Thursday, 28 June 2012

langkah penjimatan

inilah salah satu inisiatif cik kiah utk membuat penjimatan dlm perbelanjaan..khususnya belanja duit minyak keta. skrg ni cik kiah dan cik ani pi keja naik keta ni...

objek baru lagi yg telah muncul kat rumah cik kiah mlm td. VIVA. anak2 kata ini kawan exora. tghari td call cik kiah tanya...mak..mak...mak bawa kawan exora ke? kesian exora tinggai sorang2 dia. hahahahhahahahah. adeh! kawan exora laa pulak. depa mcm jakun sikit naik keta ni. siap soal siasat...mak...mak bleh tak nak buka pintu...mak..mak...kat mana nak tekan radio. benda baru. jakun laa sikit jdnya. tp viva ni senang laa nak dibawa kemana2. kecik...comei...cute...dan jimat minyak. itu yg penting. nak parking pun senang. bkn kata exora tu menyusahkan...exora pun sedap dibawa..cumanya mcm tak berbaloi utk kami berdua ulang alik ke tempat keja. berdua saja. keta besar gabak. kalau nak jalan2 balik kampung ke sedap laa exora. selesa. anak2 lagi...nak baring ke apa...senang. lagi laaa nak berlaku penambahan ahli keluarga ni. ish! mcmana laa rupa yg ke 3 ni. hahhahahaha. mcm yusuf ke...atau mcm zulaikha...mcm cik kiah ke...atau mcm cik suamiku. hahahhahahah. jgn2 mcm zulaikha yg ckp je tak boleh belenti. asyik ckp je. tak boleh belenti. hahahhahahah. pot pet....cik kiah kata mcm bertih jagung. ayah dia kata mcm bunyi tayar pancit. hahahhahaha. tau dak bunyi tayar pancit kalau kita gagah gak bawa...wlpun pancit. gedebek...gedebek...kalau laju kita drive...makin kuat bunyi gedebek tu. hahahahahha.

galak gatai..

ini la namanya galak gatai. kan cik kiah jd ajk penyambut tetamu. patutnya ada laa dpt mkn free..tp mlsnya laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sgt nak pi mkn. sbb mata tak larat buka dah tghari td. sbb apa ye tak larat buka?? hahahhahaha. sbb awal pg td teman suamiku tgk bola. SPAIN MENANG. hhahahhahaha. pdhal bkn minat sgt pun. cuma nak tunjuk mcm ada laaaaa benda yg kita ni boleh kongsi2 minat dgn suami. penipu kan?? hahahhahah. padahal tak minat sgt pun.
ok laaaaa..now...rasa lapar sgt dan terpaksa laa mencari makanan sendiri. adeh..makan je roti azan ni...

kalau kat kampung pada zaman sekolah dulu2 tu...roti mcm ni dipanggil roti azan. roti azan tu dlmnya ada inti planta dan gula. ish!! sedap gak. mungkin pengeluar dia nama azan kot masa tu..itu kisah dulu2. jd laaaa utk penahan lapar seketika. utk org yg pemalas cari makanan mcm cik kiah ni.
ok...apa nak cerita ni...apa ye...tak ada cerita

Wednesday, 27 June 2012

hai...

 ini laa rupa saya...kurus dan sentiasa bertaik mata. hahahhahahha. tak reti laa nak buang sendiri.


abg kalau pegang kucing ni ok lagi. kita tgk pulak rupa adik pegang kucing ni...ganas betul...
 tgk...dia buat mcm apa saja. tp sebenarnya dia amat2 syg kat kucing tu. siap bg mandi lagi..kalau kita kata kotor laa adik kaki dia lepas kencing tu...ni siap ambik bawa pi toilet..cuci kaki. lawak betul. hahahhahahah. tp cara dia tunjuk sayang tu agak ganas. terjerit2 kucing tu. mcm kena dera. ahhahahahhah. bkn setakat kucing terjerit2...dgn mak depa pun terjerit2 sekali tgk.


mengantuknya

hari ni rasa mengantuk sgt. rasa mcm nak pi cari tmpt landing saja. knp mengantuk lagi..pdhal mlm td tidur dgn jayanya? hahhahahha. sbb...7.30 pg td..cik kiah mkn dgn jayanya sekeping roti canai kosong + sekeping roti canai telur yg letak bawang dan cili padi... + sebungkus nasi lemak 70sen. hebat tak? mkn dgn jayanya. so now...mengantuk laa jdnya. hahahhahahah.

Tuesday, 26 June 2012

motor besar


minah ketot dan motor besar. hahhahahahha. selalu kalau nampak motor besar kat jln...excited. sekali bila ada yg besar dpn mata suruh naik...minah ketot tu je yg berani naik. abg tak mau naik. hahahahhahahah.  motor mainan saja tu. ada kat tesco alma. tak bleh ajar sgt anak2 naik benda ni. miskin makpak. hahhahahah.

hari ni

ok...hari ni cik kiah jd penyambut tetamu utk majlis perasmian ROBOT SOCCER 6TH FIRA MALAYSIA CUP 2012. wah! boring gila. ha amik ko. ayaaaaaaaat! hahahhahahhahah. sesapa yg nak tgk robot soccer ni boleh laaaaa mai kat poli...bendanya sampai 29 jun ni.

abg syg mak


hari ni nak cerita pasai yusuf. dia mmg terang2an selalu ckp abg syg mak. abg anak mak. mmg terlalu suka sgt menempek kat tepi mak. peluk mak, cium mak dia. nak tido pun kat sblh mak. kdg2 saja usik dia...kata ketiak mak busuk...tp abg suka gak tido tepi mak. dia mmg jenis manja sgt...romantik. sikit2 nak peluk nak cium. skrg ni kalau cik kiah pi hantar dia ke sekolah...mesti nak peluk nak cium dulu. hahahhahah. manja gila. mungkin sbb lama jugak dia menyusu badan dulu. berkepit dgn mak saja. banding dia dgn zulaikha...amat2 berbeza.
tp mlm td mmg terharu gila cik kiah tgk...tak sangka betul sebegitu sekali dia sayang kat mak dia. hahhahahahha. menitik gak laa air mata. tp buat2 senyap saja laaaaa. kisahnya...balik keja ptg semalam...cik kiah letih sgt. dah tu naik atas mandi...landing2 atas tilam..buka aircon. tp tak terasa sgt sejuk aircond tu. tiba2 dia masuk kat dlm bilik. biasa laaa mai peluk2...cium2. baring2 sekali. masa tu bilik dah gelap sikit laaaa. dah tak terasa sejuk aircon tu..cik kiah pun ckp kat dia..abg bleh tak tolong mak ambik sat remote aircon tu..dia pun bgn. remote tu tergantung kat dinding kat tepi pintu. yusuf pun ambik bangku kecik yg utk meja solek tu..terus nak panjat. BOOM! terjatuh. bercalar kaki dia. terus dia terjerit...menangis. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....abg tak boleh nak ambik kat mak. menangis ni mcm sedih sgt sbb tak dpt tunaikan permintaan mak dia ambik remote tu. sbr saja la. kaki dah tercalar. rasa bersalahnya mak dia arahkan mcm2 kat anak. ermmm..sampai mcm tu sekali dia nak tunaikan permintaan mak dia. lepas tu cik kiah pujuk2...peluk2 dia...ckp tak pa laa nanti mak ambik sendiri. dia nangis la. pujuk2 peluk2 lena sama2. tersentuhnya hati mak dia. :(

Monday, 25 June 2012

yg br lagi kat rumah

kat rumah cik kiah skrg ada muncul objek br..objek ke? tak...sebenarnya...ini haaaaaaaa...
 anak kucing..kaler oren. kisahnya anak kucing ni ada adik beradik dia lagi kat rumah mak cik kiah. tp malangnya depa 4 beradik di tinggalkan oleh mak depa mcm tu. dah laaaaaaa kecik lagi. kesian betul tgk. si pencinta haiwan 2 ketul tu excited betul dgn kucing ni. tu yg telah dibawa balik ke alma sekor. sekor je. kucing kampung je ni. ini adegan kucing ni tertidur kat atas sofa. hhahahhahahahha...mula2 ok lagi...tgk yg last...





dah tangkap lentok gila babas dah. dah tak nampak kepala dah. hahahahhahaha.

tenggelam timbul

asyik tenggelam timbul je kan. tak brp ok. jumaat tu mc. demam. sabtu pun terkelepek lagi. ahad semalam dah bgn dah..dan berjaya sampai ke rumah kenduri kat tg piandang. zulaikha dan yusuf biasa laaaaaaa happy gila babang kalau dpt balik rumah paksu depa. sbr saja laaa kan. kalau kat rumah paksu depa byk laaa aktiviti luaran yg kotor2...jenuh nak jerit kalau tgk. main dgn itik. tangkap ikan. tangkap belut. mcm2 laa. rimas betul tgk. tp nak buat mcmana...tgk saja laa. ni ada gmbr depa...zulaikha kalau dpt hp...ini laa hasilnya...






ni gmbr pemandangan kat pasar malam kat sg acheh. beli satay kat situ. sedap. lain kali boleh beli lagi. semua gmbr ni anak2 yg ambik. mak depa dok depan tak tau menda pun. hahahhahahahah.

Wednesday, 20 June 2012

yg menarik

td jalan2 tgk cadar utk katil baby. hahhahahha. tp terjumpa ini...


dgn ini...ganasnya!! hahahhahahahhaha.


kain selimut je tu. hahhahahahahah.

not in the mood

tak ada menda nak bercerita 2 3 menjak ni... :(

Monday, 11 June 2012

pengantin baru bg ni...

wah!! sungguh cute!!

tak ada cerita

kalau dah tak ada cerita tp nak cerita jugak..mungkin akan terkeluar pulak cerita rekaan semata2. hahahhahaha. betul tak? kdg2 ada jugak org akan terlajak bersembang dan terkeluar cerita rekaan. menipu namanya. kalau kakak2 cik kiah..depa selalu kata org jenis mcm tu kaki bom. dan mula bom saja...jenuh dgr laa kan. meletup sana sini. hahhahahahah. apahal pulak tetiba boleh bercerita pasal kaki bom ni kan. hahahhahah. ok laa..
cik kiah agak bz last week. saja buat2 bz. weeeeeeeek! nak muntah rasa. buat2 bz konon. last week cik kiah buat kerahan tenaga utk suamiku. minta dia buat paip saliran kat rumah. bygkan dah 4 tahun duduk kat rumah tu..paip tu dok ropa mcm tu jugak. sbbnya paip tu tak kacau org pun. sakit mata tgk. itu je masalahnya. mai tgk paip apa yg cik kiah maksudkan...


sepatutnya paip saliran tu rapat dgn tiang tu. tp agaknya dia silap ukur...so jd laa renggang mcm tu. tp tu tak leh kata apa. siap marah2 lagi ni kalau cik kiah tunggu tgk tepitu. menyibuk dia kata. hahahhahah. so..lantak laaa nak jd apa pun kan. renggang ke apa..tp agak kemas laa jugak hasil kerja dia. tu yg bini dia senyap saja laa tgk dr jauh. :)
projek akan dtg pulak kononnya nak letak simen pula kat ruang tanah sekangkang kera kat bawah tu. sbbnya...nanti akan ada pulak objek br datang ke rumah. waaaaaaaaaaaah!! asyik objek baru je kan. byk betul 'pitih' 2 3 menjak ni. ruang depan tu akan dikemaskinikan..mana2 pokok bunga yg tak menarik tu akan dibakul sampahkan. semak mata memandang. biar tinggal onglai saja pun takpa. kurang2 onglai ni ada gak hasilnya..buah..boleh buat jus...boleh buat gulai onglai...boleh buat pajeri onglai...buat gulai dgn ketam...sedap tu...meleleh...knp terbayang2 pulak gulai lemak ketam dgn onglai ni...adeh!

Wednesday, 6 June 2012

male or female??

male or female?

kalau kita ke restroom..kalau ada sign ni...tau tak yg mana satu male..yg mana satu female? selalu yg kita jumpa sign ini je...


knp ckp pasai male or female...sbbnya 2 3 menjak ni selalu org tegur cik kiah. katanya nampak makin berseri2..agaknya nak dpt baby girl kot kali ni. cik kiah dah ada sepasang..yusuf dan zulaikha. so..yg ketiga ni..tak kisah laa lelaki ke perempuan. tp bila org pakat dok teka mcm baby girl...hati ni terdetik gak perasaan ingin tahu. hahhahahahhaha. jahatkan. agak2nya boy ke girl?? corak pemakanan kali ni sama je mcm ngandungkan yusuf dulu tu..suka yg manis2...tp kuat berpeluh ni sama mcm masa ngandung kat zulaikha. cuma kali ni makin kuat berpeluh berbanding masa zulaikha dulu2 tu. so..agak2 boy ke girl? ikut naluri?? ermmm...entah laaaaa kan. dah nak masuk 5 bulan dah sikit hari lagi. wonder gak kan...boy ke girl. hahahhahahahha.


lagi objek baru kat rumah

ptg semalam wujud lagi objek baru kat rumah cik kiah. ni ha...


sbb panas sgt tiap2 mlm 2 3 menjak ni..asyik peluh saja badan...basah rambut2 semua. hahahhaha. so..cik kiah dgn kakak sepakat utk membeli 3 ketul mr slim kat rumah. so..mlm td sejuk laaa tidok. dah laa cuaca hujan kat luar. sejuk gila rasanya. GILA? kuang...kuang. tgk laa bil letrik nanti mcmana. hahhahahah.

Tuesday, 5 June 2012

mengandung

mcm2 terjadi sejak mengandung ni. yg paling teruk sekali adalah tak tahan cuaca panas. jenuh...peluh2...paling teruk sekali time nak tidur mlm. peluh sampai basah rambut. panas betul. padahal tgk suamiku dgn anak2 ok je tidur. cik kiah sorang je asyik terjaga dan tak leh lena. panas sgt. tu kadang2 terfikir...knp laaa org pompuan ni sanggup berkorban sampai mcm tu sekali utk dpt anak. utk bg suami happy..dpt baby. knp ek? entah laaaa..mungkin mmg sifat semulajado pompuan kot mcm tu. kan? lumrah alam kot. mcm kawan cik kiah ni..dah ada 2 baby boy..tp tiap kali nampak baby girl...mesti ckp...wah!!! comeinya. bestnya kalau ada baby girl. kdg2 kan bila tgk setiap kejadian yg berlaku dpn mata kita...kita akan terfikir...ooooooooooooooooooooooooooooooo...mcm ni.....

Monday, 4 June 2012

AB+

dah lama cik kiah berminat nak cerita pasal jenis darah. hari tu masa mula2 ke klinik utk buat buku merah...ada laa sorang nurse tu...tanya jenis darah cik kiah. dan bila ckp AB+ dia pun tanya...kak ni ada keturunan mami ke? cik kiah pun terlopong...apa kaitan AB+ dgn mami. lepas tu dia ckp...selama dia keja ni selalu dia tgk kalau org tu AB+ selalunya keturunan mami atau pun mamak. kan penang ni ramai mamak. ermmm...masa tu blur lagi ni. kerut2 dahi...cuma fikir2...lepas tu nurse tu ckp...mesti ada keturunan kot ni...ermm...mcmana tau ye? hahhahahahhaha. sbbnya sblh mak cik kiah...tok wan dia mmg terang2an ni jenis mamak. so cik kiah ni cicit mamak laaaaaa ni. hahhahaha. cicit. jauh dah. tgk muka tak ada pun maminya. dan kami pun tak laaaaaaa semami mana pun. rasa melayu je semua. pelikkan...apa kaitan darah dgn keturunan kita. so..td cik kiah cuba tgk2 gak pasal jenis darah ni...yg jumpanya yg ini.....tak terjumpa pun fakta betul ke kebanyakkan org jenis darah AB+ keturunan mamak. tak dpt dibuktikan. mungkin nurse tu cuma buat andaian base on pengalaman dia asyik jumpa org darah AB+ ni keturunan mamak. :)




1) Jenis Darah A adalah Petani (Farmers)
Mereka berdarah A adalah golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup.

Peribadi Asas:
Berhati hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan.
Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan mudah.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:Boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah, memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai, sensitif kepada pandangan orang lain.
Bagaimana mereka bekerja:Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, membezakan antara kerja dan peribadi, sangat bertanggungjawab, terdorong untuk memilih hobi yang membantu mereka menenangkan perasaan.

2) Jenis Darah B adalah Pemburu (Hunters)
Mereka berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun, mereka juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan.
Peribadi Asas: Pantas membuat keputusan, boleh menjadi sangat fleksibel, tidak kisah pada peraturan, menghormati penemuan sains dan perkara praktikal.
Kadar Toleransi:Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lakukan, kelihatan tidak sabar, tidak sukakan kerja yang berulang.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:Seorang yang ‘expressive’, ‘cool’ dan bersifat objektif, walaupun selalu bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar ‘mood’ seperti cuaca, tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa.
Bagaimana mereka bekerja:Kreatif dan memiliki idea baru, tidak boleh membezakan kerja dan hobi,sukar menerima arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif dan tidak takutkan kritikan.

3) Jenis Darah AB adalah Ahli Kemanusiaan (Humanists)
Mereka sukar dimengerti, gemar menjauhkan diri, selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati. Selain itu, AB sangat bagus menguruskan kewangan, walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadang kala AB bersikap talam dua muka.Peribadi Asas:Sangat praktikal, bagus dalam menganalisa, memberikan kritikan yang membina, sukar membuat keputusan untuk perkara penting.

Kadar Toleransi: Cuba untuk menjadi rajin, kelihatan kurang sabar.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:Sangat sentimental tentang masa silam, lebih risau tentang masalah semasa berbanding perkara lain.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:Berjiwa sentimental, selalunya ‘cool’ dan ‘steady’, tetapi boleh berasa sangat kecewa dengan masalah semasa yang tidak diselesaikan, boleh menjadi ‘moody’ sekelip mata.
Bagaimana mereka bekerja:Boleh menguruskan bidang kerja yang luas, menghargai kerja keras, cepat memahami, tidak terlalu bertanggungjawab, tidak mampu membuat ‘follow up’ sebelum projek kerja diselesaikan.

4) Jenis Darah O Adalah pejuang (Warriors).
Mereka ‘outgoing’, ‘expressive’, dan ‘passionate’. O sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi.
Peribadi Asas:Memastikan objektif jelas, sangat yakin dengan diri, jujur, optimis dan bertenaga.
Kadar Toleransi:Kekuatan dan kecekalan bergantung kepada matlamat mereka, mudah mengalah jika kerja dirasakan sia-sia.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:Positif tentang masa lampau, oleh itu tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:Selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus.Bagaimana mereka bekerja:Keupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin, boleh mengabaikan perkara terperinci.

beradat


cik kiah tak berapa handal sgt tentang adat2 ni. kisahnya br2 ni ada sedara cik kiah bertunang. masa majlis tu ada laa adegan suap gula. ermmm...masuk yg ni 2 kali dah cik kiah tgk adat suap gula ni. siap sedara mara semua pi bergilir2 suap gula kat anak dara. ermm...dlm family cik kiah..maksud cik kiah ni...adik beradik cik kiah...kami tak pernah pula amalkan adat suap gula ni. tujuannya...mungkin just utk maniskan mulut. masa majlis tu tiba2 bekas yg berisi gula tu secara tak disengajakan telah disepak oleh tetamu. ermmm..ada pulak suara2 sumbangsih...mengatakan takut terjadi apa2 yg buruk sbb bekas tu dah tersepak. adeh!! ada mcm tu kan. sbb cik kiah tak pernah terdedah dgn adat suap gula ni..so..cik kiah tak dpt laa nak rasa logiknya kat mana2 kalau ada yg tersepak bekas gula tu. cuma dulu2 cik kiah pernah dgr org tua bercerita..pasal bekas pinang semasa majlis bertunang atau semasa majlis kawin. bekas pinang..dan pokok sirih pinang tu 2 benda yg berbeza..sat nak tgk ada tak kat pakcik google ni...

ini adalah bekas pinang atau tepak sirih. kalau org kampung cik kiah dolu2 tu bekas pinang ni akan dibalut dlm kain sapu tgn semasa majlis bertandang ke bertunang ke...semasa majlis kawin ke...siapa yg bawa bekas pinang ni? selalunya yg pernah cik kiah tgk..geng makcik2 yg jd wakil yg bawa bekas pinang ni. tu pun berbalut kemas. time nak bercakap pembuka bicara tu...bekas ni org letak laaaaa kat tgh2.
dan ini pulak pokok sirih


org kampung panggil pokok sirih pinang hantaran...atau komersilnya sirih junjung...skrg ni mcm2 design dah pokok sirih ni...pokok sirih ni akan diletak sebaris dgn barang2 hantaran yg lain. semasa bila ye? masa bertunang ke masa akad nikah? ikut suka...terpulang kat family pengantin.
ok cerita pasal bekas pinang...kononnya dolu2 tu...kalau laaa ditakdirkan semasa majlis tu berlangsung...ada laaaaa cerita tak elok pasal si anak dara tu...dan majlis tu nak dibatalkan...so org akan do something kat bekas pinang. mencacatkan bekas pinang tu. maksudnya majlis tu tak jd laaaaaaa...bahaya tu. tp skrg ni org dah tak praktikkan dah. semua tu adat saja. pada kata2 saja. diblkg tadbir skrg ni...jumlah hantaran...mas kawin semua dah ditentukan secara peribadi oleh mempelai. org yg bertandang cuma sbg wakil saja. hahahhahaha. pelakon saja. so..kalau nak dikatakan ..ooooooooooooo...kalau dah tersepak bekas gula tu boleh membawa maksud bala yg nak mai tu...ermmm...bahaya tu...sebenarnya kita kena yakin kat kuasa tuhan. tak semestinya bekas tu yg menentukan hala hidup kita. betul tak? sorry laaaaa kalau tersalah faham...sbb apa yg cik kiah ckp cuma base on pendapat cik kiah saja. :)