pg tadi ada sorang kawan cik kiah bertanya...bolehkah kita makan kat rumah yg sedang ada kematian. maksudnya jenazah masih lagi ada kat rumah tersebut. ermmm...cik kiah tak tau laa apa hukumnya...tp try laaa cari tgk kat internet. dan dpt ni kat http://www.muis.gov.sg/webpub/warita/warita9-96/panduan.html
5 Adab menziarahi orang mati
a) Dilarang orang-orang yang menziarahi keluarga yang baru ditimpa kematian hadir di tempat rumah tersebut dengan bergurau senda dengan teman-teman yang lain. Perkara ini akan menyinggung perasaan keluarga tersebut. Mereka haruslah mengucapkan takziah kepada keluarga tersebut perkataan: "Semoga Allah menambahkan ganjaran pahala kamu, dan memperbaiki kedudukan kamu serta mengampunkan dosa ahli keluarga kamu yang baru meninggal."
b) Disunatkan bagi orang yang menziarahi kematian agar membaca Surah Yasin seperti yang disebutkan di dalam hadis yang bermaksud "Bacalah ke atas mereka yang sedang menghadapi kematian dengan membaca Surah Yasin." (Riwayat Abu Daud)
c) Digalakkan agar dihulurkan bantuan yang berbentuk wang atau makanan kepada keluarga yang ditimpa kematian khususnya bagi keluarga yang miskin.
d) Makruh bagi orang yang menziarahi rumah yang ada kematian, makan/minum di rumah tersebut kerana ianya menyibukkan lagi ahli keluarga tersebut. Melainkan jika makanan atau minuman tersebut disediakan oleh jiran tetangga bagi keluarga yang ditimpa kematian.
agak pelik laa kalau kita menziarahi kematian...sekali nampak ahli keluarga si mati sibuk menyediakan makanan nak sibuk makan dgn jayanya. pelik. sbb selalunya org tak makan kat tempat yg masih ada jenazah. selalunya yg cik kiah tgk bila dah selesai semua..maksudnya jenazah dah selamat dikebumikan br laaa sedara mara semua makan. itu pun tak laa mcm kenduri. mkn ala kadar saja..apa yg ada saja.
No comments:
Post a Comment