Thursday, 28 August 2014

Gambar ja dulu...cerita kemudian...ok...dah ada cerita

ok...dah ada masa sikit nak bercerita. agak2 mcm tak bz sikit..pdhal bz. tp mcm mlsnya laa nak belek benda APACC ni...aduih!! tp kena belek jugak...sbb keja ni laa sumber rezeki cik kiah. tak leh dok baloq2 sgt. gambar kat atas ni adalah gambar oren mlm td. oren dah makin sihat...makin gemux. dan gebus. bulu pun dah tak byk sgt gugur. nampak laa bulu si oren ni tgh naik yg baru kot...sbb nampak mcm kaler putih tu lg byk dr oren. lain sikit dari dulu. klu belai bulu pun rasa gebu dan best. hahhahahaha. betul laa gamaknya ckp vet tu dulu...vet tu kata bulu oren byk gugur sbb oren tak lalu mkn. tak selera mkn. kurus tak ada zat. so..bulu pun gugur dgn jayanya. skrg ni kami selalu bg wet food jenama fancy feast kat dia. yg base chicken. seminggu dlm 3 kali bg mkn wet food. masa lain tetap juga bagi royal canin kat dia yg biskut tu. nampak tu ada laa juga perubahan selera makan oren. dan bulu pun dah jd makin cantik dan gebu.
ini pulak M. M yg jarang buat masalah sgt dr segi pemakanan. telan je mamat ni org bg apa pun. dah makin gemux juga si M ni. dan gebu. tp bila pegang M dan oren...dpt rasa yg jenis bulu depa dua ni berbeza. Oren tu bulunya lagi lembut berbanding dgn bulu M. tp mmg dua2 ni jenis bulu yg panjang dan gebu. sedap pegang. dari segi manja tu sama ja dua ekor ni. tp kalau lepas kat luar sangkar tu...M lagi mesra dgn org. siap mai dok kat tepi ni...nak manja2. tak laa mcm oren yg asyik nak lari sj. last2 dok bawah meja. tp ok juga mcm tu sbb tak laaa rapat dgn aidil sgt. kan bulu...tak brp sesuai sgt dgn budak2 kecik mcm aidil ismail tu. tp setakat skrg ni...tadak masalah lagi laa kalau bg anak2 main pun. anak2 pun nampak mcm paham kalau kita ckp...jgn main sgt nanti bulu lekat kat badan. biar ja kucing tu main sendiri2. jgn usik. oklah ya...ada keja ni. nanti kita sambung lagi. :)

Wednesday, 27 August 2014

Biar gmbr berbicara

comei tak??? tp sygnya cik kiah maleh betul nak pakai lipstik. maleh tak ada ubat. hahahhahaha. pemaleh tegar!! so muka nampak pucat je. bedak pun maleh nak sapu. biar je togel mcm tu kulit muka tu. dah pemaleh sgt kan...

mambang biru yg makin gemux. hahahhahhah. sejak dah makin kurang menyusukan si aidil ismail tu...maka badan pun mcm makin dipam2 naiknya. makan pun lalu...tidur pun agak ok. so...ini laa hasilnya. membesar dgn jayanya. makin rendang.


Thursday, 21 August 2014

sakit mata

sakit mata ke tgk tulisan ni??? kalau tenung lama2..rasa agak sakit la kan. sbb kecik...haluih. mcmana nak tgk. tak best kan?? betui tu. cik kiah setuju sgt. tp cik kiah tak sempat nak edit lg jenis dan saiz font. dok buat apa yg tak sempat sgt tu? hahahahahha. ada laa kejanya. bknnya nak dok ngadap blog ni ja manjangkan. hahahhaha. well...
apa nak cerita ni? 2 3 hari ni tadak mood sgt nak buat keja. mood ke mana tah. dok gagah juga bg ada mood nak buat keja. entah la...tak mai jugak mood tu. haru betul. nak kata keja byk tu tak la jugak. biasa2 sj ni. tp klu tgk kat meja cik kiah skrg ni...wah!! kurus smgt!! tp kan...ini bknnya sbb bz..tp sbb pemaleh nak siapkan keja. pemalaeh nak kemaskan meja. maka hasilnya....nampak serabut serabai sgt meja cik kiah skrg ni. tolooonnn la. ini dah 6 S namanya..tambah satu lg S...SEMAK. hahahhahahaha.
nak cerita apa ek?? br2 ni mak cik kiah masuk hospital sbb tiba2 je kena mild stroke. ermm...lepas dia kena strok tu rajin jugak cik kiah cari info pasal strok. katanya strok ni ada 2 jenis...pertamanya jenis salur darah tersumbat...dan keduanya jenis...salur darah pecah terus. utk mak cik kiah ni...rasanya masuk dlm kategori salur darah tersumbat kot. kesannya lepas strok tu cuma kat mulut dia ja..dah jd tak berapa sempurna la. nak mkn...minum dan bercakap pun payah. kesian tgk. tp tak leh nangis dpn dia..sbb anak2 ni kena kuat semangat...mesti kuat semangat dan ckp...alaaaaaaa..sikit ja tu mak. nanti2 ok la tu. dia pun angguk2 lepas dgr kita ckp mcm tu. klu anak2 pun dok ckp yg bkn2...dia dgr lg laaaaaaaaaa susah hati + serabut. lagi tambah beban kat otak dia nak fikir. pdhal kan...anak dia ni bknnya kuat smgt tera mana sgt pun.
kisahnya bermula mcm ni laa lebih kurangnya mcmana dia bleh terkena strok tu...hari sabtu br ni dia call ckp nak mai mkn nasi kat rumah cik kiah kat alma. sbb dia dan bapa cik kiah nak ke klinik di kulim. sbbnya kaki mak cik kiah tu dah berhari2 dah bengkak. mak cik kiah ni mmg selama ni pun ada masalah kencing manis dan darah tinggi...sewaktu muda dia...dia tak ada darah tinggi...tp sama mcm cik kiah...kami ada tekanan darah rendah. spesis yg sama. hahhahahaha. bila dah tua...benda tu bertukar pulak jd darah tinggi. mak cik kiah pun sama juga mcm cik kiah yg ada masalah mudah sgt jd hypo gula. kandungan gula dlm darah tu boleh jatuh tiba2...dan bdn pun jd menggigil...sejuk dan nak tumbang. ok..itu background masalah kesihatan mak cik kiah. so...lepas depa ckp nak mai tu...cik kiah pun pi kedai runcit niat dihati nak cari daging...konon plannya nak masak beriyani ayam dan dalca daging. sbb depa dua org tu suka sgt dgn beriyani dan dalca. so...pg tu misi cik kiah dan suamiku...mencari daging. tp malangnya 2 kali ke kedai runcit tu dan tak nampak pun bayang daging lembu utk buat dalca. balik rumah...mak pun sampai...dan offer diri dan cari daging sampai ke kulim. sbr je laa...mmg lpr sgt laa gamaknya kan. so...fikir2...kat jusco mesti ada daging kambing. mesti!! for sure...mesti ada. so cik kiah pun pi jusco dan beli daging kambing sikit utk buat dalca. maka jd la....

 beriyani ayam....

ayam goreng salut tepung + daun kari...lebih sbb yusuf ambik byk kat pokok...sayang nak buang...so tambah dlm ayam ni masa nak goreng...wangi..

sikit kerabu...sebenarnya nak buat air asam...rasa mcm ada belacan kat rumah...tp cari2 tak jumpa laa pulak. so...endingnya jd rupa ni la buah tomato tu..
dan..

dalca daging kambing. mak dan bapa cik kiah mkn dgn jayanya. bertambah2 lagi...
balik rumah...mlm tu...ramai la sepupu dan bapa sedara mai dr shah alam dan pahang....berkumpul kat rumah....tiba2 lebih kurang pukul 4 pagi mcm tu...mak jd lain mcm. terkejut semua yg ada kat rumah. terus angkat bawa pi hospital. doktor kata serangan strok. 3 hari juga la kat wad. kesian tgk. adakah salah cik kiah yg jamu dia mkn beriyani dan dalca kambing???
ermm...mcm2 versi org ckp masa mak kat hospital. ada yg cdg suruh panggil bomoh...ada yg cdg suruh bawa pi hospital swasta. tp lepas tanya pendapat sorang sedara yg keja doktor...dia ckp...ok klu biar mak kat hospital krjn pun...mak kena strok dan lumpuh sikit kat muka. ambik masa utk sembuh dan normal kembali. kalau pi hospital swasta pun tak tera mana jugak pun. doktor kat hospital krjn pun ok...dia ckp. so kami terima pakai pendapat tu. skrg ni mak dah balik rumah. dah boleh minum air tanpa straw...guna sudu...dan boleh makan moi tanpa straw...dah boleh guna sudu. syukur..alhamdulillah. apa2 pun kalau dlm situasi mcm tu...tak yah la ckp yg bkn2 time melawat pesakit. pesakit dalam keadaan tak stabil...tak sihat. anak2 dan keluarga pesakit pun rasa tak selesa klu dgr komen2 negatif yg org ckp. tolong laa kan. sesiapa sj pun boleh tiba2 kena strok..tak kira muda atau tua. mungkin ini masa mak cik kiah....entah bila2 pula masa org lain pula. kita ni tak selamanya bahagia...tak selamanya muda...tak selamanya sihat. kena ingat tu. peringatan utk diri sendiri tu...tak kisah laa pasai diri org lain. :) penat dah type panjang2 ni...hahahhahaha. ok la...sambung buat keja pulak noooo..

Friday, 15 August 2014

Harta Pusaka





Gambar yg di ambil masa hari raya kedua br ni. Meriah. Walaupun Ada family yg tak hadir hari tu. Tak kisah la kan. Rumah Mak cik kiah kan br lps buat renovation dgn jayanya. Tak siap sepenuhnya lagi. Tp ok la klu nak guna utk majlis berhimpun Sedara Mara mcm ni. Ermmm...teringat Rumah mak...teringat ttg harta Pusaka. Cik kiah anggap Rumah Mak tu sbg harta Pusaka utk kami Adik beradik. Itu la satu2nya harta Pusaka yg Ada utk kami 5 beradik yg semuanya perempuan. Nak berebut ke nanti? Insyaallah tak Akan berebut kot sbb masing2 Dah Ada Rumah sendiri. Teringat satu adegan bila Sedara Mara suamiku penah sebut...Rumah Pusaka arwah Mak depa dulu tu sebenarnya milik Adik bongsu depa...masa dengar tu mcm tak terkata apa. tak penah dgr pulak sebelum ni kalau rumah pusaka dengan mutlaknya akan jd milik si bongsu mana2 pun. pelikkan?? tp selalu laaa dgr family suamiku termasuk suamiku sendiri ckp mcm tu. penah sekali tu cik kiah tanya kat suamiku...knp ya jd hak yg bongsu?? suamiku ckp mmg mcm tu la kat mana2 pun..akan jd milik si bongsu. terus ckp...oooooooooooooooo....tak tau la pulak mcm tu. hahhahahah. entah laa betul...entah laa tipu kan. cik kiah pun tak pasti juga. klu mcm tu...rumah mak cik kiah tu nanti akan jd milik cik kiah ke??? hahhahahaha. tak kuasa nak berebut. cukup laa dgn satu rumah yg kat bkt mertajam ni. itu pun dah tak larat dah nak jaga...nak maintain tu. payah tu. bab harta pusaka ni payah kalau dalam family tu ada yg busuk hati...nak berebut. nak jd yg paling berkuasa. entah la kan...mungkin org yg berminat nak berebut mempunyai mcm2 seribu alasan kenapa nak sgt berebut harta pusaka. selagi ada daya nak berkerja..tak ada cacat cela kat mana....apa salahnya kalau kita sama2 berusaha utk menambahkan lagi harta yg ada. betul tak? hahhahahah. entah laa labu...keluarga cik kiah tak byk harta so tak tau laa nak komen byk sgt pasal harta pusaka ni. :)


Thursday, 7 August 2014

aidil ismail

rasa mcm lama dah tak bercerita pasai mamat kecik ni...aidil ismail...
budak nakai...kdg2 lawak bila bawa dia pi cuci tgn kat sinki...bila ckp...ha adik basuh tgn...dia pun sua la tgn dia kat sinki...lps tu bila kita ckp...mulut pulak...pandai ja sua tgn kat air dan bawa ke mulut. nak basuh mulut pulak. hahhahaha. tau dah byk benda...cumanya dia ni jenis tak byk ckp. pendiam kot.

bulan 10 ni cukup la umur dia 2 tahun. dia masih lagi menyusu badan. tiap2 mlm...naknyak nenen. lps tu tunjuk kat dada mak dia. naknyak. dah boleh cakap ke? ermmm...tak sgt...naknyak nenen...eeeee...lipas....cicak pun lipas...ulat pun lipas...yg itu yg dia tau sebut pun. mak..ayah pun mak jugak. abg umar boleh pulak dia panggil. M..bas. lori pun bas. semua panggil bas. gigi dah byk dah tp tetap suka mkn moi. mkn juga nasi kadang2. apa lagi pasai mamat ni...

suka sgt usik org...ada ja idea nak usik org. pdhal dia pun penakut sebenarnya. hahahhahahah. hari tu lepas beli ni....

poyo je dok sua kat org. nak takutkan org lain. pdhal dia berani la pegang sbb benda tu dlm plastik. cer benda tu kat luar plastik. awai lagi laa dia lari. sbb takut. hahahahahha. 

Monday, 4 August 2014

Kucingku

si M skrg ni yg makin gemux. gebus sgt bulu dia. suka tgk. gerammmm...

ini pula oren yg dah sihat dan makin jelita. bila tah nak kawinkan depa dua ni. tak sbr nak tgk apa hasilnya. calico ke apa. comei gak klu dpt calico kan. dulu2 kan cik kiah tak suka kucing kaler calico. mcm semak mata je tgk. cik kiah penah dgr org ckp...kucing byk2 kaler mcm calico tu tak bawa ong. ya ka?? tp kan tahyul je kot semua tu. tak leh caya sgt. ada org yg amat2 percaya sgt dgn unsur2 mcm tu. kalau mak cik kiah...dia tak suka percaya dgn benda2 tahyul...bomoh ke apa ke. mengarut ja semua tu dia kata. ok..sambung bab kucing ku...kisahnya semalam tu ada tetamu tiba2 ckp nak mai rumah cik kiah. dan depa tegur sikit knp rumah cik kiah bau busuk. siap tanya bleh tahan noo bau taik kucing. ermmm...sbb tu la skrg ni cik kiah agak mls nak ajak org mai rumah. sbb cik kiah tau...ada gak org yg jenis pembersih..mesti tak tahan dgn bau taik kucing kat rumah cik kiah. bau kencing kucing...dgn bulu kucing di lantai..di sofa...sbb tu...biar laa kami saja yg beraya berjalan ke rumah org. rumah kami sentiasa tertutup utk org lain. tak sesuai kot nak buat open house ke apa.

Friday, 1 August 2014

lamanya tak update

kenapa ya...lama betul tak update ni??? jwpannya adalah...
  • malas
  • baloq
  • segan
  • tak ada idea
  • kdg2 fikir mcm mlsnya nak kongsi2 cerita dgn org lain.
bab ni mmg cik kiah selalu terfikir gak sbb kdg2 lain yg cik kiah type...dan org baca..dan faham mcm lain pula. konpius betul kan. lain yg kita type...lain yg org faham. lps tu sebarkan cerita yg bukan2. konon mcm bagus sgt la kan. time depa dok cong kelentong baik punya tu...tak hingat pulak. sbr sj la kan. adat la manusia ni. apa2 pun cik kiah mmg agak anti dan tak suka sgt dgn org yg suka kelentong ni sampai melibatkan mak bapa cik kiah. hangin la jugak kan. ok stop about that!! benci. tak suka nak ingatkan.
hari ni cik kiah mai ofis bawa hero ku...muhammad yusuf. peneman. sbb cik kiah sorang saja mai ofis. org lain dok beraya lagi ni. tp rasanya mcm tak lama juga ni. mcm 'rasa' tak best je ni. hahhahaha. ok laa ya. kita sambung lg nanti.