1. suami yg curang - ada pompuan lain selain kita
2. suami yg terlalu sayangkan ibunya - sehingga mengabaikan kita
ermmm...kalau boleh kedua2 tu cik kiah tak nak. tp cik kiah dikira agak bernasib baik sbb kawin dgn suami yg boleh dikira yatim piatu TUA. hahhahahah. memang sedari kawin..parent dia dah tak ada. so..tak ada laa persaingan dgn ibu mertua. hahahah. best!. apa2 pun kononnya cik kiah ni laaa wanita utama di dalam hatinya. ahhahahaha. KUNUN. yo laaaaaaaa tu!!!
sebenarnya walaupun dah tak ada parent tp family dia tetap ada lagi. ada lagi wanita2 lain dalam family dia...yg dah lama muncul dlm hidup dia selain cik kiah. itu pun tetap dikira sbg persaingan juga. kenapa kata persaingan??? sbb lelaki ni kdg2 nampak je gagah perkasa..berhati waja...berani dan payah nak menitiskan airmata. tapi sebenarnya...mereka memerlukan wanita dlm kehidupan mereka utk saling melengkapi. dan ada juga jenis lelaki yg memerlukan pendapat kedua...dari seorg wanita utk perkara2 tertentu. ermmm....apa yg cik kiah merepek ni????
hahhahahahhaha. okies...pasal lelaki dan wanita. selalunya yg menjadi persaingan wanita dalam sesebuah rumahtangga yg aman damai tu...selalunya adalah wanita juga...wanita lain yg muncul sbg pesaing tu boleh jadi sebagai ibu...mama atau mak kepada suami..atau boleh jadi juga sebagai teman wanita...iaitu sbg org ketiga. satunya yg pelik ttg manusia ni adalah kita kdg2 suka meluahkan perasaan dan bercerita ttg masalah kita kpd unsur ketiga..yg bahayanya kalau si lelaki mencari wanita lain utk mencurahkan segala masalah terpendam..dan wanita juga mencari lelaki lain utk menceritakan masalah. ermmm..benda nak jd kan.........kalau hari2 dok meluahkan...hatta kepada ibu sekali pun...lama2 si ibu td dah tentulaaaaaa akan memberikan buah fikiran yg bernas. bernas dihati ibu dan dihati suami...tp tak semestinya bernas dihati isteri. hahhahahahha. well. mcm tu jugak kalau wanita lain yg mendengar luahan hati lelaki yg juga suami org lain...lama kelamaan..akan terdetik dihati malah mungkin terkeluar ayat..kalau kau kawin dgn aku pun tak jd masalah mcm ni. mungkin lagi happy berbanding kau dok kekal dgn isteri kau skrg ni. ermmmmmmmm......itu nasihat pemusnah namanya. hahahhahahha. well!! kesimpulannya...cik kiah minta simpang...tak nak laaaaa berhadapan dgn pilihan2 mcm ni. cukup laaaaa dugaan yg ada skrg ni. alhamdulillah dgn apa yg tuhan kurniaan kan skrg ni. bahagia dgn erti kata cik kiah sendiri yg faham. :)
No comments:
Post a Comment