Monday, 28 February 2011

aktiviti hujung minggu...

hujung minggu br ni bawa balik kamera kat kampung...tujuannya nak ambik gambar pokok orkid kat rumah tu...kan bulan februari...ada pokok orkid namanya februari...pokok tu cuma berbunga pada bulan februari saja..bunganya keluar kat batang2 pokok yg dah tak berdaun masa bulan februari. tp kali ni tak jd panjang sgt..mungkin sbb cuaca panas kot sekarang ni...meh tgk gambar tu...jd terlebih cerah sbb tak pandai dan kontrol cahaya tu...pokok tu kat tgh panas pulak...bunga dia wangi..best.






 dari pandangan dekat sikit...

yg bawah ni pulak tah laa nama apa..tak cantik sgt tp besar...




yg ni pulak namanya orkid kasut. kalau nak beli tu cik kiah tgk masa pameran bunga orkid kat stadium alor setar..sepokok rm65. tp kami dpt ni dr gunung jerai.

terlanjur bercerita pasai gunung jerai...kat atas ni pulak gambar pokok kacip fatimah. abg ipar cik kiah dpt pokok ni dr gunung jerai jugak. renjer hutan tu kata ini laa pokok kacip fatimah...dia pun ambik laa bawa balik. kami...yg wanita2 kat rumah mak cik kiah selalu juga amalkan minum air rebusan daun ni. best. amat2 sesuai utk wanita. bagus sgt kesannya. bunganya pulak boleh dibuat ulam. ada kesan yg sama jugak dengan air rebusan daunnya. kisahnya...jiran cik kiah kat kampung kata ini bukan pokok kacip fatimah. dia pi cari pokok kacip fatimah kat kedai. org tunjuk yg lain. dia pun beli bawa balik. tanam kat rumah. tah laa apa tujuannya. lepas tu siap mai dok cerita kat kami kata yg ada kat rumah kami tu bknnya pokok kacip fatimah. ermmm...cik kiah pun cari2 jugak dlm internet. rupa2nya ada mcm2 jenis pokok kacip fatimah. yg kami ada ni salah satunya laa...ada satu tu cik kiah terjumpa kat internet..bunganya warna ungu. tu kacip fatimah yg ada kat indonesia. apa2 pun...kami lagi percaya cakap renjer hutan yg ada kat gunung jerai tu...hahhahahah..well...apa2 pun kesannya bagus sgt lepas minum air daun kacip fatimah ni...kalau tak caya...try laa tgk.

No comments:

Post a Comment