Monday, 11 April 2011

siapa...

cik kiah teringin nak cerita pasal siapa yg buat kerja dan siapa yg tak buat kerja. cik kiah mengaku laa kdg2 cik kiah ada jugak hilang2..lepak kat tempat lain atau keluar uruskan hal lain selain dr hal kerja pada waktu bekerja. kisahnya...one day ada sorang kawan cik kiah bertanya kat cik kiah...ayat dia...wei...kenapa ha aku selalu nampak minah tu kat bandar perda dlm pukul 3.30 ptg time ofis? dia dok pi mana. selalu gak aku nampak. ermmm...cik kiah senyap je. mls nak komen. sbb cik kiah pun bkn laa sempurna pun. kerap gak hilang2 ni. kdg2 nu haaa pi soping brg2 dapur. kdg2 pi beli susu anak. kdg2 pukul 4 cik kiah pi kedai rufaqa beli brg dapur siap2 sbb pukul 5 tu nak terus ambik anak dan balik rumah. kalau boleh tak nak singgah mana2 dah. apa yg cik kiah nak ckp kat sini adalah...kdg2 kita tgk org tu tak pernah pun di pasang jerat utk tgk dia hilang ke mana...tak ada pun org tanya2 dia pi mana...tak ada pun 'org atas' berminat nak pantau dia pi mana kat luar buat apa kat luar pada waktu ofis. sbb...mcm2 sbb laaa. mungkin sbb org tu 'kebal' mungkin sbb org tu ada 'ilmu' tutup mata org lain atau sbgnya. tp kan..kena ingat satu je...Tuhan nampak apa yg kita buat. kalau kita asyik pandang kat kesalahan org lain...sbb org tu kita tak suka...tp kat org yg kita suka...kita baik...kita tak kisah sgt pun apa yg dia buat...agak susah juga laa kan. cik kiah kata ni sbb...time cik kiah hilang2 tu cik kiah pernah gak beberapa kali terserempak dgn org lain yg buat aktiviti yg sama. kdg2 kita tgk isteri dia kat ofis punya laa baik buat kerja...tp suami dia dok melilau kat tempat soping. kdg2 kita tgk si suami dok tunggu dah dlm keta nak jemput bini pi mana2...tp peliknya tak pernah pun org pertikaikan. sbb apa? sbb org malas nak jaga tepi kain org lain. hg buat hg tanggung laaa..tak kuasa nak masuk campur. itu sifat sesetgh org je. tp ada jugak org yg tgk..dan akan bawa cerita apa yg dia nampak tu...cerita kat org lain. bg puas hati. moralnya apa?? mungkin sbb tu laaa kot cik kiah tak dpt 44. hahahahahha. sbb asik hilang je...dan bukan jenis yg sikit2 hal lapor kat org atasan..bg org nampak cik kiah ni bagus...org tu tak bagus. adeh!! pedasnya ayat. hahahhahaha.

No comments:

Post a Comment