Monday, 16 January 2012

ice lagi

ingat tak cik kiah pernah cerita pasal aktiviti 'ice' kat kampung cik kiah dulu...http://norkiahs.blogspot.com/2011/09/ice-ice-baby.html. ermm..berita terkini yg cik kiah dpt..jiran yg selalu kawan2 'ice' dia mai lepak kat rumah dah ditangkap oleh polis. masa weekend br ni cik kiah nampak ada kereta pegawai penyiasat mai..bawa dslr..amik gmbr rumah tu. ermm..kisahnya..sbb adegan tangkap tu masa tu cik kiah tak ada kat rumah. so reporter tak bertauliah tu saja yg cerita. hahahahha. katanya polis masuk ikut jln blkg dan terus ketuk pintu dan tangkap tuan punya rumah. lepas tu tuan punya rumah tu dijadikan umpan utk panggil kawan2 dia mai berkumpul kat situ. semua jumlah individu yg ditangkap 9 org. termasuk cina. katanya cina tu laa tokey sebenar. katanya laa. pandai polis. sbb masa proses menahan umpan tu..org sekeliling pun tak sedar ada polis kat dlm rumah tu. tp jauh kat sudut hati ni cik kiah rasa kesian gak kat jiran cik kiah tu. sbb dia orgnya jenis tak kacau org. tak bawa masalah kat org lain sebelum terjebak dgn ice tu. kesian kan. siap anak2 sedara cik kiah ckp ni...kesian kat tokdak..kenapa polis tangkap tokdak. tokdak bkn org jahat. budak2 kan...tgk luaran..personaliti org tu..baik..layan depa bagus...so org tu baik laa...hal ice ke...drug ke apa ke..budak2 tak tau. pengajaran yg cik kiah dpt...usia seseorg tu bkn penentu kalau nak terjebak dgn dadah ni. kesian laa kalau terjebak. kesian kat kehidupan yg masih bersisa lagi..walaupun dah dekat separuh usia dah. kesian kan. insaf seketika. kena sentiasa berhati2 memilih kawan..takut menjerat diri.

No comments:

Post a Comment