Tuesday, 28 February 2012

homework

tiap2 hari cik kiah akan tolong yusuf buat kerja sekolah dia. tp kdg2 kalau time mak depa ni letih tahap gaban tu..tak dpt laa nak tolong. mlm td yusuf ada 3 kerja sekolah...matematik, bahasa melayu dan english. yg lawaknya tiap2 kali ada kerja sekolah mesti cikgu dia akan garis kat atas suruh budak2 tu tulis hari, tarikh dan subjek apa. mcm laaa budak2 tu reti nak tulis sendiri..contoh..ISNIN 27.2.2012 dan B. MELAYU. jenuh..mak depa tulis dulu kat bawah tu dan yusuf tiru je tulis kat atas. kalau ya...pun biar laa logik kan. ini tiba2 ajar no.complex..bg homework binomial. jd kartun laa kan. budak ternganga nak buat. hahahhahahhaha. tp tak pa. yg mak boleh tolong mak tolong laaa kan..contohnya...mlm td...tgk sikit...

 malas nak rotate gambar tu...tu adalah gambar kaki..yusuf lukis kat sekolah...hahahhaha. lawak tgk...lepas tu kena tulis laa KAKI kat bawah tu
kat bawah ni pulak AKI. yusuf kata aki tu tokwan..so dia pun lukis laa gambar tokwan. tgk...tokwan dia. hahahahahha

sila terbalikkan pemandangan anda...dpt blogger pemalas mcm cik kiah ni..payah gak kan...siap yg tu...keluar pulak buku matematik..yg kotak2 besar tu...tulis number 24, 25, 26, 27, 28, 29 dan 30. byk tu. sampai letih laa mamat tu...mak depa tgk pun letih. hahahahha. mak yg malas sebenarnya. lama betul dok tunggu dia buat...last2 cik kiah kata kat dia..ok...abg nak buat yg mana..mak buat 2 abg buat 5...lepas tu..siap yg tu...mak buat 6 abg buat 2..sampai laaa 30. cik kiah buat separuh. laju sikit. hahhahahah. sampai kat 30..yusuf tanya...mak..mak..knp ada 3 dgn 0 ni. nampak sgt dia tak tau pun apa yg dia tulis tu. itu laaaaaaaaaaaa...bg byk sgt kerja..budak tak kenal pun apa benda. ok ke mcm tu. tentu laa tak ok kan...mak dia pulak kena bgtau..itu laa namanya tiga puluh. ermm..kat poli dok keja mengajar org...kat rumah pun keja mengajar juga. :)

No comments:

Post a Comment