tak la comei mana pun. hitam pulak tu. kisahnya...khamis lepas...tiba2 kucing hitam ni muncul kat rumah cik kiah. halau...pukul pun tak nak pi mana juga. nak duduk jugak kat rumah mak cik kiah. org tua tu tak nak terima dah..alasan..bdn sendiri pun tak larat dah..ini kan pulak nak urus kucing. tak tau laa siapa punya kucing ni. mungkin tuan asal tu dah menyampah dgn perangai kucing ni kot kan. kelemahan kucing ni...suka sgt menyelar...maksudnya suka laa sgt naik atas meja...atas kabinet. rimas tgk. tp bila tgk muka dia kesian laa pulak. yusuf dgn zulaikha pulak suka sgt dgn kucing ni. sbb kucing ni jenis manja2...suka mai tido kat paha...suka bermanja laa kiranya. budak2 tu apa lagi...suka laa sgt. bincang2 dgn suamiku...dia kata kita bawa balik alma la. kesian pulak kalau mak buang. so..langkah pertama...kena cari tmpt atau sangkar dia la. sangkar ke org panggil? yg besi 4 segi tu. sbbnya..kucing ni kucing kampung yg bulu agak panjang. so mcm payah nak jaga la kiranya. tp tgk tu...berkilat ok laa tuan yg sblm ni jaga dia. so kami pun jln2 laa ptg tu mencari brg utk dia. terbang laa rm200 gak duit cik kiah. beli mcm2. kesian pulak. dulu masa si oren
ni masuk rumah kami..tak pulak beli mcm2 alatan kat dia. mcm double standard pulak gayanya kan. hahahah. pdhal sama saja. kucing kampung gak tu. tak tau laa gayanya mcmana kalau dpt kucing betul2 bulu panjang tu..dok usha gak kat kedai pet tu..parsian kitten lagi..rm500 sekali dgn sangkar kecik. tp larat ke nak jaga tu nanti. hahahhaha. 2 ekor ni pun dah riuh rendah dah jd rumah. kucing tu tak riuh mana pun. tak kelahi pun...yg riuhnya zulaikha dgn yusuf. sat buh dlm sangkar...sat nak letak luar...sat nak ajak tidok sekali. mcm2 karenah.
No comments:
Post a Comment