Tuesday, 21 February 2012

bunga

 aktiviti hujung minggu baru ni lepas balik dr kenduri. tgk byk bunga kembang kat rumah kakak cik kiah kat kampung. lawa. so....apa lagi...tgk yg ni...selalu je kembang. comei.

 menarikkan. bygkan kalau guna kamera dlsr...yg ada micro lens tu. adeh!! terlelehnya...teringin. tp cer fikir...lens yg dok ada laaa ni pun tak brp nak guna sgt. ada hati nak micro lens pulak. hahahhhahhahah..eeeeeeeeeeeeeeee





yg ni pulak..kakak cik kiah kata yg spesis hutan. ambik kat gunung jerai. nampak tak mcm ada tangkai tu...tu adalah tangkai yg baru je lepas keluarkan bunga. katanya bunga dia kaler putih...kecik2 je. tpkan...kalau yg spesis ori dari hutan ni...bunga dia selalunya ada bau yg istimewa sikit. lain mcm sikit.



ini pun sama jugak..katanya spesis hutan gak ni..dpt kat mana? kat gunung jerai. hari tu lama juga abg ipar cik kiah dok kerja kat gunung jerai. itu yg dpt kumpul orkid spesis hutan tu...termasuklaaa jenis orkid slipper. yg tu laa yg tau nama pun. hahahhahahhaha.


ini pulak ada cina mana tah bagi kat depa. cina tu ada byk orkid kat atas gunung tu. tp kebanyakkannya jenis yg diimport. tak ori datang dr gunung jerai. rasanya sbb dia kesian kot kat kakak cik kiah..yg mmg jenis peminat tegar orkid. hahahhahah..so, dia pun bg laa pokok orkid ni. rasanya kalau beli kat kedai ni..dlm rm18 kot.

 ini pulak sebenarnya nak tunjuk gambar putik bunga orkid februari. tp tak reti laa nak fokus dekat dgn guna N8. tak reti nak bg nampak clear..februari kali ni...orkid februari tak menjadi sgt. tak byk sgt keluar bunga tak mcm selalu. kenapa?? entah laa..merajuk kot. orkid februari ni..specialnya sbb dia ada bau yg wangi. lagi special sbb dia cuma berbunga pada bln februari saja. dan bunga dia akan keluar kat batang yg mcm kat bawah ni. pada bln februari..daunnya tak byk cuma ada bunga saja. cantik dan wangi.





lawa...tp kena ada kesabaran yg tinggi laa utk tunggu dia berbunga setahun sekali sahaja. tp agak berbaloi laa jugak..


bunga ni pulak..suamiku kalut je suruh ambik gmbr. dia kata lawa. lawa ke? tah apa nama tah pokoknya. spesis nenas rasanya ni...
ok...yg last adalah pokok ni...

ini namanya pokok keman malu. alaaaaaaaaaaaaa...yg bila kita sentuh daun tu dia akan tertutup sendiri. mcm malu2 laa. comei gak bunga dia. mak cik kiah kata daun dia tu boleh buat ubat sekiranya anak lelaki kita tiba2 jadi sakit kat anu dia. masa dlm pantang dulu..yusuf pernah laa tiba2 sakit kat anu dia..mak ambik daun ni dan tuam kat anu yusuf. tuam agak2 panas laa...suam2 mcm tu. ada org petua mcm tu kat mak cik kiah. menjadi. lepas tu tak laa menangis sgt dah.

No comments:

Post a Comment