Tuesday, 19 February 2013

sekolah baru baju baru

dalam proses membesarkan anak2 ni..dah byk kali gak cik kiah try mcm2 kaedah..kisahnya bermula bila cik kiah tinggalkan budak 2 ketul tu kat nurseri..sampai laaaaa umur 4 tahun. bagus sgt penjagaan org kat nurseri tu. depa dua tu pandai baca doa mcm2..doa makan..doa masuk toilet..doa tido..doa penerang hati..doa mcm2. yg paling tersentuh di hati cik kiah adalah doa nak tido...
ya Allah...dgn namamu aku hidup dan aku mati.

ngeri je kan...kalau baca selalu2...bleh jd insaf seketika. :)
ermm..kat tempat tu cuma bleh jaga sampai umur 4 tahun je. lepas tu kena pindah ke tempat lain. yg satu syarikat juga laaa. tp macam2 berlaku kat situ. start dgn abg yg tiap2 hari menangis tak nak pi sekolah. sabar sajalaaaaaa kan. jenuh. kadang2 mak depa ni pekakkan telinga buat hati kering gak. tinggal gak. tp bleh ke tahan tiap2 hari nak buat2 mcm hati kering. anak tu...tersentuh gak hati ni. last2 cik kiah pindahkan depa kat sekolah lain. yg dkt dgn rumah. dan dgn pengasuh yg lain pulak. nak Alhamdulillah keadaan jd lebih ok. yusuf dah tak nangis sgt nak ke sekolah. kdg2 tu ada gak la buat hal tp puratanya agak ok la. tadika baru tu mmg bagus. apa nama tadika tu?


bagus sgt2 tadika ni. dlm masa beberapa bln je anak2 cik kiah dah tahu byk perkataan english...dah handal buat math yg rasanyaa budak darjah satu dok blajar kat sekolah. belajar math pun dlm english. siap ada kelas mandarin lagi. sempat laaaaa depa belajar number 1 until 10 dlm mandarin. zulaikha pun cakap jd pelat cina dah. hahahhahahah. tp masalah pulak...family cik kiah tak berapa berkenan sgt kat tadika ni sbbnya biasa laaaaaaa tadika cina. depa takut anak2 cik kiah terpengaruh..dan masing2 dok musykil kat pemakanan anak2. wlpun pengetua tadika tu sendiri ckp..no pork..ya laaaa kan. dia ckp. itu ayat mak cik kiah. depa ckp. tp kat situ tak pasti lagi. itu yg menyebabkan cik kiah fikir2 semula dan buat keputusan pindahkan depa sekali lagi. apa yusuf ckp...mak ni...asyik tukar2 sekolah saja. hahhahhaah. yo laaaaa.
lepas tu cik kiah pindahkan depa ke pra sekolah kat blkg rumah. try je isi borang2 kot2 dpt. sbb katanya parent yg bergaji lebih dr rm1500 sebulan tak layak dpt. ye ke? tp akhirnya cik kiah dpt gak. so..skrg ni 2 beradik tu kat pra sekolah kat blkg rumah je. jarak dgn rumah lebih kurang 500 meter je. dekat sgt2. nanti darjah 1 pun kat situ gak laa nampak gayanya. tgk sikit rupa depa dgn uniform pra sekolah...




cikgu sekolah ada gak puji2 depa 2 ni katanya pandai english. ye laaa kan..dah pernah belajar kat tadika cina. so tau laaaa sikit2 english tu. harap mak ayah ni...hahahhaha. lawak je kalau ckp english dgn anak2. apa bezanya tadika mahal dgn pra sekolah? lebih jimat..pengajaran...agak ok laaaaa..tak byk sgt kerja rumah banding dgn tadika cina. tp depa ni gian nak buat keja sekolah laa pulak. kan dulu tu byk sgt. hahhaahhah. tp apa2 pun..cik kiah dah jd isteri yg dgr ckp suami dan anak yg dgr ckp mak pak cik kiah supaya hantar anak2 ke pra sekolah. kira ok laaaa tu kan. tang impian nak hantar anak2 blajar kat sekolah cina tu..terpaksa laaaaaaa dikuburkan. andaikata depa berminat nak blajar mandarin..sila laaaa nanti masuk UiTM dan ambik elektif mandarin...sama mcm mak depa. hahahhahah. ok...nak balik dah. bye.

No comments:

Post a Comment