Monday, 7 March 2011

cerita ali dgn abu berlatih pingpong...

anak buah cik kiah ada 8 org saja. yg paling tua adalah along..yg dah kawin tu. ada lagi 7 dibawahnya. ada umar, umairah, usman, ali, mashitah, umi dan abu. arwah tok pesan suruh letak nama sahabat nabi...umar, usman, ali dan abu. sebenarnya usman tu nama betul dia adalah amir...cik kiah laa teringin nak letak nama amir sempena nama kawan cik kiah yg skrg ni dah jd doktor kat hospital yan. abu pula nama betul dia fakrul. tp dah arwah tok pesan..so kami panggil laa depa umar, usman, ali dan abu. ali tak bg org panggil dia ali kalau kat sekolah. nama betul dia muzamil. ada kawan cik kiah tanya knp tak letak je...ali muzamil dan amir usman. tak terlintas pula nak gabung2 nama mcm tu. tp umar tu mmg betul la nama dia umar. tak ada nama lain dah. ok...kita cerita pasal latihan pingpong depa. umar, ali dan abu skrg ni dok berlatih pingpong. umar mmg pernah wakili sekolah dia utk pingpong. skrg ni kami tgh cuba latih ali dan abu pula. bagus kalau budak2 dpt bersukan ni. ada laa juga aktiviti nak buat. ali dan abu ni sorang darjah 3 dan sorang lg darjah 2. abu ni pandai ngelat sikit. br ni mak depa cerita...masa sesi latihan...sblm main tu..semua org mesti berlari sekurang2 10 pusingan...tempat latihan tu. kecik je rumah tmpat latihan tu. tiap2 hari depa akan sampai utk latihan dlm pukul 3 ptg sbb tak nak berebut meja pingpong tu kalau sampai lewat sgt. so time depa sampai tu...cuma depa 2 je yg ada kat situ. tak ada org nampak pun depa berlari ke tak..melainkan depa 2 je. umar pemalas...dia jarang pi latihan. abu ni malas nak berlari 10 pusingan tu. so bila org lain sampai..org pun tanya laaa..lari tak td. abu kata..lari..kalau tak caya tanya ali. ali pula jenis pendiam. tak nak masuk campur, dia senyap saja laa..so..siapa pun tak tau laa kata selalunya abu tak lari pun. ali ni jenis yg mcmana tah...pendiam...tak byk ckp. masa dia kecik2 dulu kami selalu bawa dia pi jln2. dia jenis tak byk karenah. tak pernah minta pun mainan ke apa. dok senyap saja dlm kereta. kalau tanya nak apa pun..dia senyap saja. budak yg bagus. tak ada laa mcm anak2 cik kiah. terkinja2 nak mainan. pantang nampak kedai. penat kalau bawa pi kedai. penat duit. penat layan karenah depa. dok ligan depa berlari. leceh laa kalau pi soping ke apa. kalau nak cerita tiap2 sorang anak2 buah cik kiah...byk cerita. mcm umairah...masa kecik2 dulu...kalau bawa jalan2 ke alor setar..on the way balik...mesti meraung...menangis time sampai kat tandop. ada satu kedai runcit kat situ. dia dpt cam betul2..sampai saja kat situ...mesti nak beli air. hebat. hahhahahahha...skrg dah besar pun. baju kurung pun dah saiz M.

1 comment:

  1. oh, bestnya citer anak2 and anak buah...hg la mak sedara yg best...caring arrr...byk2 kan citer lg tau....love xoxoxoxox...

    ReplyDelete