Thursday, 28 February 2013

nursing tea

2 3 menjak ni susu cik kiah makin kurang. tah laa knp. mungkin sbb sifat pemalas yg makin ketara sgt 2 3 menjak utk pam susu. wlpun kat ofis. org kata tak istiqamah laa kan bila buat sesuatu. ermm..betul laaaaaa kot kan. rasanya cik kiah tau nak buat mcmana nak bg susu ni byk semula. agak2 laaaaaaaaa kan. sbb masa cik kiah selalu amal buat hari tu...susu jd byk. tp bila dah tak amal buat tu...susu pun jd kurang. ermmm. tak istiqamah. td keluar beli beg ni...

Autumnz - Double ZipLock Breastmilk Storage Bag (25 bags) *12oz*

harga rm22 utk 2 kotak. kat kedai dkt jln sg rambai kat bm. apa nama tah kedai tu. babes and home kot. ok gak kedai tu...cik kiah terbeli ini gak
ermmm...katanya tea ni dpt increase breast milk. skrg ni aidil tak pulun sgt menyusu. mungkin sbb susu pun tak byk sgt. dr 5oz tiap2 kali pam..dah jd 4 oz saja tiap kali pam. 4oz tu pun jenuh nak dpt. tp kena bg dpt jugak laa kan. baju pun dah tak selalu basah dah dgn susu tumpah. pelikkan...tgh2 susu dok byk jd tak byk pulak kan. tu laa namanya kuasa Tuhan. tp cik kiah akan usahakan jugak utk buat bekalan susu utk aidil. ya! USAHA TANGGA KEJAYAAN.
ok..cerita bab nursing tea ni...buka2 td..tgk rupa mcm segala mak nenek jintan ada dlm tu. rempah ratus laa kiranya. bau rempah. tp rasanya tak laa kuat sgt rempah tu. nice saja laaa. harap2 byk laaaa susu lepas tu. :)

budak GEMUK




sebenarnya nak masukkan video dia tersengeh2 gelak sorang2..tp tah knp byk kali try...try...can not maaaaaaaa. tah laa knp. so..tgk je laa gmbr budak gemuk ni atas comforter yg mak dia baru beli. RM17 saja. kat jusco perda tu. bila tgk lama2..........br terfikir...padan laaaaa skrg ni asyik sakit blkg sj mak depa ni. no wonder laaaaa kan.

Wednesday, 27 February 2013

murah...murah...

semalam pi kat tesco..borong susu...


3 kotak rm13. susu yg pink tu anak2 suka. tiap2 hari pesan suruh beli. ada satu kedai kat rumah tu...kdg2 jual murah gak. sekotak rm5.30 mcm tu. so bila jumpa 3 kotak rm13..terus beli bersama dgn kakak cik kiah...15 kotak. melampau betul kan. jimat laaaaaaaaaaaaaaaaaaa dlm rm14 mcm tu. balik rumah...anak2 angkut susun masuk dlm peti. siap jerit2 suruh tgk depa susun dah jd mcm kat tesco. ya laaaaaaaaa tu. :)

Tuesday, 26 February 2013

baju murah


nak tayang baju yg baru cik kiah beli utk aidil kat tesco..murah je ni. sepasang rm8 saja. harga asal rm10. beli utk tukar2 pakai kat rumah. baju2 dia semua jenis sat saja boleh pakai. lepas tu cuma seluar je bleh pakai. baju..simpan...simpan utk baby br along pula. buat jd harta pusaka turun temurun. ahhahahha. jimat.


tgk size tu..dah utk 1T. itu pun muat2 je dah dgn dia. tah laa nak jd sebesar mana nanti mamat tu. skrg ni cik kiah tgk dia mcm tak laaaaaaa gedebab dgn jayanya sgt dah. tp bila pakai pampers dah size L dan dah kena tempek kat number 2..
agak2 laa kan brp laa berat dia skrg ni. tgk mcm tak byk sgt dah isi kat lengan dan muka. cuma kat pungkok dgn paha tu...sedap laaaaaa kalau nak buat rebus cicah air asam. hahhahahhahah. sbr sj laa dgn mak dia ni kan.

 


Thursday, 21 February 2013

roast chicken

sabar saja laaaaaaa..asyik tgk blog ni http://salam2benua.blogspot.com/..
dan rasa tergoda betul dgn roast chicken yg dia tayang kat blog tu. ish!! sabar sa ja laa.

IMG_3836

so...2 3 menjak ni apa lagi keja cik kiah...buat roast chicken. anak2 pun suka mkn. terutama yg tak pedas..letak honey sikit..kicap sikit...jd laaaaa jugak seakan2 rupa yg kakak salam dua benua tu buat. hahahhahah. tp malu laaaaa nak tempek kat sini. sbb seakan2 je..tak sebijik menjadi mcm tu. ahhahhahah. tp hati rasa puas sgt sbb yusuf dgn zulaikha suka mkn. cumanya td...ayah depa siap ckp ni...nak masak ayam mcm tu lagi ka..jemu dah laaaaaaaaaaa. hahhahhaahha. adeh! esok tak leh buat dah la. kena fikir nak msk apa pulak ambik hati suami dan anak2. perut mak dia tak leh kira. cik kiah telan je kalau dah lapar sgt. :)

melompat


ermm..terkini aidil. suka sgt aktiviti melompat. jenuh laaaaa nak pegang kalau time dia suka nak lompat tu. kakak cik kiah yg kat kampung tu laaaaa start ajar dia. ingatkan tak reti..tp lepas tu makin galak nak lompat. juru pegang tu laa yg agak 'terasa' kalau time dia nak lompat. 'terasa' ooooooooooooooooooooo...otot2 tgn ni. sbr saja laaaaaaaaa.
cer tgk baju dan seluar dia. aidil skrg pakai pampers size L. amik hg...hahahahhaha. size M dah tak muat. seluar tu harta pusaka dari yusuf lagi. tp cuma seluar je bleh pakai. baju? baju yg geng dgn seluar tu dah ketat. tak sesuai dah kalau dia pakai. ketat kat lengan dan leher. tgk laaaa leher dia...hahahhaha..tak nampak..cuma nampak lapisan dagu saja. baju line merah ni cik kiah br beli kat tesco alma. just utk testing je tgk size. baju tu utk kanak2 umur 1 tahun. harga rm4.90. sbb tak ada lengan dan leher mcm tu..tgk tu mcm ok laa jugak dgn dia. cuma kat perut je ketat sikit. rasanya elok ambik yg 18 bulan kot. sebenarnya payah gak nak beli baju kat dia ni...sebenarnya dlm kepala otak ni tgh fikir2..bilakah masanya yg sesuai nak start bg makanan kat aidil. ermmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm..bilakah? skrg ni cik kiah cuma bg susu badan je sepenuhnya kat dia. takut gak nak start bg makanan kat dia sebelum umur 6 bulan. skrg ni dia br 4 bulan. sbb kdg2 tgh menyusu pun boleh tersedak mcm terlekat apa je kat tekak tu. bygkan laaaaaaa kalau bg makan benda lain. eeeeeeeeeeeeeeeeee...takut. bkn senang ooooooooooooooooooooooooooooooo beranak kat dia dulu tu. teringat tu...adeh2...sayang busuk mak. hahahahahhahah.



Tuesday, 19 February 2013

sekolah baru baju baru

dalam proses membesarkan anak2 ni..dah byk kali gak cik kiah try mcm2 kaedah..kisahnya bermula bila cik kiah tinggalkan budak 2 ketul tu kat nurseri..sampai laaaaa umur 4 tahun. bagus sgt penjagaan org kat nurseri tu. depa dua tu pandai baca doa mcm2..doa makan..doa masuk toilet..doa tido..doa penerang hati..doa mcm2. yg paling tersentuh di hati cik kiah adalah doa nak tido...
ya Allah...dgn namamu aku hidup dan aku mati.

ngeri je kan...kalau baca selalu2...bleh jd insaf seketika. :)
ermm..kat tempat tu cuma bleh jaga sampai umur 4 tahun je. lepas tu kena pindah ke tempat lain. yg satu syarikat juga laaa. tp macam2 berlaku kat situ. start dgn abg yg tiap2 hari menangis tak nak pi sekolah. sabar sajalaaaaaa kan. jenuh. kadang2 mak depa ni pekakkan telinga buat hati kering gak. tinggal gak. tp bleh ke tahan tiap2 hari nak buat2 mcm hati kering. anak tu...tersentuh gak hati ni. last2 cik kiah pindahkan depa kat sekolah lain. yg dkt dgn rumah. dan dgn pengasuh yg lain pulak. nak Alhamdulillah keadaan jd lebih ok. yusuf dah tak nangis sgt nak ke sekolah. kdg2 tu ada gak la buat hal tp puratanya agak ok la. tadika baru tu mmg bagus. apa nama tadika tu?


bagus sgt2 tadika ni. dlm masa beberapa bln je anak2 cik kiah dah tahu byk perkataan english...dah handal buat math yg rasanyaa budak darjah satu dok blajar kat sekolah. belajar math pun dlm english. siap ada kelas mandarin lagi. sempat laaaaa depa belajar number 1 until 10 dlm mandarin. zulaikha pun cakap jd pelat cina dah. hahahhahahah. tp masalah pulak...family cik kiah tak berapa berkenan sgt kat tadika ni sbbnya biasa laaaaaaa tadika cina. depa takut anak2 cik kiah terpengaruh..dan masing2 dok musykil kat pemakanan anak2. wlpun pengetua tadika tu sendiri ckp..no pork..ya laaaa kan. dia ckp. itu ayat mak cik kiah. depa ckp. tp kat situ tak pasti lagi. itu yg menyebabkan cik kiah fikir2 semula dan buat keputusan pindahkan depa sekali lagi. apa yusuf ckp...mak ni...asyik tukar2 sekolah saja. hahhahhaah. yo laaaaa.
lepas tu cik kiah pindahkan depa ke pra sekolah kat blkg rumah. try je isi borang2 kot2 dpt. sbb katanya parent yg bergaji lebih dr rm1500 sebulan tak layak dpt. ye ke? tp akhirnya cik kiah dpt gak. so..skrg ni 2 beradik tu kat pra sekolah kat blkg rumah je. jarak dgn rumah lebih kurang 500 meter je. dekat sgt2. nanti darjah 1 pun kat situ gak laa nampak gayanya. tgk sikit rupa depa dgn uniform pra sekolah...




cikgu sekolah ada gak puji2 depa 2 ni katanya pandai english. ye laaa kan..dah pernah belajar kat tadika cina. so tau laaaa sikit2 english tu. harap mak ayah ni...hahahhaha. lawak je kalau ckp english dgn anak2. apa bezanya tadika mahal dgn pra sekolah? lebih jimat..pengajaran...agak ok laaaaa..tak byk sgt kerja rumah banding dgn tadika cina. tp depa ni gian nak buat keja sekolah laa pulak. kan dulu tu byk sgt. hahhaahhah. tp apa2 pun..cik kiah dah jd isteri yg dgr ckp suami dan anak yg dgr ckp mak pak cik kiah supaya hantar anak2 ke pra sekolah. kira ok laaaa tu kan. tang impian nak hantar anak2 blajar kat sekolah cina tu..terpaksa laaaaaaa dikuburkan. andaikata depa berminat nak blajar mandarin..sila laaaa nanti masuk UiTM dan ambik elektif mandarin...sama mcm mak depa. hahahhahah. ok...nak balik dah. bye.

fuyoooooooooooooooooo

 tgk lah hasilnya. tghari td balik rumah..dan pam letrik tu ada kat ofis. makanya terpaksa laaa guna manual. tp alhamdulillah...dpt juga hampir nak penuh botol 5oz tu. fuyoooooooooooooooooo...handal gak kan. hahahahhahahha


sebenarnya...tak pernah pun cik kiah buat secara manual dan dpt byk ini. selalunya kalau perah manual cuma dpt dlm 3oz saja. nak byk2 kena laaa guna pam letrik tu. :)

sidai je kat tembok

sabar saja la kan. kan cik kiah cuti 3 bln pantang..ermm..masa 3 bulan tu br laaaaaa sedar ada aktiviti yg jiran sebelah rumah cik kiah selalu buat. sakit mata betul tgk. selalu. bleh kata tiap2 hari la. cuma selalu tu cik kiah tak sempat nak ambik gmbr. tp br2 ni masa balik keja...ptg...ada lagi yg tersidai kat tembok tu. meh tgk...


 suka sgt sidai baju..seluar...seluar jeans...kat tembok rumah antara rumah dia dan rumah cik kiah. rasanya ini keja maid dia. selalu. itu tak termasuk lagi suka meletak kasut...botol2 sabun cuci kereta...mcm2 lagi laaaa barang kat atas tembok tu. sakit mata tgk. dah laaaaaa laman cik kiah tu 'comei' semulajadi dgn semak samun pokok2 kakak cik kiah. timbul rasa rimas. pernah gak cik kiah kata kat kakak...time siram pokok tu cuba laaaaaaaaa bagi lajak siram sekali dgn baju2 depa tu. hahahhahahahha. apa lagi kena marah laaaaa dgn suamiku. dia kata bini dia ni busuk perut. hahhahahahah...
well..dah gatai sgt nak sangkut segala mak nenek kat atas tembok tu. padahal ada je penyidai besar tu kat depan rumah. kat balkoni atas sikit punya besar ke ruang kalau nak sidai baju. kat ruang blkg rumah pun ada lagi. knp laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa berminat sgt nak letak kat tembok tu. sakiiiiiiiiiiiiiiiiiit betul mata tgk.


kakak cik kiah kata apa kata kita buat tembok tu bagi tinggi. tutup terus. yo laa tu. kita panas laaaaaaaaa nanti. angin tak masuk laaaaaaa pulak. ermm...resultnya...tgk je laaa kan hari2 maid dia sidai baju kat tembok tu. teringat masa dok kat kondo dulu...ruang terhad nak sidai baju..so..kalau basuh cadar..nak jemur...ha...lipat2..letak kat penyangkut baju. kain batik..kain pelikat semua naik penyangkut juga. seluar jeans ke apa ke...semua naik penyangkut. gamaknya...nak kena tegur gak kot ni kan. nanti kata jiran ni mulut berapi pulak kan..so..dok diam saja laaaaaa kan.

kemahiran

teringat baru2 ni zulaikha dan yusuf buat eksperimen sains kat rumah tok depa...senyap sunyi je rumah sbb depa dok pulun buat eksperimen. hahahhaha. kebetulan ada gelas yg tetamu br mai rumah tp tak diangkat kedapur. ada kat depan rumah tok depa. dlm gelas tu ada air...so..depa tambah sikit batu dan pasir...then tambah sikit minyak enjin viva kat dlm tu. mana dpt minyak tu? kat tepi rumah. sbr saja laaaaaaa kan. tgk2 dah dok bergelak sakan dah dok belek gelas tu. siap dok ckp2 knp jd mcm tu. apa lagi..terjerit sakan laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa mak depa tgk. maunya tak...dgn botol myk enjin tu kat situ. bahaya betul. teringat kan depa pernah buat eksperimen mcm tu masa kat tadika cina dulu yg cik kiah pernah post kat sini..http://norkiahs.blogspot.com/2012/04/eksperimen-zulaikha.html. jd mcm tu laaaaa. tp up sikit sbb ada lapisan minyak enjin kat atas. gmbr tak sempat ambik. skrg ni jarang sgt sempat ambik gmbr. asyik berkepit dgn aidil time cuti2. :)

Monday, 18 February 2013

abg buat lawak

 tgk mamat kat atas ni...kalau time dia buat lawak...muka dia akan jd mcm ni abg dia kata....

hahahahha. tang mata tu akan jd sepet sikit. ahhahahahaha. abg dia laa dok pulun gelak. kan adik tu penuh dgn isi saja...kalau gelak sampai nak tertutup mata tu. dia tak sedar..abg lagi laaaaaaaa lawak dgn gigi mcm tu. hahahahha. nak kata kat adik. sbr saja laaaaaa.

perang mercun

JENUH! geram betul mlm td..sampai dkt pukul 3pg td dok pompang pompang bunyi mercun dgn kuatnya. sat2 terjaga. sbb bdn letih sgt..maka digagahkan jugak pejam mata. anak2 pun dah penat sgt main kat rumah paksu depa siang tu...maka semua lena dgn jayanya jugak walaupun bunyi mercun mengalah zaman perang. hahahhahaha. tp nak buat mcmana kan..sbb duduk rumah kat kawasan yg majoritinya cina..so kena pasrah je laaaaaaaaaaaaaa. tahan mental. hahhahahahah. suamiku kata...depa nak hantar dewa naik ke langit kot. tu sakan sgt bunyi mercun mlm td. yo laaaaaaaaaa tu. hantar dewa. adeh! terbayang tilam dan bantal dah ni. sbr saja laaaaaaaaaa.

Friday, 15 February 2013

aidil lagik...

skrg berat aidil dah 8.7kg..berat ke? agak2 laaaaaaaaaa. dia baru 4 bulan dah 8.7kg. nak tgk gmbr dia terkini?

 masa tidur kat rumah mak cik kiah. dia suka betul landing kat rumah tok dia.

 cer tgk sikit kat pampers dia...size M tu. dah ketat dan tak sesuai dah. tu adegan tayang body...best tak tayang body kami? wah! hahahhaha


Friday, 8 February 2013

antara altis dan civic

haiyaaaaaaaaaaaaaaaaa...bz ni. cik kiah tgh bz kumpul maklumat...antara altis dgn civic yg mana lagi ok. yg mana lagi ok ha? civic ke? td dah buat lawatan sambil sakit kepala tgk altis dan civic. sakit kepala sbb apa? sbb terleleh tgk...dua-dua tu cik kiah tak mampu nak beli. mampu tgk je. hahahhahah. kalau terbeli juga alamatnya pakai dok jilat makan keta ru saja laaaaaaaaaaaa kan. hahahhahah. ok laaaaaa meh tgk sikit...

ini civic...


lawa kan...nampak mcm kukuh je. td dah try naik. sedap. tp just duduk2 je laaa kat dlm tu. keta tak bergerak pun laaaaaaaaa. hahhaha.
ok laaaaaaa tgk altis pulak


comei gak ni. sedap naik. duit pun sedap gak la. terleleh cik kiah. sbr saja laaaaaaaaaaaaaa...kalau laaaa ada duit..adeh!! beli je. sedapnya mata memandang. sedapnya pungkok dok kat kusyen dia...mak ai! sedapnya tgk dlmnya. fuyoooooooooooooooooooooooooooo..harga pun bleh tahan laaaaaa sedaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaapnya. hahahhaha. apa? cik kiah nak tukar keta pulak ke ni? siap pi test drive ni....adeh! hahahahhahaha. jeng.....jeng. projek mega ni kalau jd nanti.
kesimpulan td lepas pi melawat cik civic dgn cik altis td..cik kiah lagi berkenan kat cik altis laaaaaaaaaaaaaa pulaaaaaaaaaaaaak. org kata altis ni pilihan org tua...ye laaaaaaaaa tu...dah makin tua laaaa kot cik kiah ni. hahhahahahha. dkt 40 tahun dah pun kan. wajib laaaaaaa masuk ranking org tua ni. makcik2...keta berkenan kat altis...beg berkenan kat carlo rino tak pun bonia...tak ke org tua namanya tu. hahahhahha. kan ainul kan. hhahahha. sabar saja la. altis pearl white. mak ai! terbayang2 dah ni.

Tuesday, 5 February 2013

khabhi laaaaaaaaaa pulak

hahahhahahha. cis! ni mai keja ke mai tgk youtube ni. hahahahhahahah. adeh!! tak leh update blog...bz. hahhahahhaha.

youtube

asyiknya layan lagu p.ramlee ni. hahahahha. dah makan...ikan dah makan...bagai mana dinda suka bertaman bunga aneka rupa kalau sibunga tak dijaga terkulai juga......dari hari purnama..sehingga purnama..........adeh!! syahdunya. hahahhahahha. dah tua ke cik kiah ni. :)

Monday, 4 February 2013

bihun sup, moi sup..bakso

td cik kiah keluar utk cari makanan. tak laa lapar sgt. tp tekak ni terasa nak makan makanan berkuah pulak. teringat baru ni pi makan kat sini...


sila baca betul2 ye...cik kiah pi makan je kat sini. bkn buat rawatan sakit apa2 kat sini tau. hahahhahaha. mana laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa mampu cik kiah nak pi buat rawatan apa2 kat situ. duit pun kais pagi makan pagi..kais ptg..ye ke?? cari duit dgn kais2 ni. fikir ayam ke apa. hahahahhahah. ok laaaaaa...cik kiah ke sana beli makanan kat satu gerai kecik kat dlm tu. sedap bakso, mihun sup..laksa...moi sup. bleh bagi star byk2 laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..sbb sedap. harga pun agak berpatutan dgn rasanya tu. semangkuk bakso rm3.70. sesapa yg nak rasa bakso yg sedap dgn byknya bebola daging kat dlm tu...bleh laaa pi sesaja buat rawatan eh...silap...lawatan ke hospital kpj kat bandar perda. dah laaaaaaaaaaaaaaaa sejuk je kat dlm tu. terasa laaaaaaaaa mcm org ber'wang' jugak bila kat situ. hahahahhaha. tp td malangnya tak jual lagi bakso..ke bihun sup ke mee rebus ke...sbb awal lagi. hahahahahah. nak tunggu maleh laaaaaaaa pulak. maka cik kiah cuma beli roti seketul kat kedai sebelahnya...


ni gmbr kedainya kat bdr perda..tp sebenarnya dia ada satu cawangan kat hospital kpj tu. makanya...makan roti je laa tghari ni. ada harapan kurus laaaaaaaa mcm ni. hahahahhaha. bleh ke?

mood tak ok

hari ni rasa mcm nak marah sikit. sikit je. tp bertahan sampai ptg nanti laa br nak marah. ada rasa geram sikit. tgk laaaaaaa nanti. hahahhahahah. tp tak laaaaaaaaaaa rasa nak marah2 sebarangan tu. ada sbb knp nak marah kat org tertentu ni. tp tak yah laaaaaaaa dok cerita kat sini. sbbnya...ada benda bleh kongsi cerita kat sini...ada benda yg tak leh kongsi. kalau boleh kongsi pun..mungkin dgn tilam mate cik kiah kat rumah je kot. hahahhaha. tilam mate laa pulak kan. ada gmbr tak hari ni?? tak ada kot. cik kiah cadang nak buat satu projek khas. tgk laaaaa kalau menjadi. tp kena pi cari bahan2nya dulu. projek khas utk aidil sebenarnya. :) nanti laaaaaa bila menjadi bendanya br cik kiah tayang kat sini.

Friday, 1 February 2013

simpan susu

kan cik kiah cadang nak menyusu sepenuhnya kat aidil. tp pada awal2 pantang tu...rasa malas tu amat2 tinggi utk buat stok susu. pam susu pun tak cari. sampai laaaaaaaa ke saat akhir nak habis pantang tu. baru laaa kalut mencari pam..cadangnya nak pam yg letrik laa kan. survey last minit punya keja...dah tu usung anak kecik pulak pi soping kat kedai manjaku kat parit buntar. main sambar je laaaaaaa beli. hahahhaha. tak dan belek dah pun. maka terbeli laaaaa yg ini...


sekali dgn warmer...tah rm brp tah masa tu. kalut2. keja gila betul pi soping dgn baby baru lepas pantang. dah laa masa tu pukul 8 mlm. kalau mak cik kiah tau...sure kena marah. hahhahahah. mlm2 kelam bawa baby jalan2 merata dah. ok..dpt dah pamnya...maka terisi laa masa lapang dgn mengepam susu. tp tak pulun sgt. sbb masa tu peti sejuk kecik..samsung yg lama tu...yg satu pintu saja..sat nak cari kat cik google..tak ada laa pula gambar peti yg serupa mcm yg lama tu. peti lama tu cik kiah beli 8 tahun lepas. lebih kurang la. masih sihat lagi peti tu..cuma sbb ruang kecik nak letak susu tak muat...tu yg berkira2 nak cari peti baru tu.
mak pesan...beli laa peti sejuk jenama panasonic sama mcm kat rumah dia. besar gabak...dah guna bertahun2 tp masih bertahan sihat lagi. maka satu hari tu cik kiah, suami dan anak2 pun ronda laaaaaa kat kedai barang letrik...tgk2 yg ada kat situ...kalau ikut budget harga cik kiah..yg panasonic..semua jenis tempat beku tu kat bawah...mak ai! cannot laa kan. nanti kot...yusuf dan zulaikha tak buat keja lain dah...keja buka peti sejuk saja cari ketul ais. hahahahhaha.
dok survey kat internet pulak..elok guna deep frezer kalau nak simpan susu..mak ai!! deep pulak. lepas dah tak menyusu badan...deep tu nak guna letak apa pulak?? so..last2 cik kiah dan suamiku..beli yg ini...yg penting ada ruang beku yg luas..gabak. hahahahha

RT59FBSL Front

RT59FBSL Front Open

ini gmbr dr cik google...yg ada kat rumah cik kiah adalah ini...

canggihnya peti sejuk ni ada child lock...ada alarm kat luar tu. bleh setkan suhu secara digital. wah!!!!!!! canggihkan. duit pun agak canggih laa jugak. hahahahhaa. tp ada 10 tahun warranty..ok laaa kot kan..


ruang kat dlm pun luas. tempat sejuk beku tu ada 2 lapis. so..yg atas tu mmg cik kiah guna utk letak stok susu. tgk laa gaya org pemaleh simpan stok susu. hahahhahah.

tak penuh pun lagi. sbb cik kiah cuma pam masa kat ofis saja..sehari 3 kali je. aidil pun menyusu guna botol 3 kali je sehari. dia tak kerap sgt menyusu dgn botol.
cik kiah amat2 puas hati dgn peti sejuk samsung ni. tak guna letrik byk..jimat laa juga. dan besar..bleh isi byk brg dlm tu. :)
bagi org yg berpendapatan agak2 mcm cik kiah ni..ok laa setakat peti sejuk mcm ni...tak mampu laa pulak nak beli yg canggih2 lagi tu...takut nanti..tak yah makan nasi dah..lapar je...jilat peti sejuk...bg kenyang. sbb duit habis beli peti baru. hahahahhaha.

terkini aidil



tah laaaa dah brp kg berat mamat ni skrg ni. 13 hb ni br nak pi timbang dan cucuk 3 bln kat klinik. sebenarnya hari ni cdg nak tayang stok susu cik kiah kat dlm peti tu..tp malasnya laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa nak ambik gmbr peti tu. urat baloq besar dah timbul. hahahahhahha. nanti laaaa kalau rajin cik kiah tayang kat sini. tak laaaaaa byk sgt pun stoknya. tp sukaaaaaaaaa sgt tgk. :)