Thursday, 5 May 2011

kad jemputan


pg td cik kiah dpt kad jemputan. mentang2 laa tahun lepas bg duit utk join tp last minute bila tiba harinya tak dpt pi sbb balik yan..so kali ni depa bg kad jemputan. terkejut gak. sbb besar kadnya. rupa2nya diminta jd penyampai medal utk hari sukan tu nanti. suami isteri. suami ku laa nak sgt ke jd penyampai tu? hahhahahhahah. tak mau..dia kata malu kat org. hahahhaha. terus tak mau pi. mana bleh...dah byr mahal2 utk 2 ketul tu. kesian gak kalau tak pi. :)

gambar BM banjir


ini gmbr banjir kat jln nak masuk ke rumah cik kiah hari jumaat pg tu. kakak cik kiah jln kaki balik dr tesco utk tgk banjir mcmana. dahsat ke tak. tgk2...mmg dahsat. dia pun tak berani nak masuk ke dlm terus. ini jln kat blkg bangunan asas yg besar tu. dia laa kata. sebetulnya cik kiah pun tak perasan kat mana ni...lorong mana. sbb dok balik tu jarang laa nak jeling2 tgk rumah org. sbb tgn bawa keta...dan tgn tu juga laa nak urus anak2. sat2 nak nenen...nak makanan. mana dan nak usha benda len.

Wednesday, 4 May 2011

ada jeles??

hahhahahhha..beberapa hari lepas ada berckp dgn kawan cik kiah yg dpt 44. suami ku tgk dr dlm keta. masa dlm keta dia tanya...ok pulak dgn dia tu?? cik kiah kata ok. dia tanya lg..tak jeles ke? cik kiah tanya laa jeles apa? dia kata org tu dpt 44. tak jeles ke? cik kiah kata laa...nak jeles apa..dah rezeki dia. suami ku kata...sembang...hari tu mcm tension gila saja. tak jeles...hahahahha. lepas tu dia gelak2. cik kiah kata laa. laa betul la. tak jeles pun. dah rezeki dia nak dpt. dah bini abg ni tak ada rezeki nak dpt..nak buat mcmana. nak jeles2 buat apa. ermmm..knp org selalu tak caya..cik kiah tak jeles laa. la ni lg laa...dah tak ada perasaan dah 44 tu. byk benda len lg yg patut diutamakan. lebih baik fikir pasal kotak. ada gak paedahnya. penat laa kalau nak fikir pasal 44 yg tak ada kena mengena tu. buang masa. kotak ni lg besar yg nak kena fikir. kat mana nak buat pintu. mcmana nak keluar dr kotak ni...jenuh fikir. harap2 lepas ni nampak laa sikit cahaya nak keluar ikut mana. lemas dah rasa ni....

sekelip mata hilang..

cik kiah ni garang dgn anak2. ada org puji bila tgk anak2 cik kiah agak bersopan bila kat dpn org ramai. ermmm...dah maknya garang mcm singa. mmg cik kiah ngaku cik kiah agak garang dgn anak2. kalau tak puas hati dgn perangai depa...masa tu jugak kena. tgk situasi. tp selalunya cik kiah tak kira...adik ke abg ke..tetap sama. depa 2 tu mmg takut kalau cik kiah marah. volume jgn ckp laaa...hahahhahahah. cuma 2 3 hari ni ada gak cik kiah terfikir...aku dok marah2 ni...mcmana kalau ditakdirkan tuhan nak rampas depa 2 tu. takutkan...tak dpt bygkan kalau depa 2 tu tak ada. gila kot. itu laa permata hati cik kiah. cik kiah garang sbb nak sygkan depa. tak nak depa jd ngada2 buat perangai yg tah apa2. mula2 dulu mak cik kiah marah gak sbb garang sgt dgn anak2. tp skrg ni depa pun tak marah dah. mungkin sbb tgk ada kesannya jugak kot. kalau time anak2 buat perangai depan depa...depa akan panggil...mak ai! yati..hg mai tgk anak hg cepat. terus anak2 cik kiah tersentot..tak berani. hahahhahahahah. suamiku pun mcm tu gak. kalau anak2 buat perangai..dia panggil...mak...mak...cepat mai tgk ni...anak2 pun tersentot. mak power!! hahahahahha. sampai anak2 takut. mcm tu laaa. sblm ada anak2 dulu kalau anak2 buah buat perangai bkn2...kalau ditakdirkan masa tu cik kiah lalu...mesti tersentot sat. ahahhahahahah. tau takut. atau pun masuk mandi tak bawa tuala...lepas tu terjerit panggil mak bawa tuala..kalau mak dak ni ada masa tu...nahas...teraniaya laa jwbnya. mau ada yg sejam 2 lg terkurung dlm bilik mandi...takut nak keluar. sbb mak dak ada. hahhahhaha. syok gak. jd objek menakutkan ni. tp wlaupun cik kiah garang mcm tu...tp ada masanya anak2 mai jugak bermanja. bkn kata dok garang 24 jam. tak ada paedahnya gak kalau 24 jam garang. ada masanya cik kiah main2 gak dgn anak2. tp mesti jaga perangai kalau duduk dgn cik kiah. harap2nya tak ada kesan buruk sgt laaa nanti. sebenarnya cik kiah syg anak2 cik kiah...syg anak2 buah cik kiah...sayang umar, usman, ali, umairah, mashitah, umi dan abu..dan yg paling besar sekali along. dlm hati ni 24jam cik kiah teringat kat depa. marah sbb nak mendidik..bkn nak mendera. :)

bercuti

cik kiah cuti hari ni. sebenarnya niat awal tu nak cuti semalam...selasa tu. sbb along pun ada kat kampung. dia balik sbb dok teringat sgt. cik kiah try minta tp kakak kj tak bg cuti selasa. so jd laa cuti tu rabu. hahahhaha. cuti ganti konvo. lepas ni nak try lg minta cuti. siok gak cuti ni. hari ni 1 hari just lepak kat rumah. kemas rumah. dah teruk sgt dah rupa rumah ni. luar dlm berserabut. lantai ni tile kaler putih...menambah2 lg laaa kecantikannya kalau tak mop. hahahhahahah. tp ni dah bersih. kami laki bini berusaha keras cuci rumah. sapu sawang...sbb dah lama tak buang sawang2 ni..jd mcm rumah seram dah. berjuntai2 sarang spiderman. sbr saja laaa. so dah clear. jd mcm ni sbb tiap2 hari pi keja...weekend langsung tak ada kat rumah. ptg jumaat dah balik yan...ahad mlm br muncul kat rumah. so bilanya nak mengemas?? ermm..apa2 pun hari ni dah clear. molek dah ni. tak laa malu sgt kalau org nak mai rumah pun. so..cerita pasal along pulak...dia balik kg..pg td dah balik ke putrajaya. puas laa mkn2 dgn jayanya kat rumah. dah berbdn dua...awal2 ni mmg laa mengidam mcm2..bkn mengidam sebenarnya...teringin saja. kalau mengidam tu len pulak. melampau2. hahahhahah. mcm cik kiah dulu..masa yusuf..teringin sgt nak makan telur ikan tenggiri. buat gulai. jenuh cari. lepas tu teringin pulak buah sawa. terbayang bau sawa yg wangi. masa zulaikha nak mkn tembikai pulak...jenuh. lepas tu asyik teringat kat tomyam. mcm2. along pun sama. dia selalu msg ckp nak mkn sup. sup kat sana tak sedap. so balik sini dia dpt laa mkn mcm2. buatan kami sekeluarga. sup tulang...laksa. tenggiri buat gulai. kesian tgk dia mkn gulai tenggiri tu. mcm lpr sgt. kegemaran dia kat kepala tenggiri..ada satu bahagian tu..kami panggil kepak atau sayap ikan tu. sedap. tenggiri kalau dpt yg org pancing lg sedap. meleleh laa mcm ni. hahhahahhahah. ok...jap lg org pi bandung pun akan sampai. tak tau laa pukul brp. kakak cik kiah ikut rombongan ke bandung dgn kawan2 ofis dia. ujung tahun ni katanya ke beijing pulak. rajin betul. ada duit ok laaa nak pi mana pun. mcm cik kiah ni...nak pi mana dgn 2 ketul tu. hari ni 2 ketul tu pun tak pi sekolah jugak. ingatkan nak hantar gak pg td. tp ayah depa kata tak yah laa. kesian pulak. mak cuti..tp anak2 kesekolah gak. apahal kan. hahahhahah.
time cuti2 ni ada gak yg call...tp yg cik kiah terkejut sekali td...sbb masa tu dok lali2 nak lena. pasal 'push up'. hahahhahaha. dok blur2...'push up'. otak terus fikir yg 'push up' len dah. ahhahahahahha. apa raaaaaa. tak senonoh betul. dah lama tak ada stok 'push up' tu. dulu2 semasa suka bergaya anggun..wajib tu yg 'push up'. br laaa nampak anggun dan 'menyerlah' sikit. hhahahahahah. esok laa kat ofis br boleh buat push up tu. hahahhahah.

Monday, 2 May 2011

mcm dlm kotak

kadang2 cik kiah rasa mcm sedang dikelilingi oleh kotak atau dinding yg berbentuk segi empat. yg tak ada jln keluarnya. camne yer? sedang memikirkan mcmana nak keluar dr kotak yg tak menarik ni. payah gak ni...dah byk mlm dok fikir2 tp masih tak jumpa lg arah pintunya. tak dpt nak fikir dah...mcm buntu. tp cik kiah tetap rasa arah tu ada...cuma kena fikir lg. fikir dan fikir lg...fikir cik kiah...jgn sampai biol dah fikir nak keluar ikut mana. hahahahhahahah. :)

blur

cik kiah agak bz 2 3 hari ni...start dgn hari jumaat br ni bila BM dilanda banjir dgn jayanya. ada gmbr..tp tak dpt nak upload sbb card reader tu ikut pi bandung rasanya ni. hahhahahha. jumaat br ni cik kiah keluar rumah mcm biasa pukul 6.45pg. masa tu hujan lebat. gigih ni nak pi keja. tak sarapan pg sbb bgn lewat. selalunya kami semua sarapan kat rumah. tp pg tu bgn lewat so semua jd kalut. masa keluar tu tgk semua keta lain pakat guna lampu kecemasan...luplap...luplap. atas jln dpn rumah ni mmg nampak laaa ada air..tp air tu bergerak. lepas tu kami ikut jln biasa...ikut lintasan ketapi kat pmtg tinggi. dok beratur laa. tp keta tak bergerak2. pelik je..dah lama sgt...cik kiah pun pusing..patah balik. sbb dah pukul 7 pun tak gerak2 gak lg. so pusing...ikut jln yg lalu dpn skolah men alma tu. tp tak sempat sampai kat sekolah tu lg pun...jem gila dah. ada keta yg berhenti kat tepi. ingatkan eksiden ke apa...rupa2nya banjir dah sebelum sampai kat bgnan DNP land tu. sbr saja laa. anak2 dah bising2 dlm keta..mak ada air terjun. syok laa depa tgk air terjun. sbb tgk mcm ngeri je masa tu..so kami pun ikut lepak kat tepi juga. masa tu dah pukul 7.45pg. kalau jln jugak pun ada 2 risiko...mesti keta rosak...kena air..dan mesti sampai lambat kat poli. so kami ambik keputusan utk patah balik. tak nak pi keja. sbb takut kat air. hahhahaha. so patah laaa balik. jln terus..tgk2 jem pula kat lampu trafik kat tesco alma. dah dkt rumah dah tu. so cik kiah pun kona laaa masuk kat kawasan perumahan dpn  tesco tu. jln2 lg...tgk2 banjir teruk dlm tu. nyaris2 dah nak sangkut kat banjir. tak dpt masuk ke kwsn rumah cik kiah. sbr sajalaaa. patah balik. pi kedai minyak. perut dah bunyi2 dah. anak2 pun dah bising2. lepas tu isi minyak bg penuh2 sbb tgk jln jem..banjir. kakak cik kiah bg cdgan lepak kat tesco..sementara tunggu air surut. cik kiah dpt call dr kawan cik kiah yg 1 taman..dia ckp jln masuk ke rumah cik kiah dah penuh air. tak leh masuk. so kami pun lepak kat tesco. kakak cik kiah jln kaki dr tesco balik ke rumah nak tinjau banjir mcmana. dia mms gmr...mmg terbukti laa banjir teruk. tak leh masuk. keta storm pun...seksa nak lalu ikut banjir tu. lama gak kami lepak kat tesco. sampai pukul 10 lebih..bila tgk jln tak jem dah br laa berani masuk...sbb takut banjir lg. rupa2nya banjir tu cuma banjir kilat. air tu tak laa masuk sampai kat dlm rumah...cuma kat jln dpn rumah cik kiah tu...agak hebat laa jugak. jd mcm sungai. org ckp banjir tu berpunca drpd landasan keretapi yg tak siap lg tu. masa cik kiah nak beli rumah ni dulu ada org ckp gak kat jln luar ni penah banjir. tp dah lama tak banjir. kononnya mcm sistem perparitan dah ok laaa. mmg pun sejak 2008 cik kiah dok kat sini...tak penah lg laa banjir. cuma jumaat tu...mmg agak dahsat laa. mungkin sbb ada kawasan pembinaan yg byk dlm ni. byk lg rumah2 yg dlm proses pembinaan. dgn rel ketapi tu..tak yah ckp laa..mmg tak menarik. dijangka 2012 siap...tp nampak rupa tu mcm...bkn 2012 laa siap tu. rasa cik kiah laaa. :)