Wednesday, 12 October 2011

umpan


kan zulaikha demam campak..dekat seminggu gak demam tu. tak ok. lepas tu jumaat lepas cik kiah bawa dia pi klinik munirah yg kat dpn poli ni. sbb badan dia dok panas juga lagi. risau pula. masa kat klinik tu cik kiah dah kena perli dgn doktor tu. puncanya dia tanya ada tak lagi ubat demam kat rumah. cik kiah ckp tak ada. dan tak bagi pun kat dia sbb org tua kata demam campak tak bleh bagi ubat demam. lepas tu dia sound laa..bersyarah sikit pasal ubat. sbr saja laa. seoalah2 cik kiah ni mcm pekak badak sgt tak reti nak bg ubat kat anak...biar saja anak sakit. sbrnya. tp betul gak apa yg dia ckp. cik kiah cuma ikut ckp org katanya tak bleh ubat kalau anak demam campak. bleh jd campak tu tak nak keluar semua. ermmm..apa2 pun zulaikha dah ok skrg ni. gmbr atas tu..ayah dia beli mainan kat dia. set aksesori pompuan. yg ada sekali dgn anting2. cincin. tu si ayah tgh pakaikan anting2 kat anak pompuan dia. sbg umpan tu nak bg dia mkn ubat. payah betul. selalunya ok saja dia mkn ubat. cabaran betul. hari ni dah hantar pi sekolah. menangis gak sikit td. biasa laa. lama tak pi. :). mak dia keletihan ni. rasa nak cari tempat landing saja.

No comments:

Post a Comment