Sunday, 17 April 2011

mendidik anak2

cik kiah br balik dr kampung. gerai makan tu tak jd lagi dibuka. sbb bapa cik kiah cadang nak sapu cat baru. bg nampak sikit 'rupa' gerai. hahhahahah. ada org tegur cik kiah suka sgt gelak. hahhahahahah. ok laaa. tak mo gelak2 sgt dah. cerita bab mendidik anak2 pulak. masa balik kampung br ni..cik kiah diberitahu..anak buah cik kiah yg namanya umar br kena pukul dgn tali pinggang. ayah dia pukul. kat yan..tiap2 hari khamis mlm ada pasar mlm. so..mcm biasa..ayahnya pi beli makanan byk laa kat pasar mlm tu. niat dihati nak jamu anak2 mkn. si umar ni amat2 gemar dgn pc. dia ahli jalur lebar kat kampung. hari tu masa krjn dok edar beri sorang satu kat budak2 kampung sorang satu netbook..dia pun dpt gak satu. dlm netbook dia tu...byk betul game. kdg2 cik kiah terfikir gak..sebelum krjn bg netbook tu depa ada tak kaji terlebih dulu kebaikan dan keburukan beri benda tu kpd anak2 luar bandar. mmg laa niat utk beri sorang satu netbook tu supaya kanak2 kat kampung ni tak ketinggalan dlm segi teknologi maklumat ni..tp disebalik tu ada tak depa kaji pulak keburukan yg bakal anak2 ni dpt. kebetulan...kakak cik kiah (mak si umar ni) mmg buta sikit bab2 komputer ni. so anak ni bebas laa nak buat apa pun kat netbook tu. cuma kdg2 cik kiah balik dan tgk apa ada dlm pc tu. mmg 99% tu adalah game. bg cik kiah mmg tak ada paedah laa ada netbook tu. ok...tp si umat ni ada gak otak bisnes dia ni..dia jd tukang install game2 tu kat netbook kawan2 dia pulak. bkn free tp kena bayaran laaa. :) bijak gak dr segi duit tu. so...sentiasa laa ada kawan2 dia yg mai kat rumah minta tolong dia install kan game ke..anti virus ke...mcm2 laaa. umar ni br tingkatan 2. sekolah kat kampung. dr segi pelajaran ni..dia tak laa pandai sgt. so berbalik kpd adegan kena pukul tu. lepas si ayah beli semua makanan tu..sampai pukul 10 mlm umar tak balik2 rumah lg. dia tak pernah lg tak balik rumah lewat2 mcm tu. pukul 10 tu start turun hujan lebat kat luar. kat dlm rumah pulak...mak umar dah risau dah knp anak dia tak balik2 lagi. depa pun start laaa mencari. dlm pukul 11 tu br laa nampak muka dia. ayah pun tanya..sbb si ayah ni jarang sgt cik kiah tgk dia marah atau pukul anak. umar menjawab. dia kata dia lepak kat rumah kawan. ayah pun marah2 laa. knp nak lepak sampai lewat. mcm tak ingat nak balik rumah. panjang laa syarahan ayah dia. lepas tu..disertakan pulak dgn 2 3 das pukulan kat badan. dgn tali pinggang. tok dgn wan yg kat rumah sebelah tu pun risau dgr. mak dia tak masuk campur. biar je si ayah menjalankan tanggungjwb dia. bila cik kiah balik hari sabtu tu..mak cik kiah ngadu. kesian kat umar sbb kena pukul dgn ayah dia. mak cik kiah pun cerita laa. tak detail sgt. bila cik kiah pi rumah kakak...dia pun cerita laa. detail. bg cik kiah..tak salah ayah dia pukul anak dia. utk mendidik. anak lelaki. payah jugak kita nak bentuk mcmana. cabaran ni ada dimana2 saja..pekan cara pekan..kat kampung cara kampung pula. katanya mlm tu umar lepak2 dgn kawan2 dia yg umur 19 dan 20 tahun. kat satu rumah sewa. rumah bujang. umar br 14 tahun. ok ke? cik kiah rasa tak ok. lepak sampai jam 11 mlm. tak balik rumah knp. sepatutnya dia kena hormati peraturan rumah dia..mesti balik sebelum pukul 10 mlm. anak2 kena tidur kat rumah. teringat cik kiah masa kanak2 dulu. pernah sekali tu..cik kiah dan mimi..mimi ni adalah anak kpd sepupu cik kiah. mimi panggil cik kiah ni mak dak. kami mmg kawan baik. rapat sgt. sbb beza umur kami cuma setahun je. rumah mimi ni tepi sawah. kat blkg rumah dia selalu ada kura2 dtg bertelur. mak dia akan kumpul telur2 dan buang. satu hari tu kami curi telur tu..bawa ke satu tempat. buat api..ambil tudung tin. dan wallaaaaa...goreng telur kura. :) bila digoreng..telur tu jd rupa mcm telur ayam jugak. cik kiah suruh mimi rasa. dia kata sama laa makdak. mcm telur ayam. mimi pernah makan telur kura. nak gelak gak ni...hahhahahahahahahaha. ha...dah gelak besar. tiba2...mak cik kiah mai..bawa tali getah air tu. pukul cik kiah. heret bawa balik rumah. jauh gak. masa jln tu mak cik kiah pukul lg guna tali getah air tu. dia marah sgt sbb cik kiah main api. bahaya. apa lg menangis laa sepanjang jln tu. dah laa malu kat org..kena pukul dgn mak sepanjang jln tu. lepas tu dah...dah sampai kat rumah..dia suruh pulak cik kiah mandi. pedih gila. menangis lagi. siapa kata anak bongsu tak kena pukul dgn mak. kena gak. ermm...mungkin mak cik kiah dah lupa. tp cik kiah ingat lg. lepas tu terus takut nak main api dah. peraturan mak cik kiah...mlm2 mesti tidur kat rumah. dia cukup marah kalau mlm2 tidur kat rumah org lain. yg boleh pun cuma kat rumah wan saja. rumah mak penakan lain pun tak boleh. dia kata...nanti jatuh habis semua bulu2 kat rumah org. :)
kalau terlewat tak leh balik rumah...mlm2 tu dia akan usaha gak pi ambik. sbb tak bg tidur kat rumah org. ermmm..so skrg bila dia kata kesian umar kena pukul dgn ayah dia..cik kiah tak terkata apa laaa. sbb mak cik kiah dulu pun didik kami mcm tu jugak. bg cik kiah...lebih baik sakit2 dahulu dr sakit2 kemudian. bila dah terjangkit dgn mcm2 penyakit...tak mo ckp laa kan...sbb anak2 muda lelaki skrg ni ramai yg mudah terkena mcm2 penyakit yg tak elok..lg laa kita akan rasa 'sakit' ati nanti. so mcmana nak mendidik anak2 zaman skrg ni?? terpulang laa kpd mak bapak anak2 tu sendiri. fikir laa apa nak buat demi kebaikan anak2 kita jugak nanti.

No comments:

Post a Comment