Friday, 15 April 2011

tuala wanita

br jap td dpt email ni...


Salam 1 Malaysia,

Mengapa masih ada manusia yang bijak pandai masih membuang tuala wanita kedalam lubang toilet sedangkan tong sanitary disediakan.
Kepada tenaga pengajar di PSP untuk menegur pelajar-pelajar wanita untuk tidak membuang tuala wanita kedalam mangkuk tandas.
Sekiranya perkara ini terus  berlaku kos kerja-kerja penyelenggaraan meningkat  dimana pump pump tersumbat dan tersangkut , loji menjadi cepat penuh.
Fikir-fikirkan lah

Yang prihatin,

Suhaimi Juruteknik.


ermmm..masalah tuala wanita ni payah nak ckp. cik kiah rasa mcm dok dgr org berleter pasal tuala wanita ni drpd zaman sekolah menengah lagi. mmg mcm tu gayanya. mcm dah jd tabiat sesetgh wanita yg suka buang tuala wanita dlm lubang toilet. teringat masa kat sekolah men yan dulu2 laaa..pernah gak cikgu berleter masa perhimpunan pg2 tu pasal tuala wanita. berleter kuat2. sbr sajalaaa. sbenarnyakan...cik kiah pernah nampak org proses tempat kumbahan tu dulu2...kebetulan tong tu kat tepi kelas masa tu. org tu keluarkan mcm2 brg dr dlm tu..termasuklaa tuala wanita..siap ada barang kemas lagi yg dikeluarkan. tu laaaa...bukan setakat tuala wanita...wanita ni boleh buang mcm2 brg kat mangkuk tandas tu...rantai....emas tu..mcm2 laaa(bila baca semula...kdg2 baby pun org buang kat dlm mangkuk tandas). tp kan kdg2 benda tu...rambut kita ni pun bleh menyebabkan benda tu jem.
ok nak cerita lg bab tuala wanita ni...ada kat satu ofis tu...bukan kat poli. tp kat tempat lain...kisah benar ni..toilet kat ofis tu jenis unisex..maknanya semua org lelaki pompuan boleh berkongsi guna. utk kegunaan semua kat situ. satu hari tu..ada sorang mamat ni masuk dlm toilet...terkejut tgk..keluar2 tu terus buat pengumuman utk berjumpa dgn semua staf wanita yg ada kat situ. kat area toilet tu. dlm pengumuman tu...mamat tu tegur laaa sbb mamat tu pegawai kat situ...so dia pun cerita. masa dia masuk toilet tu...dia ternampak penuh kesan darah kat dlm sink dan tepi2 sink. lepas tu ada bungkusan pad atau tuala wanita kat dlm bekas sampah juga. pdhal kat toilet tu sama mcm kat sini juga sebenarnya disediakan tempat buang pad khas. dia pun terkejut tgk...dan rasa mual sbb berbau...biasa laa kalau cuci pad kan ada bau. dia kata mungkin org sebelum tu..agaknya laa kan...pompuan yg guna toilet tu..cuci pad. kononnya utk jaga kebersihan laa kan. cuci dan bungkus utk buang. tp tak cuci elok2 sink dan tepi2 sink tu. sbb ada lagi kesan darah dan darah yg ketul2 kecik tu. bila dgr tu rasa mcmana?? malu kan. tak senonoh betul org yg buat kerja tu. tang nak cuci pad tu dia tau pula...tp tang nak cuci balik sink dan buang pad tu kat tempat sepatutnya tu...tak reti pulak. apa yg cik kiah nak ckp ni adalah....mmg byk sebenarnya wanita yg tak reti nak uruskan pad atau bahan buangan tu dgn cara berhemah. di mana2 saja...bukan saja kat poli...kat ofis yg besar2 pun byk. bukan setakat budak2 remaja yg br dtg bulan je yg tak reti nak urus...kdg2...yg dah beranak pinak pun tak reti jugak. agak2nya siapa laaa tu kan??? hahahhahahha... :) benda2 mcm tu pun tak kan laaa tenaga pengajar ni nak kena ajar juga. tak kan laaa mak (zaman mak cik kiah dulu2 tu...guna kain je...so..dia tak ajar laaa anak dia nak cuci dan buang pad zaman moden ni) dan kakak budak2 tu tak tunjuk tak cerita mcmana nak uruskan bahan tu. pelik betul. tak pun...tgk laaa mcmana org sekeliling kita buat.(bila baca semula...tak kan org sekeliling nak tunjuk kat kita pula mcmana nak buang benda tu....hahhahahhaha..bengong seketika) mcm cik kiah..tak pernah pun mak dan kakak2 tunjuk. tp kita kan ada kawan2...kawan2 kdg2 lebih rapat lagi...dr mak dan kakak2. jenuh laa kalau benda mcm tu pun tenaga pengajar juga yg nak kena tegur. :(

ps...yg pink tu semua bila baca semula...hahahhahahha.

No comments:

Post a Comment