Wednesday 28 August 2013

lagu..

suka betul cik kiah dgn clip video lagu ni...

dan lagu ni...

Lirik Lagu Teman Pengganti : Black ft Malique

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti



Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/06/lirik-lagu-teman-pengganti-black-ft.html#ixzz2dF06KtTx

Tuesday 27 August 2013

aidil ismail sakit

bkn setakat aidil ismail yg sakit...dgn maknya sekali ni rasa mcm nak demam dah ni. sbr saja laa. knp nak demam pulak? sbb..letih. awal pg td ni...gigih bgn sediakan ini...

sbbnya teringin sgt tgk kat dlm blog mat gebu. mcm sedap. sebenarnya...seumur hidupku ini...br ini laa pertama kalinya cik kiah buat puding roti. tak tau laa rasa apa. jgn2 tak semenggah mana pun. hahhahaha. cik kiah buat tiga bekas. satu utk bawa ke jtmk..satu lagi utk bawa ke lhdn...satu lagi utk tinggai kat rumah. suamiku kata manis sgt..dia tak lalu nak mkn. tak tau laa..apa cerita yg satu bekas kat rumah tu.
cik kiah masak ni sbb rasa bersalah tak ambik tau sgt pasai hal ofis terutamanya pasai jamuan raya jtmk. sbb asyik cuti kecemasan uruskan aidil. apa kena dgn aidil pulak? ermmm...mamat ni sakit pulak..


masa raya hari tu...cute pakai ketayap wan dia


dgn mamak dia..



tak sihat...demam..muntah..cirit


kisahnya dia demam dari hari ahad last wk..ke mana pun cik kiah tak bawa dia. tu musykil...dia dpt demam tu dr mana..kami semua tak demam kat rumah...selasa last week..dia ada temujanji dgn pakar pemakanan kat hospital bm. cik kiah dgn encik suami..bawa dia ke sana. masa tu badan dok panas lagi la. mmg dok bg ubat demam yg stok ada kat rumah tu. tp dia mcm tak peluh2 jugak. balik tu...terus ke klinik pakar kanak2 kat bandar perda. doktor kata masa tu suhu dia dah 39 berapa tah. tp dah amat tinggi la..doktor tu kata mungkin nak jd demam berhias tu...demam campak. tp rasanya masa dia umur 7 bulan dah jd dah demam campak yg mcm ruam tu. tp doktor tu kata campak sekam tu bleh jd byk kali kat baby. ye ke???
cik kiah konfius sudah...
balik tu bg ubat tp masih tak ok juga. mlm saja...bdn dia jd amat panas. tak lena asyik nangis sj. haru betul. pagi tu dlm pukul 4...dia nangis sbb bdn panas sgt...berserta dgn muntah yg byk. mak dgn ayah dia dah panik. paksa bg dia ubat..lepas tu terus bawa dia ke hospital bm. tau apa jd kat hospital bm?
ermmmm...sampai kat unit kecemasan tu...time jumpa doktor..doktor tu tanya...dia sakit apa. cik kiah jwb laa..dia demam dah 3 hari. pg td dia muntah dgn byk. bdn panas sgt. doktor pun cek kat telinga dia...terus ckp...
doktor: mana ada demam..u ckp dia demam. u tgk suhu dia cuma 37 sj. TAK DEMAM.
cik kiah dgn muka konfius tgk kat dia...then dia ckp..
i bg ubat ni..u ambik kat kaunter depan. dia tak demam...u boleh bawa balik dia. terkedu cik kiah dgr. pdhal budak tu td demam kuat. rasa panas. mungkin sbb dah bg ubat demam...dan suhu badan dia turun jd sejuk. tak demam. tak terkata apa cik kiah...terus keluar..pi kat kaunter depan pun...org depan tu pulak ckp...ha kak..ubat ni kami tak ada skrg..kak kena mai ambik pukul 8 nanti kat kaunter farmasi. ish!! sbr sj laa. masa tu pukul 5 lebih jugak laa kot. tak tgk jam. tp rasa bara sgt masa tu. takpa...dah tak demam..dan kami pun balik rumah. cik kiah cuti kecemasan hari tu sbb tak sedap hati nak tinggai aidil kat rumah dgn ayah dia.
balik rumah..dlm pukul 9 pg mcm tu..suhu badan dia pulak. sbr sj laa..bertahan...cukup 6 jam..bg lagi ubat. sampai laa ptg...suamiku ckp..tak ok kot klinik perda tu...jom kita bawa dia pi klinik pakar kau union. pi pulak klinik union alma. masa tu suhu 38 lebih. masih panas. balik tu ok sikit. bg ubat. pagi khamis tu dlm pukul 4 pagi..buat hal lagi...panik dah kami..badan dia panas sgt dan muntah dgn byknya. apa lagi...terus ke hospital bm sekali lagi. ikutkan hati nak je ajak suamiku ke hospital swasta sbb tak daya nak tahan ckp doktor kat hospital bm tu. tp suamiku berkeras nak ke hospital bm juga. ok tak pa. time jumpa doktor tetap nak cik kiah jugak yg ngadap. kali ni doktor cina juga..tp wanita.
doktor: dia sakit apa?
cik kiah: dia demam dah byk hari..demam dan muntah.
doktor: (dgn marahnya cakap) dah byk hari kenapa hari ni br nak bawa mai hospital??
cik kiah: sebenarnya i dah bawa dia mai hospital ni pg semalam. tp doktor tu suruh bawa balik. sbb dia cek tgk tak demam pun.
then..doktor tu pun cek suhu aidil. dan tanya lagi..
doktor: bila last sekali mak dia bg dia ubat?
cik kiah: mlm td pukul sebelas mlm.
then dia marah dan ckp
doktor: knp tak bg dia ubat ikut time yg sepatutnya..knp pg ni tak bg ubat lagi.
cik kiah dah bengang dah dan ckp
cik kiah: dia muntah byk dan i panik terus bawa dia mai sini. lagipun kalau i bg dia ubat siap2 kat rumah..nanti doktor kata tak demam pulak dan suruh balik pulak.
so..dia pun naik hangin gak kot dan ckp
doktor: dah tu mak dia nak dok hospital la sbb dah byk kali mai jumpa doktor.
sebenarnya apa yg doktor tu nak ckp kan?? blur betul cik kiah. ke dia nak marah sbb cik kiah bawa anak yg demam kuat..muntah byk ke hospital...utk rawatan. ke dia berharap cik kiah bg ubat...jaga anak sendiri kat rumah walaupun masa tu suhu badan dah tinggi??
konfius betul..nanti cik kiah sambung cerita lagi. bz sikit ni. 

biskut raya..

ooooo........tghari bleh pulak update...apa maksudnya? hahaha



sekali bila dpt update..teruja ni...hahhahaha. konon. dah lama cik kiah buat ni..tp br bleh nak tayang kat sini. projek mega raya hari tu. ingat tak dulu cik kiah ada beli oven besar kan...tp oven tu skrg dah kat yan. bg kat mak. sebenarnya...kami juga laa yg dok balik guna oven tu. so..utk edisi raya kat alma kali ni...cik kiah beli oven...yg kecik dan comei...semata2 nak lepas gian membakar makanan. bleh mcm tu. sebenarnya cik kiah dan kakak kdg2 suka je buat aktiviti bakar ikan...bkr daging...bkr ayam guna rempah kabsa..so kena laa ada oven..tak leh nak harap ke semanggang ajaib tu je selalu. hahahhaha. so..kat atas ni biskut2 yg cik kiah buat guna oven baru dan dibantu oleh encik suamiku..dan anak2ku..paling smgt sekali adalah yusuf laa nak tolong. teruja dia tu nak raya. hahahahhaha..
sorry..benda basi br nak update. kisahnya sbb selalu buka blog..tp tak leh nak update...kisahnya.


Monday 19 August 2013

lamanya nak ucap selamat hari raya

yes..br dpt mengupadete blog. tp tak tau lg setakat mana ni...berjaya ke tak ni. hahahahah...selalu tu kalau buka kat ofis sure tak leh nak update. knp tah. hari ni ok pula. apa2 pun cik kiah nak ucap selamat hari raya...wlpun dah byk hari berlalu. ala2 basi laa jugak kan. hahhahahah. ok..puas dah kutip duit raya? ermmm..yusuf dgn zulaikha...dpt laa dlm seratus lebih sorang. lebih kurang laa. yg zulaikha tu masih ada lagi. tp yg yusuf...dah licin dah. awal2 lagi dah budget...nak beli ikan...nak beli arnab...nak beli heli...nak beli mcm2. dan tertunai laa nak beli ikan dan heli tu. nak ikan hidup. sbr saja laa. kami beli ikan ni saja kat dia...

ikan 11 ekor..siap dgn bekas...dgn pam air...dgn makanan bagai...semua sekali rm63. sbr ye...sbr ye. balik rumah...skrg ni cuma tinggal dlm 5 ekor mcm tu sj. mana lagi yg lain? dah slmt depa buat eksperimen...tangkap..dan tgk mcmana dia hidup kat tapak tgn..then mati. sbr ye...sbr ye. semua tu time mak ayah depa kat atas. anak2 kat bawah..main. senyap sj..rupa2nya dok buat eksperimen kat ikan. ganas kan...sbr ye...sbr ye.
heli pula...beli kat tesco..harga...boleh tahan jugak la menyakitkan hati mak dia. hahhahahahah. sbr...sbr ye. balik rumah...tak dan apa2 lagi dah patah dah apa menda tah. nasib baik laa org kat tesco tu kata bleh tukar lagi dlm masa seminggu. sbr ye...sbr. mak dia pun pi tukar. berjaya. beli bateri...dan main. rupanya heli tu jenis makan bateri kuat. sbr ye sbr. mana nak larat duit mak dia nak beli bateri selalu. so...stop main. simpan. itu laa kisahnya duit raya yusuf. dah habis. selamat.

Tuesday 6 August 2013

cering rambut

argh!! rasa cering rambut ni..dok kalut buat pembetulan kertas kerja utk cietvet. cis!! kerja last minute ni...menyampah betul. maunya tak jd keja last minute mcm ni...dpt emailnya jumaat tu. sabtu tu br buka tgk...lepas tu cik kiah demam selsema sampai hari ni tak ok lg. batuk..sakit kepala. rasa bengang sgt. dah tu..buka je nak buat...dah pendrive kena virus pulak. geram gila rasa. terpaksa laa ke poli pg td. terhegeh2 ke ofis sbb nak ambik filenya. geramkan?? sbb tgh cuti. dan terpaksa ke ofis gak. hahahhahahaha. tp terpaksa laa kan. sbb hati nak ke terengganu bln 9 ni. time teringat nak jln2 ke terengganu tu...sedaaaaaaaaaaaaaaaap sikit rasa hati ni. time teringat ke kertas keja ni...tang nak present nanti. gundah gulana laa rasa hati ni. hahahhaha. apahal????
itu laa...siapa suruh jd lecturer sgt. itu pun ada hati nak minta sambung buat phd lagi tu. br buat kertas keja cengini pun dah cering rambut dah ni...tah la mcmana phd nanti. hahhahahhahahah. la ni pun uban penuh dkt 80% dah ni....maunya time phd...100% uban dah jd. tekanan. hahahhahahah. adeh! merepek dah ni.
dah laa kena raya kat rumah biras ni. tak puas hati betul. mak ayah mertua dah tak ada...dah lama meninggal dah. tp peliknya..suamiku mesti sentimental sikit bab2 raya ni. nak jugak balik beraya kat rumah kakak ipar dia ni. tension betul cik kiah. ipar je. bkn mertua. kalau mak mertua bleh laa konsider lagi. ni biras ni. ayoyoyoyoy...muthusamy...tolon. hahahhahahahhahahah. tak sukanya rasa hati. mlsnya. tp terpaksa laa..nak buat mcmana. dah kawin dgn objek mcm tu. terpaksa laa ikut juga. sakit hati...tak puas hati. terpaksa pendam sj. ini time dia. cer fikir...kalau dah mak bapa cik kiah tak ada nanti....mesti cik kiah tetap nak balik raya kat yan jugak. tak peduli. konsepnya sama mcm tu jugak laa kan. mesti rumah ni mempunyai nilai tertentu bg suamiku. wlpun bkn rumah mak dia dah. kak ipar dgn abg dia dan anak2 menetap kat rumah ni. so jd laa rumah depa. balik ni rasa mcm menumpang. bleh pulak biras ku dok arah anak2 cik kiah buat keja. siap suruh simpan bantal. siap ckp ni...kalau tak simpan nanti mlm nanti..mak ngah tak bg bantal dah. bleh ckp mcm tu? rasa mcm nak jawab je...tak bg pun sudah...balik tidok kat rumah. bkn jauh sgt pun. fikir sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sgt ke org nak balik tidok kat rumah depa ni. sbr sj la. cik kiah...sila simpan separuh dlm kotak hati. tak leh cerita semua hal family kat org. nanti salah tafsir pulak. pdhal...cik kiah ok sj. cuma tak leh nak senyum...tgh cering rambut sbb br siapkan pembetulan kat kertas keja utk cietvet tu. gigihkan???? terengganu punya pasal. hahhahahahhahahah.