Friday, 26 August 2011

cerita lawak kakak kj

Dear staffs,

Nak citer sikit.....peraturan adalah penting utk jaga keselamatan ....termasuklah peraturan di jalan raya. Jadi bila lampu merah kita kena berhenti.
Tapi cuba pikirlah....kalau tak de kereta kiri, kanan dan depan you rasa macam mana nak tunggu sampai ½ minit. So apa yg berlaku pagi tadi saya keluar jam 7.10.
Lampu trafik... merah... saya teruslah sebab tak de kereta nak langgut tunggu shingga hijau rasa sgt2 tak praktikal. Tuan/puan rasa peraturan ketika dan masa itu sesuai tak.....tak sesuai langsung pihak berkuasa kenalah pikir utk guna sensor ke atau setkan lampu tu berkelip-kelip kuning...tanda berhati-hati tapi x de kereta boleh jalanlah.
Nak jadi citer...... saya kena ditahan polis sebaik saje lepas lampu merah. “ Tuan minta maaf tuan......”,saya.  “ Jangan buat macam ni, ops jalan cikgu nanti kena rm300 ....”, polis.
Alhamdulillah saya selamat tak kena saman – duit tu boleh jadi duit rayalah.....hehehe.

So the moral of the story kita kenalah ikut peraturan, baik di jalanraya atau apa saje......asalkan ianya tidak mensyirikkan Allah.
Ohhh.. kalau kita nak minta ubah sensor tu pagi-pagi berkelip kuning kat siapa ye.......

Thursday, 25 August 2011

jalan2 tgk langsir

ermm..br2 ni ke rumah kawan cik kiah. sesaja. jalan2. tgk baju raya dia..semua anak beranak kaler sama. bertema. apa tema cik kiah pulak ye? hahahahhaha. tak bertema. suamiku tu bkn jenis yg suka bergaya. seingat cik kiah...selama kami kawin ni...baru sekali pernah bertema. coklat. laki bini kaler coklat. sekali tu saja. siap tempah baju melayu utk dia. lepas tu...dia bg alasan..tak yah laa beli baju melayu dah..yg lama tu bleh pakai lagi. dia mmg mcm tu. mls nak bergaya. bini dia pun dah terikut2 dgn dia dah. tambah lagi dgn body berlapis2 ni..tak ada dah baju kebaya ke fesyen2 ke. sorry laa..tak sesuai dah. hahahhaha. cuma 2 3 menjak ni suka melilit. tu je.
ok...ok. berbalik cerita jln2 kat rumah kawan tu td. yg paling menarik perhatian cik kiah adalah curtain dia. sat nak tunjuk gmbr.

tak clear sgt gmbr. tp agak menarik laa utk dilihat pd mata cik kiah laa. sbb simple saja gayanya. 3 lapis. tp yg lapis bawah sekali tu cuma beli kat kedai DIY je. murah. adeh!! dia jahit sendiri tu yg lagi 2 lapis atas tu. geram tgk. bila tah laa cik kiah nak ada mood jahit curtain ni. curtain kat bilik kat alma tu tak pernah bertukar sedari pindah rumah dulu tu lagi. hahahahhahah. lama dah tu. siap ada rumah spider dah..bkn setakat sarang spider...siap buat rumah dah spider tu. hahhahahahhaha.

nak raya dah...

lagi beberapa hari saja lagi dah nak raya dah. nak balik rumah mana kali ni? apa? rumah kat alma saja??? oh! tidak!!! tak kan nak raya dgn apek dan nyonya2 tu saja kot? oh! tidak!! tak mungkin. hahhahahaha. sebenarnya...nak cerita ni. perut busuk cik kiah tiap2 kali nak raya..tak kisah laa raya haji ke raya posa ke...tektiknya sama je. cik kiah tak pernah ambik cuti lama2. hahahahhaha. alasan?? sbb perut tak elok laaa. kalau ada cuti lama2...nanti kena dok pi mai pi mai. sat rumah sana..sana rumah sini. letih. alasan belaka tu. sebenarnya tentulaa kita lebih suka nak raya kat rumah family kita. rumah mak kita. ye tak?? semua org mcm tu laa. mana ada yg rela hati suka2 hati mau nak raya kat rumah org lain. ada ke???
ermmm..so taktik cik kiah..tak yah ambik cuti. balik saja kat rumah mak kita. hahahhahha. lepas tu time nak balik raya kat rumah dia pulak...bg alasan..MANA ADA CUTI NI. KENA KEJA. hahahhahahhahahha. jin bertanduk sudah mari. hahahahhahahhahahahhahahah.

Wednesday, 24 August 2011

telur ayam

teringat nak bercerita pasai telur ayam pulak...last week ada cik kiah suruh suamiku belikan telur ayam 10 biji. balik tu suamiku letak telur tu kat atas meja makan. lepas tu cik kiah goreng 2 biji. lepas tu bila tgk balik...telur tu makin luak. nak tau ke mana hilangnya telur tu?? hahhahahhaha. yusuf amik. siap pecahkan buh dlm beg mainan dia. ermm..apa lagi. terkejut laa mak dia tgk. marah2 ni. tp tak pukul laaa. cuma tanya kat dia...telur ni bahan mainan ke abg?? mcm laa si anak faham soalan mak dia tu. hahahahhaha. yusuf cuma terkebil2 biji mata pandang cik kiah. nampak blur saja. tak faham soalan mak dia. hahahahhaha. ok laaa..lepas tu...
2 3 hari lepas..bila nak masuk keta saja time pagi2 tu berbau something kat dlm keta. bau busuk. dok cari2 tak jumpa apa laa bau tu. lepas tu balik sekolah smlm zulaikha cerita dulu..mak..mak..abg kan kena marah dgn cikgu. tanya laa knp kena marah. adik kata..sbb abg letak gel abg kat tgn kawan dia. habis tgn kawan dia busuk. cikgu marah laa. cik kiah dok fikir2 gak knp laa pulak gel tu nak busuk. patutnya wangi laa. bgn tido pg2 td utk sahur..berbau pulak kat dlm bilik. busuk masam. dok cari laa kami ni. apa laa yg berbau. selak sana selak sini. last2 tau apa yg busuk??



dlm poket beg sekolah yusuf..dia pecahkan telur lagi. siap berulat dah. sbr saja laa. patut laa berbau berhari2 dah dalam keta. hahahhahahha. ermm..nak marah..tak sesuai kot awal2 pagi sgt...tp cik kiah teringat sesuatu...yusuf sama mcm mak dia. suka buat eksperimen. hahahhahahah. cik kiah dulu2 pun pernah gak buat eksperimen goreng telur kura2. hahahahhaha...kan cik kiah pernah cerita dlm post ni..http://norkiahs.blogspot.com/2011/04/mendidik-anak2.html tu laaa..tak leh nak marah...kena ingat balik kita dulu2 tu mcmana. hahahahhahahah. insaf seketika

merah mata

ermm..merah mata seketika lepas tgk blog sepupu cik kiah. sbr saja laa. last week semasa kakak dia mai kat rumah mak cik kiah pun..kami dah merah mata dah. tak terkata apa. bulan posa ni tambah lagi laa time dekat2 nak raya ni...mesti laa kita akan teringat kat org yg dah tiada. cik kiah tak pernah lagi kehilangan org yg paling dekat. mcm arwah tok..arwah wan..tu mmg dekat. tp dlm sebulan tu dah ok. tak pernah lagi kehilangan mak..pak..tak bleh nak kata mcmana. cuma sejak ketiadaan Lini..selalu gak tersasul. ermmm..tersasul nak dail number telefon dia time susah hati. tersasul sebut nama dia. teringat lawak jenaka dia. ermmm. itu br kawan baik. belum mak atau pak lagi tu. apa2 pun..cik kiah harap sepupu cik kiah tu dpt tabahkan diri. pak sedara cik kiah tu akan tabahkan diri..jaga kesihatan diri. takut kami utk merasai kehilangan lagi...kena beringat juga sebenarnya kita ada lagi org2 yang masih hidup yg memerlukan kita..yg sygkan kita. cik kiah pun pandai type je ni. tak kena kat batang hidung sendiri lagi.

Monday, 22 August 2011

langkah keselamatan

ini adegan yusuf bawa kereta mainan dia kat rumah. siap pakai topi keledar ayah dia. konon tu mcm F1 laa kot. hahhahaha. tp tiap kali brek saja..kepala nak kebelakang dgn topi tu. hhahahahha. lawak tgk...ni ada lagi langkah keselamatan...
ini adalah gambar pondok pak dan mak guard poli. hahahahhahah. sebenarnya cik kiah try nak ambik gmbr pak guard disebalik batang pokok tu. sambil drive kan...dpt gmbr btg pokok je. hahahhahah. nampak sgt tak berjaya jd paparazi. hahhahahhah.
ok..sebenarnya kalau nak tau...tiap2 kali keta lalu keluar atau masuk...akan ada mak dan pak guard yg jd tukang catat number keta yg lalu. ermmm..menarik? amat2 menarik kan? menarik perhatian bg org2 yg amat2 suka keluar masuk mcm cik kiah ni. sat pi buh minyak. sat pi market...sat pi kedai rufaqa..sat pi farmasi. sat pi mcD time uzur tak posa. hahhahahahha. apa tujuan2 mak dan pak guard tu?? ok..berprasangka baik laa kan. mungkin tujuannya..nak jaga keselamatan..mungkin dgn mencatat mcm tu..kalau ada kes kecurian ke apa..so depa dpt laa detect...oooooo keta plat number k tu...ha mungkin keta pencuri tu. hahahahhahahha. tp peliknya kalau sblm pukul 7 pg tu...gelap2 tu...tak pula berminat nak rekod number keta org. mungkin ada pencuri ka..penyamun ka...mana laa tau kan. dah jd adegan musang berjanggut dah. mungkin ada ular ka...ranting ka...mana laa tau kan. hahahhahhaha. selalu gak cik kiah sampai awal2 pagi kat poli dlm pukul 6.45 pg. tak ada pula yg nak rekod number. cuma ada tukang angkat tgn je. hahhahahha. tukang angkat tgn? ermm..ada ramai tukang angkat tgn kat dpn tu. lalu laa bila2 pun mesti ada tukang angkat tgn kat situ. dibayar utk angkat tgn kot. cuba nak masuk 'U" tgk..contoh laa kan..kdg2 cik kiah jd driver kakak pi kelas part time dia kat UiTM. siap kena sekat memanjang kat pintu masuk. tanya nak ke mana. tu br laa nampak peranannya bkn setakat jd tukang angkat tgn saja.

angin perubahan

ahhahahhaha. tiba2 rasa mcm dah jemu sgt pakai tudung indon..masa mula2 tudung indon tu ada pasaran..kawan2 cik kiah ada tanya knp cik kiah tak pakai. cik kiah kata tak minat. tiba2 satu hari tu ternampak ada org pakai tudung indon yg ada jahit sulam kat atas kepala. nampak cantik pulak. kebetulan masa tu along ada kat kelantan. dia laa yg jadi tukang belinya. murah kat sana. best kalau dpt pi beli tudung kat rantau panjang. masa tu cik kiah siap boleh jual kat kawan2 lagi. hebat. hahhahahha. lepas tu pakai dan pakai. sampai jemu dah rasa. along pun dah tak ada kat kelantan. tak ada laa tukang belinya. tiba2 tgk student pakai tudung belit2 tu mcm menarik pulak. lepas tu cik kiah selalu blog walking tgk blog org yg suka belit2 tudung2 ni. rasa teringin jugak nak belit2. hahahhaha. so...nak tengok

 mula2 tu bedal selendang along yg tertinggal kat rumah cik kiah kat alma. selendang itam tu. sedap pakai. lepas tu pi cari sendiri laa pulak. ini laa yg terbeli. hahhahahhaha

 pakai pi ofis. balik ptg tu pakai yg lain pulak pi berbuka puasa kat hotel..belit2 gak.

ni yg hari ni. sbr saja laa kan. tiba2 jatuh hati kat belit2 ni. tpkan...cik kiah tak brp suka sgt nak letak kerongsang byk2...kiri kanan. sbr saja laa. mcm pangkat sarjen laa pulak. kalau boleh tak nak letak laa byk2 mcm ni. rasa lenmcm. ini yg kakak cik kiah beli kat tmn sejati kat sg petani. mahal. sa rm15. yg atas tu sa rm10 saja. murah. itu kat tesco extra sbrg jaya. yani member ofis ni ckp..kat uptown perda mlm2 bleh dpt lagi murah..lagi cantik. tp tak dpt laa nak pi...jauh nak mai dr alma mlm2 tu..dgn anak2 tu. tak kuasa laa. baik lena...lagi sedap. kakak cik kiah kat kampung pun mcm berminat dgn belit2 ni. dia kata kain selendang tu mcm tak panas. sedap pakai. sedap ke? hahahhahahah. along pun kata kat KL bleh dpt sa rm8 je. cantik2 dia kata. siap tanya ni...bila nak belit2 yg jurai2 tu. hahahhahahha. jurai2? ermmm...sesuai ke dgn size muka cik kiah tu???

Friday, 19 August 2011

cicak man

 cicak man buatan zulaikha. siap ada mata lagi. hahahahha...


 kalau tgk dr jauh tu...ada gak laa rupa cicak man...hahahhahahah.

ni pulak...tah laa apa benda. tp cik kiah mmg suka biar anak2 main dgn tanah liat ni. suka. kdg2 dgn mak dia join skali main. mak2 ni biasa laa..buat karipap. hahahhahahhah. benda mkn je yg teringat pun. yg lain2 tak reti. ayah depa kreatip lagi..buat kapal terbang..kucing...mcm2 laaa. ada gak laa idea.

si gebu

hahhahahahhah. ada putih? minah ni mmg suka sgt2 main bedak. sama mcm mak dia. mak dia kecik2 dulu lagi teruk. dah lumur bedak..lepas tu ambil minyak rambut pulak sapu kat satu badan ni. melepat laa jdnya. hahhahahah. dah tu kena marah dgn mak salmah. ingat lagi. main dgn anak jiran. sbb tu laa cik kiah mlas nak bising2 kalau anak2 suka main bedak. mak dia pun mcm tu masa kecik2 dulu tu. buruk perangai. zulaikha kdg2 siap ambik bedak buh kat kucing lagi. bg kucing tu wangi. hahahhahahha. tgk sj laa. jgn sampai org terjatuh dah sbb licin ada bedak atas lantai.
cik kiah dpt email ni td. masukkan sikit petikan kenyataan media tu. bagus betul pendapat pada item 3 sampai habis tu. mmg laa bagus utk menjaga keharmonian bersama. tak elok mengganggu ketenteraman org lain. ermmm...tp...ok..ok...baca dulu keratan kenyataan media ni...

KENYATAAN MEDIA BERKAITAN ISU MEMBACA AL QURAN
SEBELUM WAKTU SUBUH DENGAN MENGGUNAKAN PEMBESAR SUARA
3. Islam mensyariatkan untuk tidak mengangkat suara dengan kuat kecuali azan
dan beberapa rutin ibadah lain seperti khutbah dan sebagainya. Adapun
selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga
mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi Muhammad
SAW. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain wajib dipelihara
melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.
4.
memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin
membacanya sendiri atau ingin membacanya pada waktu lain atau mereka
sedang sakit atau ada anak kecil yang sedang tidur atau mereka tidak
difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan Islam dan lain-lain.
Walaupun bacaan Al-Quran dan zikir amatlah baik, namun kita tidak boleh
5.
mengganggu mereka yang lain yang sedang beribadah atau menyakitkan
orang lain. Jika mereka yang sedang berada di dalam masjid yang memang
bersedia untuk beribadah pun tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan
sehingga mengganggu konsentrasi atau tumpuan terhadap solat mereka,
mana mungkin untuk menguatkan suara bacaan melalui pembesar sehingga
mengganggu mereka yang sedang berada di luar masjid.
Rasulullah S.A.W melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga
6.
pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana hanyalah bagi
mereka yang berada di dalam masjid sahaja, bagaimana jika Rasulullah dan
para sahabat serta para ulamak dahulu melihat keadaan pembesar suara
pada zaman kita ini, dengan itu memang wajar arahan meminta dielakkan
bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu
Larangan ini adalah keputusan yang berlaku pada zaman yang belum ada
4 |
P a g e
orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik
semata, tetapi itu arahan Nabi Muhammad SAW dan juga menjaga Islam
yang harmoni.

ermm..cik kiah cuma nak cerita pasal kawasan perumahan cik kiah pulak. di alma. kan kawasan cina ramai..ramai sgt2 dgn cina. kiri kana dpn blkg semua cina..apek dan nyonya. tiap2 kali sampai bulan 7...kami akan terseksa nak tidur mlm sbb...masa bulan 7 tu adalah bulan menghalau hantu. so..apek2 dan nyonya2 tu akan adakan beberapa port kat dalam kawasan perumahan tu sbg tempat beribadat siap dgn tempat memainkan opera cina dan konsert khas utk halau hantu. konsert tu akan bermula dalam pukul 8.30 mlm...tiap2 mlm...sampai laa pukul 12 tgh mlm. kdg2 ada 3 port dlm satu kawasan taman. jenuh dgr. sound tu sehabis kuat dah. tak faham benda apa pun. kalau opera cina ok lagi..tak laa kuat sgt. kalau konsert tu. mak ai! mmg kuat. siap dgr org tepuk tgn. benda tu bkn betul2 kat dpn rumah pun..jauh..tp dgr kuat betul. sampai laa pukul 12 mlm. lepas tu br laa boleh lena dgn aman. penghujung bulan halau hantu selalunya akan ada upacara main mercun. bawa kereta berhias..lalu kat kawasan taman. tak salah selagi tak ganggu ketenteraman awam. tp kalau boleh masa buat konsert tu..cari laa tempat yg tertutup. stadium batu kawan ke...dewan apa2 ke..kan ada byk dewan. tak yah laa dok nyanyi kuat2 mengganggu org lain nak tidur. org yg ada anak2 kecik mcm anak2 cik kiah. payah gak. tp lama2 tak terlayan. lena jugak. buat pekak saja laa. boleh pun lena. so..kalau org melayu mcm cik kiah ni boleh je buat pekak dgr bunyi bising konsert halau hantu kat kawasan perumahan..rasanya tak ada masalah apa pun kalau org lain bertahan telinga dgr bunyi ayat2 quran pagi2 tu. bknnya lama pun. semua tu alasan saja tu. sorry laa kalau apa yg cik kiah type ni menyinggung mana2 pihak.

Thursday, 18 August 2011

takwim..

ish! ish! td kakak kj email benda ni...

Sehubungan dengan itu, diminta semua Ketua Jabatan dan Ketua Unit untuk menyediakan laporan pelaksanaan takwim (April 2011 - Jun 2011) jabatan dan unit masing-masing mengikut contoh format yang dilampirkan. Laporan berkenaan hendaklah di email semula kepada azrulh@psp.edu.my  untuk dikumpulkan selewat-lewatnya sebelum  atau pada 25hb. Ogos 2011.

adeh! kena buat takwim laa pulak. farid...mai laa tolonnnnnnnnnnnn ni. boringnya nak buat ni. tak menarik.

jantan tak ori

hahahhahah. nak gelak dulu. kisahnya..masa balik kampung semalam..cik kiah ternampak sekor ayam...cute je..jenis ayam kecik tu dok kat pondok dpn rumah mak salmah. tanya mak..tu ayam kita ka...mak jwb. ya..ayam pondan. ha! terkejut dgr. ada ka ayam pondan??? hahahhahahahha. meh tgk gmbr..
yg hitam tu jantan ori. tgk yg putih tu. mak ckp...sblm ni ayam ni dah pernah bertelur..dah pernah bawa anak pun. hahahhaha. lepas tu apa jd tah..tiba2 dia pandai berkokok pulak dah. siap naik ekor yg mcm jantan tu. siap ada taji kat kaki..dgn balong kat leher mcm ayam jantan. tp kakak cik kiah kata..bunyi kokok dia tu mcm pelik sikit. mcm tak ori. hahahhahhahah. so ptg tu..try laa ambik gmbr ayam tu. dok sblh jantan ori. tp nampak dia mmg tak ori kan...nampak lebar sikit mcm ayam betina. kakak cik kiah kata kot khunsa kot. hahahhahahahha. lagi teruk. ayam pun ada khunsa ke? hahhahahahha. adeh! nak tergelaknya.

duit bonus

dpt bonus nak beli apa? fikir fikir...mula2 nak raya kan teringin nak beli oven nak...kononnya...nak buat cup cake kat anak2. hahahhahahha. konon laaa..lepas tu. fikir2 lagi....dah terbeli yg ni pulak dah...
tilam getah. beli dua ketul..4 org kan kami sebilik. anak..ayah..mak...anak. hahahhaha. ikut susunan tempat tidur. kdg2...jd...ayah...mak..anak...anak. mcm2 susunan laa jd. kdg2 jd zig zag...anak...anak...lepas tu..ujung kaki anak2...mak...ayah. hhahahhahaha. tu time haru laa tu. ok..tilam ni tilam getah. dok tidur kat rumah mak salmah kat atas tilam getah. berat. tp sedap tidur. dah najib bagi duit bonus...teringin laa pulak nak beli kat rumah sendiri. sebelum ni...kami tidur kat atas toto saja. lapis toto byk2. mula2 dulu sedap gak. dgn baby kan..takut jatuh tilam. lama2..naik jemu pulak asyik toto saja. rasa miang..gatal...semua ada dah ni. sbb jemu. hahahah. tu yg beli tilam ni. budak2 punya suka laa dpt tilam ni. siap mcm2 adegan. lepas tu dah usung naik atas kat bilik..buh cadar lawa2..siap ckp ni..satu kat abg satu kat adik. abg ckp. mak tidur bawah. hahhahahahah. adeh! malang betul. balik rumah tok depa pun..dok riuh laa pasal tilam tu. tok tanya...awat tak bawa balik tilam...abg br dok ngokngak nak jwb..adik jwb sepatah je..berat! hahahhahahhaha. berat kan tak leh nak bawa balik laa. adeh! uzur ni...rasa lapar gila. klu posa tak laa rasa lapar mcm ni sgt. sbr saja laaa.

terbelit

hahahahhahahah. tiba2 rasa nak belit2 pulak ni...sbr saja laaa. testing..testing. byk lebar loooooo.

Monday, 15 August 2011

liverpool

fuyoo...tgk ke entry..liverpool. bkn apa..buka laci kat ofis tadi..tgk2 ada benda ni...
rasa mcm nak lelong je benda ni. agak2 laku tak kalau dijual? hahahhahahha. ermmm..teringat lencana sekolah dulu masa kat kolej sultan abdul hamid alor setar. besi gak. ni pun besi gak. ada org bagi. org?? hahahhahah. kuang! kuang!! org? org mana tu? org sg petani. dulu2 laa masa zaman muda2 tu. sekali tu berkenalan dgn org sg petani. kerja grafik designer. alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...zaman2 chatting dulu2 tu. dia bagi benda ni..dgn teddy biru yg ada tulis sander. player liverpool kot sander tu dulu2 tu. cik kiah tak minat sgt bolasepak ni. berebut2 bola seketul tu. pulun2. tp tak nak kata apa..sbb itu minat masing2 kan. mcm cik kiah minta blog walking laa...hahahhahah. ok laa..sapa nak beli lencana ni? hahahhahahhah. meh sini. nak jual ni. kot2 berhasil. membazir je simpan ni.

InsyaAllah...ada jalannya...

pg tadi dgr lagi Maher Zain..teringat semalam ptg tiba2 lori batu dan traktor tolak tanah tu masuk kat dpn rumah mak cik kiah..sempat gak ambik gmbr..sambil jaga anak2..
anak2 kalut betul nak tgk traktor tu wlaupun takut2. nak org teman. dok seriau takut depa celapak pi dekat2. kot nanti ada masuk metro pulak esok..mak lalai amik gmbr nak buh kat blog sampai anak kena langgar dgn traktor pulak. hahahahhahahah. ok laa..serius2. konon. hahahahhahah. sebenarnya...ada org cdgkan kat kami suruh minta bantuan buat jalan mini tar masuk ke rumah. memohon dgn krjn. dah lama pun minta..semalam br mai buh batu. nanti siap laa tu jln tu. tp tgk rupanya mcm nipis je batu tu..dlm 3 inci je tebalnya. patutnya brp inci farid? utk org buat jln? 6 inci kan farid kan? hahahhahaha. farid kan org jalanraya. mesti handal. leceh betul laa farid tak ada kat sini. tak ada org nak melawak ni. tak menarik. azu pula pi klinik prai. klinik prai?? kwang! kwwang!!! hahahhahahhahaha. benda apa lagi nak buat kalau pi klinik prai tu. tau2 saja laa. tersasar pulak cerita sampai ke prai pulak dah. nak cerita pasal ada jalan ni. bagus gak dekat2 nak pilihanraya ni. tgk...jln pun sudah mari. hebatkan. bonus pun dpt separuh gaji. lama dah kan tak merasa duit bonus yg bykkkkkkkkk...sampai separuh gaji. selalu tu 5 ratus saja. kesiankan kat kita. tp ok laa dpt gak. harap2 ramai laa yg pangkah nanti. ada harapan ke? ada kot kan.

Friday, 12 August 2011

baju raya zulaikha

br siap satu. cabaran gak nak siapkan yg ni. sbb semalam kan dia tak sihat. asyik nak merap mak saja. sat2 mai menempek kat mak. bahaya betul. along tanya kenapa tak letak manik. ermmm...malasnya nak jahit manik2 tu. tgk laa tahap kerajinan nanti.

cik kiah kembali

hahahhahhah. baru muncul lepas 2 hari merehatkan diri. mc dan cuti kecemasan. cik kiah sakit. penin..muntah. tak posa..hhahhahah. terpaksa. sbb dah muntah dgn jayanya sampai terkelepek. tp sehari je. adakah termengandung? ish! ish! tak rasanya. cuma vertigo menyerang dgn jayanya. jayanya..betul2 penin. hari ni pun mcm tak berapa nak ok lagi. tp agak2 jugak laa kan nak mc pun. boring gak kat rumah pun posa2 ni. elok lagi kalau dok kat ofis. zulaikha pun tak sihat jugak. anak beranak. biasa laa. 2 3 menjak ni depa jd agak rapat dgn cik kiah. mungkin sbb selalu dok balik yan dgn mak. ayah jarang joint dah skrg ni. bz menda tah. so apa2..cari mak..peluk mak. jd rapat laa sikit. ok laaa..
cerita pasal DH44 pulak. sampai2 kat ofis td pagi..kakak kj panggil mengadap. dah org panggil...masuk je laa jumpa. tak ada masalah apa pun. sembang2...lepas tu dia tercerita pasal DH44. rupanya kali ni ada pulak pencerapan oleh Ketua Jabatan. ulang ayat..PENCEPARAN. PENCERAPAN tu apa? ermmm..kan tiap2 sem ketua jabatan atau ketua program akan masuk menilai kita mengajar dlm kelas. so utk validasi DH44 kali ni..akan ada proses pencerapan khas oleh ketua jabatan. ada 2 borang dia tunjuk tadi..satunya borang yg dia kena isi lepas cerap kita..satu lagi utk student isi. so sesiapa yg minta DH44 kali ni...bersedialaa anda utk dicerap byk kali dlm sem ni. cerap biasa tu pun ada...cerap BI pun ada ada..cerap validasi pun ada. fuyooo...hebat. hahhahhahhahahha. makin anggun dah proses validasi kita. kali ni mmg betul2 bermutu dan berkualiti laa sesiapa yg dpt DH44 tu. ye ke bermutu?? jgn jadi mcm hari tu dah laa...gah ke nama..tapi tgk2..org yg tak cukup kursus wajib pun boleh dpt jugak DH44. apa mendanya tu?

Monday, 8 August 2011

clear sikit

hahahahhaa. br clear sikit mata ni. dpt 30 minit pun jd laa. tak yah lama2 sgt. hahahahhahhaha. teringat kisah mak dan anak. kan td cik kiah type pasal masak taucu mak. hahhahahhaha. cuba bygkan kalau dah tak ada mak salmah tu. agak2nya dpt lagi tak merasa masak taucu yg sedap mcm tu. ermmm..payah tu bila fikir. hish! mana laa nak sama rasanya masakan mak kita dgn masakan org lain. masakan mak kita dgn kita sendiri pun tak sama. hahahhahah. padahal campak2 je tgk. bln2 posa ni kita selalu teringat kat org yg tak ada..yg dah meninggalkan kita. lepas tu airmata tu mula laaa. saja je..nak menduga hati dan perasaan kita. mlm raya lagi laaa..mesti teringat mcm2. setiap kejadian yg kita alami bersama2 dgn org yg tak ada disisi kita. mcm cik kiah..tiap kali raya yg pertama mesti teringat kat arwah wan. teringat dulu2 kami sekeluarga selalu berkumpul kat rumah wan pada mlm raya pertama. makan ramai2. lepas tu amin ramai2..salam minta maaf...dpt duit raya. tp skrg ni...rumah wan pun dah tak ada. kalau laa..kan. kan.
time posa pulak teringat menu masakan kegemaran org2 yg dah tak ada. hahhahhahah. adeh! kalau laa. kan..kan. suamiku selalu ckp...sbb dia dah tak ada mak dan ayah..dia selalu ckp..buat laa mcm tu kat mak pak..nanti depa dah tak ada..br laa nak sedar. br laa nak rasa menyesal. ermm..ayat power. kena ingat tu sampai bila2. masa org tu ada lagi..layan elok2...jgn kecilkan hati depa. nanti dah tak ada..ha..amik..nak cari mana lagi masak taucu yg sedap. hahahhahahah. menangis pun tak guna dah.

ngantuk tahap gaban

hahahhahah. adeh! rasa tak daya nak buka mata dah ni. sbbnya pagi td bgn 3.45..tolong mak siapkan makanan sahur. pg td sahur masak ikan gelama..buat masak asam buh taucu. kacang taucu tu. senang saja cara masaknya. tp kena mak yg buat...br terleleh. hahhahaha. suamiku pun suka kalau mak masak taucu. ikan apa pun takpa..janji mak masak. hahahahhaha. sbr saja laa. bkn setakat anak2 yg ketagih masakan mak. habis semua menantu..cucu pun ketagih masakan mak salmah tu. sbr saja laa. ubat apa tah laa dia buh dlm masakan dia. hahhahahah. rasanya ubat kasih sayang kot. masak dgn penuh rasa kasih sayang. sbb tu semua anak cucu ketagih masakan dia. ok laa. ikan masak taucu tu...memerlukan bahan2..yg senang je. bawang besar yg dihiris2 nipis tu. bawang putih...halia yg dihiris nipis2 panjang2 tu. dgn air asam jawa dan sikit taucu. cara2nya..goreng ikan..dah nak masak tu...masukkan terus bawang, halia..lepas tu masukkan air asam. buh gula sikit. lepas tu buh 2 sudu taucu. tak yah buh garam. ha...lupa pulak..kena letak cili padi yg dibelah 2. sedap ooooooooooooooooooooooo. biar mendidih sikit. lepas tu hidang. jgn letak kuah2 byk2 sgt. biar pekat2 sikit. adehhhhh!.

anak dan mak

jumaat br ni balik yan. berbuka kat rumah mak cik kiah. sampai dlm pukul 6.30 ptg. masa org tgh sibuk sediakan makanan utk berbuka puasa. nak tau apa juadah yg mak cik kiah arahkan anak2 dia masak hari tu?? sat naa...
ada gulai rebung dgn daging...ada cucur badak, moi...lepas tu kami tgk ada ikan bunga air..terus siang buat pais. pais tau dak? ikan kecil2 tu..bakar dlm daun pisang buh..nyiur muda..buh jintan tumbuk dgn bawang, lada hitam, cili padi. buh asam apa tu nama dia...belimbing buluh yg dah jeruk tu. adeh!! lupa laa pulak. ha! asam sunti. lepas tu potong nipis2 asam belimbing buluh yg segar tu. gaul2..lepas tu bungkus dan bakar atas kuali. wah....sedapnya. itu hari jumaat punya menu. sabtu pula..buat cucur jagung...mak buat. sedap. buat gulai daging lagi..tp dgn kentang pulak. kotew kerang...tp tiba2 dkt2 time berbuka tu tgk2..menu makin bertambah. hahahhahah. ada cucur cempedak..moi..mcm biasa. hahhahahah. menu semalam pulak...ada lala goreng, sotong goreng..gulai ikan bawal (cik kiah buat), pais ikan kecik lagi, bihun kuah, cucur jagung...adeh! byk laaa menu. tak ingat dah. agar2. tp cik kiah cuma mkn nasi dgn gulai saja. mulut tak berselera sgt nak mkn semua benda...ha....dah ingat yg paling istimewa semalam...kuih srikaya...atau srimuka. adeh! sedapnya yg semalam tu. kakak cik kiah buat. yusuf mkn dgn jayanya. tp dia suka mkn pulut saja. yg kat atas tu..lembek2 tu..tak leh telan. hahahhahahah. lembek2 tu laa kegemaran mak dia. sbr saja laaa.
proses penyediaan makanan. rumah mak cik kiah yg agak berselerak. tgk laaa..kalau ada reseki..berminat gak nak bg cantik sikit rumah tu. masalahnya..anak dia ni pun ekonomi tak brp ok... hahahhahahha.

Friday, 5 August 2011

DOA

jalan-jalan td terjumpa ini..

10. Doa Menghalang Anak BergaduhSoalan:
Saya ingin tahu adakah ayat-ayat Al-Quran yang boleh dijadikan doa untuk menghalang anak-anak dari bergaduh sesama mereka?
Asri, KK
Jawapan:
Tentang  ayat al Quran yang boleh menghalang anak anak dari bergaduh, anda boleh membaca surah al Fatihah dan selawat. Ini diikuti dengan bacaan surah al Insyirah sebanyak 7 kali kemudian bacakan ayat 200 dari surah ali-Imran serta doa berikut " Allahumma allif baina qulubihim wa ashlih zata bainihim ". Selepas itu dihembus ke dalam air untuk diberi minum kepada anak anak. Boleh juga dibaca dan dihembus ke ubun-ubun anak anda pada setiap malam.

11. Mengawal Tingkahlaku Anak-anak
Soalan:

Bagaimana untuk mengawal tingkahlaku anak-anak yang berumur antara 3-5 yang sentiasa dengan kenakalan mereka.  Adakah ayat-ayat tertentu yang dapat dibaca untuk melembutkan hati mereka? Adakah zikir atas salah satu nama-nama Allah boleh membantu?
Hamba Allah, KL
Jawapan:
Anda boleh membaca doa berikut untuk ditiup ke dalam air atau dihembus ke ubun anak-anak anda iaitu "Allahumma Allif Baina Qulubihim Wa Ashlih Zata Bainihim Waj-Alhum Zuriatan Soliha". Sebelum itu bacakan dulu surah Al-Fatihah dan tujuh kali surah Al Insyirah. Amalkan selalu insyaallah anak anda akan mudah mengikut kata.
Terdapat banyak zikir-zikir yang diamalkan pada hari ini. Zikir yang terbaik ialah seperti yang diamalkan oleh Rasullullah SAW dan sahabat-sahabatnya. Menyebut nama-nama Allah yang mengandungi maksud pengasih dan penyayang seperti Ya-Rahman, Ya-Rahhim, Ya-Hannan, Ya-Mannan boleh membantu melembutkan hati seseorang jika diamalkan selalu.  

Thursday, 4 August 2011

cadangan menu

ok..cadangannya ptg ni nak buat bihun hailam..dgn daging goreng. tp ada udang yg besar tu pulak..nak masak apa laaa pulak. bihun hailam tu cara family cik kiah laaa. hahahhaha. kaler kicap. sbb buh kicap. bahannya buh lada hitam dgn cabai melaka. dgn bawang putih...dilesungkan. hahahhahaha. lepas tu tumis laa mcm biasa. buh udang ke ayam ke...kicap...gula...garam cuka..sayuran..bihun. kacau2...ha masak. jd laa kaler kicap tak pekat. kalau kaler kicap pekat sgt pun tak menarik juga. gelap gulita. nak tgk laaa menjadi ke tak. kdg2 tu rancang je yg lebih. tgk2 jd benda lain pulak. ptg ni tak larat nak ke pasar tu. cukup laa beli kat rufaqa saja. lagipun daging dgn udang dah ada dah kat rumah. cuma kudrat nak memasak tu je ada ke tak ni...hahahhahahha.

tengkorak cai..

teringat yusuf yang selalu ckp kat mak dia...mak jgn ckp mcm tu..nanti tuhan marah...nanti tuhan potong lidah mak. contoh ayat yg cik kiah tak leh ckp...bila marah kat lori atau keta..bodoh laa uncle lori ni. tak leh tu...bodoh tu tak leh ckp. kurang ajar laa keta putih ni. tak leh gak..kurang ajar tu. semalam cik kiah tanya..apa lagi yg cikgu kata tak leh ckp..nanti tuhan marah..dia kata..bodoh, kurang ajar, beruk..itu je. padahal...hahhahahahha. byk je yg mak dia selalu ckp benda2 tak senonoh dpn depa 2 tu. contohnya...tengkorak cai. tengkorak cai tu...apa maksud dia? entah laa. tp cik kiah suka gak sebut time marah2. tengkorak cai betul laa. hahahhahhahah. bagus gak cikgu depa ckp mcm tu. tp utk yusuf saja laa berkesan. zulaikha..selalu ikut je apa mak dia ckp. siap ulas ni..bodohkan lori tu kan mak kan. hahhahahhaha. bengong betul mak yg mcm cik kiah ni.

masak memasak lagi


mcm gayat je kan nampak ikan tu. hahahhahah. sbb tak reti ambik gmbr makanan. cik kiah tak laa mcm mat gebu yg cantik2 je gmbr makanan dia. ikan tu menu berbuka mlm td. hhahahhaha. kan dok cerita nak masak ikan siakap stim. tp tak jd stim. jd goreng. lepas tu buat sos dia. 'sos'. hahahhha. cabai dia. main hentam je masak tu. sedap gak jdnya. berselera gak mkn mlm td. sat..nak pi kelas pulak ni..lepas ni sambung lagi...hahhahahhahah.

Wednesday, 3 August 2011

suratan atau kebetulan

suratan atau kebetulan...tgk markah budak2 tu...utk end of chapter. br semak 3 ketul. dpt markah yg sama. 86%. logik ke tak? mesti ada perbincangan telah dilakukan..kemudian jwb sama2. yes...yes! lantak pi laa. ok laa tu dpt 86%. positif.

kaedah membentuk akhlak mulia

ini kot tajuk assignment kakak cik kiah. adeh! akhlak mulia laa pulak. dia minta tolong cik kiah ni...td dah tgk beberapa artikel dlm internet. mcm menarik. baca byk2 kot2 boleh menjadi lebih ok. berakhlak mulia. tak mulia ke kita ni? hahhahahah. weng dah ni. byknya end of quiz (gabung sekali end of chapter dgn quiz) nak marking. adeh!ahhahahhahahah. betul2 dah weng.
cerita bab keja ni mmg tak best. apa kata cerita pasal berbuka mlm td? ahhahahhaha. rasa cerah sikit biji mata. ptg semalam..letih gila babang. cuma buat gulai daging..goreng kotew(kakakku yg buat)..moi juga kakakku yg buat. cik kiah letih. lembut lutut. nak kata keja byk..tak juga. mungkin kesan bau dlm keta tu kot..dr pagi..dok penin lalat. sampai mlm. cuma sahur pg td agak menarik. pun kakakku juga yg sediakan..udang goreng dgn ikan pekasam belik kat ofis. sedap. mkn dgn acar..jugak kawan kat ofis bagi. sedapnya. ptg ni pulak tak ada idea jugak ni. tak tau nak masak apa pulak ptg ni. adeh! teringin nak makan apa? gulai ikan dah buat...gulai daging dah buat..kat pasar tu semalam tgk ada byk petai. ada udang lawa2 gak. nak buat sambal petai buh udang ke? ok ke? apa kata buat ikan stim. best gak kan. tp kena cari ikan yg logik dibuat stim. tak nak laaa temenung stim. hahahahhahaha. siakap ke..buh cili padi byk2...asam limau byk2. bg pedas..masam. kot2 mengiurkan utk makan. hahhahahahha. ok laa. kalau pi pasar tu ptg ni...misi mencari ikan utk buat stim. ikan apa ye...

Tuesday, 2 August 2011

Berbuka

menu apa berbuka ptg semalam? cik kiah smgt je lebih semalam tu..siap pi beli ikan kat pasar kat jln nak kubang semang tu lagi..apa nama ya pasar tu...apa busuk? hahhahahha. kalau farid ada bleh laa jd tempat bertanya utk kawasan area BM ni. dia handal. ermmm...teringat kat farid pulak dah. pelik betul cik kiah ni. agaknya mcmana laa dia kat sana tu. harap2 OK. biasa laa kan kat tempat baru. mesti ada cabaran baru. hidup ni kalau tak ada cabaran tu...tak menarik gak. ingat dulu2 tu masa praktikal kat sini...masuk2 terus kat JKE. dpt subjek Object oriented. masa dpt tu tak terkata apa dah. balik rumah mlm tu masa dok iron baju...tgh sembang2 dgn lini, aza...tiba2 air mata meramu je keluar. siap ckp...aku nak ajar apa ni esok ni. hahhahahahha. nasib baik kawan2 ok. kakak2 kat JKE tu pun ok. tuan subjek pun OK..dah pindah pi PKB pun orgnya. lepas tu bila posting pula...masuk JMSK. tak rela hatinya masuk. hahhahahahhaha. nak ajar math ni...mana nak reti. lepas tu dok muncung saja laaa. rasa nak nangis semua ada. tp masa tu ada Kak N, rafizah..hanim yg dok tolong. ada farid..ada su..semua bersedia nak menolong kalau ada masalah nak ajar apa2. cabaran betul. hahhahahha. siang mlm dok study. siap pi rumah 'cikgu' lagi. belajar. lawak betul bila ingat semula. tu laa farid...kena ada cabaran...lepas tu br kita ingat sampai bila2 pun..ingat apa yg nak ajar..ingat jasa baik org yg dah tolong kita. ke..cik kiah pandai ckp saja ni??? hahhahahhahah.
ok laa...sambung bab berbuka mlm td. kat pasar tu ada ni.....


kuda! hahahhahah. ada byk ekor gak kat tepi parit tu. kalau tgk kuda tu..sekerat je..tak tgk kepala dia..mesti org kata lembu. sbb body dah jd rupa lembu saja gayanya. kuda padi kot ni. kalau bawa yusuf dgn zulaikha mesti depa suka. ermm..adegan kat pasar pulak...3 kali pusing2 kat tempat barang basah tu..tak tau nak beli apa. tak ada idea. last2 beli ikan cencaru 2 ekor kecik..ingat nak buat ikan belah blkg buh cabai sikit. lepas tu tgk ada udang kecik2..ingat nak goreng kotew...lepas tu beli ikan bawal putih yg kecik2 tu ingat nak buat sup kat anak2...jln2 lagi tgk...ada budak dlm darjah 3 atau 5 tgh jual ikan temenung...nampak mcm baru2 lagi..terus nak beli. tp nak 3 ekor je. ikan tu rm4 sekilo. so terus pilih2 3 ekor je. time nak byr...budak tu tak nak duit laa pulak. tah laa knp. mungkin sbb sikit sgt kot. hahahhahaha. terima saja laa. anggap laa rezeki bln posa. masa balik tu...kakak cik kiah tanya..nak masak apa..dia bg idea buat gulai. singgah kedai kat alma jaya pulak...beli rempah biji dgn nyiur sikit. balik tu terus buat gulai ikan temenung campur dgn ikan bawal putih kecik2 tu. dah tak jd sup dah. anak2 pulak makan moi. kakak cik kiah bawa balik moi free. kedai zammas kat perda tu bg free. katanya sepanjang bln posa ni depa akan bg moi free kat org ramai. utk hari bekerja saja laa. sedap jugak tgk yusuf dgn zulaikha makan. ermmm..so mlm td...menu kami cuma gulai dan ikan belah blkg saja. tak jd buat kotew goreng. tak ada tenaga dah nak buat. dah laa jem masa balik tu. hebat betul...krjn negeri p.pinang benarkan kakitangan awam balik awal 30 minit. sesak laa pulak jdnya. selalu 4.30 tu tak ramai org lagi. skrg ni yg biasanya balik 4.30 dah boleh balik pukul 4. yg 5 balik 4.30. tak ke jd karut dah tu. jem gila. nak keluar dr perda pun jem. tak menarik betul.

Monday, 1 August 2011

good fighter

kisahnya...sebelum pi tindik telinga zulaikha dulu tu..kami pi klinik dulu..check tgk telinga zulaikha. dia tu kan suka dok garu2 telinga..gatal..terutamanya lepas makan udang ke ketam ke. masuk2 je dlm bilik uncle doktor tu..doktor tu tanya..ni kenapa dgn muka dia..comot..ada kesan luka kat pipi. doktor tu ingatkan jd kudis ke apa. dah tu cik kiah ckp laaa..kesan bergaduh tu. doktor tu tgk kat cik kiah...lepas tu tgk kat zulaikha...tanya..good fighter ya? cik kiah pun pelik laa..knp pulak good. dia kata good laa kalau anak2 now a day ni pandai bergaduh..good fighter..because..dia kata skrg ni...kat sekolah byk betul kes buli. so kalau anak you pandai fight..dia akan dpt jaga diri dia. mcm tu pulak.........hahhahahahhaha. cik kiah selama ni ada juga perasaan risau dgn zulaikha yg suka bergaduh dgn budak2 lain. kalau balik sekolah tu..ada je kesan calar2 kat muka. gaduh. dah biasa dah dia tu. kalau tanya dia..kawan2 adik nama apa...dia sebut semua nama kawan2 lelaki..farish danial, farish akmal, hakimi, bunjamin..semua laa nama lelaki. maksudnya dia kawan dgn kawan2 lelaki..yg kasar2 mcm dia laa kan. hahhhahhahah. ganas dia tu. tak mcm abg..abg pulak...sikit2...mak...mak tgk ni..ada org main air..nama dia adik zulaikha. mak...tgk ni adik buat abg. manja ulat taik. ahhahhahahha.
ermmm...lawak bila teringat kisah anak2. kisah kek lawa pulak. kan cik kiah ada bg kek utk birthday zulaikha last week. yg ditampal kat pintu ada lebih kurang 9 nama yg nak sambut birthday hari tu. tp tgk2 hari tu cuma ada satu je kek iaitu kek si zulaikha. apa lagi...kontrol gila laa si abg jaga kek adik dia. tak bg org lain makan. balik sekolah tu...si adik buka cerita dulu. mak...mak..abg teyak kat sekolah. abg tak bg org lain makan kek. cikgu kata..perut abg nak buncit sorang2 makan kek byk2 tak bg kat org. abg teyak laaa. lepas tu cik kiah tanya kat abg...knp abg tak bg kat kawan2 makan? umairah makan tak? abg angguk. lepas tu ckp..abg marah laa kat umairah mkn byk sgt kek adik. lepas tu zulaikha cerita lagi. mak..mak..abgkan dia nak berdiri depan kek. cikgu tak bg. hahhahahahhahah. gelak dah mak depa dgr cerita. rupa2nya mcm2 cerita perihal kek sebiji tu. sbb tak ada kek lain dah. lepas tu abg cerita...hari ni..semua kawan2 nyanyi lagu happy birthday to zulaikha. cik kiah tanya laa...knp tak happy birthday kat org lain sama? depa tak jwb...betul gak..dah kek pun ada sebijik saja...wish kat zulaikha sorang saja laa kan. hhahahhahaha. adeh! mcm2 cerita. tp seronok laa dgr. dah pandai melaporkan dah ni. cerita semua benda kat mak depa. jgn tak tau...skrg ni ada satu lagi lagu yg cik kiah pandai nyanyi...anak2 ajar

dari ulat jadi kepompong
tidur lena dlm kelonsong
tiba masa kelonsong pecah
pung!
jadi rama-rama yg indah
rama-rama terbang merata
hisap madu dikebun bunga
sungguh cantik aneka warna
tp sayang hidup tak lama
pada ALLAH kembali jua.

lagu ni agak bagus..ending dia penuh makna. kalau dgr anak2 kita nyanyi..sikit2 akan terasa jugak dihati.


pencinta haiwan


anak kucing tu spesis kampung je..tp mak dia mungkin telah bersemukah dgn kucing jenis bulu panjang tu..so..anak dia jd laa berbulu panjang sikit. ada 2 ekor yg mcm tu. yg sekor lagi debab...gemuk. kesayang tuan dia..so..dok dlm rumah je laa yg tu. yg ini yg sekor ni..yg kurus sikit..selalu terbiar je kat luar. balik yan br ni...dia laa jd mangsa si zulaikha..bg tidur...bg mandi dlm pasu bunga. siap ajak tidur dlm dui lagi dgn zulaikha. padan dgn kucing tu pun..lena..manja je tangkap lentok bila org pegang.

mesra alam betul. hahhahahahha. manja. zulaikha mmg peminat kucing. tp dia ni jenis kasar. so mmg kesian laa kalau tgk dia nak bg kucing tu tidur. kalau dia tepuk kucing tu nak bg lena...bkn tepuk..tp jd tampar dah. bunyi dia tampar tu kesian tgk kucing tu. dia sayang kat kucing tu...tp syg dia tu melampau2 sikit. kasar. siap ketip2 gigi lagi..dia 'geram' kat kucing tu. sayang sebenarnya. hahhahahha. dlm dalam erti kata dia saja yg tau. siap pegang kucing tu ajak nyanyi..so kalau lagu...dua tgn saya yg kaki yg kanan...dua kaki saya yg kiri yg kanan...jenuh laaa si kucing tu jd mangsa kena angkat tgn kaki. terdera. hahahahhahah.