Wednesday, 25 May 2011

naik dan naik lagi...

Kesan hanya minimum

Oleh Sri Ayu Kartikawati Amri
kartika@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: “Tarif elektrik tidak akan dinaikkan sewenang-wenangnya, malah apa pun keputusan yang akan diumumkan dalam mesyuarat Kabinet pasti tidak akan membebankan konsumer,” kata Ketua Ekonomi Kumpulan RAM Holdings (RAM), Dr Yeah Kim Leng.
Beliau berkata demikian ketika mengulas spekulasi bahawa kerajaan akan membenarkan Tenaga Nasional Bhd (TNB) menaikkan kadar tarif elektrik dan semakan itu akan dibawa dalam mesyuarat Kabinet yang bersidang pada hari ini.

Menurutnya, kadar tarif elektrik pasti akan naik, namun ia masih dalam skala yang kecil iaitu antara 0.1 hingga 0.2 peratus berikutan pada masa ini terdapat peningkatan harga bahan bakar termasuk arang batu dan petroleum di peringkat global.

“Pengguna tidak perlu risau kerana kerajaan juga akan memastikan sebarang semakan yang akan dilakukan tidak akan membebankan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah yang akan diutamakan sebelum membuat sebarang keputusan menaikkan tarif elektrik itu nanti.

“Bagaimanapun kedudukan syarikat strategik seperti TNB juga perlu diambil kira selain jika kita lihat seperti semakan tarif elektrik sebelum ini yang mana ia tidak menjejaskan majoriti pengguna,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, sebarang keputusan mengenai tarif baru elektrik itu perlu diterima oleh semua pihak yang mana pengguna perlu bijak menggunakan tenaga elektrik dan mengelak pembaziran berlaku.


Katanya, penyelarasan kadar tarif baru elektrik berikutan penghapusan subsidi tahun lalu juga dilihat tidak memberi kesan terhadap 56 peratus pengguna isi rumah di seluruh negara, malah peratusan itu membabitkan 20 peratus pengguna di kalangan rakyat yang memperoleh bekalan elektrik secara percuma, manakala 30 peratus lagi masih menikmati harga lama sekarang ini.

“Sama ada tarif elektrik naik atau kekal, saya yakin ia tidak akan memberi kesan atau membebankan pengguna kerana penggunaan tenaga yang minimum bagi setiap pengguna isi rumah di negara ini,” katanya


ermm...boring dah pasai kenaikan harga ni. bila tah br ni suamiku balik rumah dan bgtau..ada apek kat mini market kat nibong tebal bgtau dia..harga susu dutch lady akan naik dlm 3 ringgit bln depan. ermmm..tak terkata apa dgr. lepas tu ofismate kakak cik kiah pun ckp benda yg sama. susu keluaran dutch lady akan naik harga. ermmm lagi. tak tau nak kata apa. lepas tu kakak ku balik ckp pulak...harga minyak ron95...org kata akan naik harga lagi..40 sen naik utk satu liter. ron97 naik jd rm3. bkn skrg...tp dlm masa terdekat. ermm lagi. dah jemu dah pasai kenaikan harga ni. tak jemu2 keja nak naikkan harga barang. gaji tak naik2 gak. 'barang' je naik. cis! buat lawak yee cik kiah! tak juga. hahhahahhahahhah.

No comments:

Post a Comment