Monday, 16 January 2012

scan


nampak tak mcm bulat putih je kat gmbr scan tu yg sebelah kiri tu. ermmm..doktor tu kata itu laa cyst yg cik kiah ada tu....ermmm...rasanya masa mula2 ngandung kat yusuf dulu masa scan tu nampak ketul putih mcm tu gak laa...tp kali ni ketul yg lain pulak. ermmm..benda tu laa yg telah menyebabkan cik kiah sakit sampai menangis hari tu. sungguh dahsat sakitnya.

ice lagi

ingat tak cik kiah pernah cerita pasal aktiviti 'ice' kat kampung cik kiah dulu...http://norkiahs.blogspot.com/2011/09/ice-ice-baby.html. ermm..berita terkini yg cik kiah dpt..jiran yg selalu kawan2 'ice' dia mai lepak kat rumah dah ditangkap oleh polis. masa weekend br ni cik kiah nampak ada kereta pegawai penyiasat mai..bawa dslr..amik gmbr rumah tu. ermm..kisahnya..sbb adegan tangkap tu masa tu cik kiah tak ada kat rumah. so reporter tak bertauliah tu saja yg cerita. hahahahha. katanya polis masuk ikut jln blkg dan terus ketuk pintu dan tangkap tuan punya rumah. lepas tu tuan punya rumah tu dijadikan umpan utk panggil kawan2 dia mai berkumpul kat situ. semua jumlah individu yg ditangkap 9 org. termasuk cina. katanya cina tu laa tokey sebenar. katanya laa. pandai polis. sbb masa proses menahan umpan tu..org sekeliling pun tak sedar ada polis kat dlm rumah tu. tp jauh kat sudut hati ni cik kiah rasa kesian gak kat jiran cik kiah tu. sbb dia orgnya jenis tak kacau org. tak bawa masalah kat org lain sebelum terjebak dgn ice tu. kesian kan. siap anak2 sedara cik kiah ckp ni...kesian kat tokdak..kenapa polis tangkap tokdak. tokdak bkn org jahat. budak2 kan...tgk luaran..personaliti org tu..baik..layan depa bagus...so org tu baik laa...hal ice ke...drug ke apa ke..budak2 tak tau. pengajaran yg cik kiah dpt...usia seseorg tu bkn penentu kalau nak terjebak dgn dadah ni. kesian laa kalau terjebak. kesian kat kehidupan yg masih bersisa lagi..walaupun dah dekat separuh usia dah. kesian kan. insaf seketika. kena sentiasa berhati2 memilih kawan..takut menjerat diri.

pakar

along pulun2 dok push cik kiah suruh pi hospital jumpa doktor pakar utk cyst yg cik kiah ada tu. dia kata bahaya laa mcm2 laa..along kata takut pecah kat dlm dan bleh jadi keracunan pulak..dia laa kata. ikutkan cik kiah..nanti laa dulu. sbb tak rasa teruk sgt dah sakit..sbb ada pil tahan sakit. hahahahah. buruk perangaikan. lepas tu fikir2 betul gak apa yg along ckp. elok gak pi saja kat hospital tu. serah diri. tgk apa depa nak buat. so..pagi td awal2 cik kiah dah sampai kat hospital bm. digambarkan hospital bm kat bahagian pesakit luar tu..ramai org. ermm...terbukti ramai. sib baik cik kiah pi awal. dpt laa nombor awal. dan boleh balik awal. mula tu doktor tu suruh cek air kencing..kot ngandung ke apa. hahhahahah. apahal lak nak ngandungkan sbb br je lepas period. sbr saja laa kan. bila tgk tak ngandung terus dia refer kat pakar ginikologi. kena buat temujanji pulak. dpt tarikh bulan 2 nanti. tu dok gelak sorang2 tu..kalau kata benda tu nak pecah laa..sure dah pecah dah sbb lama sgt tunggu sampai bulan 2 nanti. sure? hahahhahahah. ckp...jaga2 sikit cik kiah. jgn cepular sgt. kot2 pecah sungguh nanti...haru. hahahahhahaha.

akad nikah

tertangguh lama dah nak masukkan clip akad nikah ni. kena buat 2 ni sbb panjang..satu yg menjadi..satu lagi yang tak sah. meh tgk..



Thursday, 12 January 2012

ovarian cyst

betul ke ejaan tu??? ermmm..semalam cik kiah sakit perut dgn jayanya masa kat ofis. tp digagahkan juga buat kelas ptg tu. lepas tu sakit tak tertahan dah terus pi klinik munirah..drive sendiri tu. hahahahha. gigih dalam kesakitan. sbr saja laa. dah tu nak harapkan siapa mai tolong?? superman? :((
keluar airmata laa jugak. sbb terlampau sakit. tak terkata. sampai kat klinik...br buka masa tu..pukul 4ptg. munirah tanya sakit apa..ckp laa sakit kat ari2. dia cdgkan scan tgk mcmana. masa dia tekan benda alah nak scan tu..sakit gila kat perut. sbr saja laa...nangis lagi cik kiah. hahahhahaahha. tgk2 dia kata ada cyst..4cm. dia bg ubat tahan sakit. kalau jd lagi cepat2 pi hospital..dia ckp. hahhahaha. tp ni lepas mkn ubat dia bg tu..rasa ok pulak. tak sakit sgt dah. bleh gelak2 dah...td tu nak jalan pun sakit..nak duduk pun sakit. nak kentut pun sakit. hahahahhahahah. ok..serius..mmg sakit. harap2 tak sakit dah laa lepas ni. ubat dia ada lagi..kalau sakit telan. dok jln2 tgk maklumat ttg ovarian cyst tu laa ni. menakutkan laaa pulak. siap dgn gmbr...adeh!! biar betik. tp cik kiah bleh je buat2 happy. tak ada masalah ni..sikit je. bkn besar pun..br 4cm. ayat penyedap hati sendiri. biar betik cik kiah...dugaan tuhan nak bg ni. aku terima..aku reda aku pasrah. nak kata apa lagi..kalau sakit kuat lagi..ikut ckp munirah..terus pi hospital. sbr saja laaa.

sarah terkini...

along suka betul bg sarah pakai legging mcm tu. tu br beli tu. cik kiah tak berkenan langsung lengging yg tebal mcm tu. kalau yg nipis mcm ni...ok laa jugak..

along kata sarah dah 6.1kg. teringat zulaikha dulu...
masa ni umur 3 bln. gedebab. hahhahaha.

taman perda indah

semalam cik kiah teman kawan tgk rumah kat bertam. taman perda indah. agak indah laa jugak. hahahhaha. ni ada gmbr...agak tergoda laa juga dgn rumah ni. harganya dlm rm120 lebih mcm tu. teres setingkat

 keluasan rumah ni 20 x 70. agak luas laa...harga pun murah. lokasi kat bertam sana nun...tp tak jauh mana pun dr poli. kawan cik kiah ni tgh mencari rumah...nak beli utk buat pelaburan jangka panjang. utk masa tua esok...mana laa tau kan...cik kiah cuma jadi peneman saja..

 dlm rumah..kami tgk show house ni..mesti laa cantik.

 kat ruang tamu.
dlm toilet kat bilik depan..letak bidai. berkenan betul cik kiah dgn bidai ni. bila laa nak membidaikan tingkap kat rumahku...
 lampu kat ruang tamu
 bilik tidur...sedap ni...redup je


 ruang makan..tepi tu ada ruang study..agak menarik laa pembahagi tu..seksi. hahhahaha


dapur...luas gak dapur ni..ya laa kan..20 x 70. sedap gak laa keluasannya. berbaloi dgn harga. tgk tu..letak bidai lagi. sakit mata betul laa tgk bidai tu. membakar smgt nak letak bidai gak kat rumahku. hahhahahhaha.
 bilik tgh..hiasan utk anak lelaki

tgk ada gmbr kereta kat dinding..yusuf suka laa kalau mcm ni...cik kiah kalau ada lagi baki gaji tiap2 bulan tu..sedap gak ada rumah mcm ni..buat pelaburan. ini..gaji pun ngam2 ho saja..mcmana kan..tgk saja laa..tp mana laa tau kot2..tergerak hati nak beli sekali dgn kawan cik kiah tu. hahhahahahha..oh no! hahhahahhah