Wednesday, 29 June 2011

ganas

itu kesan adik gigit abg. mlm tu 2 kali dia gigit abg dia. sbb...dia nak buku yg abg dia tgh guna. dia mmg ganas. ada kawan cik kiah risau nak hantar anak kat nursery sbb takut anak dia gigit org lain. ermmm..dulu cikgu zulaikha pun pernah sekali ngadu pasal zulaikha yg suka gigit budak2 lain. lepas tu mcm senyap dah masalah gigit2 ni kat sekolah. tak tau laa kot dia masih gigit lagi sampai skrg. tp kat rumah dia mmg suka gigit abg dia. abg pula jenis tak membalas. kdg2 geram gak tgk. dan cik kiah akan tampar mulut zulaikha kalau nampak serius sgt. kalau mcm tak serius sgt...cik kiah suruh dia duduk jauh2 dari org lain. ckp..mak tak nak kawan dgn org yg suka gigit org lain. pi la duk jauh2. mak tak mau kawan. apa lagi...lepas tu dia nangis laa. terus datang nak sondol2 mak dia. hahahhahahha. selalu dah buat ayat tu. tak pun cik kiah akan ckp...buat laa lagi..nanti mak pi cari anak lain. lepas tu depa nangis laa kalau sebut nak cari anak lain. hahahhahahha. tp skrg ni...depa dua tu suka gak nak guna ayat nak cari anak lain. kdg2 adik ckp..mak tak mau teman adik...nanti adik pi cari anak lain. hahahhahha. lawak. salah faham dah tu. tp kdg2 abg akan buat ayat lurus bendul pulak lepas cik kiah ckp mak nak cari anak lain...dia akan tanya pulak...mak sayang abg dak? mak sayang abg dak...kalau ckp tak syg..terus nangis. hahahhahahha. manja.

Monday, 27 June 2011

bertukar...

tak menariknya tiba2 dpt tau kawan cik kiah..si farid..dpt tukar ke kulim. sediynya. ingat dulu masa norida tukar pi mukah...rasa sedih sgt time hantar dia kat airport. nangis2 gak. ni nak tgk time farid pulak. dulu masa dia bercuti sambung blajar pun..rasa sunyi je. ni dah nak pindah terus laa pulak. mesti rasa sayu je nanti. sama gak masa ayu..pindah pi kulim dulu tu. kalau tidak..time cik kiah balik dr kampung sampai kat parking kat kondo..ada laa org akan jerit...kak kiah...kak kiah...sambil lambai tgn dr tingkat 6 blok C. hhahahhahahha. lawak. tp masing2 ada kehidupan sendiri kan..tak mustahil kalau satu hari ni cik kiah pun berminat gak dgn tukar2 ni. hahhahahah. mana laa tau kan. :)

kisah ketum

Menjual Daun Ketum Sama Seperti Mengedar Dadah

JITRA, 12 Jan (Bernama) -- Kerajaan telahpun menyerahkan kertas cadangan kepada Pejabat Peguam Negara bagi meminda akta agar daun ketum disenaraikan sebagai dadah berbahaya dan kesalahan menjual daun ketum ataupun airnya sama seperti mengedar dadah.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Mohd Johari Baharom berkata selama ini kesalahan berkaitan daun ketum diletakkan di bawah akta racun yang memperuntukkan hukuman ringan.

"Kerajaan bersedia meminda akta yang sedia ada terhadap kesalahan memiliki daun ketum daripada akta racun kepada akta dadah berbahaya," katanya semasa berucap merasmikan program Belia Benci Dadah di Kampung Keda Wang Tepus dekat sini hari ini.

Beliau berkata masyarakat kini bimbang dengan penyalahgunaan bahan yang mempunyai kesan sama dengan dadah seperti menghidu gam dan meminum air daun ketum di kalangan remaja serta belia.

Mohd Johari berkata air rebusan daun ketum boleh menjejaskan sistem saraf pusat manusia dan berupaya menjadikan seseorang itu ketagih kerana mengandungi "mitraginin" yang tahap ketagihannya sama dengan morfin.

"Ini bermakna nanti, kerajaan bakal menguatkuasa undang-undang meminum air daun ketum sama seperti penyalahgunaan dadah dan menjual air daun ketum sama seperti mengedar dadah," katanya lagi.

Pokok ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagih kerana kandungan mitragininnya.

Mitraginin disenaraikan dalam Jadual Ketiga Racun Ordinan Racun 1952 Peraturan-peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989, dengan itu pokok ketum diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.

Sebelum ini, daun ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, selain rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan merawat sakit belakang.

Bagaimanapun air rebusan daun ketum disalahgunakan dan dijual secara meluas kepada pengguna biasa terutama di kalangan remaja.

Pokok ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom), ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand.

Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom manakala di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom dan nama botaninya Mitragyna speciosa korth.

-- BERNAMA
ye ke...Menjual Daun Ketum Sama Seperti Mengedar Dadah? sbb cik kiah tgk ada sorang tu kat kampung cik kiah...dgn selamba badaknya menjual air daum ketum kat rumah. mamat ni kerja kilang. tp part time dia dok jual air daun ketum. siap rebus dlm periuk besar lagi kat rumah. kdg2 siap pack dan bawa jual kat kilang. selalu gak pelanggan2 dia dtg kat rumah beli dan minum kat rumah dia. katanya satu gelas rm5. cik kiah tak berani laa nak masuk campur urusan dia jual brp rm pun. tp yg menyakitkan mata tu...tak kira mlm atau siang selalu je nampak org mai beli kat rumah. lepak2 dpn rumah dia sambil minum air ketum. tah laa pakcik polis kat yan tu perihatin dgn benda ni atau tak. atau pun kot2 pakcik polis pun suka minum gak kot air ketum. katanya air ketum ni boleh menyebabkan ketagihan. boleh jd menggeletar badan kalau tak dpt minum bg org2 yg dah terbiasa tiap2 hari minum air ketum. sbb tu laa cik kiah ada cerita pasal kerja halal atau kerja haram hari tu kan...kalau jual air ketum..kategori halal ke haram? sbb dia tak laa mcm dadah yg boleh menyebabkan kematian. tp ketum ni boleh gak menghayalkan. apa tindakan yg patut cik kiah buat? nak tgk saja? nak biar pi saja..atau nak lapor polis? kalau lapor polis...apa yg akan jd? agak2 apa? ermm...fikir2 pulak..tak elok gak menyekat rezeki org. tp halal ke rezeki yg mcm tu??

Sunday, 26 June 2011

mendidik anak

cik kiah kat kg..hujung minggu kan..biasa laaa bercuti kat kampung. kebetulan jumaat tu family cik kiah buat kenduri pulut durian. cik kiah nak cerita satu insiden yg berlaku ptg semalam..ermmm...mcm2 cik kiah fikir lepas terjadinya insiden itu. ambil laa ini sebagai pengajaran. kisahnya...dalam pukul 6 ptg cik kiah lepak kat dpn rumah dgn kakak cik kiah. suamiku pula pi kait nyiur kat pokok dpn gerai makan. anak2 ikut dia sekali. anak2 buah cik kiah pulak dok main kat dpn rumah. masa dok sembang2 dgn kakak..tiba2 cik kiah nampak anak sepupu yg umur 11 tahun..perempuan..bawa motor dgn selambanya lalu depan rumah cik kiah. pi mai..pi mai. kakak cik kiah yg dlm rumah jerit laaa...Teh! hg bawa motor ka...kakak cik kiah dok seriau tgk sbb adik kepada si Teh ni..umur baya zulaikha dok kayuh basikal blkg kakak dia yg tgh bawa motor. takut laa kot2 terlanggar dgn kakak dia pula. tp si Teh ni buat badak saja..buat2 mcm tak dgr. kakak cik kiah yg dok sembang dgn cik kiah kat luar pulak kata. kak takut kot nanti terlanggar kereta..kereta cik kiah laa ada kat dpn rumah tu. cik kiah kata..kalau langgar kereta takpa lagi...jgn terlanggar anak2 dah laa. sbb anak2 cik kiah dok lari2 kat dpn tu. lepas tu cik kiah pun jerit...
cik kiah: Teh..hg jgn dok bawa motor tu. hg dgr dak. sat lagi kot aku pi cabut kunci tu tauk (buang) dlm parit. dgn lantangnya. (ayat tu cuma nak gempar saja)

tgk2 lepas tu ayah si Teh td..(suami sepupu cik kiah menjawab dgn kuat)
Suami dia: amboi no..sedap ckp nak cabut kunci motor org nak tauk dlm parit.

terkejut cik kiah dgr. mcm jd salah dah apa yg cik kiah ckp. pdhal cik kiah gempar saja anak dia. sbb kakak cik kiah dah larang dah sekali tp buat2 tak dgr dah. lepas tu suami dia ckp lagi.

fikir murah senang2 saja ckp nak tauk kunci motor org dlm parit. siap ckp lagi..apa org belajar tinggi boleh ckp mcm tu. lepas tu ada adegan yg lagi teruk. si isteri pulak bila dgr suami dia bising2..dia terus mai rumah mak cik kiah terus tanya kakak cik kiah knp tegur anak dia mcm tu. tak leh ka ckp elok2. cik kiah berlembut lagi dan ckp. td kak shah dah tegur dah sekali tp dia buat tak dgr. betul ni..masa tu cik kiah rasa menyesal sgt sbb tegur anak dia bawa motor. siap mai serang kat rumah tu. tp cik kiah tak lawan. mls nak riuh2. sbb tujuan asal cuma nak gempar anak dia yg br berumur 11 tahun tu..jgn bawa motor kat dlm kawasan rumah. bahaya. tinggal tak ckp je..kot2 terlanggar adik2. adik2 tu anak2 cik kiah laaa. menyesal betul cik kiah tegur anak dia tu. rupa2nya depa mmg ajar..ulang ye..ajar anak depa bg pandai bawa motor. sbb tu laa marah sgt cik kiah tegur tak bg bawa motor tu. ermmm..apa yg cik kiah nak ckp ni..adik beradik tu..sepupu sepapat..bknnya org luar pun. tp tetap tak boleh bila ada yg tegur anak2 depa. pelikkan dunia skrg ni. cik kiah rasa bersalah betul tindakan cik kiah tegur anak dia. sampai mak budak tu mai serang kat rumah. menyesalnya. lepas ni jgn harap laa cik kiah nak tegur lagi apa yg anak2 dia buat. lantak laa. kalau terlanggar kereta ku..sila ganti apa yg rosak. kalau tak dpt ganti. senang saja..lapor polis. sama jugak..kalau terlanggar anak2ku..sila berurusan dgn polis. kan senang. kita ingat adik beradik..tp org salah fikir. betul laaa kot..cik kiah nama je belajar tinggi..tp akal pendek. ayat kecik hati ke?? tak jugak. tp dah sedar laaa..skrg ni..org lebih senang buat hal masing2..buat hal masing2 tu ketika dah senang. cuba kalau ketika tak de keja satu...duit nak makan pun tak ada..mesti buka mata..kenal adik beradik. tak paa laa..apa2 pun cik kiah anggap tu sbg pengajaran. jgn laaa anggap org nak buat  yg buruk2 kalau org bertujuan nak tegur anak2 kita. minta simpang laaa. bg cik kiah..kira tu org prihatin jugak kalau org mau tegur lagi anak2 kita. la ni..cik kiah nak buat tak peduli saja. lantak. kalau dgr anak dia bawa motor...cik kiah akan pastikan dimana anak2 cik kiah masa tu. keselamatan anak2 sendiri sendiri lagi penting kalau nak dibandingkan dgn anak2 org yg mcm tu. menyampah...biar laaa anak dia nak terlanggar apa pun..tp tak kan nak terlanggar lagi kan..kan depa dah ajar anak depa bg handal bawa motor dah. 11 tahun..perempuan pulak tu. lagi teruk..ptg td..si ayah dgn si adik..naik motor lalu depan rumah mak cik kiah. si adik yg baya yusuf tu ckp kuat2. org gila bila nampak cik kiah. hahahahhahaha. betul laaa kot cik kiah org gila. tak yah masuk dlm otak. anggap je budak2 yg ckp. bkn si ayah yg ajar. kalau betul laa cik kiah ni gila..boleh je masa tu aku carut je..pedih telinga betul dgr. sbr saja laa dgn org yg mcm tu.

Friday, 24 June 2011

objek baru kat dlm rumah

ini laaa...objek baru dlm rumah cik kiah skrg ni
kisahnya..tv lama tu dah rosak kot..sbb apa kot? sbb tiba2 je bila buka jd gelap gulita. tak ada apa pun. panik dah..call astro tanya...ingatkan sbb lewat byr bil. org astro suruh cabut wayar dan buh semula..tgk tak ada apa gak. gelap gak. lepas tu org astro nak suruh org teknikal depa mai tgk. kena laa rm50 kalau depa mai tgk. tp cik kiah tak bg mai. sbb sblm tu pun tv tu mmg dah bg warning dah...dah semput sbb dok bunyi mcm wisel. hahahhahahah. ok laa..lepas tu cik kiah call jiran cik kiah tanya nak buat mcmana. jiran dan sahabat baik ku. sapa lg...ok laa..jiran tu kata mungkin masalah tv kot. dok fikir2 betul gak kot. lepas tu kami serumah...3 org ni bincang2..keputusan diambil..ok laa...kita beli tv br. pi kedai masa tu jugak ni. tv tu penting. ulang ayat...tv tu penting. hahahhahaha. pi tgk ingat tu nak ambil yg paling kecik...yg paling murah. jln2 tgk..lepas tu berkenan laa kat objek ni. yg paling kecik dlm susunan dia laa. mana mampu yg besar2 sgt. tp cantik laaa gambar dia. suruh apek tu lekatkan kat dinding rumah cik kiah. ok gak...ikutkan hati...dgn kotak astro tu pun kalau bolehnya nak suruh apek tu lekatkan kat dinding gak. hahahahhaha. itu laaa kisahnya. skrg ni dok tgk objek br ni laaa.

nampak serabut...

nampak serabut tak background? mcm tu laaa yg cik kiah rasa skrg ni. serabutnya. mengantuk. letih. menyampah. jiwa kacau. ermmm...bila tah cik kiah tgk blog sepupu cik kiah yg bakal kawin ujung tahun ni. pasal bilik pengantin. nak cerita pengalaman cik kiah uruskan kenduri kawin along hari tu...mula2 kami pun blur gak tak tau nak pilih kaler apa. hahhahahahha. bila tanya along...dia lagi laaa..tak tau...m.dak pilih laaa..m.jang tgk laaa. senang je ayat dia. so cik kiah pun jln2 tgk dlm internet...terjumpa blog pakej kawin. baju pengantin...pelamin. tgk2 berkenan kat pink. dan cik kiah teringat tok dia kata..nak tgk cucu dia pakai songket. tak nak tgk pakai lace. sbb dia kata lace tu seksi. kan jarang. so..cik kiah pun tunjuk gmbr tu kat along. dia kata ok. dia pun mmg fanatik dgn pink. apa lg berkenan laaa. so..kami tetapkan tema pink. lepas tu jln2 lagi cari bahan. dah beli cadar...tp kaler gold. tak kena laa dgn pink. tiba2 satu hari tu jln2 kat komtar jumpa cadar sale..bunga2...dah pula...hahahhahah. tp ok laa..kami jdkan english sytle laaa pulak dlm bilik pengantin. apa yg cik kiah nak bgtau ni...utk sepupu cik kiah tu...mmg payah nak pilih tema dan kaler apa utk majlis kawin kita. tp..kdg2 benda tu akan jd secara kebetulan. kita tgk2 nak berkenan. tiba2. kdg2 yg kita dok rancang2 sgt tu tak semestinya menjadi. pendapat cik kiah je ni...

BZ

bz marking semalam. adeh! tp ok laaa. ada gak yg dpt 99%. ermmm..agak menarik laa juga. rasanya bila dah nak terjerut leher br laaa berusaha keras. mood cik kiah tak brp nak ok hari ni. len kali laa cik kiah type panjang2. ada benda nak cerita ni tp tak ada mood nak type... :(

Wednesday, 22 June 2011

happy

dah siap markah sem pendek utk kelas yg cik kiah ajar ni...wah!! kagum ni...semua lulus. ada yg dpt A. sampaikan ada pulak yg br pertama kali ambik pun dah dpt A. bagusnya. hebat. :) gumbira ni.

Tuesday, 21 June 2011

marking sem pendek

ermm..pg td dok marking kertas final utk sem pendek. adeh!! yg ok tu mmg ok laaa. tp ada gak yg buruk. bahagian dpn je bertulis utk soalan 1 dan 2. yg lain2 terbiar kosong. dah tu siap tulis kat blkg...sorry puan, saya terlupa dan tak ingat dah. sbr saja laa. benda ni sebenarnya base on keinginan hati utk belajar. org dah ajar..dah bambu cukup2 dah dgn latihan yg banyak. tunjuk satu...satu...tp kalau sendiri tak nak buat ulangkaji..setakat nak meniru buat kuiz, tugasan...dah masa final exam...mcmana lecturer nak tolong kan. tp ada laa jugak yg berjaya jd penyejuk hati. suka tgk. terharu pun ada jugak. sbb apa tau...sebab budak2 yg kelas sijil ni..ckp pun lembut...pandai ambik hati..bak kata kawan cik kiah yg pernah ajar depa utk math 1...nak tgk anak2 kena tgk 'bapa'nya mcmana..yg kawan cik kiah maksudkan tu..kena tgk dulu siapa bapanya atau penasihat akademik budak2 tu. penasihat akademik budak2 tu mmg bagus pun. kira mcm betul2 menjaga laa anak2 dia. puji ni. hahahhahahhahahha. agak berjaya laa depa kali ni. cuma sorang dua tu yg dah dijangka tu je yg lemau sikit. tp ok laaa. bagus. amat2 bagus.

DH44...tak nak minta ke?

pg td cik kiah dpt email pasal DH44. tak nak minta ke? tarikh iklan tu 20 jun 2011. meh laa pakat2 minta. ada kat dlm isis. kononnya laaa ajak org minta..pdhal cik kiah mls nak minta dah. kirim salam je laaa. merajuk ke? tak lah. tak merajuk pun. cuma dah mls nak urus segala mak nenek form tu. boring. biar laaa umur 44 nanti dpt DH44. tak pun pencen DH41. ganas tak?? hahhahahhahah.

lesen kereta

nak tgk org tak ada lesen memandu kereta??


itu laa kereta baru yusuf dgn zulaikha. sakit gak nak bayar harga kereta tu. sbr saja laaa. cik kiah tak brp sihat ni. mc semalam. penin. zulaikha demam dari hari sabtu lagi. merap laa keja dia. sampai mak dia pun penin lalat dah. tp tak pa...dpt kereta nampak mcm ok sikit. tp mlm td tetap buat hal gak. dlm pukul 1.50pg terjerit2 nangis. sambil tgn dok tunjuk kat atas. sbr saja laaa. meremang gak bulu roma mak dia. tp kontrol macho laaa. hahhahahhaha. konon. ok laaa..rasa nak baring2 ni...bulan mengambang laa pula. rasa tak ada mood nak buat apa pun. sib baik tak pi kuala lipis dlm keadaan bln mengambang mcm ni. tak dpt nak bygkan laa kalau terpaksa menguruskan diri dlm keadaan bulan mengambang kat dlm hutan. hebat gak. hahhahhahahhah. mencabar tu.

Saturday, 18 June 2011

kerja haram kerja halal

ermm...kadang2 kan kita fikir tak ttg kerja kita...sebenarnya..cik kiah naik menyampah ni tgk satu kes. tp kan apa kes sampai nak cerita kat dlm ni pulak kan. tp mmg cik kiah amat2 tak puas hati kalau ada yg cuba nak membanggakan diri ttg kerja masing2. pasti ke kita yg keja yg kita buat tu benar2 halal? ermmm...lagi satu kalau dah mmg terang lagi bersuluh...kerja tu kerja tak elok..kerja yg boleh ditangkap polis..buat apa laa sampai nak puji melangit...ha..org tu rajin...rajin laaa sgt buat kerja. tp malangnya kerja dia tu...kerja yg boleh ditangkap polis. nak buat rajin heboh2 sampai puji melangit. tp apa2 pun lantak org laaa kan nak buat kerja halal ke haram ke..cumanya sakit tinga ni dgr..sakit mata ni tgk. tp tak ada laaa niat sampai nak report polis pulak...sbb itu rezeki org. halal ke haram ke..tanggung sendiri laaa kan. sakit mata..sakit tinga ni...ok lg ni. lantak laaa kan. menyampah tu pendam je sorang2. hahahahahahhaha. just nak luahkan je ni. :)

Friday, 17 June 2011

masak memasak

semalam cik kiah memasak sakan kat rumah. buat gulai ikan bawal tambak tak cukup inci. hahahahhahahha. dah byk hari teringin nak buat gulai ikan. jemu laaa asyik2 makan udang...sambal tumis udang, gulai udang, tomyam udang, cucur udang, masak kicap udang, udang goreng, masak sos udang, jemu gila dah. sbb tiap2 hari suamiku akan bawa balik udang. udang putih..kaki kaler merah. udang laut. kalau kat market taman selamat BM..udang yg dia selalu bawa balik tu harganya rm33 sekilo. sama spesis dan sama saiz. mahal gila. padahal harga yg ditolak oleh nelayan kat org tgh cuma rm18 atau rm20 sekilo. mahal kan? untung atas angin. ok laaa...cerita bab ikan bawal tambak tak cukup inci tu. semalam pi market dgn suamiku...tiba2 berkenan kat ikan tu. sekilo rm36. tp cik kiah beli 2 ekor je. rm36 tu kira murah laa utk bawal tambak yg tak cukup inci. knp kata tak cukup inci? hahahhahah. selalunya cina2 suka beli bawal tambak sbb depa suka masak stim bawal tambak. tau rupa bawal tambak? rupa seakan2 bawal putih..tp ada gelap sikit kat bdn dia. sat naaa..cik kiah ada gambar ikan yg beli semalam sebelum digulaikan.
tu ha..yg 2 ekor tu adalah bawal tambak. sedap ikan ni. tp agak mahal laa. kalau nak rasa...selalunya cik kiah beli kat market tmn selamat. selalu ada kat situ. apek jual ikan tu pernah bg resepi kat cik kiah utk stim ikan bawal tambak. dia kata kena letak halia byk. ok..knp kata tak cukup inci. suamiku laaa. dia kata kalau yg cukup inci tu...maksudnya yg besar sikit dari yg dlm gambar tu...yg berat tu agak2 dlm 800g atau 1kg. itu boleh dpt dlm rm60 sekilo. yg itu yg sedap..lagi cantik utk buat stim. sbb molek je kalau letak dlm pinggan bujur tu...selalunya apek2 kan letak ikan stim sekor2 time hidang. ermmm..yg 4 ekor ikan lagi tu yg dlm gmbr tu...ikan belanak. pegnen belaka ikan tu. hahahahhaha. bertelur. patut laa cik kiah tgk besar lain mcm je. siang2 tgk rupa2nya ada telur. suamiku kata patutnya bkn musim belanak pegnen lg ni...tp ni mesti kes kawin tak ikut musim. hahahhahahahha. mcm kita laaa kan...musim kawin tu...pakat kawin ramai2 lepas tu pakat ramai2 bersalin kat spital. hahahahhahahha. ok...tgk ni...

ni adalah adunan rempah yg akan digulaikan. cik kiah mmg sengaja letak lada hitam lebih sikit. ini laaa yg cik kiah selalu ckp..kami suka buat adunan rempah sendiri. lepas tu mesin hancur dan buat gulai mcm biasa.

bawang utk tumis dan utk mesin hancur sekali dgn rempah td.
ini time rempah dah masak...dah keluar minyak...terus masukkan ikan. comei kan kaler ikan tu. nampak lazat je...gambar lepas ni lg lazat...cuba tgk...hahahahhahahhaha.

dah siap...sengaja biarkan kepala ikan tu bg nampak mcm ikan tu tgh cari udara. hahahhahaha. lazat kan. masa ni cik kiah dah terketar2 tgn dah...dah lapar gila. rasa nak ngap terus je. masa dok masak2 ni juga..ada wanita ngandung kat putrajaya dok msg tanya resepi buat ikan belah belakang dgn ayam masak merah stail mak ngah dia. along laaa tu...berkali2 msg tanya resepi. jenuh cik kiah yg tak brp handal memasak ni dok bg resepi. dia tak pula call mak dia tanya resepi. hahahhahah. sbr saja laaa. nak tgk rupa masak merah dia? dia msg lepas dah siap masak. rupa tu agak menjd laaa..tak tau rasanya mcmana. hahhahahahha.

mak ngah dia selalu laa masak ayam mcm ni. dah jd kegemaran kami dah. along kata dia tiba2 rasa teringin sgt nak mkn masak ni..nak balik kg...jauh sgt. tu try buat sendiri. masak ni guna cabai idup. buh santan. sedap ni.


Wednesday, 15 June 2011

beg roda

kisahnya balik kampung br ni..kakak cik kiah dok mengemas rumah. dia nak buang dah semua beg2 lama anak2 dia. tiba2 si zulaikha dgn yusuf berkenan kat 2 ketul beg buruk. biasa laa..satunya beg ultramen...satu lg beg princess. apa lagi..dok heret laa beg buruk tu sampai laaa heret bawa balik alma. kesian tgk. pg senin tu siap nak bawa pi sekolah lg. cik kiah janji ni...tak yah laa bawa..nanti mak beli br. tgk2 ptg tu mak depa tak beli juga beg br. apa lg..zulaikha mengamuk laaa. nak beg br. ermm..sbr saja laa. sepanjang jln dr perda balik alma..dia dok menangis nak beg br. ermm..last2...
 pi laa juga beli beg kat depa. ni beg kat dlm beg plastik. tepi tu bantal busuk yusuf. mmg busuk laa bantal busuk dia. nama pun bantal busuk. hahhahahhah



ni ha beg depa. dah siap tulis nama tu. sebenarnya abg nak ultramen. tp tak ada pula jual. ni pun jenuh cari. nak yg kecik lg. tp tak ada dah. beli gak laa yg ni. takut nanti dok mengamuk dlm keta lg. hahhahahhaha. ok laa..ada gak citarasa beg si minah ketot tu. bkn apa..dia tu jenis ganas. tak sangka pula berkenan dgn objek pink ni. hahhahahhaha. nama pun pompuan kan. kena syukur gak laa dia berkenan kat objek2 pink mcm ni.

Tuesday, 14 June 2011

mood kureng best...

pg ni angin tak brp ok. rasa nak marah2 saja. angin nak marah tu dr ptg smlm lg. eeeeeeeeeeeeeee..rasa nak marah betul. berlarutan pulak sampai pg ni. kesian kat budak2 pk..asyik kena marah pg2 ni. hahahhahahha. dah kena marah tu...masing2 mcm takut2 dah. hahahhahhahah. bertanduk jugak ni. sbr saja laa. ok laa. cik kiah nak keluar pi survey buku kat anak2 ku. kan dah berazam baru. hhahhahahhahahah. menjadi ke azam ku tu nanti. haiyaaaaaaa...wa bu chi tau maaaaa. wo shenbing looo. hahahhahahahha. haiyaaa.

mengajar...

cik kiah dr mlm td dok fikir2...byk fikir ni. hahahhahahah. sampai rasa nak bersepai dah otak ni. ok laaa..cik kiah dah rasa mcm terkeluar dah dr kotak sikit. br laa dpt bernafas dgn ok...sikit je br. td lepas ni cik kiah mesti berjaga2 laaa jgn sampai tersepit lg dlm kotak. hahhahahhahah. serik. ok laa..hari ni cik kiah berazam...ermmm..berazam. dah lama  tak berazam ni..cik kiah fikir nak tumpukan perhatian kpn pelajaran anak2 ku laa pulak. dok jln2 tgk kat web...kaedah mengajar anak2 membaca. kata cikgu...tp tang mengajar anak2 membaca..hampeh! angin betul time mengajar depa. rasa nak lempang je..ok laa..lepas ni kena kawal sikit rasa nak lempang tu. ada satu buku yg cik kiah tgk...

Monday, 13 June 2011

lawak

cik kiah terbaca ni..agak menarik dan kelakar. tp jgn fikir dr aspek negatif dan kuning tu dah laaa. fikir kelakar je tau...hahahhahhahahah.

mcm2 perisa

nak cerita

cik kiah tak pernah pun amalkan letak bedak talkum kat anak2. jenis pemalas kan. hahhahahhaha. sebenarnya...masa br2 dpt baby..mak cik kiah ckp..jgn letak bedak talkum kat anak..kulit baby sensitif..dia suruh buh bedak sejuk saja. tempek laa bedak sejuk kalau anak2 jd ruam ke apa. senang. losyen baby pun..bila baby dah besar sikit br laa cik kiah letak. dah besar sikit...cik kiah jarang gak buh bedak kat anak2. malas. utk stok kat sekolah pun jarang bg kat cikgu depa. anak2 cik kiah jarang laa berbedak. kat rumah ada tak bedak? ermmmm..ada..tp jarang2 terbiar nampak kat mata anak2. sbb depa suka laaa sgt main dgn bedak. jap lg penuh gebu jdnya lantai rumah. baik tak yah ada. ermmm..mak nye..berbedak tak? nak cerita ni...mak nye...dah jarang berbedak gak. start ngandung kat yusuf..cik kiah tak leh bau bedak. bau lipstik..bau pewangi. sampai laa skrg ni dah tak ada dlm beg tangan dah. dah jarang guna. sbb tu laa skrg ni muka tak ada kaler2 dah. pucat je semedang. malas nak tenyeh2 lipstik ke apa. ermmm...satu lg amalan yg cik kiah jarang buat...buh bedak kat baby masa nak pakai pampers. hahahahahha. buh kat pitpit ke potpot ke...jarang sgt dibubuh. apa barang letak bedak2 ni. hahahahhaha.

dok amal ke?

Bahaya bedak talkum


Amaran! 

Penggunaan bedak talkum boleh mengundang maut atau pelbagai penyakit termasuk kanser ovari.


Ini kerana bahan utama bedak talkum mengandungi magnesium silicate hydroxide atau dikenali sebagai talc yang juga ramuan utama dalam bedak bayi, bedak berubat dan bedak wangi untuk tubuh termasuk yang berjenama terkenal.
Bahaya di sebalik penggunaan bedak talkum mengandungi talc iaitu bahan beracun yang zarahnya menyebabkan tumor dalam ovari dan paru-paru itu didedahkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini.
Sehubungan itu, CAP menggesa Kementerian Kesihatan supaya meletakkan tanda amaran ke atas produk mengandungi talc dan menghentikan pemasaran bedak bayi mengandungi bahan itu.


Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, beberapa kajian menemui zarah-zarah talc dalam tumor ovari wanita dan penghidap didapati kerap menyapu bedak talkum pada alat sulit mereka berbanding wanita sihat.
Menurutnya, zarah talc boleh sampai ke sistem pembiakan dan terbenam dalam lapisan ovari.
Tambahnya, penemuan terbaru mendedahkan, wanita yang memakai bedak talkum 40 peratus lebih berisiko menghidap kanser ovari.


"Satu kajian dari Sekolah Perubatan Harvard di Boston membuktikan pemakaian talkum walaupun seminggu sekali menambahkan risiko kanser ovari 36 peratus dan 41 peratus kepada mereka yang memakainya setiap hari.
"Kanser ovari diketahui boleh membawa maut. Ia menyerang secara senyap berikutan berkembang secara perlahan-lahan dan apabila dikesan ia sudah sampai peringkat akhir," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Mengulas lanjut, katanya, penggunaa talkum dipercayai boleh menyerang paru-paru dan sistem pernafasan kerana talc gred industri mengandungi silika dan asbestos.
Tambahnya, debu putih halus daripada talc boleh berterbangan dibawa udara dan ia pula boleh disedut bayi atau sesiapa saja yang menghidunya.
Jelas beliau, bayi yang menghidu bahan tersebut terdedah kepada masalah laluan udara membengkak lalu menyebabkan pneumonia.
"
Pengguna dinasihatkan memakai bedak diperbuat daripada tepung jagung atau tepung beras.
"Ibu-ibu pula digalak guna minyak sapu, bukannya bedak talkum bagi mengatasi masalah ruam kulit bayi," ujarnya.

student pk

2 3 menjak ni jd tersentuh hati dgn budak2 pk ni. tah laa knp. semua tu student ske tu...ter'pk' hahahahhaha. sbb cik kiah laa pulak. tp bila tgk mcm ada perubahan sikap depa...dok pulun laa mai buat latihan dgn cik kiah la ni. jd kesian laa pulak. pdhal 'pk' je laa. kan 'pk'...paham2 laa pk ni mcmana. ermmm..rasa something laa juga. kuch kuch hota hai laa pulak. hahahhahahah.

Friday, 10 June 2011

menghina islam ni...cuba tgk...

cik kiah dpt ni kat satu blog tu...cer baca tgk....cik kiah tak pernah laaa main game ni tp dah kalau menhina tu..tak yah laa terfikir langsung nak cuba main...




GAMES YANG MENHINA ISLAM (WAJIB BACA)


1) Devil May Cry 3

KUALA LUMPUR: Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.

Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.

Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.

Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.










Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata dan yang membukakan pintu tersebut adalah karaker c.g.i. yang telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yang sememangnya Islam melarang amalan itu.

Ayat karaker c.g.i. itu ada membaca ayat, kalau tak silap lebih kurang begini permulaannya.

(Diterjemahkan dalam bahasa Melayu)
"wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"

dan karaker itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. Kalau tak silap kitab bible. Pasal di akhir scene karaker tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible.

"Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan akhir sekali Envy".







Dibandingkan dengan Pintu Kaabah yang sebenar. Sama kan?


2) Clive Barker Undying





Permainan ini mengisahkan tentang perlawanan dengan syaitan. Tetapi ianya menggambarkan dalam istana yang diduduki syaitan itu terdapatnama-nama Allah di dinding istana tersebut. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa sesiapa yang menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan.








Berita mengenai permainan ini dirampas:
Permainan Undying dirampas kerana hina Islam

PERISIAN permainan komputer Clive Barker, Undying telah dirampas dalam operasi di sebuah pusat beli-belah di Kelang baru-baru ini kerana memaparkan beberapa perkataan dipercayai dipetik daripada al-Quran. Penolong Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Abdul Malek Ramli, berkata pihaknya merampas 50 keping cakera padat dari tiga premis di pusat beli-belah itu, hasil maklumat orang awam. Permainan itu mengisahkan watak utama, Clive Baker mengunjungi istana yang penuh ukiran artistik bercorak Islam termasuk ayat Al-Quran, yang dikuasai hantu dan syaitan.

Pemain permainan itu, menerusi watak Clive Baker perlu membunuh semua hantu dan syaitan bagi memperolehi sejenis tangkal bagi menghidupkan semula pemilik istana. Dalam laporan eMedia/Berita Harian yang disiarkan baru-baru ini Abdul Malek berkata, perisian cakera padat dipercayai cetak rompak yang dijual dengan harga RM10 itu, menggambarkan seolah-olah Islam berkompromi dengan syaitan.

Jika terbeli, beliau berkata, ibu bapa beragama Islam dinasihati memulangkan cakera padat itu kepada JAIS kerana ia boleh menpengaruhi kanak-kanak, selain menyalahi undang-undang.

Mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, mana-mana orang Islam yang memiliki, menyimpan atau menjual bahan menghina Islam boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda RM5,000 ataupun kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Hukuman bagi orang bukan Islam yang terbukti menyimpan, menjual atau memiliki bahan itu, akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri.

Abdul Malek berkata, JAIS juga menerima dakwaan orang awam mengatakan, perkataan Allah dalam abjad jawi, timbul setiap kali Clive membunuh syaitan tertentu. “Jais masih menjalankan siasatan lanjut mengenai perisian itu dan ia mungkin mengambil masa tetapi serbuan terhadap premis lain akan dibuat secepat mungkin,” katanya.

3) Zack And Wiki






Luahan dari seorang gamer Wii:
Sebagai Avid seorang gamer Wii, saya sedang melihat trailer video game ini dan beberapa gameplay dari Zack and Wiki. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga Muslim dan melawat Pakistan beberapa kali. Oleh kerana itu, saya boleh mengatakan bahawa pada minit ke 0:20 dan 0:44 saat dalam video ini, anda boleh mendengar penghuni pulau sedang berdoa dengan suara panggilan Muslim untuk berdoa, "Allahu Akbar", dan kemudian meniru cara doa. Aneh dan agak mengerikan, saya sangat berharap laungan itu bersifat sementara sebelum diganti ke suara lain. Walaubagaimanapun, mengapa game tersebut dapat tempat pertama di sana?

Note: Korang boleh dengar laungan "Allahu Akbar" pada minit ke 0:20 & 0:44 pada video dibawah.





Tindakan yang dibuat:
The Council of American-Islamic Relations (CAIR) has announced that Capcom has removed what CAIR calls a "common Islamic phrase" from Zack & Wiki: Quest for Barbaros' Treasure on the Wii. The phrase's removal comes following complaints from CAIR and others.

The phrase in question is "Allahu akbar" ("God is most Great"), an Arab phrase frequently used in prayer. The phrase came to CAIR and several complainants' attention after it appeared in a promotional video for the game.

A Capcom representative told CAIR, "We have already contacted the team working on the game, and the phrase has been removed from the game and will not be heard in future videos released to the public."

"We appreciated Capcom's willingness to address Muslim concerns about the use of a religious phrase in an inappropriate context and applaud the company's swift response.

4) Prince Of Persia





Prince Of Persia Pedang pada watak tu ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic yang diatasnya ditulis,"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)






"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar" (Surah Al- Ahzab:71)

Jika kita main game ini bermaksud kita juga menyokong apa yang mereka cuba sampaikan dan mereka lakukan; jadi semoga dapat disampaikan kepada saudara-saudara kita di luar sana.

5) Counter Strike Condition Zero Deleted Scenes






Counter Strike Condition Zero Deleted First Stage dia. Kita kena tembak dengan askar-askar yang beragama Islam. Kalau kita sedar, masa kita tembak tu kita boleh dengar askar yang kena tembak menjerit "ALLAHUAKBAR" & "JIHADD".

6) Stronghold Crusader






Tidak cukup dengan karikatur dan filem pendek Fitna yang menghina kesucian Islam. Datang pula game komputer yang menghina kalimah Allah SWT. Kali ini game Guitar Hero 3 telah menghina kalimah Allah SWT. Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.




Lihatlah bagaimana paparan kalimah Allah ini telah dijadikan paparan lantai dan kemudian dipijak-pijak oleh makhluk yang berupa “syaitan” bermain gitar. Sungguh biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dimiliki oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.





Jika kita tidak teliti, kita tidak akan perasan paparan kalimah Allah SWT ini. Pada sesiapa yang melihat permainan komputer ini sila uninstall game ini. Sungguh halus permainan golongan Yahudi dan Nasara untuk menyesatkan orang Islam. Waspadalah kita sebelum membeli mana-mana permainan komputer.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia
Ada 2 kemungkinan di sini.

a) Penghinaan Senyap

Memang sengaja menyelitkan unsur penghinaan.

b) Zodiak Virgo
Jika zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah, maka jadilah seperti bentuk dalam gambar tadi.


[Image: 50px-Virgo.png]
Zodiak Virgo:



[Image: Copy+of+50px-Virgo.png]
Zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah:

Adakah simbol di dalam video game ini hanyalah zodiak Virgo yang terbalik atau memang sengaja menghina Islam?

8) Resident Evil 4






Ni dia lagi 1 game yang menghina Islam iaitu Resident Evil 4. Resident Evil 4 merupakan game berdasarkan bahayanya biologi iaitu virus dan zombie. Ringkasnya, misi game ini adalah untuk menyelamatkan anak presiden Amerika yang diculik oleh kumpulan yang bernama "Los Illuminados".

Los Illuminados bermaksud “The Illuminated!”

Gambar berikutnya adalah lambang illuminati pada game tersebut.







Lambang illuminati pada loket atau tangkal tersebut






Screenshot dari gameplay Resident Evil 4







Zoom pada pintu tersebut

Korang perasan tak apa yang tak kena dengan gambar di atas?. Agak-agak korang macam pernah nampak tak?

Kalau korang nak tahu itulah pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi, Madina. Macam mana boleh sesat dalam game ni pulak!!!.






Pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi

Apa yang lebih teruk lagi ialah pintu tersebut telah di Illuminati kan!!!. Lihat gambar di bawah ini.







Perbezaan pintu dalam game dengan realiti







Selepas meletakkan logo illuminti game tersebut





Memang melampau lah dorang ni!!!. Game ini turut dikeluarkan oleh CAPCOM sama dengan Devil May Cry. XLAWS pun tak taw la apa orang Jepun ni tak puas hati dengan orang Islam. Macam dah takde benda lain nak letak.


Kepada korang yang telah membaca post ni harap sebarkan pada keluarga, kawan-kawan dan orang Muslim yang lain secepat mungkin!.
Kesimpulannya, semua orang Islam diharamkan main games yang mempunyai unsur menghina agama-agama di dunia. Orang Islam haram main games yang ada unsur menghina agama Islam, hina agama Kristian, hina agama Yahudi, hina agama Buddha,hina agama Hindu, dan lain-lain fahaman dan kepercayaan yang berunsur keagamaan.


Kalau kita main juga, bermakna kita telah menghina agama-agama berkenaan dan bersubahat dengan penghina agama itu. Itu juga bermakna kita telah melanggar perintah Nabi Muhammad SAW.


Nabi kita Muhammad SAW melarang umatnya daripada menghina agama Islam dan semua agama yang ada di muka bumi ini. Orang Islam dilarang dan diharamkan daripada menghina agama lain.