Tuesday, 31 January 2012

baju baruku

sebenarnya dah lama siap baju ni tp mcm tak ada mood nak pakai. eh!! kalau kawan cik kiah tgk ni mesti dia gelak. sbb baju kami serupa...hahahahhahah...beli kat tempat yg sama. sbb tu kot boleh jadi kawan baik sampai skrg. sbb mempunyai citarasa yg sama. hahahhahah.
 ish!! tak nampak baju laa pulak. nampak muka besar pinggan kerang ni laa pulak. hahahhahah. sbb gemuk sudah...so muka pun dah jd besar pinggan kerang yg kat pasar mlm tu. hahahahhaha. sapa pernah pi pasar mlm tau laa pinggan yg org longgok kerang tu. hahahahahha. ok laa...serius! serius!..baju tu kaler oyen...yg kawan cik kiah tu dia buat sepasang corak oyen tu..tp cik kiah punya dgn kain jalur2 oyen..nampak lain sikit laa..tp kdg2 rasa mcm pelik pun ada gak. mcm tak masuk je...jalur2 dgn bunga2 besar ni. lantak laaa..dah jd baju pun..lagi tambah pelik dgn potongan kain ni..nyonya tu laa...org suruh buat mcm lain...siapnya jd mcm lain. lantak laa...janji bleh pakai...

kain tu jalur tu...baju ni potongan kebaya yg byk2 butang salut kat dpn. tp malangnya bdn cik kiah yg mcm tong drum ni...so..tak nampak laa kebayanya tu. hahahahha. jd agak buruk laa...dah laa terang benderang. nampak gemuk laa pulak. hahahahhah. ada kawan kata...kak kiah..pakai laa korset beautiful apa menda tah...ermmm...nak beautiful tu kena ada duitnya. hahahhahha. ini tidak adil..tidak adil...tidak adil...

Monday, 30 January 2012

kepakaran baru SARAH

Terkini sarah yg dah pandai pegang botol sendiri. tp tetap gak kena alas kat dada. hahahahhahaha. asyik bocor. mu ni serupa jante..tak rupa mek ni...nasihat kat along...mcm nurse kat klinik kesihatan...rambut panjang nanti letak sepit sikit. bg nampak rupa mek.

pomen


hari yg sibuk utk suamiku. mcm2 benda dia kena buat semalam. kisahnya...kereta mainan budak2 tu dah tak berbunyi. selalunya ada lagu..lagu yg memekakkan telinga yg boleh menaikkan tahap kemarahan mak depa. hahhahah. tp 2 3 menjak ni lagu dah tak berbunyi. so semalam suamiku tengok laaa..apahal dgn keta tu. dia kata menda apa tah yg rosak. wayar apa tah. ermmm..dpt kat minah tu...semua menda boleh rosak. hahahhaha. ganas. abg ok sikit. tak laa seganas minah ketot tu.
semalam gak tiba2 cik kiah terasa mcm nak ubah sikit kaler rumah. nak cat..mahai..tak ada budget. so..tukar curtain..tukar curtain. suamiku muncung je dgr. hahahhahaha. ha..kerja dia laa panjat2 ni...maleh laaaaa cik kiah nak panjat2. tau apa kami buat semalam...ni ha...
mula2 nak tukar yg hujung tu je jadi kaler lain. sekali...kain tu jd singkat laa pulak. so..amik je yg kaler ungu tu. dah tu...tgk2 tak match pula dgn kain kat sliding door tu..pink kan. so..kita tukar semua. hahahahahha. yg sliding pun jadi kaler krim...wah...tersangat laa lembutnya. entahlaa nak bertahan berapa lama lembut2 sgt tu. hahhahahah. tgk2 sikit hari lagi..jd kaler lain dah...tgk dekat2...



cer teka kain tu dari mana??? hahahhahahha..sebenarnya...

ini tidak adil..tidak adil...tidak adil...
itu ha...kain kelambu pengantin masa along kawin dulu tu. sbr saja laa kan. hahahahhah. sah siap pasang tu..msg kat along..ckp mak dak dah pasang curtain tu...lawa. dia balas...YO LA TU. hahahahhahahah. bengkek laaa tu. sbr ye along. ada rumah sendiri nanti...kita beli baru buh kat rumah along. hahahhahahha.

serupa..

ermm..asyik pakai baju yg sama je tiap2 minggu. hahahhahha. boringnya. sejak dua tiga menjak ni..sejak cik kiah tak berapa sihat ni...suamiku amat2 prihatin dan bersikap bersedia membantu setiap masa. selalu gak laa skrg ni dia yg meng'iron' baju kerja cik kiah. hahahhahah. dia kesian kot tgk bini dia tiap2 mlm terbungkang lena awal. hahhaha. syok gak ada org tolong iron ni. bgn pagi..ready je siap dgn baju sekolah anak2 lagi. tp malangnya...dia ni suka betul iron baju yg sama...sbb dia yg basuh baju..so dia amik je kat penyedia kat luar..dan iron...dan suruh bini dia pakai. sbr saja laa. hahahhahha. dah tu..terpaksa laa cik kiah ulang tayang baju yg sama tiap2 minggu. tak pakai nanti kot keciiiiiiiik hati. keciiiiiiiiiik hati tu tak pa lagi..takut nanti dah keciiiiiiiiiiik hati tu lepas tu tak mau iron dah. ha!! jenuh! hahahhahahha. so pakai je laa. ulang pun ulang laaaaaaaa....hahhahahahhah. buat bodoh dah laaaa kan. hahhahahha. mesti student ingat...puan ni tak byk baju ni. KESIAN....

Friday, 27 January 2012

pemandu SEKSI

ngeri dgr arahan yg last tu. hahahhahah. suara ganas.

adegan nangis nak tgk ceta kartun

adegan ptg semalam. yusuf berebut dgn M.JANG dia. lama gak dok bunyi. yg jerit marah kat dlm tu si adik. marah kat abg sbb dok menangis sgt. cik kiah dok senyap kat dlm bilik. mls layan. tp dgr laa...last2 m.jang dia naik atas. tp yusuf masih bunyi lagi...lama tu..yusuf mai ngadu kat mak dia laa juga. mai menempek kat celah ketiak mak...br senyap. kereeeeeeeeeeeeeek punya manja. kenapa ye..anak lelaki jd manja2 gitu sgt dgn mak? anak pompuan pulak...manja2 dgn ayah. terbalik ni...

baju raya baru siap

hahahhaha. apahalkan??

sebenarnya baju ni sepatutnya siap utk raya puasa hari tu. sedondon dgn baju mak dia. tp masalahnya payah betul laaa nak jahit baju tu. kain tu licin gila...menjadikan mood pun kurang utk siapkan baju tu. yg mak dia punya dok rupa kain lagi. hahahahhaha. lagi teruk. tah laa bila tahun nak siap. pagi ni zulaikha ada majlis harijadi kat sekolah. tu yg nak pakai baju lawa tu. dia tak tau...baju tu sebenarnya stok lama yg baru siap. hahhahahah.

Thursday, 26 January 2012

......

bila tah laa dpt tgk adam hazim. hahahhaha. lawak betul. org tgh syiok cuti sempena xin nian kuai le...tiba2 cik kiah dpt msg dah selamat dah. lawak. ermmm tetap tak ada mood jugak ni..nak buat camne ni? rasa nak lena saja. ofis kosong ni semua pi hospital lawat objek baru gak tu. hahhahahhah. tahniah laa kpd kawan2 yg br dpt objek baru. :)

cute

Wednesday, 25 January 2012

pilihanraya

td masuk kelas ternampak satu benda yg menarik...ni ha....
 kena undi calon yg ni...sbbnya...NAMA DIA YUSUF. hahhahhahahhaha...


kreatif gak budak2 ni...idea yg sungguh menarik.

buaya ke monyet??

hahahhahaha..salah laa..bkn lagu 3 ekor buaya. buaya tu sekor je sebenarnya. lagu yg betul mcm ni.
tiga ekor monyet
duduk atas dahan
mengejek-ngejek buaya
"eeeeeeeeeeeeeee... Tak dapat makan,
eeeeeeeeee....tak dapat makan"
buaya berjalan perlahan-lahan
"shh...."
ngap...(
menangkap seorang kanak-kanak)
buaya berjalan dalam kekenyangan...
erkkkk!! alhamdulillah..


versi yusuf dan zulaikha...yg ori rasanya mcm len sikit kot. yg cik kiah jumpa kat web mcm ni...

Sepuluh ekor monyet
duduk di atas dahan
mengejek sang buaya
" Tak dapat makan, tak dapat makan"
lalu sang buaya
"shh...."
ngap...(
menangkap seorang kanak-kanak)

lunch hari ni

time kj tak ada ni..tak terasa pulak nak berkeliaran kemana2. hahahah. pelik ni. sampaikan nak pi beli makanan pun mls. perut terasa tak selesa saja hari ni. suamiku selalu ckp..ni bkn pantang mkn ni..tp pantang nampak makanan. mcm jeruk maman hari tu...pantang ni...takut nak makan. tp sbr dan kot sehari. isnin ptg tu bedal gak sikit. terleleh betul tgk. hahahahhaha. kesannya..mlm tu menggigil sejuk. tergetar2. padan muka cik kiah.
ok..ini laa lunch cik kiah hari ni...
 ini pun patutnya tak yah laa dok gatai pi makan lagi..tp terasa teringin sgt nak makan. tu yg 'masak' td kat ofis. hahahahhahahha...beserta dgn radix...adeh!! pun sama gak..org kata kurangkan laaa kafein...tp pesakit tegar ni...payah. hahhahahah.

erkkk! buaya berjalan dalam kekeyangan...erkkkk! alhamdulillah. keratan lagu 3 ekor buaya. hahahhahhahahah.

naga

semalam sebelum balik ke BM sempat gak tgk singa..naga tu laaa kat pekan sg yan. hahhahahah. teringat zaman kanak2 dulu2 tu..dengar saja bunyi muzik naga tu..apa lagi...lari laa ke pekan..cari..best ooooooo tgk. siap ada degan lompat2..panjat2 nak dptkan angpau. kdg2 angpau tu sengaja digantung tinggi2..bg cabaran sikit kalau nak ambik. si naga td pulak siap mcm berlakon makan sayur yang digantung sekali dgn angpau. ahhahahhahha. maklumlaa rumah mak cik kiah dekat je dgn pekan sg yan. kiranya kami jd 'org pekan' laaa. hahahhahah. semalam saja galakkan anak2 cik kiah tgk naga tu. saja...buka nak suruh extreme..tap just for fun. cik kiah tak turun pun dr keta. zulaikha laa yg terlajak excited nak tgk. yusuf tak nak..takut.
gmbr tu dr jarak jauh. mls nak turun. hahahha. panas. ada 2 ekor naga. lepas masuk dlm keta..zulaikha jd mcm bertih jagung...pot pet...bercerita. sbr saja laa kan. hahhahahah. siap cerita ada org dlm naga tu. lompat2...makan sayur. SYIOK OOOOOOOOOOOOOOOO TGK NAGA. hahahhahaha. tak tahan betul dgr. nak tergelak. muncung mulut2 bercerita. betul2 teringat zaman kanak2 cik kiah dulu2. rasanya tak salah kita mengajar anak2 kita tahu ttg budaya org lain. :)

Tuesday, 24 January 2012

2 kenduri

hari ni cik kiah ada 2 rumah kenduri...satunya kat simpang 4 tasik...satu lagi kat felda sungai tiang kat pendang. eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.....tolong. satu tu kenduri rumah kawan2...satu lagi kenduri rumah sedara. yg rumah kawan2 tu dah panggil berhari2 yg lepas...satu lagi tu br je call mlm td..kenduri arwah. tp sekor lembu gak laa. mak kata elok laa pi kenduri rumah adikberadik sendiri dulu lepas tu br laa nak utamakan kenduri kawan2. ermmmm..adikberadik dulu? serik rasa. mcm hari tu...pulun beli kereta baru...kumpul duit utk jln jauh2...siapkan mental dan fizikal seluruh keluarga terutamanya suami dan anak2...sbb nak jln jauhkan. kenalaaa jaga hati dan perasaan org. tp tgk2 hasilnya...org dok ckp2 kat blkg..kata cik kiah nak bermalam kat hotel. ahhahahahah. apa kes kan. itu rumah sedara mara tu. bkn rumah kawan2. ok laaa. diringkaskan...pergi laaa mana pun janji hasilnya membahagiakan diri sendiri. bkn menyusahkan diri sendiri dan memakan diri sendiri balik.

Monday, 23 January 2012

3000 darham - sila baca hingga selesai sebelum buat gosip yeee...

tiba2 teringat cerita lama2..2 ribu darham...3 ribu darham...adegan lelong org..cerita 3 abdul. kesian kan..adik beradik sanggup tgk dilelong mcm tu. minta simpang laa jgn sampai jd mcm tu. ye laa..walaupun keluar dari perut yg sama...tp isi perut tu tetap hak milik masing2 gak..bukannya kita kerat isi perut mak kita masuk dlm bdn kita. hahhahahaha. apa kes kan. mana laa tau...
kisahnya..cik kiah terfikir pasal diri cik kiah..walaupun ada degree bagai..tp gaji ciput je..ada org lain tu..walaupun tak ada sijil SPM tp mak ai!! gaji rm3 ribu sebulan. hebatkan. dah laa tak kena bayar duit upah jaga anak..bayar duit keta tak yah..byr duit rumah tak yah byr gak. ermm..rezeki kan. ada yg lagi bahagia...tak yah belajar tinggi2 pun tp dah nasib badan dpt jodoh dgn org yg bekerjaya..si suami dpt gaji ribu2..isteri dok rumah je jaga anak2..mudah je kan. nasib gak tu. Tuhan dah tentukan rezeki, ajal, jodoh seseorg tu dah..cuma tugas kita teruskan kehidupan dgn rasa bersyukur sgt2..atas apa yg tuhan dah bagi ni. tiba2 jd Islamic laa pulak ni. semalam jd emosi sikit. biasa laa wanita. penuh dgn emosi. hari ni jd realistik sikit pulak dah. bab 3 atau 4 ribu ni..tak yah dok canang sgt laaa kalau dpt pun. lain laa kalau dpt gaji berpuluh ribuan tiap2 bln. itu br syiok sikit nak canang2 kat org. dok fikir nak letak gmbr apa..dlm ni. sbb semalam hari emosi..so tak ada gmbr laa...hari ni...pun tak ada mood nak bergambar. cuma teringat kat gmbr sarang spider. ada org kata..cik kiah sengaja buat perangkap utk org..tiba2 perangkap tu mengena kat diri sendiri. tu dok fikir2 ni selama ni cik kiah ada terbuat perangkap kat siapa ye? perangkap apa ye? adakah hasil drpd post kisah ketum tu..dah sampai ada org yg kena tangkap? adakah post pasal ice-ice baby tu...yg menyebabkan org tu kena tangkap??? kira heibat gak laaa penangan blog cik kiah ni. hahahahhahahha. heibatnya. fuyooooooooooooooooooooooooooo. ada ke...uncle2 polis yg dok tgk blog cik kiah ni? rasanya tak ada kot. sebenarnyakan tak ada niat pun dihati ni nak memerangkap sesiapa pun. just mengutarakan isi hati dan kebimbingan cik kiah dgn aktiviti yg ada disekeliling cik kiah. utk makluman semua jugak...SI POLAN YG TERLIBAT DGN KETUM TU SKRG DAH TAK MENJALANKAN BISNES TU DAH PUN. dah tak ada dah pemandangan org keluar masuk beli atau lepak sambil minum2 kat sini. dah clear. adakah disebabkan blog ni??? tak lah...sbbnya sekali tu..bapa cik kiah mengamuk...marah kat org yg dok keluar masuk tu...sebab memandu dgn laju dan berbahaya. lepas tu terus tak ada yg mai dah. ok laa kan.

aktiviti tahun baru cina

aktiviti cik kiah cuma dok kat rumah mak..jaga anak2 dan masak dan makan dan makan dan masak dan makan lagi dan tidok. hahhahahah. hari ni buat tomyam. pakai perencah adabi tu saja. keja senang. tp lain pulak dgn family cik kiah..termasuklah suamiku..siap pergi memancing lagi. mlm ke jambatan kat sedaka..jambatan pulau bunting. siang pulak ke sangkar ikan tok mat. ada depa letak gambar kalau nak tgk...klik kat sini...http://noraininoriza-nora.blogspot.com/. sekali laa dgn cik ani..cik kamariah dan cik tan. join the club. hahahhahaha. beramai2 ke sana. siap planning nak pi lagi time cuti2 nanti. lenkali pulak. :) cik kiah jugak yg tak join. alasan..anak kecik. padahal alasan sebenar dr tuan badan ni..tak brp nak rela hati nak pi sbb semulajdi mmg selalu cepat mabuk laut. baik tak yah menyusahkan diri. dok lepak rumah...lagi bagus. hahahahhaha.

Sunday, 22 January 2012

MATA

Cer teka mata siapa? hahahhaha. itu mata seorang lelaki tu. lelaki yg berambut kerinting. yg amat2 romantik. tidok malam...peluk..main2 jari kat leher...lurut kaki kat kaki mak dia..geli betul..beremang bulu roma mak dia. hahahhahahahah. sesekali tgk..ya Allah! comei gak rupanya anak aku ni. mcm siapa ya? mata tu bkn mata cik kiah...kening tu pun bkn kenin cik kiah tu..ambik mana tah semua tu. itu laa namanya Indahnya ciptanaan Tuhan. mmg laa tiap org ada mata..dan mata tu dah anak cik kiah yg punya..tentu laa cik kiah akan kata mata tu cantik..kening tu cantik. semua cantik. sapa lagi nak puji anak sendiri kan...hahhahahha. betul apa..cik kiah ckp base on pandangan cik kiah. lantak laa apa pandangan org lain. ayat kasar ni...AKU PEDULI APA! kalau sesiapa baca post ni..kena baca betul2..jgn baca skip2..langkau...dah tu buat ulasan yg bukan2...menyampah betul. sbb tu laa gamak kot jd mcm kes rita rudaini tu..org yg baca twit dia tak baca betul2...lepas tu ada pulak org yg jenis mcm along kata ada 3P(PERASAAN, PERASAN DAN PERASANGKA) maka timbul laa mcm2 isu lepas tu. tak elok ada 3P tu..tambah lagi bbrp P dan hasad dengki yg tak elok..tambah sikit perut busuk dan berniat nak memporakperandakan suasana...maksud cik kiah ni...kalau setakat nak memperakperandakan cik kiah and the family..tak yah laa dok fikir nak buat mcm tu. buat buang masa dan karan saja. buat penat saja. sbb tu laa PM dulu2 kata melayu ni mudah lupa..cer kaji tgk masa zaman kita susah2 dulu2 tu agaknya siapa laa yg dok tolong kita. ada ke makhluk dr langit mai tolong kita..kot2 ada objek hijau dari langit ke turun mai tolong kita. mau sedar laa kan. kita pun bkn senang2 menjadi senang skrg ni...ada org tu harap tuah dpt kawin dgn lelaki yg berkerjaya saja br laa dpt rasa hidup senang..ada gak mcm tu..ada tu kena dok study bertahun2 br dpt degree dan br dpt keja yg bgus. siapa terasa nasib laa kan...mengata ke ni? tak laa kan..sama2 mengata br bagus.

jeruk maman

ish! ish! lazat ni. pada sesiapa yg pernah makan dan suka dgn rasa daun ni mmg akan terleleh sikit tgk gmbr ni. sedap ni kalau letak bawang dan cabai melaka. menyambar. mau laa berpinggan2 mkn nasi. kegemaran cik kiah ni..tp kali ni tak brp nak berani mkn. daun ni sejuk. org kata kalau bdn tak brp nak sihat tu baik tak yah dok mkn laaa...ok..ni cik kiah ckp ye..bdn cik kiah yg tak brp nak ok. bkn bdn org lain. mls laa nak bercerita pasal org lain. bkn dpt untung apa pun. buat sakit hati saja. org kata kalau org masih lagi ambik tau pasal kita tu maksudnya masih ada yg prihatin dan syg kat kita. kadang2 laa..kdg2 org akan bertindak tanpa fikir logik..buat tu atas sbb apa..buat ni atas sbb apa. mcm jeruk maman ni laa..mesti masa dok buat tu..mak cik kiah fikir nak bagi family mkn. eh!! apa melalut ni pulak. hahahahha. teringat zaman sekolah dulu. cikgu kata nak jawab soalan paper pengajian am ke..paper sastera ke..paper BM ke..kalau time soalan esei tu..setiap perenggan kena ada satu isi penting, huraian dan contoh yg dpt menyokong isi kita tu. mcm tu  jugak laa dgn apa benda yg kita nak buat skrg ni...kita nak buat apa..contoh..nak buat baju..tu isi penting kita..apa tujuan nak buat baju tu...nak guna utk apa..semua kena fikir. rasanya hanya org gila dan tak waras saja yg tak pernah fikir apa tujuan setiap tindakan yg dia buat. mcm cik kiah..boleh dikatakan hobi cik kiah adalah melayari internet...jalan2..dan tgk..dan baca. sbb tu laa byk benda juga yg cik kiah tau lepas baca tu. tp cik kiah akan pastikan kalau cerita tu cik kiah minat sgt nak baca..akan ku tilok dan baca puas2. lepas tu br laa puas hati kalau nak buat ulasan dan sampaikan kat org lain pun. br ada fakta, huraian dan contoh yg betul. ada faham??

Friday, 20 January 2012

pengalaman orang lain

cik kiah jln2 kat web dan terjumpa satu blog yang menarik cerita pasal pengalaman org tu berhadapan dgn cyst..cer baca. bagus org ni..kongsi dgn org lain.
-
-
-
Sakit perut selepas urutan masih berlajutan. Akibatnya tiap kali mengadu sakit pasti kena cenggini...cuma org lain yg berleter...
-Organ dalam badan kita ni sensitif, sebab tu tak boleh kacau tempat2 yg sensitif mcm tu..
-Itu la, nak berurut takmau tanya suami dulu....

Aduhhh...ayat yg ke-2 tu ayg tersentap sikit, mmg salah ku, sebelum mengorder kak nurul mai mmg tak tanya abg dulu, dah nak pi ambik dia baru cakap.......maybe inilah akibatnya kalau dah buat salah....takkan diulang lagi benda ini.
Niat dalam hati nak berurut sekali satu badan utk abg jugak...mengetatkan mana yg longgar & menyihatkan badan...sedih sungguh niat baik dah jadi salah....apa nak buat...
Agak menghairankan jugak, berurut kali ni lain pulak jadinya...memang sgt2 musykil, pemeriksaan mesti cepat dilakukan utnutk menghentikan curiosity...


Selasa 19/1/2010 lepas kakak dihantar ke sekolah alang2 dah lalu singgah la terus buat pemeriksaan. Doktor cuma melakukan ujian air kencing, semua OK tp dia menyarankan utk dptkan 2nd opinion to O&G. Tanpa diminta MC diberi, alang2 dah MC baik pegi cek terus...hmmm bagus jugak idea dr ni.
Hati masih berbelah bagi nak pergi hari ni ke hari lain, dah petang call abg & dia setuju nak teman, tapi sebelum tel diletakkan sedas leteran diberi lagi, ayat yang sama diulang diatas...
Abg dah sampai, terus gerak, dalam kereta leteran tadi disambung lagi, sebab dah ngaku salah kudiamkan aja, menerima semua leteran & kesalahan....Setiap hari berdoa jgnlah ada benda kritikal yg terjadi. Dalam fikiran dah terbayang rahim atau ivari bengkak or worsen pecah ke...nauzubillah...
Salam dituju, malangnya Dr O&G dah balik, kona ke SMC, Alhamdulillah Dr dah ada. 1st time daftar disini, disamping berdebar2 jumlah bil yg akan diterima..(berkira gile) Ramai Dr O&G kat sini, 4 org semuanya...pilih saja. Off course pilih Dr pompuan, Dr Siti lah sbb cam glemer ja nama dia selalu disebut.
Setelah bercerita apa yg terjadi & simptom2 dihadapi pada Dr. time scan tu tiba2 dr cakap,
-Ohhh....
-Suami sila datang sini...
-Nampak tak benda bulat yg besar ni (tgn di skrin), ni ovari nih, dah besar sgt dah ni....13 cm..
Aku cakap..
-Uwaaa....
-Bahaya tak ni Dr.
Dr cakap...
-Mmg takdak cara lain selain operate..
-Terjadi bukan sebab urutan tu, maybe dah 6-7 bulan, tp bila dah berurt maybe cyst tu dah bersimpul2 dan menyebabkan rasa sakit & lebam. Nasib baik cyst tak pecah masa urutan
-In another side, sibbaik dtg cek sbb urut, kalau tidak mmg taktau dah ada cyst besar
-patut la ada bonjol besar kat perut ni (perut ku ditekan2 lagi)
-Ok kita operate Khamis ni...mcmana boleh???
Aku cakap....
-Uwaaa...(meleleh-leleh air mata terkejut + sedih + shock)
Ya.....seperti dalam mimpi, semuanya sekelip mata. Hari ni dpt tau, hari ni kena buat keputusan, lusa operate.....rasa cam nak pengsan sat dlm tu. Sibbaik abg ada masuk skali, kalo tidak torkontang-kanting keseorangn dalam tu nk buat keputusan
13 cm, lebih kurang diameter pembaris pendek tu, fuyyoo..besaq jugak tu
Ovarian Cysts


Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya ia jarang memberikan simtom atau gejala.

Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.

Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah.
Jenis-Jenis CystTerdapat beberapa jenis ovarian cyst yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakaan tidak memberikan kesan serius dan hilang dengan sendiri, tetapi ada juga cyst in boleh tumbuh dan menjadi besar dan menyebabkan ketidakselesaan. Kadang-kadang cyst boleh menyebabkan anda sukar hamil.

Follicular Cyst: Ia terbentuk dari folikel yang tidak pecah dan gagal mengeluarkan telur. Folikel ini kemudiannya akan menjadi cyst. Ia adalah cyst yang paling kerap terjadi dan jarang memberikan masalah atau komplikasi.

Corpus Luteum: Corpus luteum cysts boleh terjadi selepas folikel pecah dan mengeluarkan telur. Selepas folikel pecah, lendir dan cecair terperangkap didalam folikel yang pecah tadi menyebabkan cyst terbentuk. Cyst ini selalunya akan hilang dengan sendirinya tetapi ia boleh menjadi besar dan memberikan komplikasi seperti pendarahan , pecah (burst) atau ‘twist’ dan ini akan menyebabkan kesakitan.

Endometriomas: Endometriomas adalah cyst yang terbentuk pada mereka yang mengalami endometriosis. Ia terbentuk apabila tisu endometriosis melekat pada ovari dan darah yang terkumpul setiap bulan akan membentuk cyst pada ovari. Ia boleh menyebabkan sakit semasa seks dan haid.
Cystademas: Cystademas adalah cyst yang terbentuk dari sel pada permukaan ovari yang tumbuh dengan sendirinya. Cyst ini selalunya dipenuhi dengan cecair mukus dan boleh menjadi sangat besar.
Dermoid Cysts: Dermoid cysts juga terjadi dari sel ovari yang boleh membentuk gigi, rambut dan tisu-tisu lain. Ia agak jarang berlaku tetapi boleh menjadi besar dan menyebabkan kesakitan sekiranya ‘twisted”.
Polycystic Ovaries: Terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepas telur, gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Kemudian, lebih banyak cyst-cyst ini akan terbentuk dan memenuhi ovari.

Siapakan yang berisiko untuk mendapat cyst ini?
Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.

Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.
Gejala Ovarian Cysts
Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:
Sakit perut
Rasa perut penuh dan tak selesa
Rasa berat pada ari-ari
Sukar atau kerap kencing
Sakit semasa hubungan seks
Muntah dan loya.
Diagnosa
Diagnosa Cyst selalunya dibuat secara tidak sengaja, iaitu semasa pemeriksaan pelvis atau pemeriksaan faraj. Ovarian cyst dengan senang dapat di buat dengan mengunakkan mesin ultrasound, disamping itu, ultrasound juga boleh memberikan maklumat tentang saiz, lokasi dan kandungan cyst tersebut.

Ovarian Cyst dan masalah ketidak-suburan
Bagi kebanyakkan wanita, kehadiran cyst tidak banyak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil kerana ia selalunya kecil dan tidak akan menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekiranya anda mengalami endometriosis atau PCOS ia mungkin berkait rapat dengan masalah ketidak-suburan anda.

Rawatan
Bergantung kepada jenis cyst itu sendiri. Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk. Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita.

AWAS JANGAN TUNGGU TANDA. BUAT PEMERIKSAAN PAP SMEAR DAN UJIAN ‘VAGINAL ULTRASOUND’ SETAHUN SEKALI.

SOAL JAWAB BERSAMA DR SITI ESAH SMC
Apa beza Cyst & fibroid?
-Cyst awak pada ovari, fibroid di dalam rahim, lebih merbahaya fibroid
Kena buang ovari ke?
Ishh, awak muda lagi kalo nak buang, nanti menopause pulak, kita buang cyst saja.
(Ingat aku mau ka)
Boleh mengandung lagi tak lepas ni?
Boleh mengandung lagi sebab tak kacau rahim & tak buang ovari
Besar tak nanti luka pembedahan?
Sama macam csect baby la...
(besaq jugak nih)
Agak2 berapa kos? (soalan wajib)?
Dalam 4-5 ribu
(Nasib baik ada ING)
 

Yang dikendong selama ini...

MC dapat 30 hari, moga-moga by the time kembali bekerja nanti luka dah sembuh. Tetapi sedih sikit sebab kali ni agak kelam-kabut dan tak sempat buat preparation. Akibatnya beban yang ditanggung terpaksa digalas orang lain. Mohon maaf dipinta pada Noor Asikin & Shahirah dengan keadaan ini for Registration Dept. Juga untuk warga Averroes yg lain yang terpaksa ada keja tambahan tiba2 dek kerana diri ni. Selepas ini akan cuba dibalas sagala budi dan pertolongan yang bakal diberikan malah yang sudah diberikan.


Sekarang masih lagi berisitirehat di rumah. Kenkadang rasa macam melelong-lelong dan pening. Jalan pun pelanpelan lagi walau sakit dah kurang. Sedih sikit perihal susu terpaksa sedikit diabaikan. Maafkan ibu ye Adik. Nanti ibu dah sihat boleh minum puas-puas.

Sebelum pulang, memang dah suruh Dr. snap gambar cemana la rupa cyst yang dikendong selama lebih kurang 6-7 bulan nih. Alhamdulillah Dr Siti dgn baik hatinya dah tunjukkan dan dah bg gambar tu. Memang agak mengerikan bila dilihat. Nasib baik la tak sedar apa-apa masa tu.



Gambar ini adalah gambar sebenar & bukan di google. Tuan empunya badan tu memag adalah diriku. Kot mana kepala? Rasanya belah kiri kot. Agaknya masa ni Dr. cuba nak keluarkan cyst tu. Baru sebahagian la. Eeee...banyaknya darah.



Inilah saiz sebenar cyst bila dah dikeluarkan. Even yg ni Dr. dah pecahkan skit supaya tak payah koyak besar sgt peutku. Nampak tak cekang sgt kan banding yang tadi. Gambaq ni dah tersebar melas dah...hehehehe...
Memanglah nampak sangat mengerikan. Hakikatnya aku tak sedar apa-apa pun. Tahu-tahu saja Dr. dah kejut bangun, then kat perut rasa macam berpijar dan sakit.
Rupa cyst bila Dr dah pecahkan, dah mengecut. Air yang terkandung didalamnya. Menatang durjana ni memang dapat ditengok & dikebek real life, semua family yang meneman dah tengok. Pastu akan dihantar ke lab for test. moga-moga lab result nanti menggembirakan.
So, jangan tunggu-tunggu lagi kalau rasa sangsi. Better go & check. Scan mcm scan baby tu je. Pap smear pun tak pernah buat lagi, itu pn dah kena marah dgn Dr. Baik sakit sikit daripada nak menanggung sakit yg lg azab. Tapi kalau boleh takmo lah ada apa-apa kan.

Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan diri moga dijauhkan dari sebarang penyakit. Tapi kalau dah takdir dapat, kita perlu redha dan terima dengan seadanya. Anggaplah ini semua ujian Allah. Mungkin Allah nak menghapuskan dosa-dosa kecil dan untuk memberi peringatan pada kita.
 

rules and regulation

apa beza rules dan regulation?? ermm..teringat masa mula2 masuk itm dulu2 tu. ada satu kelas tu..subjek tak ingat dah nama apa..lecturer tu lelaki..yg putih2 tu..ainul..nama apa tu lecturer tu..tak ingat la. ada bercakap pasal rules and regulations masa dlm kelas. melalut2 cakap..masa tu tgh hangat dgn kes anwar kot. terlajak laa cakap sampai ke kes anwar..lecturer tu ckp sepatutnya student ni diberikan kebebasan utk menyuarakan pendapat. student sbg golongan yg bijak2 ni sepatutnya diberikan hak utk bersuara..maksudnya dlm kes2 yg sensitif mcm kes anwar tu laa. dia ckp lagi..sepatutnya dimansuhkan terus akta berapa tu..tak ingat dah...yg menhadkan kebebasan student utk bersuara. ermm..tiba2 dia pointkan kat cik kiah...setuju ke tak...masa tu cik kiah ckp...patut kena ada rules dan regulations tu sbg panduan...contohnya kita dlm Islam pun ada rules dan regulation..Al-Quran sbg panduan kita..mcm buku akta laa...hahahhaha...(lawak bila teringat semula)...bahkan nak solat pun kita ada rules dan regulations yang dah ditetapkan...brp rakaat...bila masanya...cara2nya. so..dlm hidup kita pun kena ada laa rules and regulation yg perlu kita ikuti...ermmm...apahalkan tiba2 teringat kat rules and regulations ni. hahahhahahah..ok..teringat lagi ni...masa tingkatan brp tah..ada sorang cikgu tu..ok..nama dia cik kiah ingat..tp takyah laa buh kat sini..masa tu dlm kelas kami ada laa gmbr PM, gmbr menteri besar..gmbr sultan ke agung ke tah..tp ada berderet laa gmbr tu..cikgu tu tiba2 komen pasal agung dan sultan..pasal PM. dia kata..pemerintah skrg ni tak mengutamakn rakyat. menindas rakyat...yg kaya makin kaya..yg miskin makin miskin. apa laaa...sepatutnya tak mcm tu. mcm2 laa dia kutuk. hahahhaha. dia siap ckp..tgk kat negara China..kerajaan dia OK. biar sama2 miskin dan sama2 kaya. bahagi sama rata. br laa ok. masa tu cik kiah duduk kat dpn sekali terus jwb..dah tu..cikgu kena laa pi duduk kat negara China. dah adil. tau apa dia jwb..saya tak nak laa pi duduk kat sana. hahahahhahah. lawak bila diingat kembali. apa motif cik kiah cerita semua ni?? entah laaa. tiba2 teringat. nak cerita. :)

Thursday, 19 January 2012

perfect ke kita?

ermm..nak komplen lagi ni...keja komplen saja. cer kata org lain komplen cik kiah buruk...tak ok..mesti muka jd tin kemek..herot laaa seketika. hahahhahah. tp tetap gak nak komplen ni. dlm keghairahan menyediakan serba serbi nampak mcm perfect saja..utk org mai audit...utk ligan status yg terbaik..mcm2 laa..cer tgk kat kelas..pi tgk ada tak pemadam papan putih kat dlm tu? jenuh mencari satu level kalau nak guna pemadam..
 ni pemandangan dlm kelas. ada nampak pemadam? takda kan? cuma ada kertas yg dah digunakan sbg pamadam(kreativiti pensarah tu..bleh dijadikan KIK tu) hahhahahhahah.

ini pulak pemadam yg terpaksa dibawa oleh pensyarah tiap kali pi kelas. pelik betul. makan ke telan ke apa pemadam tu. semedang tak ada kat kelas.

bila berpenyakit baru nak kalut

hahahhaha. sejak tau ada cyst ni..mula laa dok gerodek info kat internet. dok tanya2 org..apa nak buat dgn cyst ni. ermm..cyst ada byk jenis. mcm yg cik kiah ada ni jenis yg memberikan masalah. boleh tu tiba2 rasa sakit sgt sampai nak berjalan pun seksa. sakit kat punggung. pelik betul. mlm td pun rasa sakit sampai laa midnite. sengsara betul. so hari ni terfikir brp laa kos agaknya kalau buang cyst kat hospital swasta. ermmm..tanya tok janggut sblh ni..wife dia penah buang kat hospital metro kat sg petani...ada laa dekat2 rm6k juga. hebatkan. ada kawan sebelah ni suruh tanya kat hospital kpj juga...org kata lagi mahai. so..cik kiah pun surfing laa cari info...jumpa satu blog ni..org tu pernah buang cyst kat kpj damansara..heibat laa kos dia.
cuba besarkan imej tu...

Wednesday, 18 January 2012

lawak

ada member bg ni..cuba tgk..

benda termasuk dalam telinga

kisahnya weekend baru ni..zulaikha buat lawak. sebelum ni pernah dah dia buat lawak kat rumah kat alma ni..tiba2 dia ckp..adik buh benda ni dlm hidung..tau benda apa? ni haaa..
 nampak ada bulat kecik kat tepi tu..2 bulat tu...

kisahnya masa tu benda ni terbarai kat rumah cik kiah. terkeluar laa bulat kecik tu..jatuh kat lantai. lepas tu ayah dia pebaik elok2 dah..tak letak semula bulat kecik tu. jumpa laa kat minah ketot tu...buh kat hidung. yg tu..nampak kita tgk..tp tak leh nak cabut keluar. sbb jauh ke dalam lubang hidung dah. benda tu pulak muat2 masuk lubang hidung dia..apa lagi..panik laa kami. kalut2 pi hospital bm. berjaya dikeluarkan.
br2 ni pulak..dia buat adegan kecemasan sekali lagi. tp kali ni masa kat yan pulak. hahahhahaha. dah dkt nak senja dah masa tu. kat laman rumah kakak cik kiah. tiba2 zulaikha ckp..mak..mak..benda kat kereta ni termasuk kat telinga adik..ada kat telinga adik...tau benda apa?

 ini laa kereta mainan dia dan abg..kecik saja..tp telah berjaya mengharu birukan kami ptg tu. hahahah


 nampak tak spoiler kat blkg tu kan patah. yg patah tu laa dia kata dah masuk kat dlm telinga dia..panik ni..

tp dok fikir gak..muat ke benda tu nak masuk dlm telinga dia..besar gak tu. bila tgk kat telinga tu tak nampak pun mcm benda tu dah ada dlm tu. hahhahahha. apa2 cerita pun..baik pi hospital gak..depa ada alat bleh suluh tgk..hahahahhah. sampai kat sana..MA yg layan kami. lelaki. muda lagi..dia suluh2 dgn yakinnya ckp benda tu mmg ada kat dlm tu. sbr saja laa kan. tp bila dia nak tarik keluar tak dpt pulak. dia panggil MA sorang lagi mai tgk..MA tu kata tak nampak apa pun..tapi takpa depa kata..kita buh air bagi keluar. dkt sebotol gak buh air sembur masuk..tp tak keluar apa gak. zulaikha pulak..dr ok..sampai menangis laa...last2 si MA tadi panggil doktor. bila doktor tgk..dia ckp...SAYA TAK NAMPAK ADA BENDA APA PUN KAT DLM NI. hahahahhahahha. apa lagi..masing2 gelak berdekah2 laaa. dok ingatkan spoiler tu dah masuk dlm tu dah. hahahhahahahhahah. sbr saja laa.

Tuesday, 17 January 2012

MAZDA

baru2 ni cik kiah kecemasan pi kat hospital yan...sbbnya ada laa sbbnya. hahahah. nanti cik kiah buat cerita pasal kecemasan tu. cerita lawak. tp ni cik kiah nak cerita pasal mazda...kisahnya..masa nak balik tu..suamiku ckp...td dia ternampak kawan lama cik kiah si doktor tu. sekarang ni suamiku kata dia nampak si doktor tu bawa keta ni...
kaler ni laa. comeikan?? terleleh tgk. harga pun terleleh gak laa tgk. tak sangka..kawanku..kawan sekolahku itu berjaya dah skrg ni...tpkan...td jln2 kat dlm ni...ternampak..rupa2nya ada mazda 5 mazda 6..
fuyoooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo..heibat..yg paling cik kiah teruja tgk tu..yg ni..
fuyooooooooooo..lawa siot!! berkenannya tgk. merah ang...ang. cantik. bygkan kalau cik kiah yg drive. fuyooooooooooo..terkalik biji mata ni dok byg ni. hahhahahahhah.

JMSK KE JTMK

hahhahahhaha. tok janggut tu ofismate cik kiah tu..tgk mcm islamic saja..sekali td..ckp..ada gosip ni...terkejut laa kami semua dgr. sekali tok janggut bergosip. kononnya ada ckp2 org atasan nak 3 atau 4 org dari JMSK dalam bidang IT nak ditukarkan ke JTMK. ye kawan2...nak ditukarkan. hahhahahahha. ada kawan cik kiah ni siap ckp...kasut dekat je ni..berani sebut nama dia utk ditukarkan?? hahahha. saja je usik2 dia..tah2 nama dia yg naik. hahahahha. tak pasal2 nanti getah kasut melekat kat mulut cik kiah. naya tu. :)

Monday, 16 January 2012

scan


nampak tak mcm bulat putih je kat gmbr scan tu yg sebelah kiri tu. ermmm..doktor tu kata itu laa cyst yg cik kiah ada tu....ermmm...rasanya masa mula2 ngandung kat yusuf dulu masa scan tu nampak ketul putih mcm tu gak laa...tp kali ni ketul yg lain pulak. ermmm..benda tu laa yg telah menyebabkan cik kiah sakit sampai menangis hari tu. sungguh dahsat sakitnya.

ice lagi

ingat tak cik kiah pernah cerita pasal aktiviti 'ice' kat kampung cik kiah dulu...http://norkiahs.blogspot.com/2011/09/ice-ice-baby.html. ermm..berita terkini yg cik kiah dpt..jiran yg selalu kawan2 'ice' dia mai lepak kat rumah dah ditangkap oleh polis. masa weekend br ni cik kiah nampak ada kereta pegawai penyiasat mai..bawa dslr..amik gmbr rumah tu. ermm..kisahnya..sbb adegan tangkap tu masa tu cik kiah tak ada kat rumah. so reporter tak bertauliah tu saja yg cerita. hahahahha. katanya polis masuk ikut jln blkg dan terus ketuk pintu dan tangkap tuan punya rumah. lepas tu tuan punya rumah tu dijadikan umpan utk panggil kawan2 dia mai berkumpul kat situ. semua jumlah individu yg ditangkap 9 org. termasuk cina. katanya cina tu laa tokey sebenar. katanya laa. pandai polis. sbb masa proses menahan umpan tu..org sekeliling pun tak sedar ada polis kat dlm rumah tu. tp jauh kat sudut hati ni cik kiah rasa kesian gak kat jiran cik kiah tu. sbb dia orgnya jenis tak kacau org. tak bawa masalah kat org lain sebelum terjebak dgn ice tu. kesian kan. siap anak2 sedara cik kiah ckp ni...kesian kat tokdak..kenapa polis tangkap tokdak. tokdak bkn org jahat. budak2 kan...tgk luaran..personaliti org tu..baik..layan depa bagus...so org tu baik laa...hal ice ke...drug ke apa ke..budak2 tak tau. pengajaran yg cik kiah dpt...usia seseorg tu bkn penentu kalau nak terjebak dgn dadah ni. kesian laa kalau terjebak. kesian kat kehidupan yg masih bersisa lagi..walaupun dah dekat separuh usia dah. kesian kan. insaf seketika. kena sentiasa berhati2 memilih kawan..takut menjerat diri.

pakar

along pulun2 dok push cik kiah suruh pi hospital jumpa doktor pakar utk cyst yg cik kiah ada tu. dia kata bahaya laa mcm2 laa..along kata takut pecah kat dlm dan bleh jadi keracunan pulak..dia laa kata. ikutkan cik kiah..nanti laa dulu. sbb tak rasa teruk sgt dah sakit..sbb ada pil tahan sakit. hahahahah. buruk perangaikan. lepas tu fikir2 betul gak apa yg along ckp. elok gak pi saja kat hospital tu. serah diri. tgk apa depa nak buat. so..pagi td awal2 cik kiah dah sampai kat hospital bm. digambarkan hospital bm kat bahagian pesakit luar tu..ramai org. ermm...terbukti ramai. sib baik cik kiah pi awal. dpt laa nombor awal. dan boleh balik awal. mula tu doktor tu suruh cek air kencing..kot ngandung ke apa. hahhahahah. apahal lak nak ngandungkan sbb br je lepas period. sbr saja laa kan. bila tgk tak ngandung terus dia refer kat pakar ginikologi. kena buat temujanji pulak. dpt tarikh bulan 2 nanti. tu dok gelak sorang2 tu..kalau kata benda tu nak pecah laa..sure dah pecah dah sbb lama sgt tunggu sampai bulan 2 nanti. sure? hahahhahahah. ckp...jaga2 sikit cik kiah. jgn cepular sgt. kot2 pecah sungguh nanti...haru. hahahahhahaha.

akad nikah

tertangguh lama dah nak masukkan clip akad nikah ni. kena buat 2 ni sbb panjang..satu yg menjadi..satu lagi yang tak sah. meh tgk..



Thursday, 12 January 2012

ovarian cyst

betul ke ejaan tu??? ermmm..semalam cik kiah sakit perut dgn jayanya masa kat ofis. tp digagahkan juga buat kelas ptg tu. lepas tu sakit tak tertahan dah terus pi klinik munirah..drive sendiri tu. hahahahha. gigih dalam kesakitan. sbr saja laa. dah tu nak harapkan siapa mai tolong?? superman? :((
keluar airmata laa jugak. sbb terlampau sakit. tak terkata. sampai kat klinik...br buka masa tu..pukul 4ptg. munirah tanya sakit apa..ckp laa sakit kat ari2. dia cdgkan scan tgk mcmana. masa dia tekan benda alah nak scan tu..sakit gila kat perut. sbr saja laa...nangis lagi cik kiah. hahahhahaahha. tgk2 dia kata ada cyst..4cm. dia bg ubat tahan sakit. kalau jd lagi cepat2 pi hospital..dia ckp. hahhahaha. tp ni lepas mkn ubat dia bg tu..rasa ok pulak. tak sakit sgt dah. bleh gelak2 dah...td tu nak jalan pun sakit..nak duduk pun sakit. nak kentut pun sakit. hahahahhahahah. ok..serius..mmg sakit. harap2 tak sakit dah laa lepas ni. ubat dia ada lagi..kalau sakit telan. dok jln2 tgk maklumat ttg ovarian cyst tu laa ni. menakutkan laaa pulak. siap dgn gmbr...adeh!! biar betik. tp cik kiah bleh je buat2 happy. tak ada masalah ni..sikit je. bkn besar pun..br 4cm. ayat penyedap hati sendiri. biar betik cik kiah...dugaan tuhan nak bg ni. aku terima..aku reda aku pasrah. nak kata apa lagi..kalau sakit kuat lagi..ikut ckp munirah..terus pi hospital. sbr saja laaa.

sarah terkini...

along suka betul bg sarah pakai legging mcm tu. tu br beli tu. cik kiah tak berkenan langsung lengging yg tebal mcm tu. kalau yg nipis mcm ni...ok laa jugak..

along kata sarah dah 6.1kg. teringat zulaikha dulu...
masa ni umur 3 bln. gedebab. hahhahaha.

taman perda indah

semalam cik kiah teman kawan tgk rumah kat bertam. taman perda indah. agak indah laa jugak. hahahhaha. ni ada gmbr...agak tergoda laa juga dgn rumah ni. harganya dlm rm120 lebih mcm tu. teres setingkat

 keluasan rumah ni 20 x 70. agak luas laa...harga pun murah. lokasi kat bertam sana nun...tp tak jauh mana pun dr poli. kawan cik kiah ni tgh mencari rumah...nak beli utk buat pelaburan jangka panjang. utk masa tua esok...mana laa tau kan...cik kiah cuma jadi peneman saja..

 dlm rumah..kami tgk show house ni..mesti laa cantik.

 kat ruang tamu.
dlm toilet kat bilik depan..letak bidai. berkenan betul cik kiah dgn bidai ni. bila laa nak membidaikan tingkap kat rumahku...
 lampu kat ruang tamu
 bilik tidur...sedap ni...redup je


 ruang makan..tepi tu ada ruang study..agak menarik laa pembahagi tu..seksi. hahhahaha


dapur...luas gak dapur ni..ya laa kan..20 x 70. sedap gak laa keluasannya. berbaloi dgn harga. tgk tu..letak bidai lagi. sakit mata betul laa tgk bidai tu. membakar smgt nak letak bidai gak kat rumahku. hahhahahhaha.
 bilik tgh..hiasan utk anak lelaki

tgk ada gmbr kereta kat dinding..yusuf suka laa kalau mcm ni...cik kiah kalau ada lagi baki gaji tiap2 bulan tu..sedap gak ada rumah mcm ni..buat pelaburan. ini..gaji pun ngam2 ho saja..mcmana kan..tgk saja laa..tp mana laa tau kot2..tergerak hati nak beli sekali dgn kawan cik kiah tu. hahhahahahha..oh no! hahhahahhah