Thursday, 9 June 2011

sayang tak??

sayang tak kat rumahtangga kita? sayang tak kat suami kita? sayang tak kat anak2 kita? ermmm...br2 ni cik kiah menangis tak malu dah lepas tau satu berita perceraian. ermm..knp tah dua tiga menjak ni asyik dgr berita pasal perceraian. sedih tau. mula2 tu dgr org yg agak tak rapat sgt dgn cik kiah..bercerai. anak masih kecik lg. terkedu dgr. tp tak nangis lg laaa. tp br2 ni bila dgr ttg org agak rapat dan baik dgn cik kiah bercerai...bkn setakat terkedu..terus air mata ni keluar dgn jayanya. benda2 bercerai berai ni...sungguh laa cik kiah tak suka nak dgr. menakutkan. bygkan...bkn senang nak kawin...fikir sng ke? keluarkan duit ribu2an buat majlis...dgn prosesnya lg..senang ke? cik kiah dulu2 siap terlanggar pintu cermin kaca kat bilik tok kadi yan sebelum masuk nak minta sign tu masa nak kawin. sbb takut. hahhahahahha. cuba ingat kembali saat2 kita berkenalan dgn suami..saat2 bercinta...sampai laa mcmana kita boleh kawin. tak leh laaa...sedih ooooooooo kalau dgr pasal bercerai ni. mungkin kita tak alami masalah yg boleh sampai bercerai2 ni. tp kan...minta simpang laa..tak nak menghadapi situasi mcm tu. tah laaa. kesian kat anak2..kesian kat semuanya. buat org yg rapat dgn cik kiah tu...cik kiah berdoa semoga dia tabah...bkn senang ooooooo nak mendidik anak tambah lg sorang2. bygkan kalau anak sakit..selalu ada suami yg bantu..bygkan kalau sorang2. sedihnya. tp kan..kalau dah dpt suami yg tak berguna...yg menyusahkan kehidupan..yg tak leh nak harap apa satu tu...yg asyik cari bala je...elok gak laa bercerai pun. kita bknnya tak ada kerjaya yg tak leh besarkan anak sendiri. tolong laaa...benci betul. emosional betul dgn berita yg cik kiah dgr ni. sbb apa? tah laa...

cerita pi polimas...

br bgn tidok ni. hahahhahah. tidok kat meja. td makan ubat. lepas tu apa lg...ngantuk laaa. ermm..nak cerita pi polimas. meh tgk muka dulu org yg gigih pi polimas ni...
nampak tak ada gelang itam kat bwh mata tu? tu tandanya tak cukup tidok. hahahhahahha. bdn letih gila masa tu. rasa mcm nak cari bantal je. dah batuk tahap gaban dah. kerja batuk saja masa dgr ceramah. masa aktiviti kumpulan. org pulak tolong berdehem..kot2 nak hilangkan batuk cik kiah. tak juga. gula2 tu habis laa telan dah. tak ok gak. keja minum air..dah tu keja pi toilet. toilet kat sana..jenuh cari. yg dekat berkunci. yg jauh sikit...takut laa pula nak pi sorang2. yg paling comel yg kat dlm LPL. cantik dan bersih. masa jln2 kat dlm tu..cik kiah ternampak ni..
tempat rehat kat bawah pokok. mcm menarik. letak batu kat bawah lepas tu letak papan kat atas. jd dah tempat rehat. ok gak kan..drpada gazebo kat sini. ada satu tu..sampai student kat tanggalkan kasut kalau nak lepak kat situ. tinggi...sampai jd tempat student lena laa pulak. ok laaa..benda dah ada..guna je laa kan. pintu gerbang polimas pun lg cantik drpada yg psp. bkn nak kutuk sesangat psp laa kan...tp realitinya gerbang depa lg cantik dan nampak kukuh. tak laa mcm psp punya yg sekeping tu. pernah org LHDN tanya kat kakak cik kiah..knp pintu gerbang psp tu letak jabatan pengajian politeknik. knp tak letak politeknik sbrg perai. dah tu knp nampak mcm nipis sgt. selamat ke?? ermmm...kita yg dok lalu tiap2 hari kat bawah tu...rasa selamat tak? ce cuba tgk betul2 ketebalanya...harap tiang je kan nampak besar. kata laa kalau ada benda2 diluar jangkaan contohnya...ribut taufan.atau gempa bumi...tak mau laa jd kan. tak ke ada kemungkinan gerbang kita yg sekeping tu..retak..dan jatuh ke bawah. ada kemungkinan tak? hahahahhahah...tak nak berdoa laa kan utk jd mcm tu. ok laa..lantak pi laaa..bkn bidang kita pun utk komplen2 mcm tu. lain laa kalau cik kiah ni ada degree bidang kejuruteraan awam, arkitek ke...org struktur bangunan ke...kan...kan...boleh laa nak komplen byk2. hahahhahahhahah.
ini adalah rak buku yg ada kat LPL. saja lepak2 kat situ sbb sejuk. ok..mula2 tgk tu...kagum ni..byknya buku. tersusun dgn lawa. dok bygkan kalau laa ada rak mcm tu kat rumah. cantik gak kan. letak kat tempat menjahit cik kiah yg kat atas tu. tp kan...bila tgk lama2...tu kat buku tu siap ada number tu. number carian yg mcm kat library ni. tak ingat dah guna sistem apa..(sbb cik kiah bidang library sc kan) so agak familiar laaa number2 tu. knp ye sampai ada number tu..pdhal tu rak kat LPL saja. ok..kita andaikan yg bagus2 punya...mungkin LPL menyediakan buku2 utk org pinjam gak kot. hhahahahhahaha. buku2 tu ada dlm pelbagai bidang...kejuruteraan, bahasa inggeris dan mcm2 lagi. tp semuanya ada number carian tu. hahhahahahhaha. lantak pi laa kan kat depa. dah rajin nak letak number. tp cantik laa nampak...kemas. :)

PESERTA KURSUS PEMANTAPAN DIRI BERPASUKAN (20-23 JUN 2011)

35Norsalina binti HassanJMSK
36Norhaslinda Abdul KarimJMSK
37Zakiah bt AdzmiJMSK
38Farrah Waheda bt. AbdullahJMSK
39Nurulhayati binti Che RaniJMSK
40Norshafiza bt Mohamad KhairuddinJMSK
41Norkiah bt. SulaimanJMSK
42Nor Saadah bt. Mohammad SowiJMSK
43Siti Faridah Bt. IsmailJMSK
44Rafizah Bt. ShaharuddinJMSK
45Azurani Bt. Abd RaufJMSK
46 Siti Farrah Bt. Md Hashim JMSK
47Ku Adnan b. Ku HassanJMSK


gila ke apa tah laa ni..tiba2 naik nama cik kiah lagi utk pi kursus BTN 20 - 23 jun ni. gila kot kan. br saja balik kursus kat polimas. nak pi kuala lipis pulak dah...ulang ayat kuala lipis. 4 hari. tak ke gila namanya. dah laa br je tinggalkan anak2 2 hari dgn ayah depa. sakit jiwa betul laaa. kot ye pun dah terdesak sgt nak senaraikan nama utk pi kursus...usha2 dulu laa tgk kot2 ada bertindih ke..br balik kursus dah ke. tak laa tertekan sgt org yg nak kena jaga anak2. ye laaa..pi polimas 2 hari..suami ku tak pi keja sbb kena jaga anak2 kat rumah. dia kalau tak keja tak ada duit. tak kan kot semua nak harap duit gaji cik kiah saja. kering gak laa mcm tu. selama ni cik kiah tak pernah lg laaa menolak bila org suruh pi kursus. enjoy gak pi kursus ni. tp tak laa sampai 2 kali dlm sebulan. biar pada2 laa jugak. sbr saja laaa. org kata nak kena ngadap timbalan pengarah kalau tak mau pi. ngadap pun ngadap laa. tak ada pilihan. dah tu nak tinggal anak2 kat sapa? kakak2 dah buka gerai kat kampung..tak kan laa depa nak tutup kedai semata2 nak mai jaga anak2 cik kiah kat sini. mak cik kiah pulak sakit skrg ni. ermm..tak consider keadaan org lain mcmana. pelik gak kan. cik kiah tak dpt nak terima laa kali ni. biar laa org nak kata apa pun. sebelum ni pi ganti org len kursus pun rela hati..tp kali ni maap laa ye. kalau timbalan tak bg juga...kalau dia kata wajib kena pi jugak. maap laa ya..bg laa surat amaran ke...kad merah ke...kad kuning ke...tetap tak mau pi gak. aku buat bodoh je jap lg. :)

sakit

cik kiah tak dpt nak update blog ni sbb berkursus kat Polimas. adeh! letih drive pi balik 2 hari. dgn bdn yg tak sihat sgt. batuk. selsema. balik rumah...mlm2 jd semput sbb batuk. semlm lg teruk. tak tahan dah sampai pi cari ubat laaa. mlm td makan ubat..rasa ok sikit. nanti laa cik kiah ada cerita nak cerita kat sini...

Saturday, 4 June 2011

kenduri..

tghari td cik kiah ke rumah kenduri kat alor setar. rumah kawan LHDN. kenduri yg agak menarik. ada byk gak gambar yg cik kiah ambik. nak tgk?
 ni kad kawin kenduri tu. nama pengantin hajar dan hanif. mula2 tu rasa agak menarik tgk pokok bunga kertas kat dpn rumah jiran depa.

 pokok tu dah dibonsaikan. wlpun dah dibonsaikan tp tetap berbunga dgn jayanya.
 ni pula gmbr bilik pengantin. sempoi je. cuma yg menaikkan seri tu agaknya sbb katil tu..bertiang dan nampak mcm exclusive laa juga. dia belitkan tiang tu dgn kain dan letak bunga2 kecik dan barang2 antik. family ni agak extreme dgn barang2 antik..

 nampak tak ada bunga2 plastik kecik2 dilekatkan kat tiang katil tu. cute. tu pentingnya kreativiti...

 ada kelopak2 bunga ros merah kat atas katil. lomantik loooo

 ni laa pengantin perempuan. baju kebaya tu...klasik.

 keluar dr bilik pengantin..mula2 terpandang telefon antik ni...

 antara hantaran yg ada. cik kiah cuma berkenan tgk yg ni. biskut berbentuk kelopak bunga.
 kita tgk pulak hiasan kat pelamin.
 ni gadis penyeri pelamin....hhahahahhahah.

 suka tgk bunga ni..


 rupa2nya bkn setakat telefon antik yg ada kat rumah ni..tp byk lg barang2 antik yg amat2 menarik utk dilihat. rajin  betul mengumpul barang antik...

 lemari antik...seni..

 masa kami sampai dan dok makan...si DJ ni asyik pasang lagu2 klasik saja..no wonder laaa tgk laaa DJnya..siap bersongkok lg..tema klasik laa kot kan. semua lagu2 antik saja yg dia pasang...tgk pula pandangan dekat2 DJ ni...

 ada rekod atau piring hitam lagu2 lama..

 siap dgn alat utk mainkan piring hitam tu...kagum betul tgk..

 ni pula pandangan kat gazebo..ada byk brg2 antik..mesin jahit lama, congkak lama, mcm2 laaa tp semua yg lama dan antik2 belaka..

 tgk basikal ni teringat kat cerita p ramlee...40 penyamun..kan p.ramlee dlm cerita tu bawa basikal ni..lawak tgk..ada 2 basikal ni td. cute..

 ni satu lg...

 siap ada basikal posmen yg zaman dulu2 tu..lupa nak ckp...rumah kenduri ni betul2 kat blkg pejabat pos besar alor setar..

 ni pejabat pos tu...agak2nya org pejabat pos ni tau tak..ada basikal antik depa kat blkg tu...

 siap ada bilik khas utk letak barang2 antik..

 pernah tgk tak ni? ini adalah alat pengisar org dulu2. guna utk kisar beras utk jdkan tepung..brg lama ni. jarang nampak dah skrg ni. kalau ada pun mungkin dah jd brg 'arwah' dah. mungkin dah dijadikan pelapik utk brg lain lg.

 tong apa ni? cik kiah rasa mcm tong padi zaman dulu2 tu. atau tong tempat mandi. ingat tak dlm cerita cina..versi klasik..kan depa selalu mandi dlm tong kayu mcm ni. 

 ni pulak basikal lama yg akan digunakan utk bawa pengantin. sesi perarakan pengantin. lawa basikal ni. siap ada number siri tu...K22. 


ni gmbr...yusuf suruh ambik..motor yg paling lawa bg dia yg ada kat rumah kenduri td. best pi kenduri rumah kak murezon. menarik. kak murezon?? hahhahahahha. len kali kita cerita lg...




Friday, 3 June 2011

cepat terpengaruh

hahhahahhah...pg td cik kiah tgk mat gebu buh gulai ketam kat blog dia. wah!!!!!!!!...mcm sedap. balik tghari td..singgah rufaqa sat..tgk2 ada laaa pulak ketam. selamat. hahhhahahhahah. beli 3 ekor..siap beli nenas. balik tu buat gulai ketam buh nenas. fuyoooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo. hahahhahahhah. meleleh. lepas tu buat pula sambal belacan..cincang2 nenas  buh sekali. ermmm. lazat. tp segan laa nak ambik gmbr. cik kiah tak sehandal mat gebu memasak. hahahhahhh. lgpun gulai tu buat cincai2 je..tak tumis pun...main bubuh je ketam..rempah sikit..nenas..lepas tu buh santan. ha siap. mudah je. sbb...sbb dah terlampau lapar dah masa tu. tergetar2 dah tgn sbb lpr sgt. :))

kat rumah pulak

lepas adegan ambik anak...balik rumah pulak. saja2 ni dok ambik gmbr rumah lagi. hahahhahahhahah.
masa ni dlm pukul 6.15 ptg mcm tu..tu kakak cik kiah dah naik atas. nak naik tu..dia buka lampu. gelap kan dia kata. hahahhahahhaha. sbr saja laa.
lepas tu zulaikha buat adegan menangis dgn jayanya. dok lorat nak pi kat ayah..nak suruh tukar siaran tv. dia suka nak tgk babytv. mak dia pulak nak tgk cerita cina kat NTV7. tu yg menangis sakan tu. sampai terlena.

biar. cik kiah mmg macm tu. terkinja2 sgt..nak menangis gt..lantak pi la. biar kat dia. menangis laa sampai letih. mls layan. tgk2 terlena dah dpn tv. lepas tu...mak dia buat keja ni pulak. sesaje...hahhahhahah.
 ruang tamu cik kiah yg agak berselerak...tiba2 abg tersedar yg cik kiah tgh ambik gmbr...so....muncul laa abg kat dpn tu. hahahhahha

ha tu abg. hahhahhahhah. nak cerita ni...curtain tu cik kiah jahit guna kain yg buat pelamin along kawin hari tu...yg ni...

nampak tak kain yg pink tu..kain tu laa cik kiah dah ambik dan jdkan langsir rumahku. hahahhahahha. jimat duit. kain murah je tu..rm2.90 je satu meter. tp hasilnya agak memuaskan hati. betul2 jimat. :)