cik kiah berminat tentang topik ni skrg ni. knp ya?? sbb kdg2 org perempuan ni dpt menghidu setiap perubahan suami masing2. cik kiah minta simpang laa kalau boleh tak nak terjadinya kes mcm ni yg melibatkan cik kiah. pernah gak sembang2 dgn suamiku pasai benda ni...so..mcmana nak tau suami curang atau tak..ni ada tips sikit.
1. Menjadi Panas Baran – Jika sebelum ini suami sentiasa berkata dengan lemah lembut tetapi secara tiba-tiba mulai bengis dan sering marah-marah. Malah, isteri dimarahi dengan menjadikan alasan sikap isteri membebel memeningkannya padahal sebelum ini suami tidak bersikap demikian.
2. Tiba-Tiba Menjadi Sibuk - Perubahan ketara suami yang sentiasa bertugas di luar dengan pelbagai alasan. Malah, dalam keadaan tertentu, suami hanya menyatakan dia sibuk menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa mahu bertemu dengan anda.
3. Sering Berahsia - Segalanya tidak mahu dikongsi bersama. Baik hal di pejabat mahupun kisah peribadi. Tambah mencurigakan, suami sering ‘lari’ sebaik menerima khidmat pesanan ringkas (SMS). Bila handphone berbunyi pula, suami menjawab di tempat jauh dan berbisik-bisik.
4. Semakin Bergaya - Penampilan suami yang dulunya biasa-biasa bertukar dengan drastik. Rambut baru, pakaian baru dan siap dengan minyak wangi mengalahkan zaman bujang. Penting bagi isteri menyelidiki suami mereka yang bersikap sedemikian.
5. Menjadi Bertambah Penyayang - Memang pelik. Jika sebelum ini hendak mendapat peluk manja bukan main payah, tetapi sikap suami agak keterlaluan berbanding kebiasaan. Malah, dia juga sering memeranjatkan anda dengan pelbagai hadiah untuk mengaburi mata anda. Berhati-hati.
tp kan..kdg2 tak ada perubahan apa pun boleh jd gak. contohnya kalau si suami dah mmg semulajadi sentiasa berpakaian kemas dan tampan...ha..pompuan tgk mesti 2 3 kali tertoleh laa..si isteri pun rajin siapkan pakaian suami dia bg nampak lawa. tut2 tgk2 suami tu cari org lain pulak kat luar. parah tu. kdg2 kan..yg cik kiah penah tgk laa..si suami ni baik sgt. caring..penyayang gila 'ba' dah kan..kat bini ni punya laa layan baik ni. tgk2 berpotensi nak kawin lain. ada gak tu. dulu tu ada jiran kat kampung laa..baiknya laa hai dgn anak bini. tgk2 skrg ni ada penambahan bini. mcm tu gak..ada sorang lagi tu..sembahyang ni rajin..ckp dgn org ni punya laa lembut..sopan je..dgn bini pun baik gila 'ba' gak. tgk2 buat projek dgn adik angkat sendiri..siap pegnen lagi. dah tu kawin. kan..tak leh nak agak tu. sbb apa tau..agak cik kiah laa..kita yg sedara mara ni pun tgk berkenan sgt..dgn tingkah laku si suami tu..baik, caring..semua cukup laa..ada berwang pulak tu...tambah lagi laa org lain tgk kan. pompuan2 lain..tgk..wah!! ok gak ni kalau aku jd 2nd wife dia. tak mcm tu?? tak leh nak ckp byk..takut nanti terkena kat btg hidung pulak. dah laa btg hidung ni besar..mmg berpotensi ni. nak tepis ke mana...hahhahahhahah.
No comments:
Post a Comment