Tuesday 6 September 2011

nasi kabsa

lamanya tak update blog. sibuk raya sakan. tak jugak..sibuk membesarkan diri. mkn dan makan dan makan lagi. raya pertama tu cik kiah try buat nasi kabsa. sbb tergoda sgt dok baca blog ni..http://miszjanuary.blogspot.com/. dia ada cerita pasal nasi kabsa. katanya sedap sgt. nasi arab. mmg bau arab laa nasi tu. hahhahahah. ni ada org minta resepi nasi kabsa. nak buh kat dlm ni...senang. boleh buat rujukan utk diri sendiri juga nanti kalau nak masak lagi..resepi dpt kat blog org gak ni. masa buat tu jgn lupa tambah halia sikit. dlm ni dia ckp brp byk halia. tp buh laa dlm dua inci halia utk 3 pot beras tu. rempah tu bleh gak guna utk buat benda lain lagi. contohnya kalau nak bakar daging ke ayam ke. sedap gak. cik kiah dah try bakar daging kambing guna rempah kabsa. sedap. tp kena laa tambah bahan lain lagi masa nak perap daging tu. cik kiah ada tambah sikit tomato blend...tomato puree..halia...bawang2. mmg sedap laa rasa daging kambing tu. lazat. ermm..raya kedua tu pulak kami masak dalca...bleh gak tambah sikit rempah kabsa tu dlm rempah dalca. sedap. jd berbau arab laa pulak. hahahahhahah. ini resepi rempah yg cik kiah cedok dr blog org saja tau. tp amat2 sedap.

REMPAH KABSA

Bahan - bahan:1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit

Cara penyediaan:

1. Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.

Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.

** Didalam resepi asal, halia dicampurkan sekali. Saya tidak masukkan halia sebab rempah2 diatas adalah kering dan boleh disimpan lama. Masukkan halia semasa nak msk makanan.



NASI KABSA

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dibelah 2) @ 1 kg daging kambing + tulang
3 pot/cwn beras basmati ~ cuci dan rendam 30 mionit, toskan
4 1/2 pot/cwn @ secukupnya air panas
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar
2 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)
1 sudu besar rempah kabsa
1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya.
1 biji lada bengala merah (red capsicum) ~ dipotong dadu
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong
1/4 cawan kismis
Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)
***Klik pada rempah kabsa untuk resepi

Cara penyediaan:


1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi.
2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar.
3. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula.
4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.
5. Kacau/gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.

Sos:

~ Kisarkan tomato, cili besar hijau, batang ketumbar, gula, garam dan perahan lemon kuning.

cik kiah nak pesan ni...jgn lupa tambah halia..blend.

No comments:

Post a Comment