Monday, 30 September 2013

aidil ke hospital lagi

esok cik kiah agak bz utk bawa aidil ke hospital BM. kena jumpa pakar pemakanan lagi...itu laaa...'sihat' sgt. hahhahahah.

pipi dah jd mcm org suntik botox saja. gebu elok sgt. itu yg kena jumpa pakar pemakanan esok tu. 'sihat' sgt. hhahahaha.
terperasan tak..cik kiah selalu bercerita pasai aidil saja skrg ni. sampai abg dgn kakak dia pun jeles. dok tanya knp mak suka ambik gmbr aidil sj. abg dgn kakak pun nak juga suruh mak depa ambik gmbr depa...



yg mana ada rupa mak depa? cer tilik tgk?? ada tak rupa norkiah kat situ? hahhahahahah. tak tau laa ikut rupa sapa...

aidil dan kereta


mula2 bagi naik..tahap keterujaan mamat ni agak tinggi. siap nak cabut stereng lagi gayanya. hahhahahahaha. lepas tu nak tgk dia buat apa pula dgn kereta mainan ni?

video
mcm2 gaya...nak duduk kat tepi tu. tak larat nak gelak dok tgk dia. teruja betul dgn benda berstereng ni. kereta ni sebenarnya yg abg dia punya. si ayah dulu2 masa yusuf dgn zulaikha kecik tu berminat betul dgn kereta mainan ni utk anak2 dia. maka kami pun pi beli kat parit buntar. dah berapa tahun dah berlalu dan bateri kereta tu pun mcm dah sakit. cuma bleh mengeluarkan lagu saja tp tak daya nak bergerak dah. nak kena cari baru laa kot bateri tu. utk aidil pulak. hahhahahha...ok la...lepas menyenggeng..nak cabut stereng semua...si ayah bawa turun si anak...dok tolak kereta tu pulak. kuat gak mamat ni. siap bleh tolak kakak dia lagi.



Saturday, 28 September 2013

Wednesday, 25 September 2013

rindu kat budak gemuk



selalu rasa rindu kat budak gemuk ni. dia ni kan skrg ni akal panjang dah. gaya mcm budak besar ni. dah tak nak dah duduk dlm tmpt ni. konon dah besar kan...nak main2 kat bawah...sendiri bikin ma...semua nak buat sendiri.


sentiasa nak buat adegan memanjat dan berdiri sendiri...tp tang air liur meleleh tu...hahahhaha. tak leh nak kata apa la. hobi kot.

tah apa2 blogspot ni...br smgt nak bercerita...dah senget sana...senget sini. mls lyn laa..ada closing meeting audit pulak ptg ni. jom ramai2 pi bilik persidangan..tgk ketua auditor nak present. best gak ni tgk apa reaksi org. jom..
sakit perut pulak...camne ni..aduih! tak sukanya.

penat

letih sbb apa? pinar2 rasa mata ni..mcm nak kena lelapkan mata ni dulu la. letihnya rasa. tp perut ni mcm lpr la pula. lpr nak mkn benda yg ringan2..mcm kepok lekor ke...fish ball ke...cucur udang ke...pisang goreng ke...wah! wah! makanan ringan ke tu?? toing! toing! hahhahahahaha.
ayoyo...nak menggemukkan diri ke cik kiah? rasa ni bdn dah makin gemuk..berisi. pejal...lemak tepu byk dah ni.
dok  tilik diri sendiri ni. org tua2 kata tak elok kalau rajin tilik diri sendiri. hahahhaha. cik kiah rasa mcm pelik sikit kaler tudung dan baju hari ni. sebenarnya cik kiah sakit perut dr semalam lagi...melarat sampai mlm td...balik rumah lumur myk panas kat bdn. ada laa tu salah mkn benda apa2...yg berangin ke apa. sakit sgt. sampai pg td pun rasa perut tak brp nak ok. tp gagahkan diri juga mai keja sbb timbul rasa kesian kat sorang kawan ni. tah...jauh disudut hati ni rasa kesian. knp tah. so..kena mai juga nak tolong dia. tak faham cerita? hahahhahah. tak yah paham laa..bkn penting sgt pun. so..pg td...nak iron baju...cari baju mana nak pakai..dan padankan dgn tudung...weh! tudung mana ni??? hentam saja laa labu...so hasilnya...
nampak masuk tak kaler tudung dan baju? hahhahahah. nampak sgt laa tuan badan tu mcm blur di awal pagi. hahhahahah. kira masuk sj laa kan. ada ke kaler oren kat baju tu? mcm tak ada sj kan...
ish!! ada gelang itam kat mata ku??? knp ek? hahhahahaha...so ini laa rupa cik kiah mai keja pg ni. nasib baik tak mc. sbb...best juga rasa hari ni. sbb..buat keja td dgn otai2 audit. bagus! pengalaman yg amat baik. terkesan di hati. rasa smgt audit tu ada semula. kalau tak...ermm..mcm mls je nak pi audit. sbb...kebanyakkan org berpendapat...audit tu nak kenakan org lain yg mls buat keja. tak pun audit tu sbb saja2 nak mencari salah org lain. ada ke mcm tu? tuan yg jd auditor tu hebat sgt ke kalau sentiasa fikir nak kenakan org lain...fikir nak cari salah org je. ish! jgn laa dok fikir mcm tu. tp alhamdulillah...audit kali ni cik kiah tak nampak sgt unsur2 saja2 nak kenakan org tu. tp rasanya tetap ada kot situasi mcm tu. toyol cik kiah ckp....ada tu org tu saja nak kenakan org ni...org tu...tp tak tau info dr toyol tu betul ke tak. toyol pun kdg2 saja2 suka hati nak buat cerita jugak. tak leh caya jugak. dgr je cerita apa org nak ckp..percaya tu jgn 100%. guna otak dan fikir sendiri betul ke tak ceritanya. :)

Tuesday, 24 September 2013

tempahan

ada org tempah nasi kabsa + kurma daging + ayam goreng salut tepung. rm brp ya? utk 40 org mkn. agak2? 

Thursday, 19 September 2013

vitamin

dah lama ada kawan cik kiah bg vitamin ni kat cik kiah. tp mcm biasalaaaaaaa...mls betul la nak makan vitamin...mls. mcm kwn cik kiah kata...hang ni kiah...semua benda hang malas. hhahahha. betul laaa...semua benda mls nak buat.
2 botol ni kawan cik kiah bg...br2 ni buka2 laci kat ofis..eh! rasa mcm ok gak ni kalau try mkn. vitamin kan...sure ok kalau mkn. kononnya la. so hari tu cik kiah pun try la mkn b complex tu sebiji dan grape seed tu sebiji. tak ada apa perasaan pun. hahahahha. tp hari tu perah tu susu dpt byk. alhamdulillah dpt byk la pulak. dok fikir2 sorang2...hari ni cik kiah mkn apa yg susu jd byk pulak ni. konpius ni. fikir2 dan fikir...br teringat ke vitamin ni. lepas tu terus google cari apa PAEDAH nya makan vitamin ni...b complex tu tau laa...grape seed tu tak tau lg. cari2 dan cari..dan jumpa. rupa2nya byk kelebihannya grape seed ni. cer baca...cik kiah dpt ni dr blog mana tah...



10 Kebaikan kesihatan pati biji anggur:
  • Menyingkirkan radikal bebas
  • Mengurangkan radang (inflammatory)
  • Membantu kesihatan otak, kulit dan mata.
  • Membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular.
  • Mencegah masalah kelenjar prostat
  • Melambatkan proses penuaan
  • Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit
  • Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar ultraviolet
  • Membantu fungsi sistem saraf otak
  • Meningkatkan daya pertahanan

Khasiat Grape seed/extrak biji buah anggur
Grape Seed Oil mengandungi phytonutrien istimewa yang ditemui pada buah anggur
yang dinamakan Polyphenols. Pada tahun 1985, Prof Jacques menemui polyphenols
yang terdapat di dalam buah anggur dan bijinya mempunyai lebih Oligomere
Proanthrocyanidin (OPC) berbanding daripada phytonutrient yang lain.
Keistimewaan itulah yang menjadikan minyak biji anggur cukup popular di negara
beriklim sejuk. Ini kerana ia juga dikenalpasti sebagai produk dari sumber alam
semulajadi yang mampu mencegah atau menyekat tumbesaran tumor atau ketumbuhan,
antisclerosis dan merangsang keupayaan sel-sel.

Apa itu OPC?
• OPC's ialah antioksida yang utama dan penting
• Bertindak melindungi tisu-tisu dan pelbagai kecederaan oksidatif
• Mempunyai kekuatan lebih 50 kali lebih daripada Vitamin E dan 18.4 kali lebih
kuat dari Vitamin C
• Menghalang dari radikal-radikal bebas yang boleh merosakkan sel.
Oligomeric Proantho Cyanidin atau OPC merupakanbahan antioksida dan unsur
semulajadi penting yang terdapat di dalam biji anggur. OPC diklasifikasikan
dalam kumpulan polifenol yang terdiri daripada flavoid dan flavanol istimewa. Di
dalamnya terdapat bahan semulajadi dan tidak bertoksid. Di samping itu, OPC amat
kaya dengan protein terutamanya kalogen yang menjadi bahan utama terhadap
pembentukan sel dan tisu. Malah OPC berfungsi 50 kali lebih kuat daripada
Vitamin E dan 20 kali lebih berkesan berbanding Vitamin C. Kajian menunjukkan,
berbanding tumbuhan lain, OPC paling banyak didapati di dalam biji anggur.
Pengambilan OPC tidak akan memberikan sebarang risiko sampingan kepada pengguna.
Kadar dos penggunaan harian yang sesuai adalah antara 100 hingga 150 mg sehari.

Kelebihan dan Kebaikan Grape Seed Oil
• Meneutralkan bahan radikal bebas yang menyerang dan merosakkan sel DNA manusia
• Bertindak sebagai bahan antioksida mudah serap yang berfungsi untuk membantu
sistem tubuh manusia
• Berupaya menurunkan kadar LDL kolestrol
• Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darah
• Pemangkin kepada peningkatan tahap sistem imunisasi tubuh serta daya tahan
terhadap serangan penyakit
• Menyumbang bahan kolagen untuk kulit dan awet muda
• Menghalang pembengkakan dan keradangan
• Melancarkan perjalanan darah
• Mengurangkan gangguan ketahanan sistem tubuh untuk wanita yang hampir monopous
• Membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan
• Mencantikkan kulit dengan menggalakkan pembaikan dan pembentukkan tisu
• Amat sesuai untuk ibu-ibu mengandung dan perkembangan janin di dalam kandungan
• Bertindak sebagai bahan anti bakteria, anti virus, anti kanser dan pelindung
kepada alahan
• Berfungsi sebagai penghalang oksidasi awal lipid, kerapuhan dan kekerasan
dinding kapilari darah

Tuesday, 17 September 2013

bercanggah pendapat

knp org selalunya tak dpt terima pendapat org lain. cik kiah selalunya akan senyap sj dgr apa org nak kata. mls nak riuh2...nak menegakkan kata pendapat cik kiah ni betul sgt. mls lyn. baik senyap. tak guna nak bertengkar. sbr sj laa. selalunya akan pendam dlm hati...tak pun luahkan kat housemate atau kat kawan rapat yg mmg jenis sekepala dgn cik kiah. sure diterima sj pendpt cik kiah. hahahhaha. nama pun dah sekepala kan. tp tak kan laaaaaaaaaaaaaaaaaaaa selalu sgt pendapat kita diterima pakai org. hahhahahaha. kita pun tak semenggah mana..apa kes kan asyik nak org dgr kata kita sj. pelik betul la pulakkan. baik ckp dgn mamat ni...sentiasa senyum saja kat mamak dia...

rilex brader...brader rilex....


MENIAGA

Cik kiah skrg meniaga kain baju...sepentot..dan mcm2 lagi. nak tgk rupa paras brgnya...sat na...


baju ni...peplum..harga RM22 sahaja sehelai...ada kaler merah...pink..hijau...hitam...kuning...mcm2 kaler lagi...

baju ni labuh sampai lutut..murah je..RM15

ini pulak baju muslimah utk kanak2...sepasang rm20 sahaja. ada mcm2 kaler

ini pulak baju tido...sehelai rm10 sahaja. tp baju sahaja ya...tak termasuk model. hahahahhahahaha.

ini contoh sepentot yg cik kiah jual. yg ini 3 helai RM10. ada lagi mcm2 jenis lagi. mls laa pulak nak ambik gmbr. cik kiah ada jual girdle jugak...jenama bamboo...tp tak ada laa pulak gmbrnya. takpa...lenkali cik kiah tempek kat dlm ni. so..klu ada sesapa yg berminat...bgtau noooo...semua harga tu tak termasuk pos. 

ayam hutan

weekend br ni kan cuti pjg..tak bahagianya cik kiah. tau knp? cik kiah start cuti dr hari khamis lagi sbb terpaksa uruskan byk benda. mcm2 laa payah nak cerita. sabtu dgn ahad pulak ada byk kenduri. tp semuanya menghala ke rumah birasku. so jdnya sabtu..ahad...isnin byk dok parit buntar. boring tau. hahahhaha. kang ada pulak org parit buntar kecik hati sbb cik kiah kata boring kat parit buntar. ermm...cik kiah boring tu sbb tak leh balik kampung sendiri. asyik balik kampung dia saja...balik rumah dia sj. boringnya. tak dpt nak digambrkan. tp terpaksa laa bersabar byk2. apa yg cik kiah buat kat rumah depa??





comei ayam jantan ni. ada 3 ekor. jenis ayam hutan original. mai dr hutan kat gerik. tgk dekat2...bulu dia mmg berkilat dan cantik. org tadak keja kan...dok ambik gmbr ayam laa pulakkan. hahahahhahahahha. birasku selalu kata cik kiah ni mak datin sbb malas buat keja. air ke makanan ke...pasai laa..tunggu berjanggut laa kalau nak harap cik kiah buat. hahahhaha. knp? sbb tak suka laa nak pi cari2 barang kat dapur org. biar laa org rumah tu sendiri yg buat. depa tau brgnya kat mana. cik kiah kalau masuk dapur mesti berselerak semua sat lagi. kang terharu kot tgk lepas tu. hahhahahahahha.
langkah slmt...cik kiah tunggu je apa org masak. itu laa yg cik kiah mkn. tak yah komen byk2. telan sj. klu sedap mkn byk...kalau tak sedap sekadar alas perut dah laa. senang cerita. suamiku dah faham sgt dah perangai bini dia. kalau depa mai rumah cik kiah...ha...tak yah mai dapur..biar cik kiah pulak yg buat. alahan pulak kalau ada org luar dok mai sibuk2 kat dapur cik kiah. 'pantang' sikit. rimas. :)

Wednesday, 11 September 2013

aktiviti dlm kelas...

kali kedua cik kiah buat aktiviti dlm kelas. sediakan bahan2 utk beraktiviti...sediakan hadiah...ya la kan...kesian kat budak2...penat gak tu nak siapkan aktiviti tu. so...apa aktiviti cik kiah kali ni??? biasa2 sj...utk subjek fp105...buat tentang topik presentation...puzzle dan crossword...





pulun depa buat puzzle dan crossword tu...peluh2 jugak la. cik kiah pandai buat je bendanya...cer suruh cik kiah selesaikan puzzle tu...sure cam hampeh je jadinya. hahhahhahahah. tp enjoy laa buat aktiviti ni dgn budak2 td. penat sikit...dan frust...frust sbb apa? ermm..bkn sbb budak2 tu tp sbb benda lain. tp tak leh nak cerita dlm ni..biar laa terpendam sj dlm hati ni. sendiri tanggung ma... :)

nak tgk jugak!!






mlm td sebelum tido..zulaikha dgn yusuf seperti biasa dok buat adegan berebut tablet. akhirnya dpt la sorang satu jugak. dan aidil ismail tak tgk saja ni...kalut saja pi kat kakak dia. nak tgk jugak kakak main game apa. hahahahhahaha. lawak tgk..makin dekat...dekat...dan nak ambik terus. hahahhahahah. mcm la dia tau sgt. tp skali adik dah rampas tu..si kakak dgn abg akan pesan. mak jaga jgn bg aidil makan tablet. hahahhahahaha. 'makan' . aidil akan jilat2 tablet....main2 dgn jari kat skrin tu sampai basah dgn air liur dia...yg akan menyebabkan kakak dan abg dia tak selera dah nak pegang tablet tu lepas tu. hahahhahahahah. tak senonoh.

Tuesday, 10 September 2013

siapa sangka???








start membulat dah..masa ni umur dia 2 bulan lebih...dan berat dia dah jd 6kg lebih dah








asalnya cik kiah selalu ckp..tak nak dah anak slps yusuf dan zulaikha. selalu rasa mcm tak mampu dr segi tenaga dan kewangan. tp rezeki kan...tuhan nak bagi. nak ckp apa lagi...bila dah tau ngandung tu. maka keluar laaa aidil ismail. eh! knp tiba2 tercerita pasai aidil pulak ni kan? sbb...tiba2 rasa kalau laa boleh diputar semula. seronoknya tgk tiap saat aidil membesar. dr 3.18kg...jd berkilo2 dgn jayanya. dr cuma bleh nangis saja...sampai laa dah bleh panggil mamak. mamak pun mamak la. suka bila tgk gmbr tembam bulat dia dgn rambut kerinting. comelnya rasa. hahahhaha. dah tu...sapa lg nak kata comei...mesti la mak dia yg dok rasa anak dia comei sgt2 kan. hahahahhahaha.















wah!! sukanya tgk gmbr2 dia. suka sgt. aidil ismail yg tak byk karenah. senyap saja dia. tak kuat nangis. tak kuat merengek. kuat tido sama mcm mak dia. kuat mkn. hahhahahah. suka masak moi kat dia. berselera makan. nangis pun jenis tutup mulut. ermmmmmmmmm...ermmm...bunyi. sampai doktor dgn nurse kat hospital bm pun gelak kat dia. siap tanya..dia nangis mmg bunyi mcm tu ke? ermmm...ermmmm...hahhahahahah. kena cucuk pun bunyi ermmm...ermmmmm...nangis tu. klu tanya cik kiah...antara 3 org anak...masa baby..yg mana paling senang dijaga??? jawabnya...aidil ismail. setakat skrg ni...dia amat2 senang...tak byk buat hal. rilex..cuma kat kilo tu...ready laa kalau nak jln2 dan terlupa bawa stroller dia. hahhahahhaha.