cik kiah dpt email ni td. masukkan sikit petikan kenyataan media tu. bagus betul pendapat pada item 3 sampai habis tu. mmg laa bagus utk menjaga keharmonian bersama. tak elok mengganggu ketenteraman org lain. ermmm...tp...ok..ok...baca dulu keratan kenyataan media ni...
KENYATAAN MEDIA BERKAITAN ISU MEMBACA AL QURAN
SEBELUM WAKTU SUBUH DENGAN MENGGUNAKAN PEMBESAR SUARA3. Islam mensyariatkan untuk tidak mengangkat suara dengan kuat kecuali azan
dan beberapa rutin ibadah lain seperti khutbah dan sebagainya. Adapun
selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga
mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi Muhammad
SAW. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain wajib dipelihara
melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.
4.
memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin
membacanya sendiri atau ingin membacanya pada waktu lain atau mereka
sedang sakit atau ada anak kecil yang sedang tidur atau mereka tidak
difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan Islam dan lain-lain.
Walaupun bacaan Al-Quran dan zikir amatlah baik, namun kita tidak boleh5.
mengganggu mereka yang lain yang sedang beribadah atau menyakitkan
orang lain. Jika mereka yang sedang berada di dalam masjid yang memang
bersedia untuk beribadah pun tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan
sehingga mengganggu konsentrasi atau tumpuan terhadap solat mereka,
mana mungkin untuk menguatkan suara bacaan melalui pembesar sehingga
mengganggu mereka yang sedang berada di luar masjid.
Rasulullah S.A.W melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga6.
pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana hanyalah bagi
mereka yang berada di dalam masjid sahaja, bagaimana jika Rasulullah dan
para sahabat serta para ulamak dahulu melihat keadaan pembesar suara
pada zaman kita ini, dengan itu memang wajar arahan meminta dielakkan
bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu
Larangan ini adalah keputusan yang berlaku pada zaman yang belum ada4 |
P a g eorang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik
semata, tetapi itu arahan Nabi Muhammad SAW dan juga menjaga Islam
yang harmoni.
ermm..cik kiah cuma nak cerita pasal kawasan perumahan cik kiah pulak. di alma. kan kawasan cina ramai..ramai sgt2 dgn cina. kiri kana dpn blkg semua cina..apek dan nyonya. tiap2 kali sampai bulan 7...kami akan terseksa nak tidur mlm sbb...masa bulan 7 tu adalah bulan menghalau hantu. so..apek2 dan nyonya2 tu akan adakan beberapa port kat dalam kawasan perumahan tu sbg tempat beribadat siap dgn tempat memainkan opera cina dan konsert khas utk halau hantu. konsert tu akan bermula dalam pukul 8.30 mlm...tiap2 mlm...sampai laa pukul 12 tgh mlm. kdg2 ada 3 port dlm satu kawasan taman. jenuh dgr. sound tu sehabis kuat dah. tak faham benda apa pun. kalau opera cina ok lagi..tak laa kuat sgt. kalau konsert tu. mak ai! mmg kuat. siap dgr org tepuk tgn. benda tu bkn betul2 kat dpn rumah pun..jauh..tp dgr kuat betul. sampai laa pukul 12 mlm. lepas tu br laa boleh lena dgn aman. penghujung bulan halau hantu selalunya akan ada upacara main mercun. bawa kereta berhias..lalu kat kawasan taman. tak salah selagi tak ganggu ketenteraman awam. tp kalau boleh masa buat konsert tu..cari laa tempat yg tertutup. stadium batu kawan ke...dewan apa2 ke..kan ada byk dewan. tak yah laa dok nyanyi kuat2 mengganggu org lain nak tidur. org yg ada anak2 kecik mcm anak2 cik kiah. payah gak. tp lama2 tak terlayan. lena jugak. buat pekak saja laa. boleh pun lena. so..kalau org melayu mcm cik kiah ni boleh je buat pekak dgr bunyi bising konsert halau hantu kat kawasan perumahan..rasanya tak ada masalah apa pun kalau org lain bertahan telinga dgr bunyi ayat2 quran pagi2 tu. bknnya lama pun. semua tu alasan saja tu. sorry laa kalau apa yg cik kiah type ni menyinggung mana2 pihak.
No comments:
Post a Comment