oren sebelum kami ke langkawi...amat2 la serabutnya bulu dia. kembang...serabai. sbb dah lama tak grooming dia. punya laa panjang bulu dia. sblm ni cik kiah rasa cuma bulu kat ekor dia yg panjang...tp skrg ni...1 bdn tu rasa bulu tu makin panjang..
dgn hidung yg penuh dgn hitam2 tu. mcm taik hidung. tp suamiku kata...habuk makanan kucing tu laa lekat kat hidung tu. kena cuci selalu.
sbb kami nak bercuti ke langkawi..so oren dan M kami letak laa kat pet hotel kat sungai petani. muslim petshop. satu malam rm10 sahaja dgn makanan. 2 ekor ni makan royal canin.
sebelum bawa balik tu cik kiah suruh org tu grooming sikit depa 2 ni. nak tgk apa hasilnya??? hahhahahaha. sat na...
menjadi sedikit kurus cik kiah rasa. agak kurus laa. bleh rasa mcm agak kurus la. mungkin org tu bg makanan ikut sukatan dan pada masa tertentu sj. kami ni kat rumah sentiasa pastikan makanan kucing tu penuh dlm bekas makanan tu. itu yg oren dan M gemuk tu kot. hahhahahahahha. tp takpa...pengajaran utk kucing2 tu jugak. hahahhahaha. cis!! ada ke pengajaran utk kucing. hahahahha. nak buat mcmana kan...tuan depa galak gatai sgt nak pi bercuti. lg pun...salah cik kiah jugak..tak tinggalkan makanan kat depa siap2 kat org tu.
lepas pi grooming...tak laa serabut sgt muka oren. tp mcm byk sgt je org tu trim bulu depa. sampaikan M nampak makin kecik. tak ada dah bulu2 panjang mcm mainecoon kat leher M. kesian M. lari imej asal ni. hahhahahahha.
so...mcmana cik kiah?? nak tinggal kucing2 tu kat situ lg ke lps ni?? entah laa kan. ada projek mega lagi ke lepas ni? nak ke mana pulak?? hahhahahahha. ke mana lagi...balik yan la. tgk rumah mak. apa keja dok membazir duit sgt jln2 merata. nak buat janji laa dgn yusuf...kalau yusuf dpt nombor 1 periksa kat sekolah nanti...mak bawa abg pi mandi kolam lagi. hahahhahahaha. ayat RACUN. :)
No comments:
Post a Comment