Monday, 7 March 2011

kalau anak mengamuk...

setakat nak berkongsi apa yang cik kiah alami...apa tindakan kita kalau anak mengamuk. cik kiah selalu berhadapan dengan muhammad yusuf yang tiba2 mengamuk. mengamuk maksud cik kiah bukan mengamuk kecil-kecilan...tp mengamuk sakan. pernah terjadi tu hari jumaat..ayah dia nak pi sembahyang jumaat. tinggal laa dia dan adiknya dgn cik kiah. masa tu kat kampung. dia mengamuk...menangis..terjerit2...nak ikut ayah. badan tu jd keras. melonjak2 bila pegang. mula2 tu boleh laa nak pegang2 lagi. tp time dah keras sgt tu...tak daya dah dia lonjak. lonjak2 sampai terkena muka cik kiah. berdarah mulut cik kiah. geram. tp sabar saja laa. ikutkan hati..selamat dah dia tu. tp nak try bersabar saja la. dia dok terjerit2 juga. masa tu along pun ada kat rumah. dia dok takut cik kiah pun mengamuk sakan juga. hahhahahhaha..tak de nye. kononnya laa. nak try bersabar tgk mcmana. dah berdarah2 mulut tu..mak cik kiah pun ambik yusuf bawa masuk bilik air. jirus mandi terus. keluar tu...br laa dia ok. sebenarnya dlm family cik kiah...ada sorang lagi sepupu yusuf laa..sama mcm tu jugak. suka nak mengamuk. naik angin. masa naik angin tu tak dpt pujuk apa dah. selalunya kami peluk kuat2...kalau dah tak terkawal..jirus mandi je. selalunya depa jd mcm tu bila lapar..permintaan tak ditunaikan..berebut brg, cuaca panas sgt. mcm2 keadaan yg boleh menyebabkan jdnya mcm tu. cuma..apa yg cik kiah teringin nak nyatakan kat sini...mcmana kalau keadaan tu terbawa2 hingga dewasa?? bahaya gak kan. mcmana kita nak buat utk berhadapan dgn anak2 yg suka sgt mengamuk mcm ni....

1 comment:

  1. bagus la petua handle anak mengamuk...takdak ka petua handle laki mengamuk?

    ReplyDelete