami dia penah tegur dia...eh! kenapa tak gosok sikit daki kat leher ni...
cis!! terkelu cik kiah dgr kawan cik kiah cerita tu. nasib baik laa suami cik kiah tak penah pulak tegur badan bini dia...itam ke..berdaki ke..busuk ke...time ngandung dulu. kalau laa cik kiah yg kena tegur mcm tu...mesti dok nangis blkg guri dah. guri tau tak?
guri tu bahasa kampung cik kiah utk buyung air yg besar. tadak gmbr pulak nak tunjuk.

Wednesday, 9 October 2013

anak-anak dan cita-cita

agaknya apa cita2 anda dulu2 kan. hahhahaha. tergelak bila fikir cita2 sendiri masa kecik2 dulu. cik kiah kalau cikgu tanya mesti jawab..nak jd arkitek. tak pun...cikgu. tak byk sgt cita2 yg ada dlm otak ni. seingat cik kiah..cik kiah mmg berminat amat nak jd arkitek. tgk...skrg ni...ada ke rupa arkitek? hahahhahaha. tadak pun. mak cik kiah pulak cerita masa dia lahirkan cik kiah...dok fikir2 nak letak nama apa tu..dia teringat kat sorang cikgu dia masa dia kecik dulu. cikgu tu nama dia NORKIAH. dia kata dia berkenan sgt dgn cikgu tu. ermmm..ye la kan. anak dia ni...tiap kali masuk je cikgu baru mengajar...mesti tanya kat cik kiah..mak awak mesti suka sgt kan dgn cerita masam2 manis..sbb tu la buh nama anak NORKIAH. muak dgr soalan mcm tu. tak kan laa semata2 sbb minat kat gmbr tu..sampai nak buh nama anak. pelik betul manusia. ustaz pun penah tanya mcm tu. weng kot.
ok laa..masa cik kiah nak letak nama yusuf dan zulaikha...tak ada niat pun nak tiru mana2 cerita ke apa...tp cik kiah berkenan sgt dgn nama yusuf dan zulaikha. mcm lembut saja. sedap dgr. mai time aidil pulak...tak tau nak letak nama apa pulak. hahhahaha. tgk2 aidil lahir...lagi 2 hari lagi nak raya haji. tu laa jd nama aidil tu. then..bapa cik kiah suruh tambah ismail. bg sedap dia kata. so jd laa dia AIDIL ISMAIL. so..apa impian cik kiah utk anak2? mustahil laa kalau tak ada impian kan. mesti laa ada. cik kiah teringin nak tgk anak2 cik kiah jd...apa ye...org yg berjaya dlm bidang yg baik lagi dr mak dia. sukanya kalau ada anak yg jd doktor ke...arkitek ke...bestnya. tp kalau dah tak mampu...tak leh nak kata apa laa kan. tgk skrg ni..mcm cerdik. macam...hahahhaha. belum tentu lagi tu. tunggu masuk sekolah nanti br tau mcmana. mcm cik kiah...masa sekolah rendah...cerdik sakan...sentiasa dpt nombor satu dlm kelas. tp naik je sekolah menengah...terus jd bodoh piang. hahahahha. dok kelas yg corot sekali. dpt nombor corot je semedang. tah laa tak kena tang mana.
cik kiah nak tunjuk video zulaikha bercerita pasai pasukan bomba mai kat sekolah dia. buat demontrasi kebakaran laa kot. masa balik keja ptg tu jenuh nak dgr...yusuf dan zulaikha cerita. bomba tu...bomba ni...bomba tu kata...bomba tu buat ni..bomba...byk sgt ahli bombanya? hahahhahahahha. cer dgr...mlm tu cik kiah saja laa sembang2 lagi dan rakam...

video
cer dengar betul2 kenapa kebakaran tu terjadi kat sekolah depa....nak tergelak dgr. hahahahhahahahha. kebakaran tu sebenarnya berpunca daripada....bomba tu kata.

so...agaknya2 ahli bomba ke cita2 zulaikha? tak...penah tanya dia...kakak nak jd doktor ke?? tak jugak jawapan dia. tp kdg2 penah gak tgk adegan dia jd cikgu. main2 sorang2. dia laa cikgu dan dia laa juga pelajarnya. dia panggil nama pelajar...dan ada suara pelajar yg sahut. pelajar tu pun dia laa jugak. hebat punya lakonan ni. hahhahahaha. 

boring wei...

dok sembang2 dgn kawan baik cik kiah mlm td. entah knp 2 3 menjak ni cik kiah tergila2 kat objek ni...


comeikan...harga pun agak comei laa jugak. tp lepas sembang2 dgn kawan cik kiah tu...terus rasa mcm tak jd nak membela kucin ni. sbbnya...menurut kawan cik kiah...yg dah lama membela kucing jenis ni...kucin ni payah nak dijaga. kdg2 mudah berpenyakit yg kritikal mcm kanser...hahahah. nak tergelak dgr. ada ke kucin tu ada sakit kanser. ada laa kot kan. sembang2 lagi...lama2 terbantut laa niat nak membela kucing ni. jd laa ada si itam tu sekor kat rumah. mls lyn dah. skrg ni cik kiah nak berazam....cis!! berazam laa pulak. hahhahahhaha. utk...
kuruskan badan...
mcmana ya langkah2 nak kuruskan bdn ni??? hahhahahahah. strategi. setakat dok fikir2 saja tak cukup. hahhahahha. kena lakukan sesuatu. td dok tgk benda ni dgn kawan cik kiah...
 lawak tak kalau beli yg ni? berkesan ke? RM nya bleh tahan gak kan. takut kot...beli tp badan tetap naik jugak. mcmana? hahhahahahaha.
penah gak terfikir nak beli ni...
saja...kononnya sampai awal2 pagi kat ofis...berjoging ke...lepas tu main ini...bleh pecah peluh gak tu. hahhahahah. tp bila ckp kat along. cis! kena gelak. siap ckp...bleh caya ke tu? larat ke? hahahahhahaha.
well....
hahahahahhahah. cik kiah pun akan over kagum kat diri sendiri kalau mampu buat seperti yg difikirkan. :)

Monday, 7 October 2013

lama tak update

knp lama tak update? bz la. bz knp? hahhahaha. tah apa2 bznya pun tak tau. hahahhahaha. tau2 dah 4.30ptg...nak balik rumah dah rupanya. balik rumah pulak ada 3 fail yg cik kiah kena urus. fail yg paling utama adalah fail budak debab tu la. melekat sj kat mamak dia. tau2 dah mlm dan fail gemuk nak mamak dia baring2 dgn dia. ram2 pisang atas tilam. sampai laa lena bersama2..kiri budak gemuk tu...kanan abg dia. yg lelaki mesti kepit dgn mak. yg pompuan sorang tu mesti kepit dgn ayah. minah tu siap nangis2 ni kalau ayah tadak...sapa nak teman adik ni. dia 'adik' lagi tau. hahahhahahaha.
awal pg td budak gemuk tu buat lawak...terjaga dan guling2...cik kiah saja buat2 pejam mata. tp nampak gak dia dok buat apa. guling2...tp last sekali mai guling tidok tepi cik kiah...ngadap betul2 kat sumber nenen. tgk2...dlm samar2 ni...nampak dia try selak sendiri. hahahhahaha. lawak. tak penah lagi laa tgk dia 'mencari' sendiri. mesti lepas umur dia 2 tahun nanti...cik kiah akan merindui saat2 itu. hahhahahaha. betul laa. tak akan berulang lagi. sbr saja laa kan. dah tu tak kan laa nak anak dok besar tu sj kan. hahahhahhaha. weng betul mak dia ni. hahahhahaha.

Thursday, 3 October 2013

budak lebar...

kan baru ni..cik kiah kena bawa aidil jumpa dgn pakar pemakanan kat hospital BM. maka awal2 pg kami dah ke sana. pdhal temujanji pukul 8.30 pg. tak pukul 8 lg dah ada kat sana dah. sbb takut tak dpt parking. maklumlaa bknnya byk sgt pun parking kat situ. sengsara bab parking kat hospital BM

tunggu la kami kat dpn klinik diatetik ni. sbb temujanjinya pukul 8.30 kan. lepas pakar pemakanan tu sampai...cik kiah dpt no 1 nak jumpa. biasa2 saja. sembang2 pasai pemakanan aidil. org tu siap ckp...tgk ayah dgn mak dia tak laa besar mana sgt. tp anak...smgt. hahhahahah. well...cik kiah dah salurkan sepenuhnya zat2 dr badan cik kiah ni segar2 lagi ke badan dia...tiap2 hari. bleh mcm tu? hahahahhahaha. dia tanya juga..dlm family ada tak yg bdn besar cam tu. kakak dgn abg dia kering je bdn. cuma...

ini adalah anak sedara cik kiah. nama amir usman. tingkatan 2. badan...smgt. seluar jeans..size pinggang 32inci tu.
rekabentuk badan dan size tu...ala2 aidil jugak la. hahahhahahah. dan dia pun amat2 syg kat aidil. sama2 bolat.

Wednesday, 2 October 2013

teruja

br dpt tau akan ada satu berita menggemparkan esok. ayoyoyo! berdebarnya rasa. sbr sja la. td teruja tgk note 3. ni...ada benda lain pulak yg lebih menakutkan. fikir yg ini dulu...lepas tu br laa fikir pasal note 3. hahahahah. sebenarnya esok cik kiah nak buat satu lagi aktiviti dlm kelas. siap nak video kan lagi. mana la tau kalau dpt lagi ngajar subjek berkenaan sem dpn ke sem bila2. hahahahhahaha

ish!

teruja tgk ni...

sbr saja la. dok usha pakej gomen. wah!!! terleleh...sbr saja la. :)

Tuesday, 1 October 2013

kawan baru kat rumah

memperkenalkan kawan baru kami kat rumah cik kiah...
tak la comei mana pun. hitam pulak tu. kisahnya...khamis lepas...tiba2 kucing hitam ni muncul kat rumah cik kiah. halau...pukul pun tak nak pi mana juga. nak duduk jugak kat rumah mak cik kiah. org tua tu tak nak terima dah..alasan..bdn sendiri pun tak larat dah..ini kan pulak nak urus kucing. tak tau laa siapa punya kucing ni. mungkin tuan asal tu dah menyampah dgn perangai kucing ni kot kan. kelemahan kucing ni...suka sgt menyelar...maksudnya suka laa sgt naik atas meja...atas kabinet. rimas tgk. tp bila tgk muka dia kesian laa pulak. yusuf dgn zulaikha pulak suka sgt dgn kucing ni. sbb kucing ni jenis manja2...suka mai tido kat paha...suka bermanja laa kiranya. budak2 tu apa lagi...suka laa sgt. bincang2 dgn suamiku...dia kata kita bawa balik alma la. kesian pulak kalau mak buang. so..langkah pertama...kena cari tmpt atau sangkar dia la. sangkar ke org panggil? yg besi 4 segi tu. sbbnya..kucing ni kucing kampung yg bulu agak panjang. so mcm payah nak jaga la kiranya. tp tgk tu...berkilat ok laa tuan yg sblm ni jaga dia. so kami pun jln2 laa ptg tu mencari brg utk dia. terbang laa rm200 gak duit cik kiah. beli mcm2. kesian pulak. dulu masa si oren



ni masuk rumah kami..tak pulak beli mcm2 alatan kat dia. mcm double standard pulak gayanya kan. hahahah. pdhal sama saja. kucing kampung gak tu. tak tau laa gayanya mcmana kalau dpt kucing betul2 bulu panjang tu..dok usha gak kat kedai pet tu..parsian kitten lagi..rm500 sekali dgn sangkar kecik. tp larat ke nak jaga tu nanti. hahahhaha. 2 ekor ni pun dah riuh rendah dah jd rumah. kucing tu tak riuh mana pun. tak kelahi pun...yg riuhnya zulaikha dgn yusuf. sat buh dlm sangkar...sat nak letak luar...sat nak ajak tidok sekali. mcm2 karenah.