10. Doa Menghalang Anak BergaduhSoalan:
Saya ingin tahu adakah ayat-ayat Al-Quran yang boleh dijadikan doa untuk menghalang anak-anak dari bergaduh sesama mereka?

Asri, KK
Jawapan:
Tentang ayat al Quran yang boleh menghalang anak anak dari bergaduh, anda boleh membaca surah al Fatihah dan selawat. Ini diikuti dengan bacaan surah al Insyirah sebanyak 7 kali kemudian bacakan ayat 200 dari surah ali-Imran serta doa berikut " Allahumma allif baina qulubihim wa ashlih zata bainihim ". Selepas itu dihembus ke dalam air untuk diberi minum kepada anak anak. Boleh juga dibaca dan dihembus ke ubun-ubun anak anda pada setiap malam.

11. Mengawal Tingkahlaku Anak-anak
Soalan:
Bagaimana untuk mengawal tingkahlaku anak-anak yang berumur antara 3-5 yang sentiasa dengan kenakalan mereka. Adakah ayat-ayat tertentu yang dapat dibaca untuk melembutkan hati mereka? Adakah zikir atas salah satu nama-nama Allah boleh membantu?

Hamba Allah, KL
Jawapan:
Anda boleh membaca doa berikut untuk ditiup ke dalam air atau dihembus ke ubun anak-anak anda iaitu "Allahumma Allif Baina Qulubihim Wa Ashlih Zata Bainihim Waj-Alhum Zuriatan Soliha". Sebelum itu bacakan dulu surah Al-Fatihah dan tujuh kali surah Al Insyirah. Amalkan selalu insyaallah anak anda akan mudah mengikut kata.

Terdapat banyak zikir-zikir yang diamalkan pada hari ini. Zikir yang terbaik ialah seperti yang diamalkan oleh Rasullullah SAW dan sahabat-sahabatnya. Menyebut nama-nama Allah yang mengandungi maksud pengasih dan penyayang seperti Ya-Rahman, Ya-Rahhim, Ya-Hannan, Ya-Mannan boleh membantu melembutkan hati seseorang jika diamalkan selalu.
No comments:
Post a Comment