Monday, 4 June 2012

beradat


cik kiah tak berapa handal sgt tentang adat2 ni. kisahnya br2 ni ada sedara cik kiah bertunang. masa majlis tu ada laa adegan suap gula. ermmm...masuk yg ni 2 kali dah cik kiah tgk adat suap gula ni. siap sedara mara semua pi bergilir2 suap gula kat anak dara. ermm...dlm family cik kiah..maksud cik kiah ni...adik beradik cik kiah...kami tak pernah pula amalkan adat suap gula ni. tujuannya...mungkin just utk maniskan mulut. masa majlis tu tiba2 bekas yg berisi gula tu secara tak disengajakan telah disepak oleh tetamu. ermmm..ada pulak suara2 sumbangsih...mengatakan takut terjadi apa2 yg buruk sbb bekas tu dah tersepak. adeh!! ada mcm tu kan. sbb cik kiah tak pernah terdedah dgn adat suap gula ni..so..cik kiah tak dpt laa nak rasa logiknya kat mana2 kalau ada yg tersepak bekas gula tu. cuma dulu2 cik kiah pernah dgr org tua bercerita..pasal bekas pinang semasa majlis bertunang atau semasa majlis kawin. bekas pinang..dan pokok sirih pinang tu 2 benda yg berbeza..sat nak tgk ada tak kat pakcik google ni...

ini adalah bekas pinang atau tepak sirih. kalau org kampung cik kiah dolu2 tu bekas pinang ni akan dibalut dlm kain sapu tgn semasa majlis bertandang ke bertunang ke...semasa majlis kawin ke...siapa yg bawa bekas pinang ni? selalunya yg pernah cik kiah tgk..geng makcik2 yg jd wakil yg bawa bekas pinang ni. tu pun berbalut kemas. time nak bercakap pembuka bicara tu...bekas ni org letak laaaaa kat tgh2.
dan ini pulak pokok sirih


org kampung panggil pokok sirih pinang hantaran...atau komersilnya sirih junjung...skrg ni mcm2 design dah pokok sirih ni...pokok sirih ni akan diletak sebaris dgn barang2 hantaran yg lain. semasa bila ye? masa bertunang ke masa akad nikah? ikut suka...terpulang kat family pengantin.
ok cerita pasal bekas pinang...kononnya dolu2 tu...kalau laaa ditakdirkan semasa majlis tu berlangsung...ada laaaaa cerita tak elok pasal si anak dara tu...dan majlis tu nak dibatalkan...so org akan do something kat bekas pinang. mencacatkan bekas pinang tu. maksudnya majlis tu tak jd laaaaaaa...bahaya tu. tp skrg ni org dah tak praktikkan dah. semua tu adat saja. pada kata2 saja. diblkg tadbir skrg ni...jumlah hantaran...mas kawin semua dah ditentukan secara peribadi oleh mempelai. org yg bertandang cuma sbg wakil saja. hahahhahaha. pelakon saja. so..kalau nak dikatakan ..ooooooooooooo...kalau dah tersepak bekas gula tu boleh membawa maksud bala yg nak mai tu...ermmm...bahaya tu...sebenarnya kita kena yakin kat kuasa tuhan. tak semestinya bekas tu yg menentukan hala hidup kita. betul tak? sorry laaaaa kalau tersalah faham...sbb apa yg cik kiah ckp cuma base on pendapat cik kiah saja. :)

No comments:

Post a Comment