dah byk hari tak update blog ni. jumaat tu kan tak leh update. tak menariknya jd. tak ada mood. ptg jumaat tu cik kiah balik kampung. menariknya kat kampung cik kiah dpt tolong kakak2 cik kiah meniaga kat kampung. kan depa br buka gerai makan yg kecik comei tu. kaler hijau. bukan hijau pas. hahahhahahha. hijau lumut. kami jual dr pagi sampai ptg. pagi2 jual nasi lemak dgn pelbagai kuah..ada sambal kerang, sambal sotong..mcm2 lagi. lepas tu masak pulak lauk utk tghari. lepas tu masak pulak mee rebus dgn laksa. mmg penat. tp rasa puas bila tgk org suka mkn. tak laa dpt byk sgt..sbb gerai pun kecik lg. kami pun tak laa handal2 sgt memasak. boleh laaa utk isi masa lapang. drpd dok lena sesaja ptg2...atau pun dok asyik tgk cerita indon atau filipina...ok gak buka gerai mkn. dpt gak duit sampingan. cik kiah cuma balik tlg buat gulai ikan. kami cuma buat gulai ikan temenung (kembung) saja. tak berani lg nak jual gulai kepala ikan yg mahal2. tp kami guna rempah sendiri. takde nya guna rempah serbuk babas ke apa ke. buat sendiri lg senang. nak resepi rempah? ermmm..ini je laa yg cik kiah pandai buat pun. hahahhahahha
resepi utk satu adunan 4 atau 5 ekor ikan temenung saja.
1 sudu besar rempah biji
1 sudu kecik jintan yg kecik tu (masalahnya cik kiah tak kenal jintan...tau kecik besar je...hahhaha)
secubit jintan besar
10 tangkai cili kering
10 biji lada hitam
bawang merah 4 ulas
bawang putih 1 ulas
semua ni ( tolak bawang2 tu je) rendam dalam air panas atau masak sat kat atas api..bagi panas. lembut sikit cili kering tu
lepas tu blend rempah2 dan bawang. nak blend tu kena letak air dan minyak sikit. mesin sampai betul2 hancur..lumat.
perah 3 genggam kelapa dgn segengam asam jawa (gengaman ni jgn laaa gengaman yg besar sgt. yg biasa2 dah laa)...bg dpt 1 mangkuk kecik santan pekat dan 1 mangkuk santan cair. cik kiah tak guna santan byk sgt. tak mau lemak2 sgt. tak minat.
hiris nipis2 2 ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih campur halba campur dan daun kari. tumis...dah wangi buh laa rempah yg dah dimesin tu..campur dgn santan pekat. biar atas dapur dgn api slow sampai kering dan keluar minyak. dah keluar minyak tu...masukkan santan cair...kalau nak lebih kuah..tambah je air. dah mendidih tu masukkan rampai iklan..hhahahhaha..masuk laa bendi ke..terung ke...dgn ikan.. selalu kalau buat kat rumah kami masukkan ikan dulu sebelum masukkan kuah. bg ikan tu serap rasa rempah tu...br laa buh kuah. tp kalau utk jual..masukkan ikan kemudian...supaya isi ikan tu tak rosak...maksudnya rupa ikan tu dok maintain menarik laaa. hahhahahhaha. ermmm...dah siap gulai. jgn lupa buh garam dgn serbuk kunyit sikit. tu laa resepi gulai yg diajar oleh mak cik kiah. sempoi je...tak yah guna lesung batu pun. tp pastikan rempah2 tu yg segar. br laa wangi. family cik kiah dah lama tak guna rempah serbuk peket tu..bapa cik kiah cerewet. dulu2 kami kena giling lagi tu rempah2 tu...sbb dia cerewet. dia dpt kesan kalau guna rempah serbuk. leceh betul. tp hasilnya...anak2 dia dpt buat gulai asli. :)
No comments:
Post a Comment