Tuesday 31 May 2011

cerita

kdg2 cik kiah teringin nak cerita byk kat dlm ni..tp sesetgh cerita tu tak dpt sgt nak berkongsi dgn semua org. ada bendanya cik kiah kena simpan sorang2 tak boleh nak heboh2 sgt. ermmm...walaupun happy ke sedih ke...simpan senyap2..private and confidential. hahahahha. betul tak ejaan? english ni tahap buruk gak ni. tgk ke keja...wah! lecturer...tp time org suruh ckp org putih..terkial2..terhegeh2 nak ckp. sbb tak reti. english ni belajar dr tadika lagi...masuk form 6..2 tahun blajar gak english..masuk UiTM..lagi laaa...english tiap2 sem. tp tetap hampeh gak. tak yakin bila nak ckp english. hari tu masa kelas math...utk pelajar carry ni...ada gak cik kiah terckp kat depa..penting kamu belajar math ni..sebab depa ni lemah..sampai - darab negatif pun tak tau...+ darab - lagi laaa tak tau. cik kiah ckp laa..mana laa tau nanti bila kamu dah ada anak..masa tu anak kamu pi sekolah rendah..cikgu bg keja sekolah...sekali tu anak balik minta tolong...ckp..ayah2..tolong ajar sat..-2 darab dgn -2 dpt apa? kamu nak jwb apa? tau budak2 carry ni jwb apa kat cik kiah...kami jwb saja laaa..ayah pun tak reti...ayah tak dan belajar benda tu dulu tu. rasa geram gak dgr jawapan depa. tp itu laa minda budak2 carry...nak kata pun payah mcmana. nak kata byk2 pun kena ingat gak kat diri sendiri. kita pun ada anak2..tak tau lg masa dpn anak2 kita mcmana. anak2 lecturer pun ada gak yg lemah tau dlm pelajaran. tak leh nak kata gak. tak semestinya acuan tu elok bleh jd elok gak semua nanti. jdnya...bila ckp tu jgn riak, jgn takbur, jgn mengada2. kena ingat...semua tu kuasa tuhan.

pk ooooooooo pk

dah byk tahun cik kiah ngajar math..br sem ni terlibat dgn student pk. pk ni adalah penilaian khas utk student final sem yg tinggal hanya satu paper saja lgi..asyik gagal2 sgt kan. sampai laa ke pk. ada sorang tu...tersentuh hati cik kiah dgn dia.

Sunday 29 May 2011

resepi sendiri

kan..kakak cik kiah kat kampung ada buka gerai makanan. ermmm..kisahnya..org ada laa jugak dok mai makan. melayu, cina..dan ada jugak laaa yg prihatin dan suka memberi idea2 tentang bagaimana menyedapkan lagi rasa masakan. mcm2 idea yg org bg..yg menarik dan kami dah cuba buat adalah letak gula kabung atau gula gerek atau gula melaka tu dlm kuah sambal tumis. kuah sambal tu akan jd lebih berkilat dan menarik. selalukan kalau kami masak kat rumah..guna je gula biasa tu. ada gak yg cadangkan suruh buh serbuk ajinomoto..bg sedap masakan. sbb kami kat rumah mmg tak guna ajinomoto. kisahnya..mak dgn bapa cik kiah yg dah 70 an tu..dok tak lalu mkn dah skrg ni..khasnya masakan dr gerai tu. hahahahhahaha. sbb dah jemu. bapa cik kiah komplen kat kakak...knp hg masak laa ni dah tak sama rasa mcm hg dok masak kat rumah dulu2 tu. la ni kami dah tak lalu nak makan. hahahhahahah. pdhal kan org yg sama jugak yg masak kat rumah pun dia...kat gerai pun dia laa jugak yg masak. mak cik kiah keja dok ngadu kat cik kiah...aku tak lalu sgt mkn nasi laaa ni. ermm..fikir2 punya fikir...last2 cik kiah kata kat kakak...ikut saja laa ckp 2 org tua tu. tumpang depa dok ada lagi ni...depa tegur apa pun ikut saja laa. org tua2 mmg mcm tu. laaa ni..cik kiah ckp kat kakak..masak stail kita..masak mcm masak kat rumah. tak yah laa dok ikut sgt ckp2 org luar yg bg mcm2 idea. La ni kita kena jaga mak dan pak kita dulu. ermmmm...so pg ni..cik kiah bgn awal pg..ikut sekali kakak cik kiah masak kat gerai. guna stail dan resepi kami yg asal..tak ada nak guna gula kabung dah. janji pak dan mak kami suka mkn. org luar...ermmmm..mkn laa apa yg mak dan pak kami suka mkn. ye tak? ini masa depa tua..masa kita nak jd tua pun tak lama lagi juga..tak tau lg kita mcmana nanti. sedih gak kan bila fikir2. masa kecik2 dulu kita nak mkn apa...mak dan pak tunaikan...sebut saja. skrg ni time depa dah tua..dah tak larat dah...mesti laa dok harapkan kat anak2 saja. cuba kita dok senyap2 depan cermin..tgk kat kepala kita...tilik tgk..makin byk ke tak uban kat kepala kita tu. kita pun akan menyusul menjadi tua tak lama lagi. agak2 mcmana laaa pula perangai kita nanti bila kita dah tua. :)

Saturday 28 May 2011

hari pendaftaran

pg td cik kiah pi teman kakak cik kiah daftar masuk UiTM Merbuk. Wah! wah! ITM dihatiku. seronoknya rasa. dia teringin nak sambung blajar..buat diploma. cik kiah rasa ok gak dia sambung blajar wlaupun dah umur 40 an. ermm...kdg2 seronok tgk org masih lg berminat utk blajar wlpun dah berumur. lagi bgus mcm tu drpada dok perabis duit utk benda2 tak paedah. UiTM MERBUK...dekat je dgn rumah family cik kiah. nak cerita insiden kat situ td...tak sempat nak ambik gmbr sbb tertinggal handphone kat dlm keta. kami pi 1 family...cik kiah..suamiku...zulaikha dan yusuf pun ikut gak. tak pernah lg meneroka kat dlm UiTM tu..agak menarik tempatnya. tp biasa laaa berbukit2 dgn hebatnya. tinggal lg..bukit tu tak laa setinggi bukit kat shah alam tu. tu pun kakak cik kiah dah ngadu penat dah kena panjat bangunan..kena jln kaki jauh..dah laaa bukit2. cik kiah ckp kat dia..adat laaa...tu br namanya menara gading. ahahhahahahah. dok bygkan masa kat itm shah alam tu..berat cik kiah cuma 45kg je. mungkin sbb asyik dok mendaki menara tu...yg ada tangga 'batu cave' tu. hahhahaha. bila masuk ittho..yg tanah landai tu..berat naik jd 52kg. tak mencabar sgt. hahahhahahaha. hati senang. so td..masa daftar tu..yg dok beratur nak daftar tu..majoritinya muda2 lagi. kakak cik kiah ni dah masuk kategori yg paling tua laa yg pi daftar. lepas tu ada adegan makan2 sarapan pg. ada mee sanggul, kuih tepung bungkus, kuih popia goreng dan minuman. masa tu makan2 dgn kakak cik kiah ni...ada sepasang suami isteri tu asyik dok perati (tgk) kat kami. si isteri tu..cik kiah rasa umur dlm 50 an kot. org keja2 tu rasanya. lepas tu kakak cik kiah pun sambung aktiviti dia pi buat kad pelajar pula (dia panggil pas...sbb terbiasa dgn pas keja dia...hahhahahahah) cik kiah ckp tu org panggil kad pelajar. tak pun kad matrix. dah kakak cik kiah tak ada kat situ..si isteri ni pun tegur cik kiah. ayat dia...mai sambung blajar ka? cik kiah kata...dak..teman kakak mai daftar. dia sambung blajar. si isteri ni tak puas hati lg...tanya lagi..mai dr mana? cik kiah kata...dr BM. dia tanya lg..BM? cik kiah kata Bukit Mertajam. lepas tu dia kata..jauh gak tu. mau dia nooo sambung blajar. cik kiah kata..dia dia mau apa salahnya. lepas tu dia kata...jauh gak tu nooo nak mai blajar. cik kiah angguk saja laa. dia pula senyum2 penuh makna. ermmm...sebenarnya dr riak muka dia tu..cik kiah dpt agak laa...mungkin dia fikir yg kakak cik kiah dah terlalu tua utk sambung blajar mcm tu. ermmm..knp sampai boleh tunjukkan riak muka mcm tu. biar laaa org punya pasai dia nak sambung blajar ke apa...dia punya pasai laaa kan. biar laa dia nak blajar sampai tua berjanggut pun apa salahnya. tak salah menuntut ilmu yg elok2. jgn dok menuntut ilmu yg bukan2 dah laa. betul tak??

Friday 27 May 2011

MALAYSIA PENGEXPORT MINYAK DUNIA KE 21



Pelantar Minyak

Cik kiah dpt info ni dr satu laman web
Malaysia adalah pengeksport minyak utama di Asia Tenggara dan
merupakan negara ke-21 yang mempunyai simpanan minyak terbanyak
di dunia, mengeluarkan 610,000 tong minyak sehari

terseksa

terseksa dah rasa mcm dok dlm kotak sorang2...mlm td cik kiah cerita laa kat suamiku...pasal kotak tu. sampai ada adegan sedih2. entahlaa..kdg2 rasa terseksa sgt. nampaknya dia faham apa yg cik kiah ckp kat dia mlm td. harap2 lepas ni kalaupun terpaksa duduk dlm kotak lg...makin ok kot sbb ada sokongan dia. :) itu laa peranan suami sebenarnya.

Thursday 26 May 2011

Silap Mata TNB

ada kawan bg ni kat cik kiah. cuba baca dan fikir...logik tak??


Bacaan meter eletrik di premis dua bulan sekali ada agenda tersembunyi. Inilah dasar kapitalis yang mengaut keuntungan dalam bisnes secara tidak beretika. Lebih-lebih lagi apabila agenda kroni dan politik saling berkait. Rakyat yang alpa mudah tertipu. Mangsa yang terperangkap ialah rakyat jelata di bawah slogan 1Malaysia.

TNB, pembekal tenaga elektrik monopoli, mengamalkan secara bergilir-gilir bacaan meter di premis dan bacaan meter anggaran yang diposkan. Mengikut maklumat dalam pengurusan TNB, ini adalah agenda politik untuk membantu kroni. Pos Malaysia kepunyaan Syed Mokhtar al-Bukhari, rapat hubungannya dengan orang nombor satu negara dan parti juara rakyat. Penulis dimaklumkan bahawa atas arahan kerajaan, TNB wajib menggunakan khidmat Pos Malaysia untuk menguruskan pos bil bulanan secara dwibulanan. Pos Malaysia mengambil caj sebanyak RM3.00 atas satu bil. Inimaklumat yang diberikan oleh pengurusan TNB.

Tujuannya dapat dijangkakan. Bukahkah Pos Malaysia telah melakukan pelbagai urusan sampingan seperti pembaharuan lessen memandu, pembayaran bil domestic, daftar pengundi dan sebagainya. Apa tujuannya? Pos Malaysia mungkin gulung tikar jika tidak diberi oksigen. Jadi Pos Malaysia kena kaut lagi melalui mou dengan TNB. Siapakah menjadi mangsa sebenar? Apakah TNB mahu rugi kerana dipaksa menyumbat oksigen kepada Pos Malaysia? Jawapannya pasti, TIDAK. Cara kapitalis berniaga pasti mengenakan pelanggannya. Macam mana TNB mahu ‘cover’ caj RM3.00 yang dikenakan oleh Pos Malaysia? Berikut ceritanya.

Semasa bil secara pos, anggaran penggunaan tenaga direndahkan. Contohnya, pengguna yang biasa menggunakan secara purata 1 500 KW dalam tempoh dua bulan, maka anggaran bil yang dilakukan secara pos direndahkan kepada 400 KW sahaja untuk bulan berkenaan. Maka pada bil kedua di mana pembaca meter datang ke premis, bacaan penggunaan dikira untuk tempoh dua bulan sekali gus, menjadikan jumlahnya 1 500 KW. Di sinilah pengguna diperkenakan. Benar, jumlah bayaran ditolak dengan bayaran bulan terdahulu untuk 400KW itu, tetapi nampakkah bil tuan-puan dicaj tariff sehingga peringkat keempat yang mahal itu? Di sinilah TNB ambil keuntungan secara tipu. Mengapa? Perhatikan pengiraan di bawah apabila sistem pos dilaksanakan, pengguna terpaksa membayar seperti berikut:-

1 000KW pertama X RM 0.286seunit = RM 286.00

200KW kedua XRM 0.378 seunit =RM 75.60

200KW ketiga XRM 0.387 seunit = RM 77.40

100 KW berikutnya XRM0.397seunit = RM 39.70

Jumlah bayaran ialah RM 478.70. Mengapakah hal ini berlaku? Kalau diperhatikan pada bil, ada keanehannya iaitu silapmata tadi. Bacaan meter dikira bermula daripada bacaan di meter ke bacaan pada meter terkini. TNB tidak guna bacaan anggaran yang dibuatnya dahulu. Inilah silap matanya. TNB hanya tolak bayaran bulan sebelumnya sahaja tetapi pengguna telah dicaj ke peringkat keempat tariff tadi. Memang amat kompleks dan licik.

Sekiranya bacaan meter dilaksanakan di premis sahaja, bayaran dipuratakan seperti berikut:-

750 KW X RM0.286 seunit = RM 214.50 sebulan. Maka bayaran dua bulan ialah RM 429.00. Ini bererti TNB berjaya menggelapkan duit pelanggannya sebanyak RM 49.70. Walaupun ini merupakan anggaran sahaja tetapi hakikatnya TNB tetap menggelapkan puluhan ringgit wang pelanggannya. Itu baru seorang pelanggan.

Kiralah sendiri kalau 100 000 pengguna menjadi pelanggan wajib TNB.

Natijahnya, KPDNKK dan persatuan pengguna perlu bertindak segera. TNB dan Pos Malaysia perlu memberi penjelasan sekiranya maklumat dan pengiraan ini tidak tepat. Penulis mendapat maklumat ini setelah pegawai TNB sudah tidak tanah terima caci maki para pelanggan kerana bil berganda. Lalu beliau terlepas cakap dengan katanya, “ini agenda politik”. Rakyat tanyalah diri sendiri, “ ini agenda politik siapa?”.  

cik kiah: agak2 boleh caya tak benda ni?? 

hidung kembang

mlm td saja buat adegan lawak dgn yusuf. hahhahhahah. 2 org anak cik kiah..yusuf dan zulaikha..cuma yusuf saja bleh buat hidung kembang mcm mak dia. zulaikha tak reti. nak tgk hidung kembang yusuf buat? hahahhahahhahah. kena tgk betul2 sbb kualiti gmbr tak clear sgt. maklumlaaa guna handphone cap ayam je...

Wednesday 25 May 2011

BABI OOOOOOOOOOOOOOOOOOO

cuba tgk kat sini...http://www.buaya-merah.com/2011/05/secret-recipe-ada-dna-babi.html
pasal BABI ni...ermmm..camne nak ckp...yg mahal2 yg nampak cam tak leh harap je tu...tak yah laa kan pi makan. masak je sendiri. tp kan..kdg2 benda yg kita beli utk masak sendiri tu pun tak brp nak bleh harap gak. ingat dulu2 ex ofismate cik kiah...sorang kakak tu ada jual produk spirulina..lepas tu sorang lelaki ni ckp..dgn loghat utara pekat...hg nak tau..spirulina ni depa bela kat oversea tu...kat satu tasek. tasek tu air dia mai dr byk cabang2 sungai. salah satu dr sungai tu ada tempat bela babi. hg bayangkan..spirulina tu dok makan taik2 babi tu...hahahahhahhaha. ingat lg gaya dia ajuk spirulina tu makan taik babi. kalau laa si kakak tu masih ingat lagi. hahhahahhaha. ingat lg dak Kak N? hahahahhahahha. feisol buat gaya spirulina makan taik babi. hahahhahahhahah. lawak betul.

naik dan naik lagi...

Kesan hanya minimum

Oleh Sri Ayu Kartikawati Amri
kartika@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: “Tarif elektrik tidak akan dinaikkan sewenang-wenangnya, malah apa pun keputusan yang akan diumumkan dalam mesyuarat Kabinet pasti tidak akan membebankan konsumer,” kata Ketua Ekonomi Kumpulan RAM Holdings (RAM), Dr Yeah Kim Leng.
Beliau berkata demikian ketika mengulas spekulasi bahawa kerajaan akan membenarkan Tenaga Nasional Bhd (TNB) menaikkan kadar tarif elektrik dan semakan itu akan dibawa dalam mesyuarat Kabinet yang bersidang pada hari ini.

Menurutnya, kadar tarif elektrik pasti akan naik, namun ia masih dalam skala yang kecil iaitu antara 0.1 hingga 0.2 peratus berikutan pada masa ini terdapat peningkatan harga bahan bakar termasuk arang batu dan petroleum di peringkat global.

“Pengguna tidak perlu risau kerana kerajaan juga akan memastikan sebarang semakan yang akan dilakukan tidak akan membebankan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah yang akan diutamakan sebelum membuat sebarang keputusan menaikkan tarif elektrik itu nanti.

“Bagaimanapun kedudukan syarikat strategik seperti TNB juga perlu diambil kira selain jika kita lihat seperti semakan tarif elektrik sebelum ini yang mana ia tidak menjejaskan majoriti pengguna,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, sebarang keputusan mengenai tarif baru elektrik itu perlu diterima oleh semua pihak yang mana pengguna perlu bijak menggunakan tenaga elektrik dan mengelak pembaziran berlaku.


Katanya, penyelarasan kadar tarif baru elektrik berikutan penghapusan subsidi tahun lalu juga dilihat tidak memberi kesan terhadap 56 peratus pengguna isi rumah di seluruh negara, malah peratusan itu membabitkan 20 peratus pengguna di kalangan rakyat yang memperoleh bekalan elektrik secara percuma, manakala 30 peratus lagi masih menikmati harga lama sekarang ini.

“Sama ada tarif elektrik naik atau kekal, saya yakin ia tidak akan memberi kesan atau membebankan pengguna kerana penggunaan tenaga yang minimum bagi setiap pengguna isi rumah di negara ini,” katanya


ermm...boring dah pasai kenaikan harga ni. bila tah br ni suamiku balik rumah dan bgtau..ada apek kat mini market kat nibong tebal bgtau dia..harga susu dutch lady akan naik dlm 3 ringgit bln depan. ermmm..tak terkata apa dgr. lepas tu ofismate kakak cik kiah pun ckp benda yg sama. susu keluaran dutch lady akan naik harga. ermmm lagi. tak tau nak kata apa. lepas tu kakak ku balik ckp pulak...harga minyak ron95...org kata akan naik harga lagi..40 sen naik utk satu liter. ron97 naik jd rm3. bkn skrg...tp dlm masa terdekat. ermm lagi. dah jemu dah pasai kenaikan harga ni. tak jemu2 keja nak naikkan harga barang. gaji tak naik2 gak. 'barang' je naik. cis! buat lawak yee cik kiah! tak juga. hahhahahhahahhah.

serupa ayah atau mak

pg td cik kiah dgr radio sinar. ada org tu call ngadu pasal anak2 dia yg suka sgt bergaduh dgn org lain. ermmm...anak2 cik kiah pun suka gak bergaduh...tp yg cik kiah nampak tu dok gaduh depa 2 je laa. dgn org len tak pernah nampak laa pulak. tak tau laa kat sekolah mcmana. risau gak kan...kot2 laa anak2 kita kat sekolah suka buat perangai yg kita tak tau. tgk2 cikgu pun dah boring dah tak tau nak buat mcmana dgn perangai anak kita. kan...pernah terfikir tak?


ni gmbr cik kiah try ambik mlm td. masa dlm keta...dia dah buka ikat rambut dia tu. maka jd laa tak comei mcm tu. hahahhahha. penat cikgu dia ikat rambut. tu tgh berhingus skrg ni. tidur mlm kena naik dui. sat2 keriau sbb hidung tersumbat. kan skrg ni panas malam2. kat rumah cik kiah laa. agak panas. bila panas saja...zulaikha mesti keriau..rimas kot. peluh2 badan...ok sambung cerita pasal anak gaduh td..yg cik kiah dgr td...fazilah kamsah kata...kalau anak yg rupanya byk mcm ayahnya..maka perangai dia pun byk mcm ayahnya..kalau rupa byk mcm maknya..maka perangainya pun byk mcm maknya. ermmm..dok belek2 muka zulaikha...byk ke mcm cik kiah? hahhahahahha

Tuesday 24 May 2011

gambar lagi

gambar ni suka2 nak ambik masa tgh mengajar budak2 carry yg ambik sem pendek...hahahhahah..

nama biar laa rahsia. nak cerita ni..sepanjang dok ngajar depa ni..ada 10 orang je semua. ermmm...mcm2 fesyen..semua lelaki..ada 2 org ni mak ai! pakai rantai. besar. yg atas ni rantai silver. yg sorang lg rantai yg mcm tasbih. biji2 besar. hahahahhahah. tu bab rantai. ada sorang india tu..kuku tgn ni panjang. mula2 tgk..ermmm..tak terkata apa. geram pun ada gak. sbb kuku dia panjang...time nak tekan kat kalkulator...terhegeh2. payah laa nak tekan. last2 menyampah sgt tgk..terus tegur dia..awak ni...kuku panjang sgt sampai susah nak tekan kalkulator. lepas tu tgk ada gak kesannya. dah tak panjang dah skrg ni. mamat 2 ketul lg tu yg pakai rantai leher tu...tgk laa nanti..kalau melampau2 sgt...ketara sgt mengada2 tu...berminat gak nak tegur. bkannya apa..nampak pelik. tak sesuai. harap gaya je lebih.

gambar org malas

ahhahhahaha..ok laaa..ni ha...gmbr kasut yg br beli td.

 yg kaler ijau tu selipar jamban. hahahhaha..yg br beli tu yg mcm makcik2 tu. tak leh nak pakai laa skrg ni kasut yg tumit kecik2 tu. gayat. satu hal...satu hal lg..tumit tu jd cepat rosak. sat saja dah tinggal besi kat hujung tu. faham2 laaa..badan besar mcm gajah dah laa ni...yusuf kalau nak bg contoh besar...gemuk...mesti mcm mak. kdg2 dia ckp abg tak mau makan byk2 nanti perut besar jd mcm perut mak. hahahhahha. terbukti laa maknya dah makin gemuk skrg ni...cuma bleh pakai kasut mcm makcik2 ni saja...tak menarik kan...tp kena terima..pasrah..reda saja laaa. hahahhahahha.

ini pulak gmbr zulaikha..mulut murai. mcm anak patung...celik mata je terus pot pet..pot pet. ckp byk betul. saling tak tumpah mcm mak dia. koyak tempek je. hahahahhahahha. dia ni time nak bertudung. sebenarnya dia tak minat sgt rasanya bertudung. mestis sat saja nak londeh dah. jgn risau. cap mak dia gak tu. mak dia pun jenis tudung spotcar. sat ada sat hilang. hahahhahha. dah tu takkan laa anak dia nak bertudung sgt kan. apa2 pun...aku terima..pasrah...reda. tgk muka dia...lebarkan..sama mcm mak dia. :)

gambar

perasan tak 2 3 menjak cik kiah jarang buh gmbr dlm ni...ermmm..sbb apa ye..sbb MALAS. hahahhahahhaha. mls laaa nak bergambar. nak amik gmbr. mls betul skrg ni. nak guna handphone amik gmbr pun mls gak. tah laa knp. nak ambik gmbr gerai kat kampung pun mls. nak ambik gmbr pokok keladi beracun tu pun mls. nak ambik gmbr pad avail pun malas. nak ambik gmbr kasut br beli td pun mls. adeh!! urat baloq dah timbui kot ni...hahhahahahha...sat.

tak halal

cuba tgk kat sini...
http://miszjanuary.blogspot.com/2011/05/alamak.html

yes teacher!

zulaikha dan yusuf 2 3 menjak ni suka jawab..yes teacher bila cik kiah panggil nama depa. semalam masa balik dr sekolah..zulaikha ckp byk betul. dia dok panggil nama kawan2 dia..lokman..yes teacher..daniel..yes teacher...damia...yes teacher...anis...yes teacher...lepas tu cik kiah panggil nama dia...zulaikha...dia senyap..tak jwb yes teacher pun...bila cik kiah toleh blkg...tanya knp adik tak jwb...dia tunjuk kat diri dia dan ckp...ni teacher laa mak. rupa2nya dia main sorang2..dia laa yg jd teacher..sbb tu laa dia tak ckp yes teacher bila cik kiah panggil nama dia. hahahhahahaha. dia jd teacher rupanya. patut laa dok panggil nama kawan2 dia.

wah...beranginnya..

cik kiah br try guna produk avail beuty...wah! berangingnya rasa. hahahhahahah. bermentol. sbr saja laaa...br terasa hari ni nak mencuba. dah lama ada org dok cadang cik kiah guna. katanya bagus utk kesihatan wanita. tp bila suarakan kat kakak..dia ckp..kak try dah..tak ada apa kesan pun. ermmm..ni kebetulan ada member ofis jual..depan meja ni je ni..so..apa salahnya try kan. harganya..agak mahal laa jugak. tp dah kata nak try kan..tgk dulu apa kesannya. kalau ok sesangat tu...tak salah kalau mahal pun. janji baik utk kesihatan kita. betoi dak?

buat blog

hujung minggu br ni..kakak cik kiah pun dok lorat suruh tunjuk kat dia mcmana nak buat blog. dia pun teringin gak nak buat blog. tp blog dia...katanya dia nak cerita pasal pokok orkid. masih dlm pembikinan lagi. dia tu penggemar orkid. nak buh gambar orkid...cara2 jaga pokok orkid. ermm..mcm laa dia pandai sgt jaga pokok orkid. hahhahahhah. lantak pi laa kat dia. janji bahagia. ermm...cik kiah masih tak sempat lagi try buat donat resepi kak min. tak dan nak buat. sabtu br ni cik kiah pi kenduri kawin faridah..mak ai! syoknya tgk body dia pakai baju pengantin. slim...sekeping. tak laa mcm cik kiah masa kawin dulu...bulat berketul2 isi time pakai baju kawin. hahhahah. adegan kat rumah kenduri...nak balik tu...cik kiah pi laa jumpa pengantin perempuan...tegur2...peluk2 cium2 pipi. zulaikha dgn yusuf ternganga tgk kat tepi. tak terkata apa. masa nak balik tu...nampak pula pengantin lelaki br nak jln masuk. dgn geng kompang. pengantin lelaki tu pakai spek mata hitam. masuk dlm keta...zulaikha tanya...mak..mak..penantin (pengantin) tu tawan (kawan) mak ka? cik kiah pun jawab...ha laa..kawan mak laa. dia pun sambung... tawan mak...mak cium penantin td. penantin tu lawa. pakai baju kaler hijau. cantik. gamaknya depa kagum kot tgk mak depa bleh pulak pi cium pp pengantin. hahhahhaha. si abg pulak tiba2 amik spek mata dia dan pakai...ckp...mak2 abg sama mcm penantin dak? hahhahahahha. kan pengantin lelaki pakai spek hitam. hahhahahha. punya laaa memerhati dgn jayanya. :)

benda yg hilang

semalam cik kiah bz sbb uruskan barang yg hilang. ermm..hilang tu sbb cuai. hilang dlm simpanan. simpan2...simpan...dan simpan. tgk2 time nak guna tu...cari...dan cari..dan cari...tak jumpa2 juga. dah dekat sebulan dok cari2 tak jumpa2 jugak. sbr saja laaa. last2 sbb nak guna bendanya so kena laa juga dptkan salinan. cuba teka apa bendanya yg penting yg cik kiah telah hilangkan tu? hahhahhahah. geram betul..geram kat diri sendiri. sbb telah hilangkan bendanya tu...cik kiah kena keluarkan rm50 utk dptkan salinan. dah rugi dah. :(

Sunday 22 May 2011

keracunan

cik kiah mmg amat2 suka amat2 suka mkn sayur keladi. semalam sebelum balik kampung...kakak cik kiah ada ambik sikit batang keladi yg kami tanam kat rumah kat alma. keladi tu jenis besar yg mmg khas utk buat sayur keladi. balik kampung..pagi td kakak cik kiah buat sayur keladi. wangi sgt. letak isi ikan, udang, lada hitam. sedap. dah masak tu dia suruh cik kiah rasa. mmg sedap. br mkn 2 piring kecik...tiba2 rasa gatal sgt lidah dan tekak. kalut laaa....lepas tu rasa penin...bila cek2 balik...rupa2nya dia ambik tu bkn keladi utk buat sayur...tp keladi telur...jenis keladi perhiasan tu. sbr saja laa. tak kenal pokok rupanya. dah keracunan dah. jenuh pula suami ku ambik 2 biji kelapa muda suruh cik kiah minum air. lepas tu muntah2..penin terkelepek laa seketika. ni dah ok...tp masih rasa perit lg kat tekak. keladi yg mkn td tu dah keluar dah semua agaknya td. yg dlm periuk pun dah suruh depa buang dah. tak leh mkn. ermmm...pengajarannya...kalau nak tanam keladi tu kat rumah...hati2 jgn sampai tercampur dgn pokok keladi jenis lain. dulu2 masa dok ikut mak ambik keladi utk buat sayur kat parit tepi rumah...mak cik kiah petua..kalau kita jirus air..dan air tu mengalir laju je atas daun keladi tu...maksudnya keladi tu jenis gatal. jgn ambik. tp kemarin tu kami tak praktikkan pun petua dia tu. masa cik kiah tgk tu..kakak cik kiah dah siap cabut keladi tu..dok potong2 dah daun...tu tak perasan sgt keladi tu jenis apa. dah masak...tau nak bedal je laaa. ni laaa kesannya. rasa mcm tak serik lg kot nak makan keladi...hahhahahhaha...sbb mmg suka sayur keladi...tp yg jenis tak gatal laaaa. teraniaya betul td.

tragedi anak yatim

sedihnya tgk..kesian betul. masa dgr berita mlm td..terasa sebak. anak2 yatim. ermmm..tak dpt nak bygkan. dah laa kanak2 lagi. kesiannya.

Friday 20 May 2011

ckp pelet...

hahhahahha. nak gelak dulu. tiba2 teringat kat amir...ada byk kenangan laa dgn mamat tu. ingat tak cik kiah pernah cerita pasal amir..kawan cik kiah dr sekolah rendah sampai laaa menengah kat kampung dulu. ermm..yg skrg dah jd doktor. teringat masa ngandung kat zulaikha. cik kiah ada masalah. masa dlm 8 bulan camtu...air keluar. nak kata air ketuban..ye kot. tp doktor scan tak bocor pun. hahhahaha. lepas tu kena bermalam kat hospital sbrg jaya. 1 atau 2 mlm tak ingat dah. bila doktor tgk mcm dah ok..dia benarkan cik kiah balik rumah. tp syaratnya kena pi buat ctg tiap2 hari kat hospital bm. skali tu nak balik kampung. tanya kat nurse boleh tak kalau pi buat ctg kat hospital kat kampung saja. dia kata boleh. so tiap2 hari laa pi hospital yan pula buat ctg. sekali tu...time buat ctg tu...graf jantung baby tu jd tak stabil. bila jumpa doktor...dia tanya sakit ke? cik kiah kata tak laa sakit sgt laaa. mmg tak skit sgt pun. biasa2 saja. tak rasa mcm nak beranak lg pun. doktor tak caya. dia suruh cik kiah masuk wad masa tu juga. hahhahhaha. cek tgk dah buka brp. sbr saja...keja cek buka brp tu..keja yg sungguh menyakitkan. hahahahahha. ngeri bila diingatkan. lepas tu masuk laa wad. tunggu laa doktor mai..sekali...nurse ckp...ada doktor india saja skrg ni. kalau ada doktor amir senang sikit. what!!!!. doktor amir?? masa tu mak ai!! terkedu seketika. dok bygkan...amir nak cek aku dah buka brp??? adeh!!! malunya. tak dpt bygkan kalau amir yg cek. hahahhahhahhaha. malu besar. hahahhahahah. mmg laa benda tu sentiasa 'rapi' sbb nak bersalin kan....hahahahhahah. tp amir tu kawan sedari darjah 1 lagi. hahahhahahah. adeh!! sib baik bkn dia yg cek. india pun india laaa. sakit pun sakit laaa. la ni amir pun dah ada baby katanya. macho dah laaa ni. hahahhahahha.

cerita amir lagi...bab ckp pelet pulak. hahahhahahhahah. amir...dia sekolah rendah sampai menengah kat kampung. sekali dpt laaa pi U mana tah masa tu. katanya lepas tu dia sambung blajar kat indon. katanya laaa. cik kiah tak pasti sgt. masa cik kiah kat itm shah alam..balik kampung cuti2 malaya...pi laaa pekan senayan..pekan senin laaa. senayan tu = senin = isnin. hahhahahhaha. tiba2 terjumpa laa amir. dia tgh tunggu teksi. nampak je cik kiah...dia terus tegur..wei..ko nak ke mane? hahhahahahhaha. cik kiah pun jawab laa. nak pi pekan senayan sat. dlm hati ni punya laa nak tegelak. ko...ko. pelet sakan kawan aku ni. ko...jgn tak tau...hang dah jd ko. hahhahahhaha. amir...amir.

mak tak ok lg...

td cik kiah call kakak kat kampung. depa ckp mak cik kiah tak brp ok lagi. dok tak lalu makan. mak ckp dia tak selera makan sbb skrg ni kan depa masak kat gerai. time mak lapar..depa bawa balik nasi. bungkus2 laaa. tp bila nak hidang utk dia makan...dia kata tak yah hidang laa. tp td kakak cik kiah ckp...mak komplen skrg ni makan tak sempurna. dia tak selera makan benda yg dimasak kat gerai. maksudnya..mungkin dia nak org layan dia mcm sblm kami buka gerai. tp masalahnya bila org nak hidang kat dia..dia tak nak. ermmm..org tua..cepat terasa hati kot. sensitip. dah tu dimanjakan. tah laa. tp bg cik kiah pula...bila dgr dia tak lalu mkn...ermmm..jd tak syok. susah hati gak. risau. kalau dia dok tak lalu mkn tu...kemungkinan akan jd benda lain tu agak tinggi laa. maklumlaa dah tak lalu mkn. mesti cepat letih..tak bermaya. tau dah dia tu kalau letih jd mcmana. payah ckp laaa. dia nak sentiasa ada org tgk2kan dia...layan dia. susah hati bila fikir pasai dia. logik tak kalau bg vitamin?? terlintas idea ni...sbb kalau anak2...tak lalu mkn..bg vitamin laaa bg lalu mkn. org tua...bleh ke? tp dia tu ada kencing manis dgn darah tinggi. nanti kot jd benda len pula. ermmmm... :(

malu nak membuang

susah hati betul dgn yusuf yg amat2 malu nak berak kat sekolah. yusuf ni tak ok lagi masalah berak dia. dia kan suka nak berak kat pampers. susah betul nak pujuk  suruh berak kat toilet. mcm2 alasan dia..nanti busuk laaa..takut laaa...mcm2. time nak berak saja..dia sanggup sorang2 naik atas kat bilik ambik pampers. kalau kat rumah ok laaa..ada bibik ni dok layan dia. pakaikan pampers semata2 nak berak. kalau nak kencing pandai pulak dia pi toilet. ermm..itu kat rumah. pg khamis br ni dia tak mau pi sekolah. alasan dia...dia nak berak kat rumah. abg tak mau berak kat sekolah. nanti busuk. nangis2 laa dlm keta. tak mau pi sekolah. pujuk2...turun gak laa..sampai kat sekolah...sekali lagi adegan nangis ckp abg nak berak kat rumah. cik kiah pun ckp kat cikgu dia..dia nak berak tu. cikgu dia angguk2. pg td cikgu dia bgtau..dia tak berak pun kat sekolah. sebenarnya dia start rasa nak berak tu ptg rabu..masa cik kiah dok sakit pala tu...terbaring kat sofa..dia mai ckp..mak...abg nak berak. cik kiah kata pi suruh mak jang buh pampers. lepas tu tak tau laa apa jd...tak berak kot. sbb tgk tak ada pun pampers kat toilet. so pg khamis tu terasa lg kot nak berak. tp terbantut sbb sampai dah kat sekolah. dia malu. takut bau busuk. ptg semalam sampai kat rumah...ckp lg abg nak berak. buh pampers...tak berak2 gak. hahahhahaha. sampai laa pg ni..tak berak2 gak. ada masalah tu. hahahhahahha. mlm td bdn dia panas. demam. air kurang kot...tu yg tak berak2. dia tu payah...kalau lapar pun jarang minta...tp dpt agak laa dia lapar..sbb dia akan mengamuk kalau lapar. satu lagi...dia payah sgt nak makan sendiri. kalau nak dia betul2 makan..kena suap. mak suap..mkn byk laa. kalau biar kat dia..sikit saja laa mkn. sama gak nak minum..kita kena tanya kat dia. kalau tak tanya...mesti senyap saja..taunya loncat sana..loncat sini. bdn jd kurus je..panjang je. tak berisi. tak mcm adik. adik...makan dan makan dan makan dan makan lagi. sentiasa boleh je. hahahhahhahahha.

Thursday 19 May 2011

buruk sungguh

buruk sungguh line broadband mlm ni. bara je rasa. patut laa org panggil berukband. hahahhahah. lg ok kalau burukband. mmg buruk pun. tp mahal. betul2 kedarah duit org. kedarah tau dak? hahahhahahha. bahasa ganas. kalau nak sebut kedarah kena betul loghatnya. br laaa betul2 jd kedarah setara dgn maksudnya. ingat kat kampung cik kiah ada mcm2 gelaran nama..ada yg digelar botol, kuda, terimpit, golek, jin tanah, mcm2 laa. eh...knp tiba2 tukar topik lak ni...sebenarnya marahkan broadband ni..dok sedap dgn facebook td..tiba2 line tak ada. panas je rasa. wlpun bkn cik kiah yg punya broadband ni....hahhahaha.cuma tumpang guna je kadang2. tuannya dgn layan drama kat TV2. alaaaaaaaaa..drama yg buat kat yan tu. makbul kot tajuknya. katanya syok sgt. tp cik kiah jarang ikut. mcm tak menarik je. lg suka surfing...tgk facebook org. kalau kat ofis tak leh nak tgk. asyik tgk blog org je. kdg2 menarik gak. ermmm..mlm ni yusuf demam. badan dia panas. tah laa esok dpt pi sekolah ke tak. malang lee kalau tak pi..depa tgh exam skrg ni. zulaikha pulak dok gatal telinga. dia tu...sensitif sikit kat telinga tu. mudah jd gatal2..tambah2 lagi kalau mkn udang atau sotong. tak sangka ye...kecik2 pun dah pandai alahan kat makanan laut. hahahhahah. cik kiah mmg pantang nampak makanan laut..sama laa mcm dia. kalau nampak udang...suka betul. ketam ke...suka gak tu. abg tak sgt. tak heran...tak de pun tak pe. no hal.

dlm tekanan

bila tah nak hilang rasa tertekan ni. ermm..rasa nak tembak2 org tu. janji nak sampai surat tu minggu ni. tp hampeh. menyampah dah nak call..kejan2 mcm tak reti bahasa pulak. tak kan kot selalu nak marah2 br dpt apa yg kita nak. leceh tul. tertekannya rasa. menyampah pun ada juga. :(

no idea

ptg ni otak jd lemau sikit. tak ada idea nak type apa laaa buh dlm ni. blank. knp ek? sbb mood tak clear? tak jugak. nak kata letih pun tak jugak. br je bgn tido ni. hahhahahhah. lena dgn jayanya kat meja. ngantuk sgt. 2 3 menjak ni cik kiah jarang dah jln2 keluar tghari. balik rumah pun mls dah kalau time ofis. knp ek? hari tu sbb panas. tak daya nak drive. tp skrg ni tak panas dah pun. dok hujan saja..tp tetap gak mls nak pi mana2. kalau boleh rasa nak lepak2 je kat ofis. nak kata dok rajin update blog...tak juga. nak kata bz...tak juga. otak ni sebenarnya tgh serabut fikirkan beberapa perkara yg tak ok lg. tp perkara tu tak leh nak nyatakan kat sini...biar laa fikir sorang2. org tak faham kalau ckp pun. biar laa dok terbengkalai kat otak ni. hahhahhahha.

lawa..

td jalan2 jumpa gambar ni...lawak tgk. hahhaha

suka bercakap..

ikut mcm siapa tah laa..tp zulaikha mmg amat2 suka bercakap. mlm td dia suruh layan dia bercakap. cik kiah sakit pala..sakit dlm mata ni rasa berdenyut2. tp dia suruh layan dia cakap. siap pegang mulut ni...mak cakap laa dgn adik. hahahhahahha. sbr saja laa. dia tak pulak ajak ayah dia sembang. tp cik kiah ckp kat dia...cerita laa kat ayah. ayah tak pi rumah tok..ayah tak tau cerita. lepas satu...satu cerita. yg paling byk sekali cerita pasal raksasa kat rumah tok dia laaa. kami laa selalu dok cerita tipu2 kata ada raksasa kat gunung jerai tu dok mai pijak bumbung rumah tok dia. bg dia takut sikit. dia kan jenis berani..sentiasa je ada idea nak buat aktiviti. so gempar laa sikit. mlm td dok cerita raksasa tu lg laaa. cik kiah ada rakam sikit..

yg ni ending dia...sbb tak larat layan dah..tiba2 dgr bunyi kat luar. terus cik kiah ckp kat dia..ada raksasa mai kat luar. so dia pun terus senyap dan pejam mata. kalau tak...dok ckp...tak henti2. jenuh layan.

Wednesday 18 May 2011

warga tua

Demam dan batuk: Dr. Mahathir dimasukkan ke IJN

18/05/2011 1:52pm



KUALA LUMPUR 18 Mei – Tun Dr. Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara awal pagi ini kerana demam dan batuk
Pegawai Khasnya, Sufi Yusoff berkata, Perdana Menteri keempat itu dimasukkan ke wad normal kira-kira 6 pagi tadi setelah dua hari menghadapi masalah itu.
“Beliau kini menerima rawatan antibiotik intravenous selain menjalani fisioterapi dada intensif. Dijangkakan beliau akan terus berada di IJN selama seminggu.
“Selain itu, doktor turut menasihatkan beliau berehat dengan tidak menerima kunjungan pelawat kecuali keluarga ahli terdekat ” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - Utusan

kesian kan...warga tua. moga dia cepat jd sihat semula. kdg2 otak warga tua ni ok gak.

sunlight dan axion

ermm..dok belek jari ni. 4 hari jd kuli kat gerai..tolong cuci pinggan. masak2. jari telunjuk kanan ni rasa mcm pedih dah. mcm makin nipis. hahhahahhah. maklumlaaa jenis jarang buat kerja teruk. setakat mengajar tulis2 guna marker tu...apa laa kesannya sgt kat jari ni. hahhahahha. balik rumah pulak jarang kerja cuci2 ni. kalau cuci pinggan pun sikit saja. kain baju dan mop lantai pulak selalunya kerja suamiku. cik kiah jarang2 sgt buat. tak ada kesan sgt laaa kat jari ni. kat rumah pula selalunya guna sabun sunlight. tiba2 guna axion pulak...4 hari je dah rasa pedih dah. sbr saja laa. kuat gak rupanya sabun tu. tp ikut ketahanan jari gak kot. tgk org len selamba je guna. ok je. kot cik kiah ni jenis manja sgt kot. hahhahhahaha. tak pun jenis pemalas jarang buat kerja rumah. hahahahhah. agak2 yg mana satu ciri2 bertepatan tu? hahhahhahah. sakit pala ni. kurang tidur...maklum laa byk hari tak jumpa suamiku..mlm td cerita panjang laaa..cerita pasal mak..cerita pasal gerai..cerita pasal mcm2 laaa..siang ni ngantuk laaa..sakit pala. teringat kat mak..agak2 dia makin berselera mkn ke tak. risau gak. harap2 ok.

mak sakit

jumaat masa sampai kat kampung...bapa cik kiah bgtau..mak cik kiah sakit. dok cirit birit...batuk..tak leh lena mlm. muka mak masa tu nampak mcm gelap sikit. badan pun lembek saja. dia ckp dah pi klinik ambik ubat batuk..tp tak ok gak batuk. lemah je tgk dia. hari sabtu tu cik kiah bz kat gerai mkn..dah tu bz urus anak2..tak laa bg perhatian sgt kat mak. tp ptg tu mak dah jd lain mcm dah. letih sampai tak daya nak buat apa. mkn pun tak selera sgt. kencing pun dah tak terkawal sgt. bg lampin kat dia. esoknya pun sama juga. tp masih lg tak mau pi hospital. sampai laa hari isnin dia dah makin teruk. nak buka mata pun tak larat. cik kiah dok agak dia nampak mcm kekurangan gula dlm bdn. jd terkelepek. mcm kain buruk. cik kiah paksa dia suruh bgn..jgn lena sgt..dia kata tak leh..mata tak larat buka. kakak2 cik kiah pujuk ajak pi hospital..dia kata nak fikir dulu tu. mlm tu lepas solat magrib..cik kiah kata...mak pi hospital laa kan...depa bleh tgk mcmana. dia angguk...lepas tu terus bawa dia pi hospital. bkn cik kiah yg bawa. cik kiah dgn 2 ketul tu mana bleh nak urus tok depa. kat hospital..doktor kata tekanan darah dia ok. cuma ada demam sikit. gula 11. agak tinggi laa tu...lepas tu doktor tambah air 1 botol. lepas tu balik...lena dgn jayanya. dah tak bgn kerap dah..kencing pun tak kerap dah. pg selasa..dia bgn jln2 kat luar dah. jln2 sikit masuk duduk kat kerusi. ok laa mcm tu..dr tak dpt bgn langsung. asyik terkelepek saja. takut tgk dia mcm tu. bahaya. dah laa anak2 bz meniaga kat gerai. dia dgn bapa cik kiah je kat rumah. bapa cik kiah pula jenis kurang pendengaran. jd apa2...mcmana. tak puas hati betul. garang2 dia dgn anak2...tp ada baiknya juga dia tu. nama pun mak. hahhahahahha. : () gelak istimewa sikit.

masa kejadian

tgk blog cfunet...saat2 terakhir...teringat ptg semalam masa balik dr kampung. cik kiah yg drive sbb suamiku tak ikut balik. saja tak nak ajak dia balik sbb ingat nak cuti lama sikit dgn family cik kiah. kan wesak..campur dgn cuti rehat senin tu..dpt laa byk hari sikit. anak2 pun suka laaa. zulaikha siap dpt basikal baru lagi..sbbnya dok asyik berebut dgn abg. dah tinggal 1 basikal kat sana. so..keja belebut laaa. adik kata..buat apa belebut..nanti tuhan marah. tgk2 dia yg kepala tukang belebut geyet. geyet tu basikal. belebut tu...berebut. pg td pun masa ada keta potong cik kiah...adik ckp..untel ni suka belebut kan mak kan. untel tu uncle...hahahhaha. pelat teruk dia tu. dah belebut2 sgt..cik kiah pi beli basikal br kat dia. melayang rm70 pulak. oklaaa...dah lepas 4 hari tu...semalam masa nak balik..kami balik ikut jln bukit. kena lalu ikut tanjung jaga...simpang tanjung dawai..lepas tu masuk merbuk...ikut jln semeling. sampai kat simpang 4 dkt dgn MRSM Merbuk..nampak lampu traffik rosak..dan nampak org penuh..keta ada yg berenti kat tepi jln. byk. rupa2nya eksiden dah. agak teruk laa. masa kami sampai tu..bomba tgh dok keluarkan org yg tersepit. ada 2 keta yg agak remuk. yg satu tu langgar tiang lampu..satu tu tebarai kat tgh jln. mangsanya...jgn tanya laa..cik kiah tak berani nak tgk. tp ada gak yg sanggup berenti siap pi tangkap gmbr lg. fuyoooo...tah laa nak buat apa. kalau cik kiah...tak mo laa tgk. nak tanggap gmbr?? nak buh kat blog? tak sampai hati kot. tgk tebarai mcm tu pun dah mimpi2 dah mlm td. agaknya...sbb lampu rosak kot...masing2 pecut. damdum laa jwbnya. jln tu luas..org selalu pecut je terus. tp bahaya jln tu. kdg2 tak byk keta pun..tp semua jenis 'hero' belaka. yg bawa motor tak pakai topi pun ramai. mcm koboi. tp mmg ngeri laa nampak eksiden tu. eeeeeeeeeeeeeeeeee...tak sanggup.

lamanya tak update

dah byk hari tak update blog ni. jumaat tu kan tak leh update. tak menariknya jd. tak ada mood. ptg jumaat tu cik kiah balik kampung. menariknya kat kampung cik kiah dpt tolong kakak2 cik kiah meniaga kat kampung. kan depa br buka gerai makan yg kecik comei tu. kaler hijau. bukan hijau pas. hahahhahahha. hijau lumut. kami jual dr pagi sampai ptg. pagi2 jual nasi lemak dgn pelbagai kuah..ada sambal kerang, sambal sotong..mcm2 lagi. lepas tu masak pulak lauk utk tghari. lepas tu masak pulak mee rebus dgn laksa. mmg penat. tp rasa puas bila tgk org suka mkn. tak laa dpt byk sgt..sbb gerai pun kecik lg. kami pun tak laa handal2 sgt memasak. boleh laaa utk isi masa lapang. drpd dok lena sesaja ptg2...atau pun dok asyik tgk cerita indon atau filipina...ok gak buka gerai mkn. dpt gak duit sampingan. cik kiah cuma balik tlg buat gulai ikan. kami cuma buat gulai ikan temenung (kembung) saja. tak berani lg nak jual gulai kepala ikan yg mahal2. tp kami guna rempah sendiri. takde nya guna rempah serbuk babas ke apa ke. buat sendiri lg senang. nak resepi rempah? ermmm..ini je laa yg cik kiah pandai buat pun. hahahhahahha
resepi utk satu adunan 4 atau 5 ekor ikan temenung saja.

1 sudu besar rempah biji
1 sudu kecik jintan yg kecik tu (masalahnya cik kiah tak kenal jintan...tau kecik besar je...hahhaha)
secubit jintan besar
10 tangkai cili kering
10 biji lada hitam
bawang merah 4 ulas
bawang putih 1 ulas
semua ni ( tolak bawang2 tu je) rendam dalam air panas atau masak sat kat atas api..bagi panas. lembut sikit cili kering tu
lepas tu blend rempah2 dan bawang.  nak blend tu kena letak air dan minyak sikit. mesin sampai betul2 hancur..lumat.

perah 3 genggam kelapa dgn segengam asam jawa (gengaman ni jgn laaa gengaman yg besar sgt. yg biasa2 dah laa)...bg dpt 1 mangkuk kecik santan pekat dan 1 mangkuk santan cair. cik kiah tak guna santan byk sgt. tak mau lemak2 sgt. tak minat.

hiris nipis2 2 ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih campur halba campur dan daun kari. tumis...dah wangi buh laa rempah yg dah dimesin tu..campur dgn santan pekat. biar atas dapur dgn api slow sampai kering dan keluar minyak. dah keluar minyak tu...masukkan santan cair...kalau nak lebih kuah..tambah je air. dah mendidih tu masukkan rampai iklan..hhahahhaha..masuk laa bendi ke..terung ke...dgn ikan.. selalu kalau buat kat rumah kami masukkan ikan dulu sebelum masukkan kuah. bg ikan tu serap rasa rempah tu...br laa buh kuah. tp kalau utk jual..masukkan ikan kemudian...supaya isi ikan tu tak rosak...maksudnya rupa ikan tu dok maintain menarik laaa. hahhahahhaha. ermmm...dah siap gulai. jgn lupa buh garam dgn serbuk kunyit sikit. tu laa resepi gulai yg diajar oleh mak cik kiah. sempoi je...tak yah guna lesung batu pun. tp pastikan rempah2 tu yg segar. br laa wangi. family cik kiah dah lama tak guna rempah serbuk peket tu..bapa cik kiah cerewet. dulu2 kami kena giling lagi tu rempah2 tu...sbb dia cerewet. dia dpt kesan kalau guna rempah serbuk. leceh betul. tp hasilnya...anak2 dia dpt buat gulai asli. :)

Thursday 12 May 2011

rasa..

tak menarik pulak rasa buh lagu ella tu. bising. gangguan pulak rasanya. :(

resepi

bila tah laa nak try resepi ni...dah jd projek terbengkalai dah ni...weekend nak balik tgk gerai kat kampung. tp akan cik kiah usahakan juga...nak buat donut ni...time semayang jumaat esok ka...ok gak. hahhahahahha.

kak min said...
kak min ada best punya resepi...sngat lembut.

3 cup tepung gandum
1 cup tepung naik sendiri
1/2 sudu soda bikabonat
1 mauripan yis
70 gram @ 2 sudu besar butter/majerin
2 biji potato besar penumbuk zulaika
2 sudu besar susu dugro anak2
secubit garam
1/2 cawan gula
1 sudu kecil vanila paste
telur sebijik
caranya
1) air suam cawan air + 1 sudu gula +mauripan kasi naik merenyam.
2) sementara mauripan naik. reboih potato sampai empuk, lenyek dan sejukkan.
3) Campurkan semua bahan uli doh pi main pi mai.
4) Doh ini agak lembut.but jgn risau. tabuk tepung bila nak canai. dan tekap.buat besar penumbuk anak2 2 inci.memang ciut.Bagi la zulaika terap sama...sure dia kagum mamanye mampu buat DONAT..heheh
5) tunggu 30 minit kemudian boleh digoreng dgn minyak yg banyak. ia akan kembang lg semasa dimasukkan dlm minyak.WOW!!
6) Utuk kureng kan gula. Mesin gula bagi halus dan gunakan pengayak utk tabur atas donat..ta daa boleh dimakan...kalau tak habis esok masih boleh dimakan ..lembut. alwaz
ish! ish! mcm senang je gayanya. :)

masak lemak telur itik

melelehnya tgk...mcm sedap je..sbr saja laaa

rakam lagu

kadang2 cik kiah suka buat aktiviti rakam lagu masa kat dlm keta dgn anak2 dan suamiku. maklumlaaa..selalu tu time drive sendiri mana sempat nak rakam2 lagu ni. time suamiku drive je laaa yg sempat pun. ni ada beberapa lagu yg cik kiah rakam..
cik kiah ni kira peminat sakan gak m.nasir dulu2 laaa..tp kan..lagu ni cik kiah br pertama kali dgr. hahahhaha. tak tau pulak apa tajuknya. mcm tak menarik..sbb tu laa kot cik kiah tak pernah dgr m.nasir nyanyi.

lagu ni cik kiah suka...sapa tah nyanyi...tp berbunga2nya hati kalau dgr...tambah lg kalau kat sebelah tu suamiku ada. rasa cayang sgt. hahhahahhaha. tp yg tak sedapnya bila ada org yg memberontak masa cik kiah tgh rakam lagu mcm ni...


tak menarik betul. suka memberontak pada saat2 yg tak sesuai. hahahhahah. nak buat mcmana..pemberontak tu laa juga cinta hati cik kiah. tak leh nak kata apa laaa...

ish! ish!

cik kiah terjaga lewat pg td. dah pukul 6.10 pg. tu pun sbb kakak cik kiah mai ketuk pintu. lepas tu dia tanya...tak jaga ka td? cik kiah angguk laaa. dia kata hujan saja jaga lambat. dgn nada yg sungguh menyakitkan telinga. ermm..kena terima kasih laa kat dia sbb tolong kejutkan cik kiah. tp sakit telinga gak dgr dia ckp. tah laa. kdg2 telinga ni tak tahan gak. tu yg terfikir ni...agaknya mesti org pun kdg2 tak tahan gak dgr cik kiah ckp. cik kiah kan adik dia..mesti ckp pun iras2 dia gak. mesti ada gak yg terasa hati dgn ayat2 cik kiah. mana laa tau kan. kita dok ingatkan kita ni baik..lembut...tp mana laa tau kot2 ada yg kita tercakap yg telah menyakitkan hati org lain. kalau ada tu...cik kiah nak minta maaf byk2 laaa. mungkin cik kiah tak sedar pun telah sakitkan telinga org lain. minta maaf ye....

Wednesday 11 May 2011

tengok orang

Alhamdulillah kita diberi kesihatan yang baik dan boleh datang bekerja hari ini.

Semasa saya dalam kereta menunggu lampu isyarat saya melihat pemandu kereta depan saya membuang sampah dengan selambanya di atas jalanraya(plet kereta KBF .....). saya rasa nak ambil sampah tu dan bagi dekat dia dan suruh dia buang dlm tong sampah, tapi ...tak jadi nak buat takut kena lain pula....

Habis cerita tadi the moral of the story is please do not one of you do such thing, malulah negara maju tapi masih ada sikap pentingkan diri sendiri, nak kereta dia bersih tapi jalanraya dia buat kotor.

ni email kakak kj cik kiah sat td..ermm...rasanya kita pun selalu gak tgk sikap org lain dan membuat analisis...analisis maksud cik kiah ni bknnya sampai kena pakai SPSS. hahahahhahah. tak ada laaa..tp apa yg cik kiah nak ckp ni...kdg2 kita tgk org lain buat apa dan nampak mcm tak kena dimata kita tindakan org tu. ermmm..selalunya org akan nampak salah org lain tp tak nampak salah sendiri. mak cik kiah pernah bgtau kat cik kiah...org tua dulu2 kalau nak cari bakal menantu..utk yg pompuan..depa akan tgk mcm2 aspek..contohnya rambut panjang mesti laa melepasi bahagian tgh belakang. kalau tak lepas tu maksudnya tak membawa tuah..tak elok. dah tu..tumit kaki mesti laa kemerah-merahan..tandanya masih dara. ye ke? hahhahahah. lepas tu jgn cari gigi jarang..katanya tak leh dipercayai...mcm2 lagi laaa. kalau utk lelaki pulak...jgn cari yg rambut kerinting ikal tu...tambah lg dgn ciri2 jalan lompat gagak...hidung yg merongkom...kalau contoh terkenal tu hidung mcm pak lah. hahahhahaha. katanya tak leh dipercayai. kalau lompat gagak dan rambut kerinting pula katanya suka main2kan pompuan. ermmm..itu org tua dulu2. masa mak ckp tu...cik kiah tanya gak..mak ikut ke tak apa yg org ckp tu. mak cik kiah kata...tak sgt..tp dah org2 tua2 kata mcm tu..sikit sebanyak kita kena bg perhatian juga. mungkin betul...mungkin tak...
sebenarnya tu semua panduan saja. nak bawa tuah ke tak tu..bkn kita yg tentukan. nasib kita dikemudian hari kita tak tau pun mcmana. jgn asyik menuding jari kat org lain kalau kehidupan kita tak bahagia...kita jd tak ong..bkn sbb suami atau isteri...kita tak dpt naik pangkat bkn sbb org lain tp sbb diri kita sendiri. mudah je. mcm td laaa..kakak kj tu nampak org tu buang sampah kat jln dan rasa nak tegur...tp sebenarnya kena tgk diri kita sendiri dulu..kena tgk betul ke kita ni tak buat kotor mcm org tu. adakah selama ni kita ni ikut peraturan yg sepatutnya. ni bkn nak kata kat kakak kj tu je tau..ni utk peringatan diri cik kiah juga laaa...cik kiah pun kan selalu gak menyalahkan org lain...kan selalu gak cik kiah tulis dlm ni benda2 ngarut menyalahkan org lain...tp sebenarnya...mcmana?? hahhahahahha.

Tuesday 10 May 2011

layan lagu...

hahahhahah. nak gelak siap2. cik kiah tgh layan lagu2 yg dicopy dr su...wah! wah! syok belaka ni. ada lagu the corrs. ingat dulu2 suka sgt dgr lagu the corrs. dgr dgn siapa ya?? tak ingat dah..kalau lagu hindustan suka dgr dgn rod. hahahahhaha. sbr saja laaa. mohabbatein...kuch2...mcm2 laaa. siap ada rantai kaki tu. tak tahan! hahahahhahaha. boleh hafal tu. corrs pulak dgn siapa ya? dgn ainul ke? tak ingat dah. rasanya dgn ainul suka dgr lagu owg putih spice girl kot. dulu2 tu laaa. tp mesti ada kenangan. dulu2 cik kiah ni peminat fanatik m. nasir. tah laa knp. suka betul dgn m. nasir. skrg ni berkurangan dah. dah tak ikuti sgt perkembangan dia. pernah gak jd peminat mawi seketika..suka dgr lagu2 mcm nasyid dia tu..yg org pasang time kenduri tu...masa kenduri kawin cik kiah dulu pun ada gak pasang lagu tu. hahahhahaha. cik kiah minat gak kat Ella...minah tu..rock tp berkenan je tgk gaya dia. tak laa over sgt kadang2. cuma ada masanya tangkap lentok terlebih laa pulak. tp hari ni nak dgr lagu owg putih pula. boring dgr lagu melayu. hahahhaha. biru laa mata ni jap lg. apa2 pun kena tima kasih kat su dgn lagu2 dia yg amat2 menarik ni. so young... :)

naik lg..

minggu lepas terkejut dgn harga minyak keta naik..cik kiah selalu dan amat2 suka guna minyak 97. sbbnya bg cik kiah laa kan...ni bg cik kiah saja...cik kiah rasa bila guna 97..enjin keta cik kiah senyap..tak bunyi kuat. dah tu bila travel jauh2...contohnya balik yan...minyak tu tak laa cepat habis sgt. tak laa rasa cepat susut. itu je kelebihan 97 bg cik kiah. kelemahannya pulak..harga yg mahal sgt. dah jd rm2.90 dah skrg ni. hebat betul. bg cik kiah yg pendapatan tak seberapa ni...tak yah fikir laa nak guna 97 lagi. tak mampu. dah tu pg ni harga gula pulak naik...melampau betul. lepas ni mesti harga makanan pun naik..pernah gak br2 ni cik kiah sembang2 dgn suamiku sblm tidur...topiknya pasal harga minyak. suamiku kata awat tak bg naik terus jd RM3 je utk 1 liter. senang kira. cik kiah kata apa kat dia...abg oi! nak bg senang kira lagi...bg je naik RM5 seliter. kalau beli 10 liter boleh bayar terus RM50...tak yah tukar2 duit kecik dah. senang keja org kat kaunter tu. RM5 ok apa...jimat lagi utk org2 kaya laaa. bg org2 susah mcm kita ni...guna je minyak 95. habis sgt pun...enjin ada masalah apa2 nanti...kita pebaik laaa...org susah mcm kita ni layak guna yg murah2 je...ayat geram ke?? tak jugak rasanya. org malaysia ni tak mcm org mesir...tok2 arab tu...kalau tak puas hati...ha...memberontak. tukar kerajaan terus. kita org malaysia ni...kalau dah naik harga..fikir..takpa laaa..ada inisiatif lain. guna je yg murah. boleh jimat duit. dah minyak mahal..tak yah laa ronggeng kerap2 sgt. lepak rumah. sama gak kalau harga gula naik..kita fikir pulak..tak yah laaa makan manis2 sgt...minum air manis2 sgt. tak elok utk kesihatan. tp time mengundi nanti br laa kita pilih siapa yg boleh jaga kita atau tak. kan...tak main laaa kekerasan. :)
tp ada jugak org fikir lain pulak...sabtu br ni...cik kiah tolong kakak jaga gerai makan dia kat kampung. lupa nak ckp..gerai tu dah buka sabtu br ni. masa cik kiah jaga tu..ada 1 family ni mai makan laksa. sambil tunggu keta dia kat bengkel sebelah tu. sembang punya sembang...sekali tu..si isteri dgn lantangnya memberi pendapat pasal harga minyak naik. si isteri ni jenis bertudung labuh...dia ckp..yg tak seronoknya..harga minyak naik..tp org tak bg perhatian pun. org lebih kalut pasal video seks anwar. tu laa tujuan sebenarnya knp org heboh sgt pasal video seks tu supaya org malaysia ni leka. org kan suka benda2 mcm tu. ermmm..itu pendapat masing2 laaa. tp bila difikir2kan..ada logiknya jugak kan. tp terpulang laa kat pemikiran masing2. harga makin naik..terpulang laa pada kita utk berjimat cermat. kalau makin naik...naik saja..gaji RM10 ribu pun tak cukup sebulan..

kawan2 dan cik kiah

bln depan cik kiah start masuk keja pukul 7.30. kisahnya...br2 ni kak min ada tegur cik kiah knp tak masuk pukul 7.30. dia kata br tak kena jem...ermmm..teguran kak min tu melekat kat kepala otak ni. lepas tu dok fikir2 sorang2. bagus gak cadangan dia tu. sbb selama ni pun selalu gak cik kiah sampai awal kat ofis. kalau mai awal..dan balik 4.30..dah tentu dah tak kena jem. tak jumpa jem laa sbb awal2 lg dah keluar rumah. org pun tak bgn lg. lg pun nanti dah nak bulan posa dah. ok gak balik awai. so...cik kiah pun bincang2 dgn housemat..suamiku dan kakakku. depa pun setuju. so semalam cik kiah ngadap laa kakak kj..ckp nak masuk keja awal. dia kata ok. so..next month...7.30 la. :)
thanks kak min. http://makmanja.blogspot.com/

sukan lagi


ini adegan yusuf ambik bahagian pulak..nampak mcm yusuf ni suka berkhayal gak ni...tgk tu dok buat gaya tgn..tah laa utk apa.






ini yg tak suka...tgh2 dok focus...ada pulak kepala manusia kat dpn...tak menarik betul



ni lagi gangguan...ini masa cik kiah try focus gmbr zulaikha kat padang B. jd manusia kenit dah. dah laa jauh..payah nak cari anak sendiri

last2 br dpt gmbr dia...tu kat sblh budak lelaki baju hitam tu..adalah zulaikha. kecik saja...

Monday 9 May 2011

hari sukan graduan kecil

semalam ada hari sukan sekolah anak2 cik kiah. agak lawak..berjaya gak laa jd YB semalam kalungkan pingat utk rumah yg dpt number 4. hahahhahah. perasan seketika jd YB. tp apa nak buat...panas gila. tak sangka budak2 graduan kecik ada sampai 900 org (utk umur 5 dan 6 tahun saja). bila darab2...kata laaa sorang dia ambik paling koman...RM160(utk umur 5 dan 6 tahun saja)..kata laa..kan..dah jd RM144000 sebulan. hebat. jd keja pulak dok kira pendapatan org. hahahhahhah. tp itu tak tolak lg duit gaji cikgu2 tu...gaji driver van tadika...gaji kerani...jgn tak tau...ada kerani tu. sewa tempat utk jdkan taska dan tadika tu lg...kira byk gak kos tu. tp apa pun...mmg best laa hari sukan semalam tu. patut puji cikgu2 yg rajin uruskan budak2 tu. mmg laa semua berbayar..utk hari sukan..setiap kanak2 RM20. tpkan bila tgk cikgu2 buat keja..jd kesian pulak. bygkan urus budak2 kecik utk bersukan. mcm depa pun kena bersukan sama laa...lari sana...lari sini. ada budak2 yg nangis2. mmg lawak. bila dah duduk ramai2 dgn baju sukan...dgn topi..caya tak kalau cik kiah ckp..kami 2 ni tak kenal anak2 sendiri??? hahhahahha..meh tgk gmbr.

 acara tak mula lg masa ni..tp suka betul tgk org dok jual2 ni...ada benda terkini yg cik kiah tgk..pistol utk buih. kan sebelum ni jenis kena ciup...ciup...apa nak kata dlm bahasa buku ni...ciup...tiup kot. so semalam tu...guna pistol. agak canggih laa..boleh isi semula air buih..risiko nak tumpah tu kurang laa kot.


 gmbr ni kelabu ni sbb ada perarakan masuk budak tu..tp cik kiah dok blur..mana laa anak2 aku. tiba2 ada budak dok sengeh2 kat cik kiah. rupa2nya yusuf. hahahhahahhaha. mak tak kenai anak dia. kesian betul. ramai2 kan...konfius tgk..pakai baju seluar..topi serupa. mana nak cam...



 adik lg kesian...hahhahahha...ada kat blkg abg dia..tp cik kiah tak perasan...dia yg blkg sekali tu..jln sorang2. minah tu mmg..jenis berdikari sikit. no hal punya...sorang2 pun ok. jenis berani. tp lawaknya...ayah dgn mak dia..dok ckp2 tertanya ni...adik mana...adik mana...tgk dah lepas lalu depan kami dah. hahahhahahhaha..tak senonoh punya mak ayah...anak sendiri pun tak cam...
senamrobik..yg selalu cik kiah dgn farid dok usha dr tingkap kat ofis masa raptai. lawak tgk. tp ni utk 5 dan 6 tahun saja. yusuf dgn zulaikha tak join..depa ada kat tepi padang je..tp kesian laa tgk..panas..kami yg kat khemah pun peluh2...tpkan..budak2 ni buat apa pun org suka nak tgk...
nanti cik kiah sambung lg...pasal futsal pulak...

Saturday 7 May 2011

gmbr pi bandung

kakakku suruh buh gmbr dia pi bandung dgn kawan2 dia. mula tu cik kiah mls gak nak buh. ye laaa..apehal..bkn cik kiah yg pi. hahhahahahha. ayat dengki. tp bila fikir2 buh pi laaa. bkn mudarat pun. gmbr je. tp tak leh nak cerita laa ni gmbr kat mana...sbb tuan yg pi dah lena dlm bilik. hahahhahaha..kita layan je laaa kan. untung2 ada rezeki..ada masa nanti kita pulak yg pi. mana laa tau kan. nanti laaa..mata tiba2 jd kecik pulak...kena masuk tidok dah kot ni...hahahhahaha..wokeh!..akan smbg kemedian ya..kemedian. hahahahahha..


 gereja...besar dan cantik. masjid??








 body sapa lg cun??

ada masalah ke?

kdg2 kita tak sedar pun org len ada masalah ke tak..contohnya bila kita tgk kawan2 kita..nampak ok..sengeh2..gelak..happy..dok melawak dgn kita tiap2 hari. nampak penampilan ok. tak serabut pun muka. ckp pun ok..tak pula maki2 kat org. tp kita tak sedar..mungkin org tu ada masalah yg tak dpt nak diluahkan. mungkin otak dia tgh berserabut fikir mcm2 benda. mungkin dia rasa mcm nak marah2 kat semua org. mungkin dia rasa mcm nak lari jauh2 tak mau tgk muka org2 tertentu. mungkin dlm hati dia tgh memberontak...tak mau...tak mau. tp kita tak sedar..dan tak dpt nak membantu dia. sbb diri dia sendiri tak nak cerita apa masalah yg dia tgh hadapi. bg sesetgh org..biar dia fikir senyap2...sampai dah nak meletup tu br laa boleh diluahkan. bg cik kiah pulak...lebih kurang laaa kot..dulu2 masa cik kiah ada masalah dgn org sekeliling...tiap kali org tu buat masalah dok perli2 sindir2..cik kiah akan senyap...buat bodoh..atau lari pi tempat lain..tak mau dgr. tp dlm hati ni dok merungut laaa juga..gila ke apa asyik dok perli2 org. pendam rasa nak marah. biar laaa. mls nak bg respon. lama2 dendam tu membiak. tp masih tak meletup2 lg. biar laaa. mls nak buat letupan. hahhahahaha. selagi tak mudarat..buat apa nak meletup. lama2 kan...tuhan tu maha kaya kan...Dia tunjuk sikit2 dia punya kuasa...khas utk org2 yg bersabar...cewah!! hahahhahaha. so skrg ni cik kiah tgk je apa nak jd. dan utk masalah2 lain pulak...buat masa skrg ni masalah cik kiah cuma mcmana nak bg cantik blog ni jd sama mcm blog cik fau..kawan cik kiah tu. jeles tul tgk blog dia. buka2 je ada lagu...cis!! jaki betul tgk. dah byk hari dok geram kat gmbr along tu atas tu...knp laa tak leh nak buh...mlm ni dah bleh buh...tp jd kecik laa pulak. ish!! kat mana laa nak cari cikgu nak belajar ni...tak kan kot nak kena menapak pi tanya cik fau...leceh laaa mcm ni. hahahhahahaha. jaki ni. jaki betul.

hobi...

cik kiah teringin nak cerita pasal hobi..ni cerita perbezaan hobi sesama manusia. sbb setiap org ada hobi tertentu yg kdg2 org tu je minat tp org len tgk naik menyampah nak termuntah tgk..dan akan ckp dlm hati..boleh no dok buat benda tu...tak boring ke? contohnya mcm kakak cik kiah yg sorang ni..dulu2 hobi dia mengait..kait lapik meja..cadar...chairback...mcm2 alas laa..arwah tok cik kiah dulu pun minat mengait...mata dia..sampai umur 80 tahun pun masih mampu mengait. dia minat buat bakul...bakul mcm yg siam dok jual tu...alaaaa...bakul atau beg siam tu...kdg2 kat ruang legar tesco pun ada jual. ha...tu dia minat. ermm..mcm cik kiah..sejak kenal internet ni..cik kiah mmg minat gila melayari internet. boleh tenggelam dlm dunia internet. bg laa sehari semalam tu...hebat. power kalau ada internet kat dpn mata. betul tak nul?? aku mcm tu dr kat itm lg kan? hahahahhahahah. ermm..minat lain..lena...memasak..dgr sinar fm...ambik gmbr...jahit baju. yg cik kiah nak cerita ni...pasal minat suamiku terhadap rokok. mmg laa sedari cik kiah kenal dia..dia merokok..dgn jayanya. tp cik kiah fikir hak masing2 nak ada kegemaran apa..dah mmg dia suka merokok..nak buat mcmana..tp sejak kawin ni cik kiah agak terasa juga bila suamiku suka mempertikai..cik kiah suka buat apa pulak yg bg dia membazir kalau buat. contohnya kalau dok guna internet lama2..contohnya kalau suka dok sms kat kawan2..pdhal dia tak sedar..yg dia tu...semedang je rokok ada kat jari tu...mcmana pulakkan. tp nak buat mcmana..dah itu jodohku..nama pun teman serumah..sebilik..setilam sampai bila2..diriku pasrah je laaa..lantak pi laa dia nak kata apapun. sapa suruh dulu tu terhegeh2 sgt nak kawin dgn dia kan. hahahhahahaha..br padan dgn muka. :)

Friday 6 May 2011

mood tak menarik

tiba2 rasa mcm jemu dah dgn hiasan dlm blog ni...kisahnya mula tu jemu tgk gmbr along yg kat atas tu...nak try tukar tp tak bleh. dah penuh katanya. tak bleh wlpun dah buang dah gmbr2 len tu. geram betul. lepas tu terus biar je jd black mcm ni. padan muka. hahahahhaha. nanti laaa..bila mood dah ok..br laa nak tukar yg menarik sikit. knp mood tak ok?? sbb kotak tu punya pasal laaa..selagi tak jumpa jln keluar dr kotak tu...selagi tu laaa jiwa ni rasa tak ok.... :(

Thursday 5 May 2011

kisah bandung

org yg pi mkn angin kat bandung dah balik awal pg td. pukul 2 pg cik kiah pi ambik dia. dah laa tidok pukul 12. buat apa mlm td?? tah laaa. lepak2 dgn suamiku...sembang2...tgk2 jam 12 sudah. pukul 2 dia call ckp dah sampai. angkut skali 2 ketul pi ambik makjang depa. zulaikha mcm biasa laa...mcm anak patung bleh ckp tu..buka je mata mcm on suiz saja laa..terus potpet..potpet ckp tak henti2 wlpun pukul 2 pg. hahhahaha. abg pulak..ayah angkat letak dlm keta...masa tu tanya kat cik kiah...mak kita nak pi mana ni...cik kiah jwb..ambik makjang. lepas tu terus pejam mata. sambung lena. mcm2. mak jang dia pulak...masuk je dlm keta terus cerita pasal bandung...cuaca tak panas. syok pi sana. cuma tak syoknya masa kat jakarta. sesak. org ramai sgt. hotel kat jakarta ok..kat bandung tak ok. mcm hotel murah. lepas tu pasal mknan pulak...best. hari2 mkn nasi padang. dia kata teringat kedai nasi padang kat alor setar...kat bangunan apa tu...kompleks apa tu...kompleks peruda kot. serupa laa rasa mcm nasi padang kat bandung. tp dia kata...kak ada rasa was2 juga laa..tp telan je laa..dah lapar. hahhahaha. dah tu cik kiah kata laa..tak yah pi bandung laa..kat sini pun ada nasi padang jugak. dia beli byk brg..kain batik indon..kain sulam2..lapik meja sulam2...blaus..so hari ni cik kiah pakai blaus bandung laa ni. kat yusuf dia beli baju ben 10. zulaikha dia beli baju dan skirt..dan satu anak patung. suka laa minah ketot tu dpt anak patung. anak patung yg jenis kain tu. tak larat dah ni nak cerita..posa ganti hari ni. lembek dah ni. hahhahhahha. padahal br je lena td. lembek lg. hari first...biasa laaa. :)

kad jemputan


pg td cik kiah dpt kad jemputan. mentang2 laa tahun lepas bg duit utk join tp last minute bila tiba harinya tak dpt pi sbb balik yan..so kali ni depa bg kad jemputan. terkejut gak. sbb besar kadnya. rupa2nya diminta jd penyampai medal utk hari sukan tu nanti. suami isteri. suami ku laa nak sgt ke jd penyampai tu? hahhahahhahah. tak mau..dia kata malu kat org. hahahhaha. terus tak mau pi. mana bleh...dah byr mahal2 utk 2 ketul tu. kesian gak kalau tak pi. :)

gambar BM banjir


ini gmbr banjir kat jln nak masuk ke rumah cik kiah hari jumaat pg tu. kakak cik kiah jln kaki balik dr tesco utk tgk banjir mcmana. dahsat ke tak. tgk2...mmg dahsat. dia pun tak berani nak masuk ke dlm terus. ini jln kat blkg bangunan asas yg besar tu. dia laa kata. sebetulnya cik kiah pun tak perasan kat mana ni...lorong mana. sbb dok balik tu jarang laa nak jeling2 tgk rumah org. sbb tgn bawa keta...dan tgn tu juga laa nak urus anak2. sat2 nak nenen...nak makanan. mana dan nak usha benda len.

Wednesday 4 May 2011

ada jeles??

hahhahahhha..beberapa hari lepas ada berckp dgn kawan cik kiah yg dpt 44. suami ku tgk dr dlm keta. masa dlm keta dia tanya...ok pulak dgn dia tu?? cik kiah kata ok. dia tanya lg..tak jeles ke? cik kiah tanya laa jeles apa? dia kata org tu dpt 44. tak jeles ke? cik kiah kata laa...nak jeles apa..dah rezeki dia. suami ku kata...sembang...hari tu mcm tension gila saja. tak jeles...hahahahha. lepas tu dia gelak2. cik kiah kata laa. laa betul la. tak jeles pun. dah rezeki dia nak dpt. dah bini abg ni tak ada rezeki nak dpt..nak buat mcmana. nak jeles2 buat apa. ermmm..knp org selalu tak caya..cik kiah tak jeles laa. la ni lg laa...dah tak ada perasaan dah 44 tu. byk benda len lg yg patut diutamakan. lebih baik fikir pasal kotak. ada gak paedahnya. penat laa kalau nak fikir pasal 44 yg tak ada kena mengena tu. buang masa. kotak ni lg besar yg nak kena fikir. kat mana nak buat pintu. mcmana nak keluar dr kotak ni...jenuh fikir. harap2 lepas ni nampak laa sikit cahaya nak keluar ikut mana. lemas dah rasa ni....

sekelip mata hilang..

cik kiah ni garang dgn anak2. ada org puji bila tgk anak2 cik kiah agak bersopan bila kat dpn org ramai. ermmm...dah maknya garang mcm singa. mmg cik kiah ngaku cik kiah agak garang dgn anak2. kalau tak puas hati dgn perangai depa...masa tu jugak kena. tgk situasi. tp selalunya cik kiah tak kira...adik ke abg ke..tetap sama. depa 2 tu mmg takut kalau cik kiah marah. volume jgn ckp laaa...hahahhahahah. cuma 2 3 hari ni ada gak cik kiah terfikir...aku dok marah2 ni...mcmana kalau ditakdirkan tuhan nak rampas depa 2 tu. takutkan...tak dpt bygkan kalau depa 2 tu tak ada. gila kot. itu laa permata hati cik kiah. cik kiah garang sbb nak sygkan depa. tak nak depa jd ngada2 buat perangai yg tah apa2. mula2 dulu mak cik kiah marah gak sbb garang sgt dgn anak2. tp skrg ni depa pun tak marah dah. mungkin sbb tgk ada kesannya jugak kot. kalau time anak2 buat perangai depan depa...depa akan panggil...mak ai! yati..hg mai tgk anak hg cepat. terus anak2 cik kiah tersentot..tak berani. hahahhahahahah. suamiku pun mcm tu gak. kalau anak2 buat perangai..dia panggil...mak...mak...cepat mai tgk ni...anak2 pun tersentot. mak power!! hahahahahha. sampai anak2 takut. mcm tu laaa. sblm ada anak2 dulu kalau anak2 buah buat perangai bkn2...kalau ditakdirkan masa tu cik kiah lalu...mesti tersentot sat. ahahhahahahah. tau takut. atau pun masuk mandi tak bawa tuala...lepas tu terjerit panggil mak bawa tuala..kalau mak dak ni ada masa tu...nahas...teraniaya laa jwbnya. mau ada yg sejam 2 lg terkurung dlm bilik mandi...takut nak keluar. sbb mak dak ada. hahhahhaha. syok gak. jd objek menakutkan ni. tp wlaupun cik kiah garang mcm tu...tp ada masanya anak2 mai jugak bermanja. bkn kata dok garang 24 jam. tak ada paedahnya gak kalau 24 jam garang. ada masanya cik kiah main2 gak dgn anak2. tp mesti jaga perangai kalau duduk dgn cik kiah. harap2nya tak ada kesan buruk sgt laaa nanti. sebenarnya cik kiah syg anak2 cik kiah...syg anak2 buah cik kiah...sayang umar, usman, ali, umairah, mashitah, umi dan abu..dan yg paling besar sekali along. dlm hati ni 24jam cik kiah teringat kat depa. marah sbb nak mendidik..bkn nak mendera. :)

bercuti

cik kiah cuti hari ni. sebenarnya niat awal tu nak cuti semalam...selasa tu. sbb along pun ada kat kampung. dia balik sbb dok teringat sgt. cik kiah try minta tp kakak kj tak bg cuti selasa. so jd laa cuti tu rabu. hahahhaha. cuti ganti konvo. lepas ni nak try lg minta cuti. siok gak cuti ni. hari ni 1 hari just lepak kat rumah. kemas rumah. dah teruk sgt dah rupa rumah ni. luar dlm berserabut. lantai ni tile kaler putih...menambah2 lg laaa kecantikannya kalau tak mop. hahahhahahah. tp ni dah bersih. kami laki bini berusaha keras cuci rumah. sapu sawang...sbb dah lama tak buang sawang2 ni..jd mcm rumah seram dah. berjuntai2 sarang spiderman. sbr saja laaa. so dah clear. jd mcm ni sbb tiap2 hari pi keja...weekend langsung tak ada kat rumah. ptg jumaat dah balik yan...ahad mlm br muncul kat rumah. so bilanya nak mengemas?? ermm..apa2 pun hari ni dah clear. molek dah ni. tak laa malu sgt kalau org nak mai rumah pun. so..cerita pasal along pulak...dia balik kg..pg td dah balik ke putrajaya. puas laa mkn2 dgn jayanya kat rumah. dah berbdn dua...awal2 ni mmg laa mengidam mcm2..bkn mengidam sebenarnya...teringin saja. kalau mengidam tu len pulak. melampau2. hahahhahah. mcm cik kiah dulu..masa yusuf..teringin sgt nak makan telur ikan tenggiri. buat gulai. jenuh cari. lepas tu teringin pulak buah sawa. terbayang bau sawa yg wangi. masa zulaikha nak mkn tembikai pulak...jenuh. lepas tu asyik teringat kat tomyam. mcm2. along pun sama. dia selalu msg ckp nak mkn sup. sup kat sana tak sedap. so balik sini dia dpt laa mkn mcm2. buatan kami sekeluarga. sup tulang...laksa. tenggiri buat gulai. kesian tgk dia mkn gulai tenggiri tu. mcm lpr sgt. kegemaran dia kat kepala tenggiri..ada satu bahagian tu..kami panggil kepak atau sayap ikan tu. sedap. tenggiri kalau dpt yg org pancing lg sedap. meleleh laa mcm ni. hahhahahhahah. ok...jap lg org pi bandung pun akan sampai. tak tau laa pukul brp. kakak cik kiah ikut rombongan ke bandung dgn kawan2 ofis dia. ujung tahun ni katanya ke beijing pulak. rajin betul. ada duit ok laaa nak pi mana pun. mcm cik kiah ni...nak pi mana dgn 2 ketul tu. hari ni 2 ketul tu pun tak pi sekolah jugak. ingatkan nak hantar gak pg td. tp ayah depa kata tak yah laa. kesian pulak. mak cuti..tp anak2 kesekolah gak. apahal kan. hahahhahah.
time cuti2 ni ada gak yg call...tp yg cik kiah terkejut sekali td...sbb masa tu dok lali2 nak lena. pasal 'push up'. hahahhahaha. dok blur2...'push up'. otak terus fikir yg 'push up' len dah. ahhahahahahha. apa raaaaaa. tak senonoh betul. dah lama tak ada stok 'push up' tu. dulu2 semasa suka bergaya anggun..wajib tu yg 'push up'. br laaa nampak anggun dan 'menyerlah' sikit. hhahahahahah. esok laa kat ofis br boleh buat push up tu. hahahhahah.

Monday 2 May 2011

mcm dlm kotak

kadang2 cik kiah rasa mcm sedang dikelilingi oleh kotak atau dinding yg berbentuk segi empat. yg tak ada jln keluarnya. camne yer? sedang memikirkan mcmana nak keluar dr kotak yg tak menarik ni. payah gak ni...dah byk mlm dok fikir2 tp masih tak jumpa lg arah pintunya. tak dpt nak fikir dah...mcm buntu. tp cik kiah tetap rasa arah tu ada...cuma kena fikir lg. fikir dan fikir lg...fikir cik kiah...jgn sampai biol dah fikir nak keluar ikut mana. hahahahhahahah. :)

blur

cik kiah agak bz 2 3 hari ni...start dgn hari jumaat br ni bila BM dilanda banjir dgn jayanya. ada gmbr..tp tak dpt nak upload sbb card reader tu ikut pi bandung rasanya ni. hahhahahha. jumaat br ni cik kiah keluar rumah mcm biasa pukul 6.45pg. masa tu hujan lebat. gigih ni nak pi keja. tak sarapan pg sbb bgn lewat. selalunya kami semua sarapan kat rumah. tp pg tu bgn lewat so semua jd kalut. masa keluar tu tgk semua keta lain pakat guna lampu kecemasan...luplap...luplap. atas jln dpn rumah ni mmg nampak laaa ada air..tp air tu bergerak. lepas tu kami ikut jln biasa...ikut lintasan ketapi kat pmtg tinggi. dok beratur laa. tp keta tak bergerak2. pelik je..dah lama sgt...cik kiah pun pusing..patah balik. sbb dah pukul 7 pun tak gerak2 gak lg. so pusing...ikut jln yg lalu dpn skolah men alma tu. tp tak sempat sampai kat sekolah tu lg pun...jem gila dah. ada keta yg berhenti kat tepi. ingatkan eksiden ke apa...rupa2nya banjir dah sebelum sampai kat bgnan DNP land tu. sbr saja laa. anak2 dah bising2 dlm keta..mak ada air terjun. syok laa depa tgk air terjun. sbb tgk mcm ngeri je masa tu..so kami pun ikut lepak kat tepi juga. masa tu dah pukul 7.45pg. kalau jln jugak pun ada 2 risiko...mesti keta rosak...kena air..dan mesti sampai lambat kat poli. so kami ambik keputusan utk patah balik. tak nak pi keja. sbb takut kat air. hahhahaha. so patah laaa balik. jln terus..tgk2 jem pula kat lampu trafik kat tesco alma. dah dkt rumah dah tu. so cik kiah pun kona laaa masuk kat kawasan perumahan dpn  tesco tu. jln2 lg...tgk2 banjir teruk dlm tu. nyaris2 dah nak sangkut kat banjir. tak dpt masuk ke kwsn rumah cik kiah. sbr sajalaaa. patah balik. pi kedai minyak. perut dah bunyi2 dah. anak2 pun dah bising2. lepas tu isi minyak bg penuh2 sbb tgk jln jem..banjir. kakak cik kiah bg cdgan lepak kat tesco..sementara tunggu air surut. cik kiah dpt call dr kawan cik kiah yg 1 taman..dia ckp jln masuk ke rumah cik kiah dah penuh air. tak leh masuk. so kami pun lepak kat tesco. kakak cik kiah jln kaki dr tesco balik ke rumah nak tinjau banjir mcmana. dia mms gmr...mmg terbukti laa banjir teruk. tak leh masuk. keta storm pun...seksa nak lalu ikut banjir tu. lama gak kami lepak kat tesco. sampai pukul 10 lebih..bila tgk jln tak jem dah br laa berani masuk...sbb takut banjir lg. rupa2nya banjir tu cuma banjir kilat. air tu tak laa masuk sampai kat dlm rumah...cuma kat jln dpn rumah cik kiah tu...agak hebat laa jugak. jd mcm sungai. org ckp banjir tu berpunca drpd landasan keretapi yg tak siap lg tu. masa cik kiah nak beli rumah ni dulu ada org ckp gak kat jln luar ni penah banjir. tp dah lama tak banjir. kononnya mcm sistem perparitan dah ok laaa. mmg pun sejak 2008 cik kiah dok kat sini...tak penah lg laa banjir. cuma jumaat tu...mmg agak dahsat laa. mungkin sbb ada kawasan pembinaan yg byk dlm ni. byk lg rumah2 yg dlm proses pembinaan. dgn rel ketapi tu..tak yah ckp laa..mmg tak menarik. dijangka 2012 siap...tp nampak rupa tu mcm...bkn 2012 laa siap tu. rasa cik kiah laaa. :)