kesian pun ada tgk...tp tgk je laaa. tak dpt nak tlg.
Thursday, 21 April 2011
jaga exam...
ptg semlm cik kiah jaga exam kat jp. jaga exam time ptg...panas gila rasa. nasib baik bilik tu ada aircond. kawan cik kiah kat bilik sblh tak ada aircond...jenuh. peluh meleleh2. dia kata kesian tgk student. yg lelaki jenuh lap peluh. bilik panas. kena pakai tali leher.. last2 ambik tali leher lap peluh. cik kiah tgk muka kawan tu pun dah merah2. maklumlaa dia putih. nampak sgt laa kalau menahan panas. merah. hahhahahhaha. tgk budak2 jwb exam teringat masa exam kat U dulu. cik kiah penah gak sekali nyaris nak kena tuduh meniru. kisahnya...masa tu..exam kat dewan. kertas apa tak ingat dah. sblm tu punya laa study..jenis hafal2 ni. sekali bila masuk dewan...org bg kertas jawapan dan soalan kan...dpt2 je terus tulis apa yg dok hafal tu. pdhal exam tak start lg pun. kebetulan pulak cik kiah dok baris dpn skali...apa lg..tertangkap laaa. pengawas kata cik kiah buat cubaan meniru. pdhal tak meniru pun. puas kena yakinkan dia. nasib baik terlepas. tak kena tindakan apa2. kalau betul2 nak meniru tu tak berani laa cik kiah. bahaya. boleh kantoi..menjejaskan masa dpn. tp student zaman skrg ni ada yg tak fikir panjang...sanggup bawa masuk toyol...tiru. masa cik kiah jaga semalam tu..tak ada laa kes nak meniru. tp kes nak ke toilet tu ada laaa..kebetulan pegawai exam mai melawat. dia suruh cik kiah ikut student tu pi toilet. 2 kali tu. sbr saja laa. dah laa lama. busuk pulak tu toilet tu. geram je. jd babu jaga toilet dah. hahahhahahha. paper semalam tu pengurusan perniagaan...soalan sepenuhnya dlm BI. ada gak budak tanya istilah...mana laa cik kiah dpt tolong..bkn bidang. agaknya soalan susah kot. sampai ada yg terlena kat meja...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment