Thursday 19 September 2013

vitamin

dah lama ada kawan cik kiah bg vitamin ni kat cik kiah. tp mcm biasalaaaaaaa...mls betul la nak makan vitamin...mls. mcm kwn cik kiah kata...hang ni kiah...semua benda hang malas. hhahahha. betul laaa...semua benda mls nak buat.
2 botol ni kawan cik kiah bg...br2 ni buka2 laci kat ofis..eh! rasa mcm ok gak ni kalau try mkn. vitamin kan...sure ok kalau mkn. kononnya la. so hari tu cik kiah pun try la mkn b complex tu sebiji dan grape seed tu sebiji. tak ada apa perasaan pun. hahahahha. tp hari tu perah tu susu dpt byk. alhamdulillah dpt byk la pulak. dok fikir2 sorang2...hari ni cik kiah mkn apa yg susu jd byk pulak ni. konpius ni. fikir2 dan fikir...br teringat ke vitamin ni. lepas tu terus google cari apa PAEDAH nya makan vitamin ni...b complex tu tau laa...grape seed tu tak tau lg. cari2 dan cari..dan jumpa. rupa2nya byk kelebihannya grape seed ni. cer baca...cik kiah dpt ni dr blog mana tah...



10 Kebaikan kesihatan pati biji anggur:
  • Menyingkirkan radikal bebas
  • Mengurangkan radang (inflammatory)
  • Membantu kesihatan otak, kulit dan mata.
  • Membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular.
  • Mencegah masalah kelenjar prostat
  • Melambatkan proses penuaan
  • Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit
  • Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar ultraviolet
  • Membantu fungsi sistem saraf otak
  • Meningkatkan daya pertahanan

Khasiat Grape seed/extrak biji buah anggur
Grape Seed Oil mengandungi phytonutrien istimewa yang ditemui pada buah anggur
yang dinamakan Polyphenols. Pada tahun 1985, Prof Jacques menemui polyphenols
yang terdapat di dalam buah anggur dan bijinya mempunyai lebih Oligomere
Proanthrocyanidin (OPC) berbanding daripada phytonutrient yang lain.
Keistimewaan itulah yang menjadikan minyak biji anggur cukup popular di negara
beriklim sejuk. Ini kerana ia juga dikenalpasti sebagai produk dari sumber alam
semulajadi yang mampu mencegah atau menyekat tumbesaran tumor atau ketumbuhan,
antisclerosis dan merangsang keupayaan sel-sel.

Apa itu OPC?
• OPC's ialah antioksida yang utama dan penting
• Bertindak melindungi tisu-tisu dan pelbagai kecederaan oksidatif
• Mempunyai kekuatan lebih 50 kali lebih daripada Vitamin E dan 18.4 kali lebih
kuat dari Vitamin C
• Menghalang dari radikal-radikal bebas yang boleh merosakkan sel.
Oligomeric Proantho Cyanidin atau OPC merupakanbahan antioksida dan unsur
semulajadi penting yang terdapat di dalam biji anggur. OPC diklasifikasikan
dalam kumpulan polifenol yang terdiri daripada flavoid dan flavanol istimewa. Di
dalamnya terdapat bahan semulajadi dan tidak bertoksid. Di samping itu, OPC amat
kaya dengan protein terutamanya kalogen yang menjadi bahan utama terhadap
pembentukan sel dan tisu. Malah OPC berfungsi 50 kali lebih kuat daripada
Vitamin E dan 20 kali lebih berkesan berbanding Vitamin C. Kajian menunjukkan,
berbanding tumbuhan lain, OPC paling banyak didapati di dalam biji anggur.
Pengambilan OPC tidak akan memberikan sebarang risiko sampingan kepada pengguna.
Kadar dos penggunaan harian yang sesuai adalah antara 100 hingga 150 mg sehari.

Kelebihan dan Kebaikan Grape Seed Oil
• Meneutralkan bahan radikal bebas yang menyerang dan merosakkan sel DNA manusia
• Bertindak sebagai bahan antioksida mudah serap yang berfungsi untuk membantu
sistem tubuh manusia
• Berupaya menurunkan kadar LDL kolestrol
• Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darah
• Pemangkin kepada peningkatan tahap sistem imunisasi tubuh serta daya tahan
terhadap serangan penyakit
• Menyumbang bahan kolagen untuk kulit dan awet muda
• Menghalang pembengkakan dan keradangan
• Melancarkan perjalanan darah
• Mengurangkan gangguan ketahanan sistem tubuh untuk wanita yang hampir monopous
• Membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan
• Mencantikkan kulit dengan menggalakkan pembaikan dan pembentukkan tisu
• Amat sesuai untuk ibu-ibu mengandung dan perkembangan janin di dalam kandungan
• Bertindak sebagai bahan anti bakteria, anti virus, anti kanser dan pelindung
kepada alahan
• Berfungsi sebagai penghalang oksidasi awal lipid, kerapuhan dan kekerasan
dinding kapilari darah

No comments:

Post a Comment