Monday, 1 August 2011

good fighter

kisahnya...sebelum pi tindik telinga zulaikha dulu tu..kami pi klinik dulu..check tgk telinga zulaikha. dia tu kan suka dok garu2 telinga..gatal..terutamanya lepas makan udang ke ketam ke. masuk2 je dlm bilik uncle doktor tu..doktor tu tanya..ni kenapa dgn muka dia..comot..ada kesan luka kat pipi. doktor tu ingatkan jd kudis ke apa. dah tu cik kiah ckp laaa..kesan bergaduh tu. doktor tu tgk kat cik kiah...lepas tu tgk kat zulaikha...tanya..good fighter ya? cik kiah pun pelik laa..knp pulak good. dia kata good laa kalau anak2 now a day ni pandai bergaduh..good fighter..because..dia kata skrg ni...kat sekolah byk betul kes buli. so kalau anak you pandai fight..dia akan dpt jaga diri dia. mcm tu pulak.........hahhahahahhaha. cik kiah selama ni ada juga perasaan risau dgn zulaikha yg suka bergaduh dgn budak2 lain. kalau balik sekolah tu..ada je kesan calar2 kat muka. gaduh. dah biasa dah dia tu. kalau tanya dia..kawan2 adik nama apa...dia sebut semua nama kawan2 lelaki..farish danial, farish akmal, hakimi, bunjamin..semua laa nama lelaki. maksudnya dia kawan dgn kawan2 lelaki..yg kasar2 mcm dia laa kan. hahhhahhahah. ganas dia tu. tak mcm abg..abg pulak...sikit2...mak...mak tgk ni..ada org main air..nama dia adik zulaikha. mak...tgk ni adik buat abg. manja ulat taik. ahhahhahahha.
ermmm...lawak bila teringat kisah anak2. kisah kek lawa pulak. kan cik kiah ada bg kek utk birthday zulaikha last week. yg ditampal kat pintu ada lebih kurang 9 nama yg nak sambut birthday hari tu. tp tgk2 hari tu cuma ada satu je kek iaitu kek si zulaikha. apa lagi...kontrol gila laa si abg jaga kek adik dia. tak bg org lain makan. balik sekolah tu...si adik buka cerita dulu. mak...mak..abg teyak kat sekolah. abg tak bg org lain makan kek. cikgu kata..perut abg nak buncit sorang2 makan kek byk2 tak bg kat org. abg teyak laaa. lepas tu cik kiah tanya kat abg...knp abg tak bg kat kawan2 makan? umairah makan tak? abg angguk. lepas tu ckp..abg marah laa kat umairah mkn byk sgt kek adik. lepas tu zulaikha cerita lagi. mak..mak..abgkan dia nak berdiri depan kek. cikgu tak bg. hahhahahahhahah. gelak dah mak depa dgr cerita. rupa2nya mcm2 cerita perihal kek sebiji tu. sbb tak ada kek lain dah. lepas tu abg cerita...hari ni..semua kawan2 nyanyi lagu happy birthday to zulaikha. cik kiah tanya laa...knp tak happy birthday kat org lain sama? depa tak jwb...betul gak..dah kek pun ada sebijik saja...wish kat zulaikha sorang saja laa kan. hhahahhahaha. adeh! mcm2 cerita. tp seronok laa dgr. dah pandai melaporkan dah ni. cerita semua benda kat mak depa. jgn tak tau...skrg ni ada satu lagi lagu yg cik kiah pandai nyanyi...anak2 ajar

dari ulat jadi kepompong
tidur lena dlm kelonsong
tiba masa kelonsong pecah
pung!
jadi rama-rama yg indah
rama-rama terbang merata
hisap madu dikebun bunga
sungguh cantik aneka warna
tp sayang hidup tak lama
pada ALLAH kembali jua.

lagu ni agak bagus..ending dia penuh makna. kalau dgr anak2 kita nyanyi..sikit2 akan terasa jugak dihati.


No comments:

Post a Comment