Tuesday, 30 April 2013

anak ke 3

ada kawan cik kiah..tanya..wei kiah apa nama anak hg yg baru ni. cik kiah pun ckp..aidil ismail. ooooooo..dia ckp apa tau. pandai hg ni kiah..yusuf dgn zulaikha..ni ismail pulak. siap cadangkan ni..lepas ni bg nama siti hajar pulak. yusuf zulaikha..ismail siti hajar. poyos betul laaaaaaaaaaa. hahhahahahah. cik kiah kata...mana laa larat dah nak beranak lagi. umur pun dah hujung2 kelayakan dah ni. hahahhahaha. nak game over dah ni. hahahhaha. ok...meh cerita bab ismail pulak. ni ada gmbr terkini dia..mlm td cik kiah ambik...poyos kan mak dia.
 lihatlah pipi ku...hahahah
tgk pulak tgn ku....

kat penjuru atas tu..nampak tgn dia...berkatam2...entahlaa dah brp kg mamat ni. next wk nak pi timbang. takut gak ni. along kata kalau dah obes tu nanti nurse akan refer ke pakar pemakanan. kan...poyos tu. adeh!!





 si kinting...

ok...tgk pulak ini...

 kakiku...



 hahahhaha. nampak tak mcm bergelang je kat kaki tu. itu laa masalahnya. susah betul nak cari stokin atau kasut kat dia. masa dia start jd chubby dulu tu..ada laa sedara mara sblh suamiku..dok ckp mcm mak ayah dia ni dok seksa anak sbb bg pakai stokin kecik sampai mcm menjerut pergelangan kaki tu. padahal kan...dah mmg kaki dia mcm tu. lepas tu kami langsung malas dah nak buh stokin kat dia. sampai skrg. tp br ni cik beli gak kasut kat dia..yg bawah ni

ini kasut size empat. utk budak yg dah boleh berjalan. br laa dpt tutup yg atas tu. pdhal kan...dlm tu..separuh je kaki dia. payah betul nak cari kasut kat dia. kaki kontot tp gemuk kat atas tu. hahhahah

Monday, 29 April 2013

aidil dan mainan

mainan ni kami beli kat pasar malam permatang pauh baru ni. jumaat tu masa balik keja..kakak cik kiah ajak pi tgk replika cincin kat tepi jalan kat pmtg pauh..katanya cantik laaaaaaaaaaa sgt.(cik kiah tak laa suka dan ekstrem sgt mana2 pihak pun kalau bab politik ni).. so kami pun keluar laa jln2 sampai ke pasar mlm pmtg pauh. dan beli mainan. nak tgk?


murah saja. rm1. mainan yg tahan beberapa hari saja tu. hahahhaha. dlm tu belon saja. tp aidil punya laa suka tgk. terkekek2 gelak dgn mainan tu. tp tak leh nak bg pegang. sbb benda murah kan..tak leh nak lasak2 sgt. itu pun ahad tu dah musnah dah. belon tu dah kempis.

pam rumble tuff

sejak along dpt anak kedua..dia dah target besar-besaran utk try breast feed sepenuhnya. tu pun jenuh cik kiah tolong apa yg patut. mak dak dia ni laa sumber rujukan dia. sbb mula2 tu susu dia mcm tak nak keluar. so..cik kiah suruh dia letak air panas dlm botol susu baby dan tuam kat breast. dan selalu laa sikat2 breat bagi ada aliran susu. alhamdulillah..berjaya memperbanyakkan susu dia. memandangkan cik kiah yg dok galak sgt suruh diaa buat stok susu. so..cik kiah ditugaskan mencari pam kat dia. hahahhaha. sementara tu dia perah laa dulu manual guna tgn. byk gak dia dpt...wlpun start menyimpannya selepas 45 hari berpantang. nak tgk stok dia yg dia kirim gmbr kat cik kiah..ada laa dlm 2 minggu lepas. hahhahah. gmbr saja.

agak ok laa kan. rajin gak minah tu buat stok. manual guna tgn lagi tu. cik kiah sentiasa bg galakan. tolong cari pam yg sesuai utk dia. dia bg duit rm500...tp nak mcm2. sbr saja laa kan. rm500 tu nak beli pam...nak botol susu tommee tippee..nak botol susu momma utk sarah. nak beg susu..nak ais. hahahha. sbr saja laa. tp dia tak nak warmer. maka jalan2 laa mak dak dia ni mencari apa yg dia nak. cik kiah nak yg jual pakej. maksudnya ada siap2 pam..dgn free gift apa2. conthnya beg ke...botol susu ke..apa2 laa. pi manjaku kat parit buntar..tak ada laa pulak yg sesuai dgn jumlah duit yg along bagi. ya laa...nak botol susu tippee tu lagi...momma lagi. bukannya murah tu. dok sembang2 dgn dia..dia ckp..knp suka pi manjaku...tak dak ke kedai lain. maka pi pula survey kat kedai lain..penat dah. last2 semalam..cik kiah beli saja laa terus.
beli yg ni...

sekali dgn ketul ais 3 ketul..beg storage susu...botol tommee..
dok belek2 gak botol lain. dia pesan tommee tippee..tp tak tau laa botol yg mcmana. maklumlaa anak2 cik kiah dok guna botol susu yg murah2 saja. tak pernah lagi laa beli botol tommee ke momma ke..sampaikan nak sebut nama pun tak tau. cina tu pula dok tunjuk botol MAM. mahal gak. nasib baik tak cukup duit. tommee ni saja yg terbeli. kalau beli salah pun sure kena marah dgn along. hahahhahahahha. rupanya momma lagi lawa..yg mcm ni..
padan laa dia dok kata ada mcm2 kaler...oren...ijau. tp tak nampak pulak yg mcm ni kat kedai tu semalam.
teringat masa dia dlm pantang kat sarah dulu. dia call suruh pi beli beg baby kat dia..nak beg yg galas kat belakang. tau cik kiah pi beli yg mana? beg jenama baby kiko...tp stail org tua sikit laa. sebenarnya dia nak beg yg mcm ni...


mana laa mak dak dia nak tau yg mcm ni. hahahahha. nampak sgt makin tua. hahhahah. ibu2 muda yg mcm dia mesti laa nak yg gaya2 muda sikit kan. suruh spesis tua ni pi beli...ahhahaha. tp bagusnya dia ni..tak byk karenah sgt. apa yg dibeli...no komen...guna je. sampai laa ternampak betul2 brg yg dia berkenan tu dpn mata...terus ckp..yg mcm tu yg along suruh mak dak beli tu. hahahha. sbr saja laa kan. budak baik. :)

Wednesday, 24 April 2013

poyo je

eh! apa sebenarnya maksud poyo? hahahhahaha. cik kiah pun tak pasti. tp mcm syok saja sebut. poyo...poyo. ermm..cik kiah pun kdg2 suka gak mempoyokan diri sediakan makanan utk aidil ismail. mcm laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa mamat kecik tu suka sgt nak mkn. pdhalkan...dia mkn ciput saja. sikit sgt. dia tak beriya2 an pun nak makan. mak dia saja yg terpoyo lebih. hahahhahah. tgk ni...siap pi beli ini..

 blender baru..yg kecik..comei..khas utk blend puri utk aidil ismail. poyo kan mak dia?? hahahahhahah. pdhal anaknya tak laa excited sgt nak mkn. kdg2 penat saja masak kat dia. tp blender ni ok..sbb kecik kan..bleh nak bawa balik kampung ke apa...senang. maklumlaa blender cik kiah tu dok guna blend cili laa rempah gulai laa...blender kering pulak dok blend rempah khabsa. tak sesuai dah utk buat puri anak.
kecik...compact.

Tuesday, 23 April 2013

AIDIL ISMAIL LOMPAT


cik kiah dgn kakak ada buat rakaman khas aidil ismail melompat. hahhahaha. tgk laa si debab ni melompat. jenuh yg jd tukang pegang. 'keras' urat tgn. hahahhahaha. sila teleng sikit ya nak tgk ni. hahahhaha. amatur kan...

Thursday, 18 April 2013

budak gemuk

gmbr terkini aidil ismail...

 nampak mcm sama tak rupa depa 2 tu? agak sama kan? ermm..biras2 cik kiah selalu kata..eh! mcm muka siapa pulak aidil ni kan..mai mana rambut kinting...bulat2 mcm ni..siap dgn bulu mata lentik lagi. hahhahaha. saja laa tu!! tak sedarkah mak si aidil ni...comei...rambut kinting2...bulu mata lentik...bulat2 mcm aidil ni. hahahha. ayoyo! ada yg nak termuntah ke? sabar ek! sabar! hahahhahahah.


cik kiah rasa berat dia mcm makin menyusut. tp org tgk mcm makin besar. ye ke besar? kalau tgk betul2...bandingkan dia sebelum ni..rasanya skrg ni menyusut sikit la. kena timbang laa kalau nak tau menyusut betul ke tak. bulan dpn baru nak ke klinik lagi. tgk laa hasilnya mcmana nanti. skrg ni cik kiah dah bg dia mknan dah selain dari menyusu badan. dah try mcm2 dah..puri kentang, moi nasi, nasi dgn kentang, nasi dgn brokoli, nasi dgn carot, carot dan kentang..pisang. tp nampaknya yg paling dia suka adalah puri kentang..atau kentang campur dgn carot. dia ni tak sama mcm yusuf masa kecik2 dulu. yusuf dulu tu...tak sia2 penat buat puri kat dia. makan sungguh2 ni. tp si aidil ismail ni...jenuh. makan jenis main2 saja. payah tak pulun. terasa agak mencabar laa suap makanan kat dia. dah laa comot 1 badan..siap tepis2 tgn lagi..nak masukkan jari dlm mulut. nak pegang cawan...tak diam laa. sabar saja laa. menguji kesabaran betul. nak tarik perhatian dia kena buka tv kuat2..bg dia tgk. br laa tgn tu tak kalut sgt. hahhahaha. dlm mkn sikit mcm tu pun...sila laa tgk badan dia. alhamdulillah. nak kata apa lagi kan. masyaallah. lasak tak dia? amat2 lasak. suka lompat2...meniarap dan pusing merata tempat kat dlm rumah. buat guling2 badan dan akhirnya sampai laa kat tepi dinding. terkejut2 gak kita tgk. sat nak tgk2 gmbr zaman baby si yusuf...gemuk gak.

 baby kentang ni...dia mmg suka makan kentang lenyek. hahahahha

 yusuf...

 yusuf lagi...ni mace puan...

zulaikha pulak...mace jante kan...

ini bkn baby kentang. minah ni masa kecik dia baby apa ek?? dia suka nestum saja. makanan segera. hahhahahaha. tp bleh tahan gak laa gemuk dia. tp minah ni tak suka susu badan. tp antara bertiga tu...johannya dpt kat aidil ismail laaa. agak terasa pinggang ni dukung dia. tu pun konon kata makin menyusut kan. hahhahah.

nenas cik ani

bestnya tajuk post. hahahhaha. nenas cik ani kat rumah cik kiah ok gak rupanya..sbb dah beberapa kali membuahkan hasil. jom tgk sikit...

 comei kan...suka betul kalau boleh mengeluarkan hasil mcm ni. menarik laaa jugak. tak sia2 menanam, menyiram dan membelai...membelai? hahhahaha.


 sebenarnya ada 2 pokok je yg tgh berbuah. ada byk lagi pokok nenas dia yg tgh menanti nak berbuah. kononnya laa.

 yg ni mcm tak cukup zat...jgn tak tau...cik ani tu..sanggup sampai ke pasar malam parit buntar semata2 nak mencari baja utk pokok nenas dia. hahhahah. mcm laa tak ada baja yg menarik kat alma tu.


ok..tamat dah cerita pokok nenas. sebenarnya tgh serabut siapkan pb. tah knp...sem ni rasa serabut sgt dgn pb ni. :(

Wednesday, 10 April 2013

mcm hampeh

ermm...bz tah apa2..sampai tak sempat nak jenguk kat dlm ni..tunggu laa sampai semuanya ok. sbr sajaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. biol dah mcm ni. :(

Wednesday, 3 April 2013

hi...

buat masa skrg ni..ini laa pujaan hati cik kiah. bak kata suamiku...sementara nak pandai lawan ckp mak. hahahhahha. itu laa halnya dgn abg dan kakak dia. dah pandai melawan ckp dah skrg ni. kalau sblm ni...bawa depa 2 ketul jln2 kat rumah org..mesti ada org akan ckp..bagusnya anak2 cik kiah ni. dgr kata..dok senyap saja. yo laaaaa tu. dok senyap? cer pi tgk kat rumah. mcm2 benda yg pelik2 depa buat. selalu laaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sgt mak dan ayah depa terjerit2 marah kat depa 2 tu. aidil pun sikit hari lagi nanti akan jd rupa tu laa jugak kot kan. hahhahaha.
kisah kakak dan abg..
mcm2 laa yg depa dok buat eksperimen..ckp nak masuk mandi..tp time nak masuk siap bawa masuk bekas plastik..pinggan...mangkuk...tau nak buat apa? main air laa apa lagi kan...letak mangkuk kat lubang salur air kat lantai bilik mandi..maka bertakung laa air..silap2 boleh melimpah air masuk dlm rumah..dah pernah jd dah sekali. jenuh ayah dia mop lantai rumah. melimpah air sampai ke ruang tamu. tekanan perasaan betul tgk masa tu. itu br sikit. sebenarnya mcm2 benda yg kdg2 melampau sgt gayanya. sampaikan cik kiah ambik keputusan nak beli rotan..ha rotan je. mula tu mcm terkejut2 tak tau nak rotan kat mana. ye laaaaaaaa..anak ni..penat ooooooooooooooooo bersalin dulu tu. tak kan laa senang2 je nak rotan. tp time marah tu...eeeeeeeeeeeeeeeeee...sbr saja la. bg je rotan.

rotan yg cik kiah beli tu tak ada laa sampai besar mcm ni. kecik je pun. tp dah try test rotan kat diri sendiri. sakit gak laaaaaaa. hahhahahha. tpkan rupa-rupanya..ada gak kelebihan rotan ni. cer baca ni...cik kiah ambik kat blog org laa tp...utk rujukan diri sendiri.

Hikmah disebalik rotan



Adakah anda menggunakan rotan untuk mengajar anak anda? Jika perlu, saya akan menggunakan alat didikan tersebut. Ketahuilah, sesungguhnya Rasulullah SAW telah berpesan supaya setiap ibubapa perlu mengajar anak-anak sembahyang semasa umur mereka 7 tahun. Sekiranya anak-anak tidak mahu sembahyang pada umur 10 tahun, Rasulullah SAW mengajar supaya pukul mereka dengan rotan dengan cara-cara yang yang telah ditetapkan dalam Islam.


Dalam ilmu Physiology(Fisiologi), kanak-kanak begitu mudah dalam mempelajari sesuatu. Jika ibubapa memukul( merotan) anak-anak, akan berlakunya learning process dalam otak mereka. Merotan atau dalam Physiologynya dikenali sebagai noxious stimulus (rangsangan sakit), akan mempercepatkan firing level urat saraf dalam otak untuk mudah belajar & memahami sesuatu perkara.





Subhanallah...Rasulullah SAW berpesan pada 1400 tahun yang lalu. Tetapi, para saintis baru menemuinya pada 20-30 tahun baru-baru ini. Hebatnya Islam. Maka banggalah anda menjadi umat Nabi Muhammad SAW. Satu-satunya agama yang mulia disisi ALLAH SWT. Wallahualam...



Tambahan: Untuk pemahaman istilah secara lebih mendalam, boleh rujuk kepada pelajar perubatan. :)

4 comments:

Shahibul Afzan Wahab said...
assalamualaikum,jazakumullah atas info ini..

cerita pasal rotan, nak kongsi sikit info ttg hikmah sebat 100 rotan bagi penzina yg belum kahwin, di mana dgn cara rotan ni sebenarnya boleh merangsang penghasilan sel2 T4 yg baru dan elakkan sum2 tulang daripada fibrosis.so, penzina masih ada peluang utk sembuh jika mereka dapat HIV virus semasa berzina...

bagi yg masih ragu2 dengan hukum hudud,sains sudah membuktikan bahawa ia sebenarnya utk kebaikan manusia itu sendiri dan bukan menzalimi...bahkan jika mereka tolak, mereka yg telah menzalimi diri sendiri...
amgad's student said...
waalaikumussalam. Syukran atas perkongsian. :)
Anonymous said...
rse cam penoh bace jer ni malek.. haha.. molek ah tu, aku malah gok nok tulih skema2.. se g, aku dok igt tek email n password g mail aku, adeih...

-zuket-
Anuar said...
salam..Mohon Share..

Tuesday, 2 April 2013

derma atau jual

tghari td cik kiah keluar makan..sorang2. what?? sorang2? hahahha. biasa laa. sedari dulu kala lagi cik kiah dah terbiasa jln2 atau pi mkn sorang2 ni. tak ada masalah. cik kiah penah dgr gak..ada org tak leh mkn sorang2..nanti tak leh nak suap. malu..segan...mcm2 laa. jgn kata pompuan..lelaki pun ada...terutamanya kalau nak pi mkn sorang2 kat kedai mkn. knp nak malu pulakkan?? yg penting perut nak kena isi dgn makanan. peduli apa pandangan org lain. makanan kita...kita byr..tak kisah laa nak mkn mcmana gaya sekali pun kan. ermmm..
ok laaaaaaa..sambung cite...
td masa tgh mkn tu..sambil termenung...tgk gelagat org ramai kat situ. cer teka cik kiah pi mkn kat mana? hahahhaha. kalau ainul mesti bleh teka punya tmpt kegemaran cik kiah utk mkn tghari..dr masa kat itm dulu lagi. hahhahaha. kan nul. td tu...tiba2 sorang lelaki muda mai duduk kat dpn cik kiah..dan tunjuk sekeping kad. dia senyap saja..tp jari dia tunjuk kat kad tu. terkedu cik kiah seketika bila baca kad tu...tulis lebih kurang ayat ni...kami org cacat pendengaran, pekak dan bisu ingin juga bekerja utk mencari pendapatan sendiri...tu antara ayatnya. so..cik kiah tgk budak lelaki tu dan angguk..dia bawa keluar barang2 utk dijual...brg tu tak laa semegah mana pun. tp terasa sikit tersentuh hati bila tgk orgnya...dgn kandungan kad itu...cik kiah tgk muka budak lelaki tu dan pilih2 satu barang. dgn seikhlas hati membeli brg tersebut. ermmm...tah laa. tak dpt nak gmbrkan perasaan masa tu mcmana.


ini je barangnya. beli jugak laaaaaa..masa tu cuma terbayangkan anak2...terutamanya si mamat gemuk kat rumah tu. skrg ni mamat gemuk tu tgh rancak mengeluarkan bunyi2...mcm2 bunyi dia. br gaya2 nak bersuara. nangis pun dah kuat dah. suara dia serak2 mcm tu. suara lelaki. hahahhaha. ermmm...apa kaitan anak2 dgn org yg jual td tu kan?? entah laa...tak leh nak gmbrkan. sayu sikit.

tah apa2

semalam rasa sakit sgt kepala ni. bgn awal pagi lagi dah terasa mcm bengkak mata dan sakit sgt kepala. kalau boleh nak mc saja. apa ni??! asyik mc je kan. ke monday blues?? hahhahahhaha. ya laa kot. so utk meng 'ok' kan keadaan..kununnya laa kan..cik kiah iron baju baru. dah lama pi ambik baju ni kat kola kedah...tp tak pakai2. sbbnya kes mls nak iron. material ni mcm kena iron pulun2 ni..


kaler ijau terang. masa beli tu terfikir kaler yg boleh tahan lama. kunun lagi. hahahhaha. so..semalam pakai laa baju baru. kunun lagi ni..masa pi upah kat si kim kola kedah tu...ckp kat dia nak baju kurung pesak gantung...dlm pala otak ni terbayang baju kurung pesak gantung mcm ni...
tp yg dptnya mcm len sikit. yg moden sikit. dgn kain susun kat blkg. ok gak hasil keja kim. dia mmg handal pun. selesa dipakai. cuma cik kiah silap pilih material je kot. sbb kaler ijau tu kalau susu bocor sikit...alahai...nampak ketara. sbr saja laa. dah la terang. ahhahahha. salah sendiri. so..semalam pakai ler baju baru. tp kepala tetap sakit gak. berdenyut2. sbr lagi. pi kelas gak ni. gigih2. hahhaha.
eh! sbb apa sakit pala tu?? cer cite..
citenya cen ni...weekend baru ni balik kg. panasnya mak ai!! tak tau laa nak kata mcmana. mlm pun panas sgt. aidil pun menangis tak mcm selalu. kes terbiasa dgn aircon kot mamat gemuk tu. tak brp nak lena sgt laa mak depa. sampai laa balik ke rumah mlm ahad tu. dia masih lagi selsema. tak lena sgt lagi. lagi sekali...dgn mak depa laaaaaa tak lena gak ni. cik kiah kalau anak tak lena...kalah laa jwbnya. so..semalam..sakit kepala...balik keja tu..mlm tu...baring senyap2 dlm gelap...lena. sedar2 dah tgh mlm..tu pun sbb suamiku kejut..aidil lapar nenen. masa tu dah kurang dah rasa sakit kepala. anak2 mcm biasa laa..buat aktiviti kalau mak depa tumbang awal...apa lagi...main hp laa...nak tgk apa hasilnya? hahahhahha



ini sebahagian dari gmbr yg depa ambik. tgk2 td...oooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo...ini la kejanya. pg td sampai bateri kosong terus. hahahhaha. ambik gmbr budak gemuk ni.


dibawa angin

ptg semalam hujan lebat beserta angin kuat kat rumah cik kiah kat alma. angin yg dahsyat. sedar2 tgk kat dpn rumah tu...ada ni..cer tgk..
 gelap sikit gmbr ni. dah nak mlm pun masa ni. tu gmbr kat dpn rumah cik kiah. nampak tak mcm khemah yg dah tumbang...


 sebenarnya khemah tu telah dibawa angin dari lokasi asal kat sebelah kanan tu. agak jauh laa dibawa angin. sikit lagi nak jatuh dlm longkang besar tu.


ini pulak pemandangan biasa dari balkoni rumah cik kiah kalau time hujan lebat. longkang besar tu mesti penuh dgn air kaler merah.  air tanah merah kot. penuh melimpah2 sampai atas jalan. taman perumahan yg depan tu selalu laa air jenguk sat kat jln nak masuk tu. tp jenguk sat saja. ala2 banjir kilat laa. bgn pg td tgk khemah tu dah tak ada. suamiku ckp..mlm td tah sampai pukul brp org ramai dok alihkan khemah tu. cerita suamiku yg ke kulim ptg semalam masa angin kuat tu...ada laa kurang2 3 khemah bn yg tumbang sepanjang jalan kulim tu. ermm...agaknya..khemah pun boring tunggu bilaaaaa laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa agaknya nak pilihanraya ni. hahhahahah.