khamis dan jumaat lepas cik bercuti sbb hantar yusuf dan zulaikha ke sekolah. biasa la..yusuf tu..anak manja mak. siap buat adegan air mata lagi. tak bunyi kuat. tp tetap keluar airmata jugak la. bak kata zulaikha yg dok gelakkan abg dia...tgk mcm adik..adik tak nangis pun masa ayah balik. cuma adik rasa mata adik mcm nak buta saja. cik kiah tanya laa....knp mata adik nak buta pulak. tau dia jwb apa...ya laa...sbb airmata ada kat mata adik. hhahahahahha. sbr sj laa...dok tahan airmata kot...sbb tu dia rasa mcm nak buta. hahhahahahha. anak2. tak larat nak gelak dgn depa 2 ketul tu.
ni gmbr blok pra sekolah zulaikha...besar. ada 3 kelas. 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun.
ini pulak bangunan utama sekolah depa. pemandangan disebalik pagar sekolah. masa cik kiah tgh tunggu yusuf balik.
nampak tak bangunan di tengah2 tu...itu kantin. kecik saja kantinnya. utk 3 hari sekolah ni...cik kiah berjaya bangun dan masak bekal utk yusuf. zulaikha tak nak bekal sbb kat sekolah cikgu dia bg makanan kat depa. cuma yusuf sj. sbb dia kata dia tak boleh nak minum air kat kantin sbb sakit perut nanti. alaaaaaaaaaaasan sgt kan. nak suruh mak dia masak apa2 kat dia.apa yg cik kiah masak?? ermm..tak ada apa yg special pun. sosej goreng...dgn makaroni atau spageti sj. senang. tu pun dia kata sedap sgt laa. hari khamis tu cik kiah buat makaroni...atas tu letak telur puyoh rebus. wah!!! hensem gila makanan. menggoda. hahahahaha.
tp dah satu keja pulak...dok kena fikir nak masak apa kat depa hari2 berikutnya. rasa lawak pun ada jugak.
tgk...berseri2 muka balik sekolah. semangat mamat di pi sekolah. harap2 semangat tu kekal sampai bila2. :) insyaAllah.
No comments:
Post a Comment