Monday 27 June 2011

kisah ketum

Menjual Daun Ketum Sama Seperti Mengedar Dadah

JITRA, 12 Jan (Bernama) -- Kerajaan telahpun menyerahkan kertas cadangan kepada Pejabat Peguam Negara bagi meminda akta agar daun ketum disenaraikan sebagai dadah berbahaya dan kesalahan menjual daun ketum ataupun airnya sama seperti mengedar dadah.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Mohd Johari Baharom berkata selama ini kesalahan berkaitan daun ketum diletakkan di bawah akta racun yang memperuntukkan hukuman ringan.

"Kerajaan bersedia meminda akta yang sedia ada terhadap kesalahan memiliki daun ketum daripada akta racun kepada akta dadah berbahaya," katanya semasa berucap merasmikan program Belia Benci Dadah di Kampung Keda Wang Tepus dekat sini hari ini.

Beliau berkata masyarakat kini bimbang dengan penyalahgunaan bahan yang mempunyai kesan sama dengan dadah seperti menghidu gam dan meminum air daun ketum di kalangan remaja serta belia.

Mohd Johari berkata air rebusan daun ketum boleh menjejaskan sistem saraf pusat manusia dan berupaya menjadikan seseorang itu ketagih kerana mengandungi "mitraginin" yang tahap ketagihannya sama dengan morfin.

"Ini bermakna nanti, kerajaan bakal menguatkuasa undang-undang meminum air daun ketum sama seperti penyalahgunaan dadah dan menjual air daun ketum sama seperti mengedar dadah," katanya lagi.

Pokok ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagih kerana kandungan mitragininnya.

Mitraginin disenaraikan dalam Jadual Ketiga Racun Ordinan Racun 1952 Peraturan-peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989, dengan itu pokok ketum diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.

Sebelum ini, daun ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, selain rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan merawat sakit belakang.

Bagaimanapun air rebusan daun ketum disalahgunakan dan dijual secara meluas kepada pengguna biasa terutama di kalangan remaja.

Pokok ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom), ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand.

Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom manakala di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom dan nama botaninya Mitragyna speciosa korth.

-- BERNAMA
ye ke...Menjual Daun Ketum Sama Seperti Mengedar Dadah? sbb cik kiah tgk ada sorang tu kat kampung cik kiah...dgn selamba badaknya menjual air daum ketum kat rumah. mamat ni kerja kilang. tp part time dia dok jual air daun ketum. siap rebus dlm periuk besar lagi kat rumah. kdg2 siap pack dan bawa jual kat kilang. selalu gak pelanggan2 dia dtg kat rumah beli dan minum kat rumah dia. katanya satu gelas rm5. cik kiah tak berani laa nak masuk campur urusan dia jual brp rm pun. tp yg menyakitkan mata tu...tak kira mlm atau siang selalu je nampak org mai beli kat rumah. lepak2 dpn rumah dia sambil minum air ketum. tah laa pakcik polis kat yan tu perihatin dgn benda ni atau tak. atau pun kot2 pakcik polis pun suka minum gak kot air ketum. katanya air ketum ni boleh menyebabkan ketagihan. boleh jd menggeletar badan kalau tak dpt minum bg org2 yg dah terbiasa tiap2 hari minum air ketum. sbb tu laa cik kiah ada cerita pasal kerja halal atau kerja haram hari tu kan...kalau jual air ketum..kategori halal ke haram? sbb dia tak laa mcm dadah yg boleh menyebabkan kematian. tp ketum ni boleh gak menghayalkan. apa tindakan yg patut cik kiah buat? nak tgk saja? nak biar pi saja..atau nak lapor polis? kalau lapor polis...apa yg akan jd? agak2 apa? ermm...fikir2 pulak..tak elok gak menyekat rezeki org. tp halal ke rezeki yg mcm tu??

No comments:

Post a Comment