terlintas nak menaip pasai kerusi baby dlm kereta. kisahnya anak cik kiah si zulaikha...mmg agak lasak. dia tak akan dok senyap sesaje dlm kereta time cik kiah drive. jenuh. suka buat adegan terkejut2 buka pintu kereta. masa kakak cik kiah duduk serumah dgn cik kiah...kami dah tak letak kerusi baby lagi dah kat zulaikha. kakak cik kiah akan pegang dia. penah jd sekali tu dia jatuh dlm keta. berdarah kepala. cuti kecemasan kami hari tu. bawa dia pi klinik. sbb berdarah byk. tp doktor kata ok. tak ada apa2. abg dia masa setahun lebih dah tak duduk atas kerusi baby dah. abg dia tak lasak mcm dia. tp zulaikha skrg ni...dah dekat 3 tahun...cik kiah tetap letak dia kat kerusi baby. sbb tu laa..tak sempat nak larang. dia suka buat aktiviti mcm2. kakak cik kiah marah...dia kata anak sepatutnya makin besar dah tak yah laa letak kat kerusi tu lg. kan dah dekat umur 3 tahun dah. bln 7 ni dia genap laa 3 tahun. tp cik kiah tetap seriau gak nak biar dia tanpa kerusi tu. kalau kat kerusi tu dia senyap je. tak buas. ok je. bleh gak main. tp bersopan sikit laa. dia pun tak bising suruh buka ke apa. nak tgk gmbr kerusi dia?
kerusi ni beli utk abg dia masa baby dulu. sampai skrg ni dok guna lagi. cik kiah rasa...budak bawah 5 tahun patutnya letak lagi kat kerusi ni. khas utk budak2 yg lasak dan buas mcm zulaikha. spesis yg tak bleh dok senyap. dlm lubang aircond tu mcm2 dia letak. masa pi servis...tu dia...mcm2 benda org tu bawa keluar. sbr saja laaa...rasanya kat oversea pun ada peraturan suruh letak anak kat kerusi mcm ni. bahaya. zulaikha kalau tak dok atas kerusi ni...dia suka dok kat betul2 dgn gear. kaki terjulur pi kat gear. selalu kena marah dah. aktiviti bergayut tu biasa laaa...abg lain...bersopan sikit.
oooo...bagus post ni!
ReplyDeletehang pun kena ada gak kerusi ni...
ReplyDelete