Tuesday, 8 August 2017

8/8/2016

pada tarikh ni..cik kiah melahirkan aisyah. czer. mcm terkejut2 ja pd hari kejadian sbb tiba2 kena czer. tp sgt pasrah masa tu sbb nak anak lahir selamat..ok. alhamdulillah..aisyah lahir ok...wlpun kecik. lahir2 sj..ada nurse ke doktor ke ckp..ni norkiah...tgk baby..tgk jantina baby...baby ok. dia kecik ja..1.9kg. cuma dia kurang oksigen sikit. kita kena bawa dia dulu. masa tu dgr...blur...
ya Allah..dah tak bleh nak ingat semua memory...
Image may contain: one or more people, people sleeping, baby and closeup

sayu ja bila tgk gmbr ni. terkejut mula tgk dia...keciknya anak aku. tp dgn penuh harapan..nanti besarlah tu..mak menyusu kerap2. mcm selalu dgn anak2 yg lain. tak penah terbyg akan kehilangan dia. cuma penah terdetik di hati...masa dlm pantang...kalau kehilangan dia...bleh jd gila aku ni. org kata..Allah nak uji..dgn apa yg kita paling sayang..paling takut. mmg sgt takut kehilangan anak. sgt takut. sampai skrg..yusuf yg dah umur 10 tahun tu...klu jln..mak ayah pegang tgn. wlpun pi shopping. bkn mengada2. tp tak terbyg klu jd apa2 kat anak2. menyesal seumur hidup. 

sgt rindukan bau baby. sgt rindukan aisyah. tp nak buat mcmana. selalu bila tgk anak org lain yg sebaya dia..dah setahun kan...kalau lah dia ada. dah boleh jln dah rasanya kan. selalu ckp dgn ayah dia. ermm..tak ada rezeki kami. 

Image may contain: one or more people, people sleeping, people sitting, baby and closeup
 ni gmbr beberapa hari sblm dia meninggal. sj try letak dia atas kerusi ni. ya Allah!! mak sgt rindukan anak mak ni. oklah...dah tak sanggup tgk lg...

Tuesday, 30 May 2017

TABAH

kdg2 terfikir...betul ke aku setabah ini? hahhaha. bkn apa...sejak masuk ramadan ni asyik teringatkan aisyah. tp pendam dlm hati..rapat2. sbb...dia dah tiada kan. menangis meraung mcmana pun..dia tak akan kembali dah. cumanya ingatan tu sgt kuat. sgt teringat kat dia. aduih!! terseksa rasa. kalaulah dia ada lg skrg ni...dah brp umur dia? dah 9 bulan. dah besar. aduih!! sgt rindukan dia. aisyah...mak rindu sgt kat aisyah.

Monday, 15 May 2017

tepung bungkus

br ni belajar buat tepung bungkus dgn mak kat kampung. wlpun dah tak larat...mak layan juga smgt anak dia ni utk belajar buat tepung bungkus. hahahha.

1st step:
bgn pagi2...rendam 2 cawan beras dgn air yg bersih. beras tu pun basuh laa elok2 dulukan.

2nd step:


ni inti tepung bungkus. resepi? hhahahah. ok. sebiji nyioq yg isi putih..muda. mula2...buat air gula. boleh guna gula merah atau gula kabung pun ok. utk sebijik nyioq yg tak besar sgt...guna laa dlm 2 keping gula kabung. hancurkan gula dlm air. dan masak dulu gula tu sampai hancur elok. buh daun pandan. simpul ja daun pandan tu. lps tu masukkan nyioq...kacau2 sampai pekat...agak kering air. utk bg lebih pekat..masukkan sikit tepung pulut. kacau lg..dgn api slow...klu masih tak pekat...buh lg tepung pulut. bila dah pekat...agak2 bleh bulatkan mcm dlm gmbr atas tu..matikan api. biar sejuk dulu br laa boleh dibulat2kan mcm dlm gambar tu. inti ni boleh juga guna utk buat inti ketayap. hahahahha. next time.

step ketiga...layur daun pisang...koyak bg jd sama saiz utk balut kueh nanti.

step keempat:
mesin lumat beras...dan tapiskan. tapis betul2...masukkan dlm periuk. perah santan....anggaran dr sebijik nyioq tua. perah 3 kali. masukkan santan dlm periuk yg sama dgn beras yg telah dimesin halus. buh garam...dan kacau atas api. kacau...kacau....sampai laa jd mcm adunan kastad yg sdp. nampak creamy dan lembut. kena ada rasa masin2 br sdp nak join dgn inti yg manis nanti.


step kelima:
bancuh adunan tepung pulut...anggaran 4 cawan...dgn air biasa. tak perlu buh garam atau gula. tahap kelembutan adunan...ermmm...bg boleh nak balut inti td. dan mulakan membalut inti dgn adunan tepung pulut. siap balut...terus masukkan dlm adunan beras dan santan td. masa ni...anak2 sgt excited nak rasa adunan beras dan santan. hahahah. dah bleh mkn pun adunan tu. sdp. creamy..masin2. anak2 suka. masa ni cikkiah dah start minta tlg dgn suamiku. utk balut inti dgn adunan tepung pulut. dan ada pulak si zulaikha...membantu. hahahha. jenuh. aidil pulak tukang mkn adunan creamy tu. sat2 mai minta...suka sungguh dia.

sambil tu boleh terus balut dlm daun pisang. ambil inti yg telah disalut dgn tepung pulut td...dua ketul. dan balut. dah siap tu...renyah juga. lama proses ni. boleh terus kukus.


ini laaa rupa kueh tepung bungkus semasa br masak...dan masih panas. sdp wei...aidil makan berbungkus2. sgt puas hati tgk. hahahahha. tp proses nak buat tu...punya laa renyah. tp sbb nawaitu nak belajar kan...so buat juga. next time boleh buat lg. sgt suka mkn kueh ni. mak pun puji sedap. tak sia2 buat. 



Wednesday, 3 May 2017

update

ada org tanya knp dah lama tak update blog...ermm..mls lebih byk lg....hahahah. hari ni..tiba2 rasa mcm nak update blog. knp? sbb tadak mood nak buat keja. bdn rasa mcm tak brp sihat. sbb bulan sudah muncul...hahahahha. rasa angin ja...nak menyendiri. layan internet pun tak menghappykan diri juga.
hari ni 03/05/2017...aisyah meningggal 03/11/2016. dah brp bulan? 6 bulan lebih kurang. aisyah meninggal pada usia 88 hari...dah hampir umur 3 bulan. pada masa tu dia br belajar nak senyum2...dan masih segar lagi memory ayah dia dok panggil mak suruh tgk...tgk ni..anak senyum kat ayah. hhahahaha. kalau laa dpt diputar balik masa tu. nak yg manis2 sj...tak nak ada tarikh 03/11/2016. tak nak lalui sekali lagi. cukuplah sekali saja lalui..sgt pedih. kalau nak cerita semula dlm ni...panjang...mmg boleh nak cerita..tp nanti...balik dok termenung sorang2..tadak guna juga kan. bukan sengaja tak nak ingat kembali kenangan hari tu...tp biarlah mak dia sorang saja yg rasa semua tu. pd masa ni...apa yg mak dia teringin sgt nak buat...nak ziarah kubur dia. tp selalu ayah tak bg. ayah mcm...tau kalau mak dia pi kubur...menangis tu satu hal...lps tu termenung tu...satu hal. ermmm...mencipta alasan. biar laa kan. biarlah memori aisyah dok rapat elok dlm kepala otak mak dia sj kan. mcmana aisyah lahir...mcmana mak dia stay up berpantang dgn dia. pi cucuk ubat cairkan darah...usung dia sekali. hahahhaha. pi cek kuning dia selalu...selama sebulan. aisyah...nama yg sungguh cantik. secantik tuan nama tu. dah tak ada dah. tak guna dikenang yg sedih2 kan.
mana gmbr aisyah? ermmm...byk...tp ada dlm iphone. lps aisyah tak ada...ayah suruh beli hp br..supaya mak tak laa dok belek sgt gmbr aisyah dlm iphone tu. ahhahaha. ayah tak tau...byk juga gmbr aisyah yg mak buh dlm fb. mak selalu juga buka dan tgk. tp tak laa sekerap tgk kat iphone dulu. kdg2 mak fikir...mampu ke memory mak nak ingat rupa aisyah sampai mak tua. org kata...baby yg meninggal akan tunggu mak dia kat syurga..tp kalau masa tu mak dah tua...masih ingat ke...hahhahah. tah laa kan. lps aisyah tak ada...mak suka sgt tgk langit...tgk awan. sbb mak terfikir...di langit mana kah aisyah berada. mungkin...kan...ckp mcm org gila. sbb terlalu rindukan budak kecik tu. tp lama2...mak sedar..yg pergi tu tak akan kembali. mak kena kuat. doa byk2 utk anak mak. moga kita dpt bertemu lg.
lepas tu....ada satu hari tu...ada org ckp...knp hg buat akikah utk anak hg yg dah tadak...sbb...hg sebenarnya dah terputus pun hubungan dgn anak hg. dia dah tadak pun. ermm...sedih sgt dgr tu. terputus hubungan?? mak dgn anak. mmg aisyah dah tak ada...dah meninggal. tp hubungan tu tetap ada sampai bila2. selama 88 hari mak dia menyusukan dia. dr 1.9kg sampai jd 4 kg lebih...agak2? terputus hubungan ke mcm tu? apa pun mak tak jwb masa tu..senyap sj. sbb paham...org yg tak penah lalui kehilangan anak...tak akan paham apa yg mak rasa. ckp pun tak guna kan. lps tu..ada pulak yg ckp...buat apa laa nak dok teringat...sedih sgt..orgnya dah tak ada pun. betul!! sgt betul. orgnya dah tak ada. tp memorynya tetap ada. kesan parut czer utk dia tu...tetap ada sampai bila2. 9 bln lebih dia dlm perut. 88 hari dia dlm pelukan mak dia. tentulaaa sgt byk memory yg ada. bleh ke nak lupa mcm tu sj? ermmm...nak ckp sgt senangkan. yg lalui ni...perit sgt. berbulan2 nak ambik masa utk jd kuat. tu pun kuat luaran sj. dlm hati?? sgt rapuh.
ermm...lps 6 bulan dia tak ada pun...mak dah tak serupa dulu...mak tak boleh tidok sorang...kena ada ayah kat sblh. utk smgt. mak tak boleh duduk sorang2. lps 6 bulan tu. hahhahah. mak tak boleh pegang baby org lain. balik mlm...tak boleh lena. mak tak boleh tgk baby seusia aisyah...rasa sayu tu mencengkam sgt. 6 bulan dah dia tak ada. tah bila laa perasaan tu nak jd ok. ada org suruh berubat cara kampung. hahahhah. well...benda ni bkn mainan syaitan ke iblis ke...tp benda ni dr dlm diri sendiri. tak payah paksa diri sampai nak berubat kampung ke apa. akan jd ok dgn sendirinya...slowly. dugaan yg Allah bg. mak terima dgn redha. dan sedar..aisyah dah tak ada. tp perasaan dlm diri tu. kalau boleh cuba lah paham perasaan org lain sama kan...situasi org lain. tah laa...payah nak ckp mcmana.
sbb tu laa mak malas nak cerita kat org....mls nak buh kat blog...mls nak buh kat fb pasai apa yg mak rasa. biar lah mak sendiri sorang2 sj yg tau. kalau cerita pun org tak paham. tak penah harap pun org paham. ermmm..oklah...lain kali kita sambung nooo...

Tuesday, 14 February 2017

update

dah lama sgt rasanya tak update apa2 kat dalam ni. bkn tak ada masa sgt..tp sbb mls. mls melebihi segala2nya. byk yg nak diceritakan. tp mcm tak nak pulak nak berkongsi. sbb kdg2 ada cerita yg kita rasa mcm nak simpan rapat2..tak nak ingat. sbb kenangan tu sgt mengusik jiwa. sakit sgt bila ingat. oklah...nanti laa bila penyakit mls tu dah ok sikit...bleh la nak bercerita. skrg ni...mls...