Monday, 20 February 2012

balik kampung

weekend baru ni cik kiah balik kampung. rasanya dkt sebulan jugak laa cik kiah tak balik. balik kampung kali ni sbb ada kenduri..

sambutan maulidurasul dan kenduri arwah..cer tgk kad tu betul2. ahhahahha. majlis tu adalah anjuran AJK sembang petang. kan ptg2 selalunya warga tua kat kampung akan lepak2 dgn geng. sembang2 dan muncul laaa idea nak adakan majlis ni. sebenarnya tahun lepas pun dah pernah adakah majlis mcm ni. tahun lepas buat pada hari maulud nabi. tahun ni buat lewat sikit. tp tetap meriah jugak. jd mcm karnival pulak sbb ada pameran dr PDRM dan Pejabat Kesihatan. cik kiah sampai kat tempat kenduri pukul 11 pagi. punya laa awal. org pun tak sempat nak hidangkan makanan lagi..cik kiah terlupa pulak nak bawa N8 masa tu. so tak ada laa gmbr. cuma bleh copy kat blog cik ani saja..tgk sikit..


itu khemah utk pameran kesihatan dan PDRM. mcm2 ada. pistol tiruan, senapang tiruan, jenis2 dadah..asal-usul dadah..masa tu br laa pertama kali dpt tgk actual syabu, heroin dan mcm2 lagi. yg kesihatan pulak ada ni...

nyamuk tiruan..ada 2 ekor. hahhahaha. siap ada actual telur nyamuk. penduduk kampung pun mcm sporting...pi ronda kat khemah tu..siap dok tanya2 soalan. jenuh gak laa uncle polis tu nak menjawab soalan. hahahhahah
ok..menu yg dihidangkan pulak mcm2 semua ditaja oleh penduduk sekitar. turut dikorbankan ada sekor lembu yg bernilai RM2600. hebatkan. mana dpt duit tu? ermm..semua penduduk setempat yg kumpul. byk gak duit depa. hahhahahahhaha. so...hari tu menu wajib bila kenduri kat sg yan...mesti laa gulai kawah. sedap siot...lepas tu ada gulai ikan tenggiri (dipancing khas oleh penduduk kampung jugak) segar dari laut. tempat pancing tu kat tuas di perairan Yan. 18 ekor ikan tenggiri yg dipancing. lepas tu ada sup daging, kerabu pelam, air asam, sambal belacan, pelbagai jenis ulam dan...rendang tok resepi cik EMBUN. hahahhahahah. sedap. meriah mcm kenduri kawin laa pulak. semua bekerjasama utk menjayakan kenduri tu. licin semua menu termasuk laaa cendoi, air kelapa dan air tebu. BEST!!

No comments:

Post a Comment