ini adalah gmbr cik kiah semasa darjah 3. cikgu suruh buat anak patung guna telur dan bahan terbuang. kat dpn tu mak cik kiah. dia tgh penin pala nak ikut karenah anak dia yg sorang ni. patutnya ada sekeping lagi...cik kiah tgh nangis. sbb kakak cik kiah suka menyakat. tiap kali telur tu pecah...adik dia akan menangis.
umur 9 tahun...rambut panjang pi sekolah. tiap2 pagi mak cik kiah akan buat tocang. berkilat rambut sbb dia suka buh minyak rambut yg india tu. apa tah namanya. minyak lenga kot. yg bau 'harum' tu. tp lepas tu rambut tu terpaksa potong sbb terjangkit kutu. budak2 sekolah kat kampung dulu2...biasa laa bab2 kutu ni...
ini adalah gambar masa darjah 6. cikgu tu nama cikgu zanariah. mcmana ingat?? sbb ada tulis kat blkg gambar. hahahhahah...cik kiah kan payah sikit bab2 nak ingat nama org ni. kawan2 dlm gambar tu...tak ingat sgt dah nama depa..ingat laaa 2 3 org mcm tu. tp yg paling2 ingat sekali ialah yg lelaki sebelah cikgu tu. namanya amir. orgnya baik, bersopan santun. suka main dgn kawn2 pompuan ni. penah tu...dia tawarkan diri nak main netball dgn kami yg pompuan2 ni. hahahhahahah. pdhal masa tu geng lelaki tgh main bola sepak. sbr saja laaaa...amir ni minat melukis. selalu kami berdua2 lawan2 lukis nak tgk siapa yg cikgu ambik pamer kat belakang kelas. bangga laa kalau dipamerkan. amir...sekarang ni dah jd doktor kat hospital kat kampung ni. masa cik kiah ngandung kat zulaikha..pernah laa pi jumpa dia kat hospital. kagum laaa bila tgk ada gak kawan jd doktor. berjaya. yg pompuan sebelah cikgu tu...kalau tak silap cik kiah...namanya norizan. adik ipar kepada tok mudim kat yan. hahahhahahahah...katanya dulu dia belajar law. dah jd lawyer laaa kot gamaknya. tak tau sgt cik kiah pasal org lain tu. sbb masing2 dah tak pernah nampak dah kat kampung. kalau nampak pun rasanya tak kenal dah kot.
ni dah sekolah menengah dah masa ni...ni gambar amir dgn haris. budak2 pandai kat sekolah menengah yan masa tu. haris tu katanya sambung belajar kat oversea. bidang kejuruteraan. cik kiah kagum dgn depa 2 ni. tak belagak walaupun pandai. masa ni depa mai raya kat rumah cik kiah. mak pak cik kiah berkenan laa cik kiah berkawan dgn depa 2 ni sbb sorang tu anak tok bilal kat kampung. sorang lg anak kawan mak cik kiah kat kampung asal mak cik kiah. tgk2 jd kawan2 anak dia. syok laa dia. kisahnya...masa kat sekolah menengah yan...kami belajar sama2 lepas tu ambik SRP. masing2 dpt result yg agak bagus. cik kiah sambung belajar kat sekolah teknik alor setar, haris sambung bljr kat MRSM mana tah...tp amir...tak nak pi mana2 pun. dia nak belajar gak sekolah menengah yan jugak. dok kat kelas sains. cik kiah kagum...sbb walaupun dia belajar kat kampung saja...tp berjaya juga jd doktor. pengajarannya...tak semestinya kita sekolah yg glamer...tu akan berhasil menjadi seorang yg berjaya. kagum dgn amir.
No comments:
Post a Comment